Tuesday, 30 November 2010

the first snow this winter for me is here!

quick snap from teachers training school, the St Clare

Ni dia.. salji sudah turun.. kat twickenham td xde la lebat.. smpi New Malden agak lebat juge.. heeee

Letakkan malu pd tempatnya. Malu pon nak hak dia jugak!

Tak malu;

  • untuk berpakaian seksi, terbuka sana sini, dan berparty sakan 
  • maki-maki dalam LRT sbb tengah marah sgt dgn boipren
  • pinjam duit dgn org, pastu buat2 lupa utk bayar balik
Tapi, malu;
  • nak tanya rakan sekelas, pendapat berkaitan study/research
  • bg sedekah kt org yg mengemis di tepi jalan
  • nak lintas jalan sambil pimpin tangan nenek sendiri yg dah tua
malu lah kt monyet ni kalo xnk malu kt org lain pon..

Korang seme pernah jumpa contoh macam ni? Bertaburan kot, kan? Contoh yg aku bg ni, sgt common. Bahkan aku yakin, korang dah jumpa byk lagi contoh2 yg gempak dan memberangsangkan. Aku pon x berapa faham attitude mcm ni. Malu tak kena pada tempat dia. Buat ape lah nak malu kalo dah terang2 taw mende tu baik atau membawa kebaikan? Bukan kt org lain pon, kat diri sendiri jugak kan? Mcm yg lintas jalan tu. Dah pakai cantik2, mekap lawa2 or smart2, pimpin tangan nenek lintas jalan, kt seberang jalan sana ade mamat hensem @ awek cun sedang memerhati. Tak ke market naik tu? Kot time tu tgh single ke, xde ke ade can nk tak-single lg?  (tak ade la plak aku ckp kne niat atau berharap mcm tu.. ni contoh je -.-)

Bayangkan kalo 'malu' tu boleh berkata2 dan berperasaan. Aku rs, dia dah menangis meraung dah. Kesian kt diri dia diperlakukan mcm tu oleh manusia. Agaknya, kalo dalam contoh tak malu mcm yg no 2 tu, 'malu' dah maki dia balik kot. Huh! Ouh ya, aku pnah tgk video kt utube psl sorg minah ni x benti2 maki boipren dia (dorg the on the phone, n ntah sape yg record n upload) dalam LRT. Duh, malu kot. Seme org pandang. 

Ni baru ckp pasal malu kat orang lain. Belum sentuh lagi pasal malu pada diri sendiri atau pada pencipta. Bila sifat perasaan malu, akan hilang jugak byk lg sifat2 +ve yg lain. Kalo dah makin berkurang, makin berkurang. Lame2 tinggal byk sifat -ve je la, kan? Agak tidak sihat kalo mcm tu. 

Yg buat menda2 yg bukan2 mcm ni, biasanya mmg bukan budak2. Mmg biasanya, org2 dah besar, dah dewasa, yg org kate, dah matang pemikirannya yang berkelakuan mcm ni. Alah, biasa mende2 pelik mmg datang dr org yg dah matang pemikiran, tp x appreciate kematangan tu. Setuju? Tak setuju pon xpe. Hehe.. 

FJ : Entri ini adalah salah satu drpd plan tak-mo-biar-blog-terbiar FJ. So, it's a scheduled entry. Ok la kan, dr biar je blog sepi dalam 1-1 ms, atau blog tlalu byk entri dlm hari yg same. 


Monday, 29 November 2010

The Best Entry With Sinar Raudah


Blog Sinar Raudah buat give-away! Jadi, sbg peminat GA tegar, nak juga masuk contest ini. Heee.. Syarat yg sinarraudah letakkan taklah susah. Cuma, aku rs mcm susah pulak bagi aku untuk cari entri mane yg aku rs best, sepanjang penglibatan aku dalam dunia blogging ni. Mungkin sbb, slame ni, aku byk merapu kot.. 

Jadi, aku putuskan utk pilih entri ini; West Midland Safari, Birmingham.

entri snapshot
Jadi, kenapa entri ini? Tak ada apa yang istimewa sgt. Entrinya pon pendek saje. Cuma, entri ini mengingatkan aku kenangan dgn kawan2. Aku sukakan keceriaan waktu itu. Aku sukakan cuaca waktu itu di musim panas. Walaupun aku sdg menghadapi waktu perit dan susah aku ketika itu, aku masih ada kawan2 yang sudi ceriakn hari-hariku. Kak Min dan aku menang cicak hari tu, over basketball shoots. Terer x? Hehe. Kak Min cakap, tak aci, sbb aku netball shooter, sbb tu aku dpt score. So, dia mintak Khai yang shoot-kan utk dia. Boleh pulak macam tu. Waktu ni, semua orang ada. Basyeer, Am, Kak Min, Kak Ina, Kak Fataya, etc. Skrg? *senyum* Tak sama dah. Entrinya mungkin tak istimewa, tapi kenangan waktu tu berbekas kat hati aku. Mcm boleh terbayang-bayang lagi semuanya...

Mcm tu lah serba sedikit. Harapan utk menang pon, xde lah tinggi. Aku taw, aku masuk contest ni pon, dah last minute. So, kpd mereka2 yg aku tag ni, sorry lah, kalo korg x sempat nk buat entri atau join.
tag : CikYah, Danial, Izs
FJ : Dah lama x fikir, dah lama tak rindu. Tapi mlm ini, rindu dtg lagi.. 

Melawat Guildford Lagi Sekali..

Salam, 

It was a cold day. Temperature dlm -2 to -3 degree Celcius walaupun siang hari masih bermandikan cahaya matahari. Yes. Temperature drop makin hari makin menjadi-jadi. Northern UK, tak payah cerita lah. Banyak tempat dah snow. Orang-orang belah southern jugak telan air liur nak merasa snow, walaupun snow kali ini, dah snow yang kesekian kalinya semenjak di UK. Adatlah. Bukan tiap hari pun, salji turun. 

Semalam, warga Guildford buat majlis sambutan hari raya korban. 95% wanita yang hadir berbaju raya. Yang lelaki, toksah cakaplah. Malas nak komen. Aku tak tergolong dalam 95% tu. Sejuk sangat, jadi aku putuskan untuk tak pakai baju kurung. Dah lah ambil masa yang agak lama untuk sampai Guildford, due to rugby game in Twickenham. Sesak jadinya. Buses were delayed, and so were trains. Rugby fans from all over UK came to watch the game. Polices with yellow bibs were everywhere near the train station. Somehow I felt relief seeing them there, in duties. 

Keadaan di Clapham Junction train station juga sesak. Aku merayau-rayau sebentar atas platform bridge sementara tunggu train sampai. "Twickenham.. Twickenham.. Platform 6." Itulah yang aku dengar banyak kali lepas mereka semak platform board. Kebanyakan mereka nak ke Twickenham. Aku sedia maklum, rugby. 

at Clapham Junction
Sampai je di Guildford train station, Alip text bertanyakan lokasi. Aku sempat tanya, sama ada mereka dah mula makan atau belum. Haha. Bukan tanya pasal ceramah. Bertuah betul. Lapar! Kata Alip, ceramah belum habis. Keluar je dari train station, aku nampak ada bas yang sedang ambil penumpang. Berlarianlah aku. Nasib tak kena langgar dek kereta waktu kelam kabut lintas jalan. Aku memang clumsy -.- Setibanya aku di tempat event berlangsung, terserempak dengan Kak Amal. Sempat borak dengan dia. Katanya, next week dia sekeluarga akan berangkat pulang ke Malaysia. Aku doakan yang terbaik untuk dia dan keluarganya. :) Sempat dengar ceramah sekejap je. Bukan. Tak sempat dengar pun. Sempat dengan Q&A session sahaja. Itu pun, hanya satu soalan. Kemudian, aku join mereka makan. Heeee.. 



Tak ada lah makan banyak sangat pun. Kebanyakan menu yang dihidangkan berasaskan lamb. Kurang sikit dengan lamb, bukan tak makan langsung. Lepas makan, macam biasa. Borak-borak. Catch up itu ini. Bergambar. Bergosip. Macam-macam. 
i know it's not a good reflection


i like this scene.. just happen to snap the moment..

this guy is in massive diet.. nak kawin katenya.. heeee
Habis majlis, Ili bawa aku ke rumah dia. (hostel lah sebenarnya) Ili cakap, dia nak ke town, beli bunga. Aku tak membantah. Walaupun sangat sejuk kat luar tu, aku rasa keluar adalah solution terbaik. Bukan untuk aku. Tapi untuk Ili. Tak perlu cerita kenapa. Cukup sekadar aku cakap, dia stress. Alip buat hal. Taknak pergi katanya. Aku pujuk-paksa dia ikut kami berdua. Haha.

aku suka gambar ini
Orang yang pada mulanya bersungguh-sungguh taknak ikut, tiba-tiba bersemangat pulak ke starbuck lepas aku cakap aku nak belanja minum. Apa-apa sahajalah kawan-kawan.


Dalam pukul 5.30 petang, aku ambil bertolak balik. Alhamdulillah, tak perlu menunggu lama di Clapham Junction. Di Twickenham, menggigil juga aku waktu tunggu bas. Sejuk. Macam tak cukup tebal baju yang aku pakai. Game yang siang tadinya berlangsung, dah habis. Jadi, manusia berpusu-pusu menunggu train di Twickenham station. Depan station pun sesak. Takut juga aku dibuatnya. Dah la sorang-sorang. Dalam pukul 7.00 malam, aku selamat sampai di rumah. 

Sunday, 28 November 2010

Kisah cinta mereka-mereka. Aku doakan kalian bahagia.

Aku x taw la, tp for some reasons, kwn2 di sekeliling aku sering 'datang' pada aku dan kongsikan kisah cinta mereka. Walopon dorg ckp aku ni garang, moody, etc2, tp dorg tetap cari aku, dlm hal2 mcm ni. Ada yg mengadu tentang itu, tentang ini, bercerita apa yg mereka rasa, apa yg terjadi, etc. Tak kurang jugak yg bertanyakn pendapat. Kadang2 aku rs mcm aku ni bertauliah sgt dah dalam hal cinta, smpi org dtg tny pendapat dan mintak nasihat. Pengalaman tu, ada lah. Tapi, skrg ni, aku sendiri pon, tak berpasangan. Bkn tak mahu mencari.. Eh, dah keluar topik pulak dah. ^.^


Adat dalam berhubungan, mmg bermacam ragam, kan? Kalo dah kawan2 dtg, mengadu, bercerita, aku dengar. Kalo tny pendapat, aku bg ikut kesesuaian. Kdg2 aku tak bg pon. Bkn kedekut, oke. Cuma, mungkin pendapat aku akn memburukkn lagi keadaan atau tak bersesuaian dgn masalah yg diceritakn tu. Aku tak nak la jugak nnti, bile jd ape2, name aku pulak yg panas mcm pisang goreng.
[equation]Publisiti murahan tidak same dgn FJ, oke! Please take note. 
X rimas ke? Bukan krismas.. adoii.. Rimas. Tengok la jugak keadaannya. Kalo dtg ms tgh serabut, angin juga. Buat la ape yg stakat mampu. Borak sket2, then kasi mereka faham, yg aku pon ade tanggungjawab lain, yg lebih utama. Walopon begitu, aku hargai mereka. Sbb aku sendiri belajar dr mereka. Sbb mereka masih ingat dan anggap aku sbg kwn mereka. Sbb aku rs happy bila dpt bantu (mendengar pon, bantu jugak, kan?). Kita gembira bila kita dapat bantu orang lain, kan? Tapi, mcm mane kalo kita dah bg nasihat, org yg mintak tu, xnak dgr atau ikut? Hahaa.. Cite lain. Biarkan soalan itu mati di situ sahaja.

Aku doakan kwn2 aku bahagia. Aku x kejam, nk pisahkan kwn2 aku dgn pasangan mereka sbb aku dengki aku tak ada pasangan. Aku x bg nasihat yg bukan2. Aku byk blajar tntg nasihat dr seorang kwn.

FJ : I'm not afraid to try again. 

cuba nasib lagi | Lucky Draw from Heze Suze

Salam,

Well, Danial yg perkenalkan LD ni kat aku about a week ago (I think). Skrg baru teringat psl tu, dan alhamdulillah, masih ade peluang lagi kalo nak masuk :)

Ouh, ya. Hadiahnya? Heee.. RM50. Xde org nk bg free2 RM50 kan? :P

inilah dia akak Heze
Oleh hal yg demikian, sy mao mengetag CikYah, Misz, dan Angah utk join lucky draw ini.. heeee