Sunday, 24 February 2013

Projek menjahit #1

Assalamualaikum,

Happy sunday. Weekends kadang2 dipenuhi dengan unexpected things rather than planned things. So, I planned to spend the weekend over at mom's relaxing and luangkan masa dengan family. Turned out, I start my delay project on sewing! 2 minggu lepas, I hit sebuah kedai kain yg baru dibuka in Dungun town. Yeah I know, dungun je pon. Bukan ade kedai kain hebat. Whatever. Kami beli few type of fabrics; untuk buat langsir, baju kurung, sarung kusyen empuk lagi melenakan, dan simple dress.



Langsir aku dah siapkan 2 minggu lepas. Right after balik dr kedai kain, aku terus start menjahit. It was really a simple set or curtain for my rumah sewa. Despite that, I was proud that I could sew it. So, malam td I learned another new things on sewing. How to make a pattern for a simple dress. Mak ajar mcm mane nk buat ukuran and which part of my body need to be measured. Stakat yg dah terhasil skrg, aku boleh ckp yg walaupon dress ni simple je, nak jahit dan potong kain x lah sesimple tu. Mungkin sbb aku baru nak belajar.



Sadly aku x sempat nak siapkab jahit baju ni. I will post up the complete version of it once its done.

FJ : kalau dari dulu belajar menjahit bersungguh2.. mesti skrg dah expert..

posted from Bloggeroid

Friday, 22 February 2013

Review buku pertama : Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman dari Dr. Shah Ibrahim

Assalamualaikum,

Ehem *clear throat*. Ini kali pertama aku tampil dengan ulasan buku. Harapnya aku boleh ulas dengan baik. Cumanya, aku takkan buat sinopsis. Sebab macam tak adil pulak untuk penulis.



1. Fizikal.

Secara individu aku akui, kulit buku Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman simple dari segi pemilihan grafik dan juga warna yang digunakan, tapi sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa novel grafik ini adalah kisah tentang si penulis, kisah si #flowerman. Dan aku tabik usaha penulis utk guna kertas tebal dan berkualiti untuk novel grafik ini. Walaupun dah sampai setengah novel aku baca, aku masih lagi cuba menggentel2 setiap helaian dari novel ini untuk pastikan aku tak miss 1 muka surat pon. Sebab apa? Sebab kertasnya tebal. Memaksa aku buat gentelan tersebut. Siyes.

2. Grafik

Aku bukan mahir bab2 grafik. Sumpah tak. Tapi apa yang nampak, aku ulas la serba sedikit. Bagi aku, grafik hasil seni Dr Shah agak bagus dan masih boleh ditambah baik ke-osemannya. Memang tak boleh nak dibandingkan dengan grafik2 yang power, tapi lukisan yang dipersembahkan tidak mengecewakan. Sudah cukup untuk menyampaikan jalan cerita seiring dengan ulasan tulisan. Yang paling aku suka ialah, grafik yang ditonjolkan nampak real pada aku. Mungkin sebab aku kenal sedikit sebanyak tempat yang dilakarkan. Jadi, 'cerita' yang diketengahkan sedikit dekat dengan aku dari segi geografi. Babak2 yang terpapar jelas menunjukkan emosi penulis. Waktu angau, waktu stress dengan timbunan tugas, juga saat2 rabak. Bila tengok, pembaca boleh faham, adegan tu adegan ilustrasi atau adegan betul. Lagi satu, penulis bijak menyusun grafiknya. Kat page yang terlalu banyak ayat, penulis akan tumpukan pada tulisan. Dia akan minimumkan grafik jika perlu atau tidak letakkan grafik langsung.



3. Intipati

Jelas. Bahasa yang digunakan mudah difahami. Tahap bahasa yang aku rasa bagus - penulis hanya gunakan bahasa pasar dalam dialog2 grafik, bukan dalam tulisan jalan cerita. Yang mana aku rasa si flowerman ni respect adab penggunaan bahasa yang betul. (Sebab aku pon x guna bahasa yang btol). Ada jugak diselitkan unsur humor untuk neutralised tahap 'bunga' atau seriyes cerita yang disampaikan.

4. Pengalaman

Penulis banyak berkongsi. Berkongsi kisah susah derita hidup di tempat asing. Tentang ilmu fizik yang aku tak pernah tahu apalagi faham. Tentang rasa cinta yang datang waktu kita x berapa memerlukannya. Penulis juga ada beri 1 'pengalaman' penting. Sooner or later we have got to accept the fact (of failure) and move on. The thing is, why choose later when later will give you nothing better? Satu benda yang buat aku tertanya2. Adakah ending yang dipaprkan sengaja dibiarkan begitu untuk unsur suspen atau mungkin penulis nak pembaca fikir lebih. Yang pasti, aku tak berapa gemar ending sebegitu. Keke.

Do hit MrFlowerManStudio facebook or website to purchase your copy. Happy reading!

Aku harap Dr Shah Ibrahim takkan berhenti setakat Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman sahaja.

FJ : saya sokong komik tempatan!
posted from Bloggeroid

Wednesday, 20 February 2013

Buku dari MrFlowerManStudio

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, order aku dah sampai. Novel graphic pertama yang aku beli. Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman sangat menarik perhatian aku lepas pertama kali aku tgk instagr.am sorg blogger famous terfaktab. Tengok kulit dia pon dah jatuh hati. Jadi, aku terus usahakan mcm mane nak dapatkan buku ni. Belum abes bace, so xbleh review lagi. InsyaAllah aku akan buat 1st book 1st book review dari buku ni. Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman ade uniknya. Kenapa? Haaa.. nanti2 aku cerita. Oke.. nak sambung bace! *ditch all the work loads*

FJ : Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman adalah sebuah novel grafik dari Dr. Shah Ibrahim. Ya, Dr. He is a PHD holder. It's about life and love and something between them.
posted from Bloggeroid

Saturday, 16 February 2013

Penat

Mungkin dulu,
Ke hujung dunia pun aku sanggup pergi
Gagahkan kaki berlari
Redahi jutaan batang tubuh ke sana sini
Berkejar ke kaki pelangi mencari kamu
Namun tiada.

Mungkin dulu,
Kau yang aku tunggu panggilannya tiap hari
Penuh mengharap
Menggenggam erat telefon tangan
Namun tiada deringan.

Mungkin dulu,
Aku bentang kasih seluas alam
Untuk kamu semai rasa cinta juga sayang
Mereka tahu kamu enggan
Mereka senyum sinis padaku
Gila, aku degil.

Malam tadi,
Aku sedar
Yang aku telah penat
Penat berlari berkejaran mencari bila kamu hilang
Penat menunggu tika kamu janji untuk datang
Penat menabur kasih yang entah kamu tahu wujudnya entah tidak
Lantas aku tekad
Esok bukan lagi harinya untuk kamu
Bukan juga lusa dan hari-hari yang bakal mendatang
Biar semalam jadi hari terakhir untuk aku kenang
Yang aku pernah jadi penanti
Penanti yang telah penat.

Atasi had limit



FJ : hujung minggu berseorangan memang bosan

posted from Bloggeroid

Friday, 15 February 2013

Kering



Jika boleh dikira titis hujan yang menerjah bumi tika ini, dia rela.
Lebih rela dari menanggung ini lebih lama.
Dunianya sudah bertahun kemarau.
Kemarau harapan.
Tapi banjir dengan derita.
Mahu ditinggal tak sanggup.
Mahu dipikul tak mampu.
Andai hujan bakal turun 1000 tahun lagi, akan dia tunggu.


posted from BloggeroidSumber gambar