Monday, 2 December 2013

Teaser gambar nikah

Assalamualaikum,

Haaa.. ala2 retis sgt tajuk entry. Ape igt aku ni jenis ala2 Raikan Cinta gitu? Derkkhh..

Ade la 2, 3 keping gambar nikah yg aku dapat dr photographer. Tu yg igt nk tayang kt korang. Fyi, baju itu mak aku yg jahit dan beading aku buat sendiri -aku ade tulis entry psl ni. Belasah je. Asal ade. Gambar ni yg raw dr photographer.







Kitorg nampak mcm budak2 kan? Hahahaaa

posted from Bloggeroid

Tuesday, 12 November 2013

Kawin cepat oiiii! Versi kuala terengganu

Assalamualaikum,

Lepas 3 weekends jd pengantin dan penat lelah mengemas rumah, akhirnya baru kitorg dpt enjoy our time togetger, just the two of us kt Cameron Highland! ! Kat terengganu, tgh musim tengkujuh. Hari2 mao hujan. Maka x dptlah kami menjejakkan kaki ke pulau2 cantik kt terengganu. Sempat jalan2 kt bandar kuala terengganu je. Sempat la pegi muzium negeri (losong), masjid kristal, pasar payang. Cik abang beli buah tgn sket utk family di pahang. Dia beli selipar fisioterapi, tp tertinggal pulak kt kedai mane ntah. Tulah. Cuai sgt. Dua2 pon cuai.

Pastu, g main layang2 kt pantai batu buruk. Walopon dah beratus2 kali pegi pantai batu buruk, tp x pnah berkesempatan nk main layang2 kt situ. Yelah, pegi dgn mak. Mane mak nk layan anak dia yg tua bangka nk main layang2. Bila pegi dgn suami, suami layan. Syok rupanya kawin ni ye. Ade suami yg nk melayan kita. (Itulah motif tajuk entry) Heeeeee..






posted from Bloggeroid

Saturday, 19 October 2013

Persiapan #8 : DIY baju nikah

Assalamualaikum,

Tinggal seminggu lagi sebelum nikah. Haisss.. baju nikah pon x siap2 lg. Masih dlm proses beading. Sebab aku beading sendiri, so mmg lambat lah siap. Malas nk upah. Kos tinggi. Kalo buat sendiri, walaupon xde la lawo sgt memandangkan aku mmg xde formal knowledge psl beads, at least kos rendah. Dan aku bleh suka2 hati je nak buat design mcm mane pon. Igt nk buat simple2 je. Oh ya. Warna baju nikah, ofkos lah putih. Baju mak aku jahit- the best tailor @ designer in the world, dan aku buat beading. Hentamlah kan..



Igt nk tambah jugak bunga 3d. Tgk lah mcm mane. Nak cari warna beads (aku pakai pearls actually) yg match dgn warna sampin encik tunang bapaklah susah. Haha.. orait girls.. nk sambung menjahit. Daaaaaaa...

FJ: seminggu bukan lame pon.. dah lah kne pegi kursus 3 hari.. so, tinggal 4 hari je nk buat persiapan! Eh.. tolak hari nikah.. tinggal 3 hari je!! Mampos.
posted from Bloggeroid

Tuesday, 20 August 2013

Pulau di Terengganu :: Pakej Honeymoon! Teringin!

Assalamualaikum, 

Dalam pada duk berusaha buat persiapan untuk majlis perkahwinan, aku pun duk sibuk jugak mengusha pakej2 honeymoon yang menarik hati. Ada beberapa tempat yang menarik hati. aku letak dua je lah kat sini yek.. 

1. Gems Island Resort and Spa Honeymoon Package (Pulau Gemia)

Details pakej aku ambek dari lovebulanmadu. Gambar2 seme aku ambek directly dari Gem Island Resort and Spa. According to contact person dari lovebulanmadu, pakej ni available until December 2013 dengan total kos RM 1830.



Sea View Room interior

Sea View's balcony








Tusita Wellness Spa 


2. Laguna Redang Island Resort Honeymoon Package (Pulau Redang)

Pakej yg ni lagi murah, depending on the room types. Aku berangan nak yang Deluxe Sea. Honeymoon mesti la nak bilik mengadap laut kan.. Kahkah. Harga pon lottss more cheaper than Gems, RM1237. Pakej yg ditawarkan pon menarik jugak. Unfortunately, untuk masa ni, x boleh nak pergi, sebab resort ni tutup bulan November. Tu lah, sape suh kawin hujung tahun kan... 



Quad share Deluxe Sea interior
Oleh sebab itu, terpaksalah kami beralih arah ke negeri lain. Sedih jugak rasenye sebab x dapat nk pegi Pulau Redang. Kalau Pulau Gemia, x berapa best kot. Sebab pulau tu, pulau kecik je. Wahai pulau-pulau yang cantik lagi indah di Terengganu, bilakan kita bakal bersua?

FJ : Nama je orang Terengganu. Tapi tak pernah sekali pon pergi pulau2 kat Terengganu.

Sunday, 18 August 2013

Chocolate Snow Ice at Tong Pak Fu

Assalamualaikum,

Seharian duk survey harga barang2 goodie bags dan cadar. Letih weii.. ok, entry kali ni xnak cite psl persiapan kawin. Nak cite pasal.. jeng jeng jeng...



Haaa.. mesti korang nampak sedap kan? Boleh tahan laa.. so, this is actually called Snow Ice. Penat ke sane sini, akhirnya kitorg ambek keputusan to have something sweet at Tong Pak Fu - a restaurant selling Hong Kong desserts . Manis xde lah sgt, cukup rasa manisnya utk 1 dessert recipe. Macam2 perisa ada kat Tong Pak Fu. Menu lain selain snow ice pon ade. Selamat mencuba!

Sebelum masuk, kitorg ada tanya sorg pekerja melayu kt situ.. halal ke x.. dia ckp halal..

FJ : We love each other. We also love foodssss
posted from Bloggeroid

Persiapan #7: HIV dan Thalasemia Screening

Assalamualaikum,

Dah jadi 1 prosedur kawin kat Malaysia setiap pasangan yg bakal berkahwin kena jalankan HIV screening. Cik abg dah buat lama sbb kena settelkan borg pihak lelaki dulu. Aku baru buat hari ni. Oh, utk yg kawin dgn pasangan dr mukim lain, ikut prosedur kawin, kena settlekan borg pihak lelaki dulu baru settlekan borang pihak perempuan. Kalo mukim sama senang je. Sbb tu kami x buat hiv screening sama2.

HIV Screening boleh dilakukan di mana2 klinik, poliklinik atau hospital kerajaan. Bawak skali borang ujian saringan HIV yg pejabat agama bagi. Dah smpi klinik nnti, nurse akan bg 1 lg borang. X fhm kenapa perlu ade 2 jenis borang padahal maklumat yg nk diisi tu same je. Layankan je lah. Nak kawin kan..

Alang2 buat HIV screening, aku buat Thalasemia Screening terus. Oh ya, aku buat ujian kt Poliklinik Bandar Pusat Jengka. Dapat keputusan TAK SAMPAI 10 minit pon! Ade kwn aku btaw, dia buat HIV screening kt Hospital Dungun, sebulan baru dpt result. Lama weiii.. Jadi korg, ambek taw lah sket berapa lama tempoh utk result HIV screening keluar utk melancarkan proses utk mohon kebenaran berkahwin masing2. Kalo result screening ambek masa yg lame, masalah nnti.

Alhamdulillah.. results ok.. yeay! Boleh kawin!!!

doktor bg eye ointment sbb masalah yg aku hadapi
setiap tahun dengan jangkitan eye lid

FJ: opsss
posted from Bloggeroid