Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Berkali2 saya beristighfar dan menyebut nama2 Allah. Berkali2 saya minta dikuatkan hati sebelum saya teruskan pembacaan saya. Tentang apa? Sebelum saya jelaskan, ingin saya mulakan dengan sedikit mukaddimah. Pernah kalian terfikir kenapa al-Quran itu benar dan Bible itu salah? Kita tahu Quran benar kerana Quran adalah kalamullah. Tapi, apa bukti Bible itu salah? Saya juga sependapat dengan sesetengah pihak, bahawa kita perlu tahu makna kalamullah dan juga perlu baca Bible untuk tahu dimana salahnya Bible dan apa bukti dalam Quran yang menyangkal Bible. Akan tetapi, sampai waktu ini, saya belum berdaya untuk buat itu semua. Tak semua orang punya kekuatan untuk lakukan sesuatu yang saya kira agak hebat. Cuma malam ini, terdetik di hati saya untuk mencari sedikit fakta sehingga pencarian saya membawa kepada ketakutan ini. Saya bukan orang yang arif tentang agama, tidak juga tentang sains, jauh sekali untuk sebaris dengan ulama, tidak juga saintis! Semuanya bermula dengan ini;
Jujur saya katakan, saya tidak suka mem-forward mesej2 sebegini. Jarang sekali saya berbuat demikian. Di awal pagi ini, setelah membaca mesej tersebut, saya cuba mencari apa2 teori, fakta, ataupun kajian untuk mengesahkan sejauh mana pernyataan ini adalah fakta yang betul. Alhamdulillah, kebenaran ditemui. Terima kasih kepada penulis atas pencarian anda yang amat2 membantu saya. Kejadian yang dimaksudkan di atas adalah berkenaan dengan satu fenomena semulajadi, iaitu peredaran songsang (retrograde motion). Info lanjut, sila klik di sini.
Tertarik dengan penerangan penulis, saya teruskan pembacaan ke tajuk seterusnya yang juga berkiatan dengan kiamat. Menarik! Saya teruskan lagi, sehingga menyentuh satu tajuk tauhid tentang kewujudan tuhan (boleh baca di blog tersebut sekiranya berminat). Seorang muslim - bukanlah penulis blog tersebut, (saya katakan dia muslim kerana dia murtad, jika dia beragama lain, dikira murtad ke?) mengisytiharkan dirinya murtad; menurutnya "ragu2 tentang benda yang saya tak nampak" - tuhan. Ragunya kerana tuhan itu tidak dapat dibuktikan dengan logik. Dia juga menyatakan bahawa kita (yang saya tafsirkan sebagai manusia) tidak perlukan agama dan nabi untuk tunjukkan pada kita yang mana betul dan yang mana salah, kerana kita punyai logik. Penulis tidak mengulas lanjut berkenaan topik berkenaan tetapi kembali menulis tentang itu pada entry seterusnya. Ulasan penulis berserta dengan analogi ringkas tentang penerangan+pendapat tentang kewujudan atau ketidakwujudan tuhan amat mencuri perhatian saya. Alhamdulillah.. secara tidak sedar, ketakutan tadi hilang. Semakin banyak pembacaan saya, saya dapati muncul pula kebimbangan lain. Betapa cetek benar pengetahun saya tentang anutan saya dan tentang Pencipta saya (juga kita semua). Syukur. Sekurang-kurangnya saya sedar.
Forwarded message in friendster : PLANET MARS TELAH MENUKAR ARAH PUTARAN DAN MENYEBABKAN MATAHARI DISANA TEBBIT SEBELAH BARAT JADI DIANGGARKAN SELEPAS MARS GILIRAN BUMI PULA JIKA ITU BERLAKU ITU ADALAH TANDA2 KIAMAT JADI HANTARKAN LAH EMAIL INI JIKA ANDA SEORANG ISLAM YG MEMPERCAYAI HARI KIAMAT MAKA ANDA AKN MENGHANTAR EMAIL INI KEPADA RAKAN2 ANDA SESUNGGUHNYA SESIAPA YANG MMBANTU SESAMA ISLAM MAKA PAHALA LAH HABUANNYA.
Jujur saya katakan, saya tidak suka mem-forward mesej2 sebegini. Jarang sekali saya berbuat demikian. Di awal pagi ini, setelah membaca mesej tersebut, saya cuba mencari apa2 teori, fakta, ataupun kajian untuk mengesahkan sejauh mana pernyataan ini adalah fakta yang betul. Alhamdulillah, kebenaran ditemui. Terima kasih kepada penulis atas pencarian anda yang amat2 membantu saya. Kejadian yang dimaksudkan di atas adalah berkenaan dengan satu fenomena semulajadi, iaitu peredaran songsang (retrograde motion). Info lanjut, sila klik di sini.
Tertarik dengan penerangan penulis, saya teruskan pembacaan ke tajuk seterusnya yang juga berkiatan dengan kiamat. Menarik! Saya teruskan lagi, sehingga menyentuh satu tajuk tauhid tentang kewujudan tuhan (boleh baca di blog tersebut sekiranya berminat). Seorang muslim - bukanlah penulis blog tersebut, (saya katakan dia muslim kerana dia murtad, jika dia beragama lain, dikira murtad ke?) mengisytiharkan dirinya murtad; menurutnya "ragu2 tentang benda yang saya tak nampak" - tuhan. Ragunya kerana tuhan itu tidak dapat dibuktikan dengan logik. Dia juga menyatakan bahawa kita (yang saya tafsirkan sebagai manusia) tidak perlukan agama dan nabi untuk tunjukkan pada kita yang mana betul dan yang mana salah, kerana kita punyai logik. Penulis tidak mengulas lanjut berkenaan topik berkenaan tetapi kembali menulis tentang itu pada entry seterusnya. Ulasan penulis berserta dengan analogi ringkas tentang penerangan+pendapat tentang kewujudan atau ketidakwujudan tuhan amat mencuri perhatian saya. Alhamdulillah.. secara tidak sedar, ketakutan tadi hilang. Semakin banyak pembacaan saya, saya dapati muncul pula kebimbangan lain. Betapa cetek benar pengetahun saya tentang anutan saya dan tentang Pencipta saya (juga kita semua). Syukur. Sekurang-kurangnya saya sedar.
Akal manusia sangat terbatas untuk memikirkan tentang semua perkara di alam semesta ini, terutamanya berkenaan zat yang kekal abadi, Allah.Wallahualam.. Saya berterima kasih kepada penulis yang banyak memberi info kepada saya, juga kepada saudara yang menghantar mesej tersebut di friendster, juga yang terutamanya, syukur pada Allah, kerana menggerakkan hati ini, mencari sedikit ilmu.
Post a Comment
Have something to say? ;)