Kadang-kadang kita lupa bahawa kesilapan yang pernah kita lakukan berpunca dari diri kita sendiri. Terkadang juga, kita lupa untuk memperbetulkan kesalahan tersebut, bahkan sibuk menyalahkan takdir. Selalu benar kita dengar tentang "Manusia itu tidak sempurna" atau "Setiap orang melakukan kesilapan". Memang saya akui semua itu benar. Tetapi, takkan hanya kerana frasa ini benar, jadi kita harus membenarkannya? Maksud saya, oleh kerana "Setiap orang melakukan kesilapan", jadi kita mesti berbuat salah? Jika ada cara untuk 'salah' itu tak terlaksana, mengapa mesti 'salah' juga yang dipilih? Bingung? Maafkan saya. Tiada niat untuk mengelirukan sesiapa, cuma persoalan seperti ini selalu benar bermain di minda saya. Mungkin saya tak segenius orang lain untuk mendapatkan jawapannya. Namun, nak tak nak, benda sebegini kadang kala singgah juga dalam fikiran kecil saya. Saya tidak menujukan ini semua kepada sesiapa, jauh sekali mengharapkan orang lain terasa. Sedar akan diri saya juga banyak buat salah, saya harap salah saya tak berulang, juga berharap, saya diampunkan, baik oleh manusia, dan tentunya oleh Tuhan.
Discover Mighty Utan’s year-end LEGO® promotion with 36% off selected sets.
Perfect for gifting or expanding collections, this festive deal is
available ...
1 day ago
Post a Comment
Have something to say? ;)