Saturday, 19 October 2013

Persiapan #8 : DIY baju nikah

Assalamualaikum,

Tinggal seminggu lagi sebelum nikah. Haisss.. baju nikah pon x siap2 lg. Masih dlm proses beading. Sebab aku beading sendiri, so mmg lambat lah siap. Malas nk upah. Kos tinggi. Kalo buat sendiri, walaupon xde la lawo sgt memandangkan aku mmg xde formal knowledge psl beads, at least kos rendah. Dan aku bleh suka2 hati je nak buat design mcm mane pon. Igt nk buat simple2 je. Oh ya. Warna baju nikah, ofkos lah putih. Baju mak aku jahit- the best tailor @ designer in the world, dan aku buat beading. Hentamlah kan..



Igt nk tambah jugak bunga 3d. Tgk lah mcm mane. Nak cari warna beads (aku pakai pearls actually) yg match dgn warna sampin encik tunang bapaklah susah. Haha.. orait girls.. nk sambung menjahit. Daaaaaaa...

FJ: seminggu bukan lame pon.. dah lah kne pegi kursus 3 hari.. so, tinggal 4 hari je nk buat persiapan! Eh.. tolak hari nikah.. tinggal 3 hari je!! Mampos.
posted from Bloggeroid

Tuesday, 20 August 2013

Pulau di Terengganu :: Pakej Honeymoon! Teringin!

Assalamualaikum, 

Dalam pada duk berusaha buat persiapan untuk majlis perkahwinan, aku pun duk sibuk jugak mengusha pakej2 honeymoon yang menarik hati. Ada beberapa tempat yang menarik hati. aku letak dua je lah kat sini yek.. 

1. Gems Island Resort and Spa Honeymoon Package (Pulau Gemia)

Details pakej aku ambek dari lovebulanmadu. Gambar2 seme aku ambek directly dari Gem Island Resort and Spa. According to contact person dari lovebulanmadu, pakej ni available until December 2013 dengan total kos RM 1830.



Sea View Room interior

Sea View's balcony








Tusita Wellness Spa 


2. Laguna Redang Island Resort Honeymoon Package (Pulau Redang)

Pakej yg ni lagi murah, depending on the room types. Aku berangan nak yang Deluxe Sea. Honeymoon mesti la nak bilik mengadap laut kan.. Kahkah. Harga pon lottss more cheaper than Gems, RM1237. Pakej yg ditawarkan pon menarik jugak. Unfortunately, untuk masa ni, x boleh nak pergi, sebab resort ni tutup bulan November. Tu lah, sape suh kawin hujung tahun kan... 



Quad share Deluxe Sea interior
Oleh sebab itu, terpaksalah kami beralih arah ke negeri lain. Sedih jugak rasenye sebab x dapat nk pegi Pulau Redang. Kalau Pulau Gemia, x berapa best kot. Sebab pulau tu, pulau kecik je. Wahai pulau-pulau yang cantik lagi indah di Terengganu, bilakan kita bakal bersua?

FJ : Nama je orang Terengganu. Tapi tak pernah sekali pon pergi pulau2 kat Terengganu.

Sunday, 18 August 2013

Chocolate Snow Ice at Tong Pak Fu

Assalamualaikum,

Seharian duk survey harga barang2 goodie bags dan cadar. Letih weii.. ok, entry kali ni xnak cite psl persiapan kawin. Nak cite pasal.. jeng jeng jeng...



Haaa.. mesti korang nampak sedap kan? Boleh tahan laa.. so, this is actually called Snow Ice. Penat ke sane sini, akhirnya kitorg ambek keputusan to have something sweet at Tong Pak Fu - a restaurant selling Hong Kong desserts . Manis xde lah sgt, cukup rasa manisnya utk 1 dessert recipe. Macam2 perisa ada kat Tong Pak Fu. Menu lain selain snow ice pon ade. Selamat mencuba!

Sebelum masuk, kitorg ada tanya sorg pekerja melayu kt situ.. halal ke x.. dia ckp halal..

FJ : We love each other. We also love foodssss
posted from Bloggeroid

Persiapan #7: HIV dan Thalasemia Screening

Assalamualaikum,

Dah jadi 1 prosedur kawin kat Malaysia setiap pasangan yg bakal berkahwin kena jalankan HIV screening. Cik abg dah buat lama sbb kena settelkan borg pihak lelaki dulu. Aku baru buat hari ni. Oh, utk yg kawin dgn pasangan dr mukim lain, ikut prosedur kawin, kena settlekan borg pihak lelaki dulu baru settlekan borang pihak perempuan. Kalo mukim sama senang je. Sbb tu kami x buat hiv screening sama2.

HIV Screening boleh dilakukan di mana2 klinik, poliklinik atau hospital kerajaan. Bawak skali borang ujian saringan HIV yg pejabat agama bagi. Dah smpi klinik nnti, nurse akan bg 1 lg borang. X fhm kenapa perlu ade 2 jenis borang padahal maklumat yg nk diisi tu same je. Layankan je lah. Nak kawin kan..

Alang2 buat HIV screening, aku buat Thalasemia Screening terus. Oh ya, aku buat ujian kt Poliklinik Bandar Pusat Jengka. Dapat keputusan TAK SAMPAI 10 minit pon! Ade kwn aku btaw, dia buat HIV screening kt Hospital Dungun, sebulan baru dpt result. Lama weiii.. Jadi korg, ambek taw lah sket berapa lama tempoh utk result HIV screening keluar utk melancarkan proses utk mohon kebenaran berkahwin masing2. Kalo result screening ambek masa yg lame, masalah nnti.

Alhamdulillah.. results ok.. yeay! Boleh kawin!!!

doktor bg eye ointment sbb masalah yg aku hadapi
setiap tahun dengan jangkitan eye lid

FJ: opsss
posted from Bloggeroid

Thursday, 15 August 2013

Persiapan #6 : kad jemputan dah tempah! Tips sikit!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, lepas keje ptg td dah siapkan urusan kad kawin. Syukur kt bandar pusat jengka ada company yg buat kad kawin. X payah pegi jauh2. Harga pon murah. I mean, cukup berpatutan dengan apa yg aku nak. Nak lawa2, full color bagai tapi nak harga murah mane nk jumpa weiii.. buat sendiri la kan. Aku x ambek full color pon. Ambek yg 2 colors je. Ok, aku ade personal opinion psl kad kawin.

1. Tak perlu spend too much kt kad jemputan

Sbb kuantiti yg aku tempah, agak byk - combine kad dua-dua pihak terus, jadi utk reduce cost, kad yg aku pilih murah je. Rm0.30/pc. Kad lipat yg jenis panjang tu, 2 colors.

2. Tak perlu terlalu fancy

Mungkin ade pengantin nak jadikan kad jemputan perkahwinan mereka sbg kenangan. Bagi aku, selain kad, byk lg kot item lain yg bleh dijadikan kenangan. Oleh sbb tu, kad jemputan x perlu too fancy. Sedap mata memandang cukuplah. Hot stamping mmg lawa meletop. Tp, paling murah pon yg aku taw, kad hot stamping dlm RM0.70/pc. Sobsss.. x taw la kalo ade yg lg murah kan...

3. Tak perlu ada gambar pengantin

Mcm aku ckp td, ade org nk jadikan kad jemputan sbg kenangan. So, dorg akn letak gambar dgn pasangan di kad. Aku x sanggup nk buat mcm tu. X sanggup sbb nnti kad tu, org buang je dlm tong sampah. X sampai hati nak bygkan muka kita dgn cik abg dlm tong sampah. Baik aku tempah bunting. Sendiri simpan, x terbuang.

4. Lengkap semua info yg diperlukan

Yg penting dlm kad ialah tarikh majlis, nama pengantin, nama ayahanda bonda, alamat, aturcara ringkas, contact person dan.. MAP! Tolonglah draw map yg ringkas tp jelas dgn main check point. Benda2 yg senang nk spot mcm sekolah, stesen minyak, masjid, balai polis, etc. Lagi2 kalo rumah pengantin kt kwsn yg byk simpang. Igt tu ye bakal2 pengantin sekalian.

5. Tempah sebaik dah confirm tarikh

Yg ni sepatutnya jadi point utama. Tp sbb aku pon tempah lewat, so tips ni aku letak last skali. Haha. Certain printing company ambek ms sedikit lama utk siapkan tempahan. Lagi2 kalo time tu ramai tgh buat tempahan. Kaji lah sikit sebanyak berapa lama tempoh utk siapkan kad. Kalo kad simpan lambat, nnti x sempat pulak nk jemput org. Lagi2 kalo yg melibatkan pos sana sini kan..

Ok, ckop sampai sini dulu. Doakan persiapan kami berjalan dengan baik. Amin...

FJ : bln lepas ade contact 1 company kad kawin ni kat fb dorg.. dorg ckp 'kami akan hubungi cik semula dlm ms terdekat'.. tapi smpi hari ni.. haroommmm.. nan hado hubunginya...
posted from Bloggeroid

Wednesday, 14 August 2013

Persiapan #5: Goodie Bags Items

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, beberapa pihak yang aku contact berkaitan dgn items utk goodie bags dah bagi feedback. Company yg supply brg yg aku nak tu pon dah emelkan invoice. Dalam sehari dua ni, akan buat payment utk proceed orders. Syukur, Allah mudahkan jalan. Walau pon blom settle semuanya, at least we are making progress. Ade lg byk perkara yg x settle psl goodie bags. Utk packaging, blom beli lg paper/kanvas bags dgn kain organza. Kalo kain organza mahal sgt, aku cari net yg murah2 je sudah. Korg kalo ade taw mane2 online store yg jual organza dgn harga berpatutan tlg inform ek..

Ribbon pon x beli lg. Ribbon senang je nak cari, cuma nk cari yg lebih murah tu mungkin x berapa senang. Igt nk letak jgk small items mcm sweets or candies. Tgk lah mcm mane nnti. Mcm mane ghopenye goodie bags aku tu, dah lepas majlis nnti baru nk tunjuk. Awal2 dah show off sane sini x surprise la kan.. surprise lah sgt kawwww..

Kalo sempat order/buat small sticker rectangular size 5 cm × 2 cm, x pon round sticker yg kecik2, ok jgk kan. Boleh main tampal2. Haha.. yg tu kne kira budget dulu. Stakat yg aku jumpe skrg, stickers bapak la mahalnya..

Bak kata nenek aku, zaman skrg ni, kalo ade jumpe brg harga MURAH, btaw lah dia.. hahahaa

FJ : dah masuk waktu zohor, moh segerakan solat.
posted from Bloggeroid