Wednesday 7 August 2013

Persiapan #3: Dokumen dan prosedur kahwin

Assalamualaikum,

2 minggu lepas, Mr Tunang aka cik abg mintak tolong isikan form permohonan kebenaran kahwin. Katanya, tulisan dia x berapa lawa. Kahkah. Jadi, tunang dia yg baik hati ni, tolonglah isi.. Borang dia ambek di Pejabat Agama Jengka, Pahang. Kalau ikutkan apa yg aku baca, x banyak hal yg dimintak. Benda2 biasa je, mcm result hiv (dr hospital atau klinik kerajaan), salinan ic, salinan sijil kursus pra-kawin. Tu je rasenye. Ouh, borang tu satu.



Semalam pulak, aku pegi Pejabat Agama Daerah Dungun. Dah lama plan nak pegi, cuma xde kesempatan. So, bila jumpe dgn pegawai yg bertugas, dia terangkan prosedur dan dokumen2 yg perlu ada utk buat permohonan utk kebenaran berkahwin. Byk jgk dokumen yg kena ada:



1. 2 salinan ic pengantin lelaki dan perempuan.
2. 2 salinan ic bg kedua-dua saksi.
3. Sijil kursus pra perkahwinan dan 2 salinan.
4. Keputusan ujian hiv.
5. Surat akuan bujang dr majikan dan 1 salinan.
6. Surat kebenaran berkahwin luar mukim (bg bakal suami yg tinggal di luar negeri Terengganu) dan 1 salinan.
7. 2 salinan kad pengenalan wali.
8. 2 keping gmbr berukuran pasport (latar biru) bg kedua- dua pengantin lelaki dan perempuan.

Walaupun borang yg diberi dalam tulisan jawi, pemohon kena isi dalam tulisan rumi. Jurunikah pulak mestilah mengikut kwsn tmpt tinggal pengantin perempuan. Pastu kena sediakan RM113.00 utk bayaran jurunikah. Paling lewat pon, borang kena hantar semula ke Pejabat Agama Daerah Dungun sebulan sebelum tarikh nikah. So, ada masa sebulan lebih utk settelkan borang. Kalau boleh mmg nk anta cepat. Lagi awal lagi bagus. Cuma tu lah, kena tggu borang cik abg siap diproses dulu.

Bagi yang tinggal dalan daerah Dungun boleh jadikan entry ni sbg reference. Hehe. Oh, ni nombor Pejabat Agama Daerah Dungun: 09-8481255.

posted from Bloggeroid

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)