Tuesday 10 July 2012

Hidup untuk belajar

Assalamualaikum, 

Dah lama rasanya tak bercerita pasal diri sendiri. Banyak bagi tumpuan untuk bangunkan penulisan dalam blog, yg lebih kepada maklumat dari pengalaman dan apa yang orang mahu baca. Denaihati pernah bagi nasihat, kalau tulis blog, jangan asyik nak syok sendiri je.. hehe. Bila dah lama tak syok sendiri, sesekali buat, takpe kot. :P 

Dalam masa 13 bulan lepas abis belajar (baca: menganggur), banyak perkara juga aku belajar. Orang boleh cakap, yang aku ni tengah duduk melepak kat rumah, goyang tulang, sebab aku tak berkerja. Istilah 'berkerja', bagi kebanyakan orang hanya diaplikasikan untuk orang yang dibayar bila buat sesuatu. Kalau macam suri rumah tu, tak berkerja lah, sebab tak dibayar kan. Ok, berbalik kepada perkara yang aku belajar. Pertamanya, aku belajar bersabar. 13 bulan, aku tunggu dipanggil untuk lapor diri. Sabar menunggu kerja. Banyak kali juga aku kalah dengan negativity. Kalah sebab tak mampu nak menunggu. Jadi, aku kuatkan semangat. Sabar dengan cakap-cakap jiran, saudara mara dan orang kampung - 'belajar kat luar negara pun tak dapat kerja?'. Sabar dengan tekanan. Kebanyakan orang ingat, bila tak kerja, hidup senang, takde tekanan. Enough said. 


Antara lain, aku juga belajar untuk asah skills menguruskan rumah. Bukan stakat masak. Selama ni pun, bukan tak pernah masak. Untuk yang tak tahu, uruskan rumah meletihkan, ok? Kalau stakat sapu sket2, itu belum masuk kategori menguruskan rumah. Sila take note. Haha. Lagi? Aku belajar untuk tingkatkan mutu tulisan di blog, dari segi input. Lepas aku nilai balik posts aku sekarang berbanding dulu, aku boleh cakap, posts sekarang lebih bagus inputnya berbanding posts dulu2. Sekurang-kurangnya, blog ni dah ada target dan short term action plan, yang aku fikir, much better dari awal2 blog ni ditubuhkan dulu; semata-mata untuk personal matters. Dari segi gaya bahasa dan penyampaian, memang banyak sgt kelemahan. Takpe, belajar ni, ambil masa, kan? 

Paling utama, aku belajar berjimat. Kalau dah tak kerja, mestilah takde sumber pendapatan. Duit simpanan pun tak banyak. Boleh la juga untuk tolong mak sikit2 tampung belanja rumah di samping belanja sendiri. Mungkin berkat bantu mak, walau duit sikit, aku tak pernah rasa sesak duit. Nak berlebih-lebihan tu, tak dapat lah. Tapi, dah cukup untuk dapatkan apa yang aku betul2 perlu. Syukur. 

InsyaAllah, dalam masa kurang dari seminggu, aku akan mula berkerja (dibayar untuk buat kerja). Aku harap sangat, even dah kerja nanti, blog ni takkan terbiar. Dan aku harap, aku mampu galas tanggungjawab aku nanti dengan amanah dan sabar. Yang aku tahu, aku perlukan motivasi. Aku perlukan motivasi

FJ : Sesetengah orang mungkin akan anggap situasi macam ni adalah permulaan hidup. Tapi, bagi aku, ini bukan permulaan hidup. Ini adalah meneruskan hidup. Kenapa? Sebab aku tak pernah berhenti, untuk mula semula
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)