Monday, 9 January 2012

Sekitar fenomena hari ini

Assalamualaikum,

Senario politik kat malaysia tak pernah tenang. Macam-macam isu yang nak dibangkitkan, baik dari pihak kerajaan, mahupun pembangkang. Aku, secara peribadi tak berapa berminat nak tulis pasal politik kat blog ni. Tapi entah macam mana, hari ni macam tergerak hati pulak nak kongsikan pandangan peribadi aku tentang politik kat malaysia. Mungkin sebab aku dah semak sangat dengan bermacam umpat-keji kat timeline twitter dan news feed facebook. Penyokong parti masing-masing dah butthurt agaknya dengan macam-macam yang dah jadi. Masing-masing tak nak mengaku kalah. Ada saja ayat pangkah-memangkah yang keluar dari keyboard. Kutukan, hinaan tu tak payah nak cakap lah. 

Terbaru, hari ni, Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat oleh Hakim Mahkamah Tinggi. Personally, aku tak terperanjat sikit pon dengan keputusan hakim. Cuma, aku tertanya-tanya sebenarnya. Adakah pembebasan ini memang betul-betul atas dasar bukti yang diragui sebagaimana yang diberitahu oleh hakim atau sebenarnya pembebasan ini adalah agenda lain dari pihak kerajaan. You know, kalau Anwar bebas, dia secara peribadi dah tak boleh nak menjadikan isu peribadi dia sebagai 'pancing' untuk raih sokongan pengundi dalam PRU13, atau penyokong dia sendiri.
Jadi, antara lain, benda ni dah beri banyak benefit kepada BN. Kedua, mungkin tak ada sebab lain, kes ni dibicarakan dalam pace yang sedemikian, hingga dapat diselesaikan sebelum PRU13? Let say pengumuman keputusan ditunda hingga selepas PRU13, mesti akan beri pengaruh besar dalam PRU nanti, kan? 

Bila tengok video-video yang dikongsi oleh 'kawan2' kat facebook, aku jadi sedih. Dalam video tu, orang Islam berlaga dengan orang Islam. Tuduh-menuduh. Fitnah-memfitnah. Bukan Islam yang turut berada disitu, hanya tersenyum-senyum sambil update twitter mereka. Maksud aku, tak malu ke? Oh, bercakap pasal agama, aku teringat satu komen kat satu blog yang aku selalu kunjungi. Penulis blog ada utarakan tentang 'pengundi atas pagar'. Entah macam mana, tiba-tiba ada seorang pelawat tinggalkan komen 'Allah suruh kita pilih syurga atau neraka. Siapa nak duduk atas titian siratalmustaqim sampai bila-bila? Silap hari bulan, jatuh dalam neraka'. Komen ni menarik aku. Sebab apa? Sebab apa yang aku faham, komentar ni macam nak menyamakan politik dengan agama. Atau sebenarnya dia maksudkan parti A is syurga and parti B is neraka? Politik tak sama dengan agama. Betul, politik juga penting dalam agama. Kalau tak penting, takkan la Nabi Muhammad dan sahabat dulu, susah payah besarkan empayar dan pengaruh Islam. Cuma, jangan samakan politik dengan agama. Dah kotorkan politik sesuka hati, nak samakan politik dengan agama pulak. 

Isu berkenaan penuntut-penuntut institusi perguruan tu lagi satu. Bila mahasiswa masuk campur dalam urusan politik, tak kira kau semua sokong kerajaan atau pembangkang, kau sendiri yang rugi dalam banyak aspek, kau tahu? Jangan nak bohong cakap kat aku, kau semua yang beria-ria berpolitik sana sini still boleh perform cemerlang dalam study. Study mesti affected. Keluarga pon mesti affected. Parents especially. Future family pon affected. Enviroment kau semua takkan sama macam dulu. Fikir panjang, boleh? Habiskan study tu dulu. Dah graduate dengan cemerlang, nah, berpolitiklah sampai tak makan minum pon. Waktu tu, masing-masing boleh jamin kedudukan sendiri. Come on, face it. Dalam dunia politik kat Malaysia ni, kau susah nak bersuara, susah nak ada penyokong kalau kau tak ada kedudukan. 

Politik punya pasal, keluarga boleh pecah belah. Anak bergaduh dengan ayah. Pasal politik, jiran boleh tak bertegur sapa selama bertahun-tahun. Politik punya pasal, umat satu agama boleh bermusuh. Politik punya pasal jugaklah, keamanan negara tergugat. Kesepaduan kaum longgar. Politic is tiring. You've got to pay with your lives to live with it. 

FJ : PRU13 adalah PRU pertama untuk aku mula mengundi. 
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)