Monday, 30 August 2010

Masak apa hari ni?

Tiap-tiap hari pon, macam ni lah.. Pening fikir nak masak ape untuk juadah berbuka puasa. Makin nak habis, towards penghujung puasa, makin malas nak masak. Bukan malas sangat, tapi dah tak tahu nak masak apa sebenarnya. Kalau korang ade idea best-best, bawak-bawaklah kongsi T_T

Sunday, 29 August 2010

Perisa

Buka Puasa Pertama Bersama Tok

Dah lebih separuh bulan Ramadhan berlalu. Namun, baru semalam kitorang sekeluarga berkesempatan berbuka puasa kat rumah tok - orang terengganu panggil nenek, tok. Mak dengan aku dah siap-siap masak kat rumah. Biasalah, mak tak nak susahkan tok. Tahu-tahu je lah orang tua, dengar saja anak cucu nak balik kampung, habis lah semua lauk, segala jenis kuih nak dimasaknya. Semua jenis periuk, pinggan mangkuk yang selama ni 'buat tunjuk' pun, dibawa keluar dari almari, nak diguna waktu makan bersama. Selalunya, macam tu lah. Alah, tok nenek korang semua pun macam tu. Ye idak? Cuma, kali ni, mak kata, biar kita lah pulak bersusah untuk tok. Tak ada salahnya pun, kan? Aku ikut je. 

Waktu berbuka kat rumah tok, lauk yang dihidang atas meja, macamlah gaya kat gerai di bazar ramadhan. Penuh! Gaya macam nak jual, bukan nak dibuat makan. Aku memang menggeleng je tengok. Mahu tak, ada jugak yang masuk tong sampah nanti, kes tak habis. Mak senyum je. Aku faham dah maksud senyum mak tu. Mak nak sampaikan kat aku, "Tak apa lah sekali sekala banyak pun. Membazir sikit apa salahnya.." Macam tu lah maksud senyuman mak tu. Sebab apa? Kat rumah, sempena bulan Ramadhan ni, aku memang menentang keras pembaziran. Bukan tu saja, kualiti masakan pun, aku jaga - ada gaya food inspector, tak?

"Mak, tak elok lah letak ajinomoto banyak-banyak, nanti botak kepala tu. Tu satu hal, nanti ada penyakit lain pulak, kan susah."

"Hari ni tak payah buat kuih banyak-banyak. Buat cukup-cukup nak makan je. Kalau nak hantar jiran, boleh la buat lebih sikit. Membazir nanti."

"Hah, santan kita letak tak payah banyak sangat. Santan tu pekat. Masak gulai cair sikit pun, apa salahnya."

"Gula tu, kurang lah sikit. Nak merasa ibu jari kaki kena potong ke?"

Macam tu lah dialog aku. Boleh dikatakan setiap hari macam tu. Sakarstik. Mak dah faham sangat. Kadang-kadang, bertekak manja jugak dengan mak kat dapur. Mak cakap, aku kedekut. Aku buat pekak. Baiklah jadi kedekut dari dapat penyakit free je. OK apa, aku cakap semua tu. Makan adik aku yang bongsu tu pun, aku suruh dia control. Mahu tak, umur baru 12, tapi, badan macam orang dah 20 tahun kawin! Mak kata, aku tak sayang adik aku, sebab tu tak bagi dia makan banyak-banyak. Aku jawab, "Sebab sayanglah tak bagi dia makan banyak-banyak sangat. Mak nak ke, anak mak, muda lagi dah banyak penyakit? Nanti nak belajar pun susah." 

Aku banyak menjawab, kan? Semua tu, untuk kebaikan dorang jugak. Ayah dengan mak bukan sihat sangat. Dah aku ada kat rumah ni, aku jaga la apa yang patut. Bukan nak derhaka.... (_ _)

Tok super happy dapat buka puasa ramai-ramai. Biasanya, bertiga atau berempat je. Aku layankan je lah. Malam tu, kitorang berterawih di Masjid Biru. Pertama kali berterawih kat situ. Imam malam tu, dengarnya orang Arab. Patutlah lain sikit style terawih dan bacaan doa dia. Takpe lah. Janji namanya terawih. Minggu depan, adik-adik balik. Tok suruh buka puasa dengan dia lagi sekali, bawa budak-budak yang baru balik tu. Aku jawab, "tengoklah dulu," tak reti nak berjanji. Nanti kalau tak jadi, tak ke merajuk orang tua tu?

Thursday, 26 August 2010

Hari khamis dengan cuaca yang pelbagai

Cuaca hari ni memang panas. Tak macam semalam. Ke, perasaan aku je? Entah. Yang aku taw, memang panas. Semua orang tengah tidur. Maklum, bulan puasa dan penat balik dari sekolah. Macam ni lah hari-hari berkerja. Oleh sebab tak tahan sangat dengan lekitan-lekitan peluh, aku mandi. Hah? Baca macam kotor + geli? Ye lah, aku orang kampung, memang cakap macam ni. Lagi pulak, macam la bila berpeluh ko tak rasa melekit. (-.-)" Dah mandi pun, masih rasa macam tadi lagi. 

Lebih kurang 20 minit sebelumnya, aku buat aktiviti yang paling malas sekali aku nak buat bila aku kat rumah; lipat baju. Yang lain, korang nama lah, dari basuh baju membawak ke sidai baju dan angkat jemuran aku buat, kemas rumah, basuh pinggan, macam-macam lah, semua aku rajin - aku buatlah maksudnya. Tapi, 2 perkara yang aku tak berapa rajin (alias malas); lipat baju dengan gosok baju. Peliknya, tiap kali aku buat aktiviti sedemikian, pelbagai benda akan datang kat fikiran aku. Bukan cerita hantulah! Maksud aku, otak aku aktif waktu tu. Fikir nak update blog lah, fikir isu semasa lah, macam mana nak tolong kawan lah.. Betul! Aku sendiri cukup heran dengan perangai aku yang satu ni. 

Adakah disebabkan masa tu, hanya tangan-tangan sahaja yang tengah buat pergerakan, maka otak aku yang tengah bersenang lenang berehat pon turut sama nak 'bergerak'? Mungkin. Sebelum-sebelum ni, macam mana ek? Pernah tak masa duk khusyuk gosok baju tiba-tiba idea mencurah datang nak blogging? Tak ingat. Ke, sebab tempat atau lokasi aku gosok dan lipat baju tu? Nota ringkas: selalunya, aku lipat baju atas iron board.

Blog dah jadi dunia aku sejak seminggu yang lepas (kalau tak silap). Dan untuk mengatakan yang aku benar-benar ketagih dengan blog, aku sendiri kurang pasti. Facebook lenyap seketika. Kebarangkalian untuk mengisi masa dengan melayari mukabuka jatuh pada nilai 0. Jadi, ke sini lah aku setiap masa. Ada ketikanya, masa-masa kosong yang dibuat-buat itu aku gunakan untuk merayau-rayau di bandar blog-blog manusia lain. Oh, ya! Ada satu blog menarik yang aku nak kongsikan bersama anda. Apa kata aku bagi sedikit intro.

© zackzukhairi (cume tambah frame je)

Baru satu malam satu hari berkenalan, seakan-akan dah jatuh hati dengan blog ni. Istimewanya blog ni terletak pada lakaran-larakan comel seperti yang korang lihat. Kreatif, kan? Aku memang tak mampulah nak punya daya kreativiti seumpamanya. Mampu baca dan gelak je lah. Kalaulah aku sekreatif ni, aku dah jadi kartunis terkenal macam Dato' Lat tu kot. Hihihi..

Sedang asyik berblog, kedengaran orang memberi salam di muka pintu. Hurmm. Jemputan majlis kahwin. Dan ini bukan yang pertama. Yang lawaknya, aku boleh pulak nak masuk dapur buat air. Apa yang pelik? Bulan puasa lah woi! Memang aku lupa terus, ni bulan puasa. Maklumlah, tuan punya badan tak puasa. Ye lah, dah terbiasa, kalau orang datang, buat air terus. Kali ni, silap perhitungan pulak. Mak seronok melayan mak cik yang datang. Aku ni pulak, tadah je telinga dengar perbualan dorang. Menginjak ke pukul 5, langit mendung. Nak hujan! Tengah hari tadi bukan main panas lagi. Kuasa tuhan, kan? 

Foot note : So, ni kira macam aku kena angkut iron board mak aku pegi UK, ke macam mana?

Google New Feature: Call People From All Around The World!

Checking mailbox at my google account (gmail) is usual. What unusual is; there's something new at the google chat (gtalk) menu column. Call Phone button!


Just like skype & yahoo messenger, you now able to make phone calls from gmail. As for year 2010, calls to US and Canada are free! I have to admit, google takes too long to come out with this. 


Teaching Profession.. It's tough you know!

I wonder why I always get the idea about something (especially posting things up in my blog) while preparing my parents outfits to work i.e ironing their clothes. Was it the surrounding or the emptiness while doing the job? I myself, do not have the exact answer. Okay, let's speak out about the topic for today! 



I may say, it was the baju kurung that gave me the thought about this: teaching is surely tough. You and most other people also know, being a teacher, I mean a truly teacher is not an easy work to be done. Well, you go to school, teach some stuffs based on the syllabus, get more days off than others, done your work by half day and do some extra co-curriculum work, then you're done. WRONG. Ok, another say, role of a teacher is not all about teaching, it's an educational work, where you educate your students in every aspects, for example attitude, discipline, etc. I say : YES, but there are more. 

Spending about 3 months in British educational area changes a lil bit (at least) my perception of being a teacher. Over there, I met groups of students with different attitudes and abilities. One thing I remembered the most, was these girls. They like to talk about make up during the lessons. They didn't even bother if the teacher or me myself, was around - kept talking about the new foundation they have tried or new lipstick they got from their sister. "This is rare." So I thought back then. I haven't met such students before - not in my teaching career, which I had back in Malaysia (even though it was just temporary) or while I'm still a student ( I mean, never did or met such situation). 
Conclusion made: students care about their looks way more than their studies. 
Back in school or while in matriculation (college), we girls (I'm included sometimes) always stalked our teacher/lecturer - esp the ladies. Boys (at least those who were in my class) also did this. So, what did we stalk about? Their looks! We really do! What colour did the teacher wear, what type of outfit it was, did it match with her tudung, and so on.. Some girls even can notice if the teacher wore new baju or got a brand new pair of shoes! Sad, isn't it? But still, up until today, I can't really figure out about the new things around people (--)" So this is what happen in Malaysia education cultural. 
Conclusion made: students care about their educators looks way more than their studies.
Have you notice yet? Students (esp girls) don't have all the focus on the lessons anyway. This is not the real fact - yet can be one. Then, what's the point? 
  1. Know your surroundings before you start teaching.
  2. Be presentable. Your students will always 'keep an eye' on you! In my personal view, a presentable educator lights up the students' mood.

Foot note : I wonder if I'll become just like my mother, wondering which baju should I wear tomorrow..