[source] gambar hiasan |
***
"Aku tahu, hari ni, salji turun kat sana." Sebaris ayat itu terpapar di tetingkap skype-nya. Dia terkocoh-kocoh duduk sambil membuka jaket tebal yang membaluti tubuh. Jaket itu dihumban ke lantai. Sejuk udara luar masih terasa walau pun biliknya punya heater. Luthfiyah perhatikan waktu pesanan itu dihantar. Jam 11:25. Matanya beralih pula pada jam laptop. "Sekarang dah pukul 2.50 ptg. Kat sana pukul 8.50 malam.
Masih awal." Detik hati Luthfiyah.
Masih awal." Detik hati Luthfiyah.
"Mana kau tahu?" Luthfiyah membalas pernyataan Faruq dengan soalan. Dengan sebaris ayat itu, dia bangkit meninggalkan meja tulisnya, mencari kembali jaket yang dilempar entah ke mana tadi. Jaketnya yang basah dek salji itu di sangkut di dalam bilik air. Tangannya menanggalkan tudung di kepala. Sedikit air di letakkan ke dalam baldi dan tudung tadi direndam di dalamnya. "Nak mandi kejap lagi, boleh basuh terus." Luthfiyah bersuara sendiri. Dia menapak ke meja tulis.
Faruq - "Kau ingat kau sorang je kawan aku kat sana?"
Faruq - "Cepat! Aku nak tuntut janji.."
"Amboi, bukan main kasar lagi kau ye." Desis Luthfiyah.
Luthfiyah - "Wah, kau pasang spy ke? Haha.."
Luthfiyah - "Ok. Janji ape pulak ni?"
Faruq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia hairan dengan pertanyaan Luthfiyah. Pura-pura lupakah dia?
Faruq - "Jangan nak buat-buat tak tahu pulak. Kau janji nak tunjuk kat aku salji tu. Cepat on webcam sekarang."
Luthfiyah - "Tapi salji dah tak lebat sekarang ni.."
Faruq - "Janji kau takde pun pasal salji lebat ke, tak lebat ke.."
Faruq - "Dah, jangan nak berdalih-dalih pulak.."
'Incoming video call' tertera di paparan skype Luthfiyah. Dia sedikit terperanjat. Panggilan disambut, namun cepat-cepat dialihkan laptop menghadap tingkap.
"Waaaahh! Serba putih! Cantik betul." Kedengaran suara teruja Faruq. Luthfiyah mencebik. "Kot ye pun, bagi la salam dulu. Assalamualaikum." Faruq tergelak kecil. Malu dengan keterujaan dirinya. Salam bersambut. Luthfiyah mengalihkan laptopnya ke tepi cermin tingkap supaya Faruq dapat melihat pemandangan cantik itu dengan lebih jelas.
"Faruq, aku rasa sedih la."
"Kenapa pulak tiba-tiba kau sedih?"
"Kau pun tahu, kan. Ini salji terakhir aku."
"Ala, apa la kau ni Fiya. Aku ingat kenapa la tadi. Jangan la emosional sangat. Bila-bila pun kau boleh pergi sana lagi, kan. Yang penting sekarang ni, tumpukan je kat study kau tu. Ni tahun akhir, tahu."
Luthfiyah diam. Begitu juga dengan Faruq. Kata-kata Faruq tadi langsung tak menjejak masuk ke telinganya. Luthfiyah menopang dagu di sebelah laptop. Dia merenung ke luar tingkap. Faruq juga mengamati suasana indah di paparan video skype-nya. Serba putih. Pokok-pokok yang kelihatan tidak berdaun. Sebuah kereta Ford KA kelihatan seperti iglu kerana diselubungi salji. Kelihatan beberapa kelibat manusia sedang berjalan dengan berhati-hati dalam timbunan salji tebal. Sepi menyelubungi kedua-dua ruang antara mereka. Luthfiyah mendongak ke langit. Matanya tekun melihat tompokan salji yang jatuh dari langit, seakan mencari dari mana punca jatuhan serpihan putih itu. Faruq tiba-tiba menarik nafas dalam.
"Fiya, aku tanya sikit, boleh?" Soalan Faruq memecah kebisuan mereka berdua. Luthfiyah mengerutkan dahi. Pelik dengan nada serius Faruq. "Boleh. Apa dia yang kau nak tanya tu?" Faruq merenung skrin laptopnya, seakan dia boleh nampak Luthfiyah di situ. Atau lebih tepat, dia mengharapkan ada wajah Luthfiyah di situ, bukan lagi paparan suasana memutih dari curahan salji. "Kau.. Masih macam dulu?" Teragak-agak Faruq menyoal. Luthfiyah sedikit tergamam dengan pertanyaan itu. Kepalanya automatik dipalingkan ke arah laptop di sisi. Seakan-akan, laptop itu pula yang bertanya. "Macam dulu? Maksud kau?" Luthfiyah cuba mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan soalan Faruq yang entah dari mana puncanya. Selain itu, dia mahukan Faruq lebih berterus terang dengan dirinya.
Luthfiyah mengenali Faruq sebagai lelaki yang banyak menyimpan rahsia. Dia juga lelaki yang sukar untuk berterus terang. Kata-katanya tidak selalu direct. Selalu dia mengharapkan Luthfiyah faham akan apa yang cuba disampaikan tanpa perbualan mereka dibincangkan dengan lebih mendalam. "Hurm, tak ada apa-apa." Faruq menjawab. "Cakap la, apa dia?" Keras sedikit suaranya. Luthfiyah cuba mendesak. Dia naik geram sedikit.
"Kau.. Kau.. Hurm.. Kau masih macam dulu? Macam 2 tahun yang dulu?"
"Aku tetap macam ni Faruq. Aku tak berubah. Aku Luthfiyah yang kau kenal sejak dari kita sama-sama di sekolah menengah."
"Bukan. Maksud aku, perasaan kau pada aku.. Masih macam 2 tahun yang dulu?"
Terluah juga akhirnya maksud soalan Faruq. Faruq mengetap bibir. Wajahnya kelihatan sedikit risau. Dalam hati, ada juga rasa menyesal bertanyakan hal sedemikian. Faruq masih ingat tentang perbualan antara dia dan Luthfiyah 2 tahun lepas. Perbualan yang akhirnya membuka kepada pengakuan rasa hati Luthfiyah pada dirinya. Waktu itu dirinya tidak bersedia. Bukan tidak bersedia menerima Luthfiyah. Tetapi, dia tidak bersedia melepaskan apa yang dia ada; pilihan. Waktu itu, bagi Faruq, dia ada banyak pilihan. Walau dia akui hatinya selalu tenang bila bersembang dengan Luthfiyah, namun Faruq tidak rela melepaskan hubungan rapatnya dengan perempuan-perempuan lain. Bukan dia jahat. Bukan dia buaya darat. Bagi Faruq, semua kenalan perempuan itu penting untuk dirinya. Luahan Luthfiyah tika itu ditolaknya dengan baik. Persahabatannya dengan Luthfiyah sudah terjalin begitu lama untuk sia-siakan. Hatinya tidak mahu menyakiti Luthfiyah.
Luthfiyah tersenyum sedikit pahit. Terasa air liurnya berpasir. Sukar untuk ditelan.

bersambung...
Post a Comment
Have something to say? ;)