Sunday, 25 May 2014

Jangan salahkan Daren utk Thomas!

Assalamualaikum,

Aku syak, rata2 rakyat Malaysia tgh pegang iron sekarang. Atau, baru nk bukak almari cari baju nak pakai esok. Atau, worst dah siap iron baju. Ternyata, esok tak cuti. Heh. Tahniah Jepun (ucapan ini langsung tidak ikhlas). Tahniah Daren Liew. Pejuang terakhir Malaysia di Piala Thomas. Bukan Daren punca kita tewas. Kita tewas mungkin sbb kita semua. Doa tak cukup, usaha belum keras, sokongan penonton x padu, pemain tak konsisten. Mungkin. Mungkin jugak super saiya tak cukup power. Heh. Macam2.


Dengar2 ni ialah Thomas terakhir Lee Chong Wei. Patut dia asek duk garu kepala je tadi. Frust sangat agaknya. Ok lah tu. At least boleh main. Super Dan x merasa langsung tahu! Dan esok, oh tak. Malam ni mungkin dah ada. Akan keluar berita bertajuk ala2 "Malaysia hanya mampu meraih Perak". "Thomas : Kita sekadar berpuas hati di tempat kedua". Ayat senang utk kerja sukar. Boleh ludah kat org2 macam ni.

FJ : Tadi aku perasan, Piala Thomas tu dah tercabut tapak dia masa coach Jepun terima dari siapa-ntah. Curious. Dah berapa puluh tahun piala yang asal dipakai? Memang tak tukar2 ke? Maaf jika soalan tak relevan.

posted from Bloggeroid

Thursday, 22 May 2014

Stok barang2 tommee tippee dan avent melimpah!!

Assalamualaikum,

Belum berkesempatan lagi nak update barang2 tommee tippee kt blog ni. Kat instagram dgn fb Blog de efjay dah update. Projek menjahit pon x sempat nak update lagi. Banyak betul update tergendala. Well, kita tunjuk teaser je dulu ye. Update, nanti2 lah. Haha. Kalo nk tgk, bleh skodeng fb 'Blog de efjay' atau instagram 'fathiah jasni'.



Antara stok yg ada dalam gambar ni ialah pelbagai corak dan warna botol susu Tommee Tippee (150ml dan 260ml), botol susu Avent (260ml), Avent Manual Breast Pump, Avent Food Storage dan Tommee Tippee Travel Bottle Warmer.

Sementara we ols update, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Fathiah Jasni. Whatsapp/sms 0111-9722807.

posted from Bloggeroid

Sunday, 18 May 2014

Go! DIY bantal kekabu baby

Assalamualaikum,

Bila balik rumah mak, barulah projek menjahit utk baby jalan. Kt rumah sendiri takde mesin jahit. Kalo kt rumah mak, mesin ada, tok guru pon ade. Kali ni, aku buat bantal kekabu. 2 bantal peluk. 1 bantal tidur.

Bahan2 & alat2 yg diperlukan;

Kain cotton (aku guna cotton flannel)
Kertas (aku pakai surat khabar lama)
Benang
Mesin jahit
Kekabu
Gunting

Caranya,

Mula2 aku lukis pattern dlu atas surat khabar. Sbb aku ni mmg bkn pro menjahit, jd pattern tu penting. Kalo nk guna pattern aku pon boleh. Tp simple je la. Kt bwh ni ukuran utk bantal peluk yg aku buat. Bantal peluk aku x buat bentuk bulat pon. Sentiasa kne spare utk basi bila menjahit. Kalo x, ukuran akan jd salah nnti.



Untuk ukuran bantal tidur, aku buat (14 inci × 10 1/2 inci termasuk basi 1 inci setiap pnjang dan lebar). Dah siap buat pattern, tekap pattern pada kain dan boleh start gunting kain. Kain tu, terbalikkan siap2.



Then, bleh start jahit. Ingat ye. Basi 1/2 inci setiap side ye. Salah 1 side kain2 tu jangan jahit penuh. Spare ruang di tengah2 untuk masukkan kekabu. Ruang tu mestilah cukup untuk saiz tangan kita. Jangan spare ruang di hujung kain. Sbb, nnti bucu bantal jd x berapa cantik.





Dah siap semua sarung, skrg masanya utk masukkan kekabu. Untuk bantal peluk, boleh isi kekabu penuh supaya bantal jadi padat. Untuk bantal tidur, isi kekabu secukup rasa je. X boleh padat, sbb nanti bantal jd terlalu keras untuk baby. Baby newborn x sesuai bantal padat. Gunakan hujung gunting utk bentukkan bucu bantal supaya cantik. Isi kekabu pada bucu bantal. Kalau x isi, bucu bantal x nmpk kemas.





Dah siap isikan kekabu, jahit semula di ruangan yg terbuka td. Jahit tangan boleh, guna mesin pon boleh. Siapkan ke 3-3 bantal. Skrg, dah siap bantal kekabu untuk baby mama!!





2 jenis kain lagi tu, aku ingat nk buat sampul bantal dan cadar baby. Kain 1.5 m yg aku beli utk buat sarung bantal ni pon ade baki lg. Kekabu pon berlambak. So, boleh buat dimple pillow dgn nursing pillow. Semoga terbuat.
posted from Bloggeroid

Wednesday, 14 May 2014

Berusaha siapkan printable new born check list utk baby

Assalamualaikum,

Hari ni adalah hari gigih aku nak siapkan design utk my baby's checklist. In Sha Allah akan dikongsi (atau dijual?? Heeee) bersama readers yang lain. Check list ni aku sediakan untuk kegunaan aku sendiri. Actually x taw lagi gender baby, boy or girl. So, ingatnya nak prepare 2-2 design kalau sempat. Banyak blog sebenarnya dah buat checklist ni. Tapi sikit sangat yang offer printable version. Printable New Born Baby Checklist ini In Sha Allah akan membantu mama2 dan papa2 diluar sana dalam membuat persiapan untuk menyambut ketibaan baby anada nanti. Senarai yang aku sediakan adalah berdasarkan keperluan hampir lengkap untuk semua parents. Tapi, tak semua yang merasakan semua barang2 perlu untuk disediakan. 

Keperluan barang baby sebenarnya bergantung kepada 2 faktor utama. Pertamanya, mestilah melibatkan kewangan ibu bapa. Faktor kedua ialah situasi ibu bapa itu sendiri. Ok, malas nak cakap banyak. Jom sneak peak!! 


Haaaa.. amacam? Comel tak? Heee.. aku bukanlah pro designer pon. Aku siapkan ni pon untuk diri sendiri. Design still lagi dalam proses editing. So, yang ni bukan final design. Aku ada masa dalam setengah jam lagi untuk siapkan benda ni Harap2, sempat laa... 

Aku akan notify balik once check list ni dah siap, ok? 

FJ : berusaha!

[updated 14/05/14 4:45 PM] yeaaayyy!!! check list dah siap!



Tuesday, 13 May 2014

Suka makan kerabu tak?

Assalamualaikum,

Minggu lepas, waktu balik rumah mak di Terengganu, sempat jugak singgah rumah tok. Tok tu biasalah. Kalau kitorg dtg, ade je yg nk dia bgi buat bekal balik. Kali ni, kitorg dibekalkan dgn 3 beg plastik besar mangga muda! Aku xtaw nk masak apa dgn 3 beg plastik besar mangga tu. Nak mkn colek, I am not really into colek even tgh pregnant. So, aku putuskan utk bahagi2kan mangga tu. Bagi jiran sket, bagi tokwan sket, tinggal utk mak sket and buat jeruk manis. Since nak makan jeruk yg kt kedai tu x boleh (sbb byk sgt pengawet), aku buat sendiri je lah.

Then, mak ckp nak makan kerabu. Aku ni x lah pakar pon buat kerabu. Setakat nk makan sket2 bolehlah. So, bahan2 yg diperlukan ialah;

Secawan kelapa parut (fresh)
5 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam
3 ekor ikan kukus saiz sederhana
- boleh guna selayang atau kembung
Semangkuk taugeh
Kacang botol - lg byk lg sedap
Sebiji mangga muda saiz besar
Sedikit gula
Garam secukup rasa



Cara2:

1. Gorengkan kelapa parut sehingga kekuningan. Tumbuk sehingga menjadi halus. Asingkan.
2. Tumbuk bawang merah, lada hitam dan ikan kukus sehingga lumat. Asingkan.
3. Basuh taugeh dan kacang botol. Potong kacang dgn ketebalan yg sesuai - halus sgt pon x sedap.
4. Parutkan mangga muda.
5. Gaulkan semua bahan2 dari 1-4. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.

Dah siappp. Heee. Kerabu mcm ni boleh jumpa kt terengganu dgn kelantan je taw. Kalau negeri2 lain buat kerabu biasanya mmg takkan letak ikan. Cara utk kukus ikan senang je. Bersihkan ikan. Masukkan dlm periuk dgn jumlah air yg sedikit. Masukkan garam kasar, asam keping dgn hirisan lengkuas. Pastikan periuk ditutup. Masak dalam 10 minit. Ikan x ambek masa yg lama pon utk masak.

Selamat mencuba! Sorry, gambar yg dah siap gaul xde. Hehe..

posted from Bloggeroid

Monday, 12 May 2014

Chest drawers untuk baby, checked! !

Assalamualaikum,

Dalam pada duk fikir2 apa lagi yg perlu dibeli (again, PERLU dibeli) utk baby, hampir2 terlepas pandang part clothes storage. Waktu otw nk pegi KL, tiba2 terlintas dalam kepala ajak suami singgah kedai perabot. Bincang2 dgn suami, kami setuju utk beli chest drawers yg plain, bukan yg cartoon2 tu. Keperluan utk beli full hanging wardrobe blom ade. Sbb bg kami, yg cartoonize tu after years akan jd x relevan. Haha. Terlalu jauh kami fikir. Well, otg yg berduit boleh la kan. Mula2 beli yg utk baby, pastu beli yg sesuai utk kanak2, lepas tu beli yg utk remaja pulak. Hohohoo.. kami x boleh mcm tu. Ok, balik pd cerita td, jumpa la 1 chest drawers ni, plain tp nmpk elegant la jgk. White-dark brown. 4 levels dgn top level ade 2 drawers. Harga boleh runding katenye. Lepas rundingan damai, dapat RM450. X beli terus.

Kami teruskan perjalanan ke KL. Dalam kereta, I asked suami to visit IKEA. Dia setuju. Alhamdulillah, hajat ke IKEA tercapai. Hari ahad, lepas program di Palace of the Golden Horses, my bff bwk pegi IKEA. Rambang mata jgn ckp lah. Banyak kali jgk duk tukar2 dari satu ke satu chest drawers. Sampailah kami putuskan utk beli BREMNIS chest of 3 drawers. Ade 3 kaler. Suami pilih warna merah since kitorg blom ade furniture warna merah. Haha. X fikir pon sesuai ke x dgn baby. Main pilih suka hati ikut taste mama dgn abi je. Ouh ya, it costs us RM299.



Sampai je kt self collection department, kami x jumpe yg warna merah. Dah la susunan x ikut pon nombor rak. Hampa jugak la di situ. Since my bff and her hubby dah lama menunggu, kitorg rembat je lah yg warna hitam. Dah selamat bawak balik ke rumah pon. Petang td, bermulalah our first experience assembling the parts together. Before this, kalau beli perabot mesti yg dah siap pasang. Gigih lah kitorg duk pasang parts yg ada ikut instructions manual.



Lama jugak duk mengadap benda ni. Sempat lenguh2 pinggang jugak. X boleh biar suami buat sorg2, sbb nnti dia serabut. Hehe. 2 org buat kerja cepat la sket siap kan.






After all the hardwork.. taraaaaa!!



For the time being, kitorg decide utk letak chest drawers ni dalam bilik kitorg. The only furniture yg warna hitam dalam bilik. Yg lain seme putih. Though, it still looks good. Heeee...

FJ: ni yg rasa nak tambah koleksi perabot lg ni.. hehehehee..
posted from Bloggeroid

Friday, 9 May 2014

Barang2 Phillips Avent di FJShoppe

1) Avent Natural Starter Set (newborn)



Set inclusice of;
2 × 260ml/9oz natural feeding bottles
2 × 125ml/4oz natural feeding bottles
1 × bottle & teat brush
1 × newborn orthodontic soother

Harga : RM152 per set + RM8 (postage S.M)


2)Avent Natural Manual Breast Pump



Harga : RM155 + RM8 (postage S.M)

3) Avent Natural 260ml / 9oz bottles



Harga :
RM37 each pc + RM6 (postage S.M for 1-4 pcs bottles; boleh mix dgn botol lain)

RM95 (pack of 3pcs) + RM6 (postage S.M)





Berminat?
Sms/whatsapp fathiah 0111-9722807
Sms/whatsapp fathiah 0111-9722807
Sms/whatsapp fathiah 0111-9722807

#sayajual #sayajualbotolsusu #sayajualbabystuffs #sayajualavent #FJShoppe #berbaloibaloi

posted from Bloggeroid