Sunday, 5 December 2010

Keluar dengan Ili, jalan2 di Westfield

Salam,

Aku x igt dah, ni kali ke berapa aku ke westfield. 4, atau 5 mungkin. Smalam, bawa kwn yg konon2nya nk shopping. Lgpon, katenye dia nk jumpa dgn childhood friend dia. Aku ikutkan saje. Tp, sbb dia bgn lambat, aku agak geram juge. Haha. Janji pkol 11, tp pkol 11.15 dia baru bgn. Hampir sejam jugak aku tggu dia di Waterloo Station. Mula2, g isi perut dlu. Layan nandos sepam dua kt bayswater. Then, gerak pegi Westfield. Xde byk sgt mende nk cite.. Ade gmbr je sket nk tunjuk. hªhªhª..

aku suke reflection kt cawan tu.. 

sedaaapppp kot kek ni.. skali skala xpe.. kalo slalu.. aishh.. -.-


ni lah ili.. dgn kwn dia.. suki
Ouh ye. Smalam bodyshop buat sale baek punya. Sgt berbahaya utk diriku. Tapi apekan daya. Tak mampu menahan. Lagipon, lame dah x shopping. Abeslah budget aku bulan ni.. -.-

FJ : Ade ura2 kne pegi westfield lagi lepas ni.. Xde tmpt len dah ke nak gi? Haha. Ape2 pon, westfield best. Indoor. Sejuk2 ni, baik kite pegi tmpt tertutup je, kan?

Saturday, 4 December 2010

Buat kamu yang datang pada masa depan (2)


FJ : Will you?

'Kau Laksana Bulan' buat aku terpikat pada Firas!

Salam,

Korg pnah tgk x drama 'kau laksana bulan'? Dramanya ni, adaptasi dari novel Kau Laksana Bulan, hasil karya Aina Emir. Aku x pnah bace novelnya. Tp, aku suke sgt3 ngan dramanya. Cuma, ending dia mcm x berapa kemas. X pasti sama ada itu adalah ending asal seperti mana dlm novel, atau ending tu yg edited version utk drama tersebut. Barisan pelakon dlm drama ni pon x kurang hebatnya. Ada Ayu Raudah (Adriana @ Ana), Zul Huzaimy (Firas), Fizow Omar (Syafiq), Ashraff Muslim (Razif), Dian P. Ramlee (mak Ana) dan ramai lagi.

Aku sukakan watak Ana dan terus terang aku ckp, Ayu seswai bawa watak Ana. Macam tu jugak dgn watak Firas. Aduuuh.. Slalu je cair dgn perwatakan dan personaliti Firas. Cool, bersahaja dan nakal. Walaupun begitu, aku rs, Firas perlu utk tunjukkan sedikit perasaan dia. Muka dia slalu tak berekspresi. Terlalu cool lah pulak rasenya. Tp, mata dia.. Mata dia.. auww! Hahaa.. Mcm dah angau sgt dah dgn Firas ni. Aku x ckp watak Firas ni perfect, sbb ade waktunya aku geram jugak dgn perangai dia. Oh ya! Dalam drama ni, Firas adalah seorang peguam yg handle byk kes2 jenayah. 



Ana pulak, rajin, tekun, manja dan pemalu. Dia seorang penulis novel. Mmg biasa aku bace dlm mane2 novel, penulis akan kaitkan novelnya itu dgn novel lain. Ntah. Salah satu strategi utk publisiti mungkin. Perangai dia pon ada kalanya, mcm2 jugak. Suka melayan. Tp aku kagum lah dgn usaha dia nk siapkan projek2 novel dia. Bgs btol buat research.

Ouh, ya! Da tgk blom video atas tu? Hahaa.. Ade style ouh, cara Firas ngorat! Org cool lah katekan. Byk dialog2 dlm cite ni best. Dialog mak Ana pon sempoi jugak. Aku suke watak mak Ana, lepas Firas. Then, baru Ana. Nak taw kenapa? Apa kate korg tgk drama ni. Pnjg sgt, so maybe korg xkan tgk kot. Ade 13 episod. Perkara lain yg buat aku suke drama ni, sbb soundtracknye. Byk yg best2. Tp, aku x sempat nk muatkan dalam video ni. Ouh ya. Collection ni, aku buat sendiri oke! :P

FJ : Encik Firas satu, boleh? *malu*

Friday, 3 December 2010

It's december and it's snowing!

Salam, 

Aku tak pasti dah berapa tahun UK tak didatangi salji di awal disember. Utk tahun ni, 1st december pon dah snow. Semua org excited, lebih2 lagi mereka yg bakal sambut krismas pd 25 december. Harapan utk snowy krismas thn ini cerah, utk jadi kenyataan. Biasanya, (dari pengalaman aku) krismas di UK tanpa snow. Sbb snow biasa turun dlm bulan januari atau awal februari. Ape2 pon, semuanya kuasa Allah. Dia boleh turunkan snow dalam musim panas kalo dia nak. 

Hari ini, kelas bermula seperti kebiasaannya, pukul 9.00 pagi. Malas habis nk bgn pagi2. Pukul 7.15 baru bgn. Subuh abes pukul 7.45. So, bg laluan utk org yg boleh solat guna bilik air dlu. Dah mcm duk hostel pon ade, tggu giliran nak guna shower :P Aku tak sedar pon, smalam snow. 2 hari lepas, kebanyakan tmpt di UK, lebih2 lagi northern parts turun snow tp bukan tmpt aku tggl. So, x expect la kan. Taw2 osmet aku btaw, "eh kak wan.. putih la kt luwa.. smalam snow!" Aku yg waktu tu mata pon separuh terbuka je, jenguk tingkap. "ha ah laaa..." Excited gile! Haha. 

Dah bersiap2, sementara tggu bas, sempat jugak lah berposing2 ambek gmbr. 


Waktu lunch break, sempat plak buat snow-chef-boncit kat rugby field. Ni seme gara2 lecturer ckp nk buat snowman competition. Semangat kami nk menang berkobar2 kot. Lepas makan, terus g rugby field. Siap cari bahan lg nk buat snowman >.<




snow-chef yg boncit.. tp perut dia x nmpk sgt laaa


Kelas yang sepatutnye abes pkol 4, ditamatkan awal disebabkan severe weather. Lecturer risau kot2 kitorang trap in traffic ms on the way nak balik rumah. Bagus kn lecturer kami? Heee.. Tapi, kami ni bukannye balik awal. Boleh pulak pegi main snow dan bergambar bersuka-ria di park tepi sungai. Ala.. kasi can la. Cikgu2 pon 




sebahagian dr rakan2 sekelas
i love this photo

FJ : I have the feeling that snow had brought this wonderful feelings in myself. It's cold, but I know how to warm my heart. Time has passed. And I'm doing fine alone :)

LadyEll buat Giveaway,JOM JOIN!!

Salam,

Malam ni, mood utk update memuncak. So, kite mulakan dlu, dengan Give-Away by LadyEll. Takde org tag pon, tp saje2 nak join juge. Mane taw ade rezeki kan (dah la x pernah menang mane2 GA seblom ni :P). Yg penting, ade la jugak penglibatan aktif dlm meng-update blog. Yeaah~ Itu dia. 

untuk keterangan lanjut, sila klik banner

By the way, background blog LadyEll cantek gile! Aku suka sgt ngan header dia. Erkkss.. Ni bukan bodek ek. Kang nanti, kalo ckp ikhlas kan, nmpk mcm x ikhlas plak. So, bek toksah ckp. Ape2 pon, gud luck to myself and org2 yg aku tag! :)

Tag : Angah, CikYah, Daoz, Danial, Mama Zharfan 

Thursday, 2 December 2010

Kejutan besar buat saya. Macam tak percaya!!


"Awak, saya dah on the way nak pergi rumah awak ni."

Itu ayat pertama yang aku dengar lepas aku tekan butang jawab panggilan. Tak ada salam, mahupun hello. Aku terkejut. Aku pandang balik skrin telefon bimbit. Betul, memang tak salah orang. 

"Rumah saya? Mana ada orang kat rumah sekarang. Family saya balik kampung. Awak datang Terengganu dengan siapa?"

"Bila pulak saya cakap saya datang Terengganu. Saya baru keluar airport ni. Heathrow. On the way nak pergi rumah awak."

Aku tergamam. Terkejut besar. Hah? Dia kat sini? UK? Biar betul! 

"Jangan main-main boleh tak? Saya kat sekolah ni. Nak borak-borak, saya balik nanti saya boleh call awak balik. Eh, tak mahal ke, awak call ni?"

"Eh awak ni. Saya tak main-main la. Buat apa nak call mahal-mahal, kalau saja nak prank awak? Saya betul-betul ni. Saya boleh suruh driver cab ni cakap dengan awak kalau awak tak percaya."

Aku tarik nafas dalam. Mungkin dia memang betul-betul tak bohong. Jadi, kalau dia tak bohong, maknanya dia memang ada kat UK. Hah? Apa dia buat kat sini? Tiba-tiba saja? 

"Hello? Hello? Wan? Awak dengar tak ni? Saya tak ada book mana-mana hotel pun lagi. Tapi, kalau awak tak suka saya tumpang rumah awak sekejap, bagitahu la kat mana hotel yang murah-murah sikit. Saya check in."

"Eh, tak. Tak. Bukan macam tu. Sekarang memang tak ada orang kat rumah. Semua orang keluar. Macam ni, saya call landlord, bagitahu awak datang dan nak naik atas. Nanti awak sampai, awak jumpa dia. Ok? Da masuk rumah, awak text saya."

Aku hubungi tuan rumah. Nasib baik dia ada. Aku terangkan serba sedikit kepada landlord tentang kehadiran dia. Aku minta landlord tunjukkan dia, bilik aku supaya dia boleh berehat. Masih dalam terkejut, aku melangkah ke mathematics department. Entah bilik mana yang aku kena masuk pun, aku tak pasti. Tahu-tahu, seorang pelajar menegur aku, dan bertanya tidakkah aku sepatutnya bersama mereka untuk sesi sekarang. Fikiran aku memang bukan di dalam bilik darjah. Kadang-kadang, guru mata pelajaran panggil pun, aku tak dengar. 

Beberapa kali, aku pandang sekilas ke dinding, mencari jam. Baru 10 minit. Lambatlah pulak masa berjalan hari ni. Tadi, aku ingat, dia maksudkan rumah di Terengganu. Tapi, kalau rumah tu pun, buat apa dia nak datang, kalau aku tak ada? Tak logik jugak. Eh, dia da sampai kot? Agak-agak, landlord bagi masuk tak? Memang berangan habis. Budak-budak tarik lengan baju nak tanya soalan pun, aku tak perasan. Loceng waktu makan tengah hari berbunyi nyaring. Aku kemaskan barang-barang, dan terus keluar dari bilik darjah. Tangan mencari telefon bimbit di dalam beg. Jumpa. Aku baca text message yang terpapar di skrin telefon bimbit.

Saya da masuk rumah awak. Awak berapa lama lagi kat sekolah?

Dia da masuk rumah. Aku terus buat panggilan ke telefon bimbitku yang lagi satu. Yang memang biasanya aku tinggalkan di rumah. "Nasib baik aku tinggal hari ni. Tadi dah fikir macam nak bawak sekali." Panggilan tak bersahut. Aku dial sekali lagi. 

"Hello."

"Awak. Saya ni."

"Ye. Saya tahu." Aku macam dapat rasa yang dia senyum bila dia cakap macam tu. Ya lah, siapa lagi yang nak call kalau bukan aku, kan?

"Awak rehat-rehat dulu. Nak makan, makan la apa-apa yang ada kat dapur tu. Lagi 2 jam baru habis waktu sekolah. Nanti saya balik terus. Saya dah beritahu housemates saya yang awak ada kat rumah. Tak ada la nanti dorang terkejut nampak awak. Sebab, memang biasanya, dorang sampai rumah lagi awal dari saya."

"Erm, ok. Saya tak lapar. Cuma, mengantuk. Nak tidur. Awak balik nanti, awak kejutkan saya."

"Ok."

Panggilan diputuskan. Aku masih tak percaya, dia di sini. Berapa lama agaknya dia kat sini, ya? Tengah aku memikirkan tentang rasa tak percaya aku, aku perasan yang sekumpulan pelajar melemparkan pandangan aneh terhadap aku. Aku balas pandang mereka, dan lemparkan segaris senyuman. Tiba-tiba kaki aku tersepak sesuatu yang sangat besar, dan aku jatuh terguling-guling. 

*********

Aku terpinga-pinga sebentar. Apa yang dah jadi? Tangan aku cuba mencapai telefon bimbit di atas meja kecil tepi katil. Dah pukul berapa ni? Aku perhatikan jam di telefon bimbit dengan mata separuh terbuka. Oh.. Baru 3.30 pagi. Tidur balik lah.. 

FJ : Hahaa.. ada yang tertipu tak? :P Ini adalah mimpi semata. Tapi, bukan version asal, ada tokok tambah sket, supaya ade kronologi dan logik dalam jalan cerita. Cerita asal, xde part yg aku btaw landlord tu. Orang tu, masuk sendiri je. Dan, murid-murid kat skolah tu, ckp melayu dengan aku, ok? Padahal, skolah tu, seme omputih dan kat UK lagi. Haha.. Ala, biasa la tu.. mimpi memang tak logik, kan? Heeeeee... So, dia tu, siapa? Jeng jeng jeng...