Friday, 17 October 2008

Rama2 & Manusia Biasa.

Pertamanya, salam kepada semua pembaca. Tiada niat untuk mencoret apa-apa di ruangan ini, hingga terdetik tatkala aku baca satu artikel ringkas dari iLuvislam.com. Tajuknya 'Kerana Dia Manusia Biasa'. Sungguh aku setuju dengan pendapat yang diutarakan. Terselit satu gambar hiasan; seekor rama-rama hinggap berehat di atas sebentuk cincin berserta nota ini;
Cinta layaknya seperti seekor rama-rama. Semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka. Siapa tahu, bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu, menumpang teduh dari panas, hujan, badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan buatmu.

Dalam cerita biasa, yang membuktikan kebiasaan, tetapi menjadikannya luar biasa kerana jarang benar manusia sedar akan kebiasaan itu. ThumbsUp

"Kerana dia manusia biasa.."
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu, dia akan selalu berusaha tetapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya, dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari..."
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)