Thursday, 17 July 2008

Potong Kuku

Salam to all. Pernah x korg pk, sekecil-kecil perkara dlm dunia ni pon, ada adabnya? Jom tgk ni.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang memotong kukunya pada ;


* Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

* Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

* Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Adab Memotong Kuku

KUKU TANGAN

  1. Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
  2. Jari Tengah tangan kanan
  3. Jari Manis tangan kanan
  4. Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
  5. Jari Kelingking tangan kiri
  6. Jari Manis tangan kiri
  7. Jari Tengah tangan kiri
  8. Jari Telunjuk tangan kiri
  9. Ibu Jari tangan kiri
  10. Ibu Jari tangan kanan

Mula dari kanan, penghabisan juga sebelah kanan.

KUKU KAKI

Mula dari kanan, penghabisan sebelah kiri iaitu kelingking kiri. Mulai dari Kelingking Kanan dan bergerak ke jari-jari lain di sebelah kiri jari kelingking kanan .

source : jiwang, wordpress blogger
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)