Thursday, 15 August 2013

Persiapan #6 : kad jemputan dah tempah! Tips sikit!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, lepas keje ptg td dah siapkan urusan kad kawin. Syukur kt bandar pusat jengka ada company yg buat kad kawin. X payah pegi jauh2. Harga pon murah. I mean, cukup berpatutan dengan apa yg aku nak. Nak lawa2, full color bagai tapi nak harga murah mane nk jumpa weiii.. buat sendiri la kan. Aku x ambek full color pon. Ambek yg 2 colors je. Ok, aku ade personal opinion psl kad kawin.

1. Tak perlu spend too much kt kad jemputan

Sbb kuantiti yg aku tempah, agak byk - combine kad dua-dua pihak terus, jadi utk reduce cost, kad yg aku pilih murah je. Rm0.30/pc. Kad lipat yg jenis panjang tu, 2 colors.

2. Tak perlu terlalu fancy

Mungkin ade pengantin nak jadikan kad jemputan perkahwinan mereka sbg kenangan. Bagi aku, selain kad, byk lg kot item lain yg bleh dijadikan kenangan. Oleh sbb tu, kad jemputan x perlu too fancy. Sedap mata memandang cukuplah. Hot stamping mmg lawa meletop. Tp, paling murah pon yg aku taw, kad hot stamping dlm RM0.70/pc. Sobsss.. x taw la kalo ade yg lg murah kan...

3. Tak perlu ada gambar pengantin

Mcm aku ckp td, ade org nk jadikan kad jemputan sbg kenangan. So, dorg akn letak gambar dgn pasangan di kad. Aku x sanggup nk buat mcm tu. X sanggup sbb nnti kad tu, org buang je dlm tong sampah. X sampai hati nak bygkan muka kita dgn cik abg dlm tong sampah. Baik aku tempah bunting. Sendiri simpan, x terbuang.

4. Lengkap semua info yg diperlukan

Yg penting dlm kad ialah tarikh majlis, nama pengantin, nama ayahanda bonda, alamat, aturcara ringkas, contact person dan.. MAP! Tolonglah draw map yg ringkas tp jelas dgn main check point. Benda2 yg senang nk spot mcm sekolah, stesen minyak, masjid, balai polis, etc. Lagi2 kalo rumah pengantin kt kwsn yg byk simpang. Igt tu ye bakal2 pengantin sekalian.

5. Tempah sebaik dah confirm tarikh

Yg ni sepatutnya jadi point utama. Tp sbb aku pon tempah lewat, so tips ni aku letak last skali. Haha. Certain printing company ambek ms sedikit lama utk siapkan tempahan. Lagi2 kalo time tu ramai tgh buat tempahan. Kaji lah sikit sebanyak berapa lama tempoh utk siapkan kad. Kalo kad simpan lambat, nnti x sempat pulak nk jemput org. Lagi2 kalo yg melibatkan pos sana sini kan..

Ok, ckop sampai sini dulu. Doakan persiapan kami berjalan dengan baik. Amin...

FJ : bln lepas ade contact 1 company kad kawin ni kat fb dorg.. dorg ckp 'kami akan hubungi cik semula dlm ms terdekat'.. tapi smpi hari ni.. haroommmm.. nan hado hubunginya...
posted from Bloggeroid
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

2 Responses so far

  • hehehe baik,noted for future reference! bila majlis nya? ambe jarang online facebook le ni. =P

  • @danial In Shaa Allah.. nnti aku bg kad ye.. malu nok kabo tarikh cni sbb kad x siap lg.. haha

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)