Wednesday 20 March 2013

First time order buku di mphonline

Assalamualaikum,

hambek.. RM405 engkau!
Hari khamis minggu lepas aku ada order buku online kt mphonline. First time sebenarnya order buku dengan mphonline. Buku2 yang aku nak tu memang susah sket nak dapat kat Malaysia - buku akademik A-Level published by UK Publisher. Godek punya godek merata2, jumpa la kat mphonline. Nak beli kat amazon, lepas tambah dengan shipment semua lebih kurang je dengan beli kt mph. So, kenapa nak tunggu lama2 kan? Order hari khamis (14 Mac), then hari Isnin buku2 tu dah sampai (18 Mac). MPH nampaknya nak jaga reputasi dorg, hehe - sebab dalam website ade tulis shipment within (3-5 working days). Bila dah tahu boleh diharap, ofkos customer akan order lagi, kan? Lagipun, buku2 tu dijaga dengan baik - siap alas2 dengan polisterin yang comel.

Oh, by the way, untuk students yang malas nak pergi kedai buku untuk belanjakan BAUCER BUKU 1MALAYSIA bernilai RM250 tu, boleh order buku dengan mphonline menggunaka baucer tersebut. Hit mphonline.com for further information. Ok, nak order buku lagi ni. Selamat meng-order!

FJ : Kalau beli buku atau majalah, simpan lah resit tu. Nanti2 boleh tolak untuk cukai pendapatan. Hehe

Tuesday 19 March 2013

Cash out my first earning with nuffnang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah berjaya cash out utk kali pertamanya dengan nuffnang. Menderita jugak merangkak slow2 utk dapatkan cash out ni. Sekarang, account dgn nuffnang dah jadi RM0.00. Kena work harder utk earn more - siyes x berapa nak reti tang earn money from blogging.



Thus, terfikir dah cara lain utk earn side income which I would let you know later. Harap2 dapat sambutan lah..

FJ : xtaw berapa tahun pulak nak tggu utk cash out kali ke-2 dengan nuffnang.. nuffies lain dah ribu riban earn dari blogging.. blog ni jgk yg macam kura2.. tsk tsk

posted from Bloggeroid

Tuesday 12 March 2013

Bidaan untuk plat IM4U telah dibuka hari ini!!

Assalamualaikum,

Tadi, dah diumumkan yang tender untuk bidaan plat series IM4U telah mula dibuka bermula hari ini 12 mac 2013 hingga 29 mac 2013 sebelum pukul 5 petang. Sebanyak 9999 nombor plat kenderaan disediakan untuk bidaan sesiapa yang berminat. Harga bidaan bermula RM500 untuk nombor plat biasa, RM15, 000 untuk double digits, RM20, 000 untuk triple digits dan boleh mencecah RM200, 000 untuk nombor2 single digit. Bidaan boleh dibuat menerusi online dengan mengisi borang yang disediakan dan pembida adalah tertakluk kepada syarat2 yang telah ditetapkan.


Hasil kutipan bidaan akan digunakan untuk membangunkan lagi program2 dibawah kelolaan IM4U. Ok lah tu. Boleh jugak bantu membantu. Cantik juga sebenarnya plat IM4U ni. Well, aku tak ada pengalaman membida nombor plat kenderaan. Untuk pembida yang berminat, selamat membida!

FJ : ade bace somewhere yg IM4U 11 dah dibida oleh najib. Hehe

Sunday 3 March 2013

Body scrub with collagen dari Nurbeautyline

Assalamualaikum,

Seminggu yang lepas, sorang colleague ade tunjuk kat aku 1 produk dari Nurbeautyline. Produk berupa scrub badan. Scrub badan ni boleh digunakan untuk menanggalkan daki2 degil (katanya kat botol) dan dalam masa yang sama boleh memutihkan kulit. Selain itu, scrub ini mengandungi collagen - aku x pasti la collagen utk ape, mungkin utk melembapkan kulit.



Setakat yg dah aku guna selama seminggu, aku boleh ckp yg produk ni 'boleh diharap'. Nak ckp mmg bagus, macam x patut pulak, sebab baru seminggu aku pakai. Sebelum ni kulit kat bahagian siku selalu kering -sgt kering sampai kadang2 nmpk merekah. Tapi, setelah menggunakan body scrub Nurbeautyline, masalah itu tiada lagi - pergghh ayat mcm iklan tv. Tak tak. Tipu. Lepas seminggu ni, aku dapati kulit lebih elok dari segi kelempan. Dah kurang kering. Kalo nak ckp kulit dah jadi putih mcm snow white, tipu jugak. Aku belum notice ape2 lg perubahan. Nak notice mcm mane pon xtaw, sbb rasenye kulit aku xde la gelap mane pon. Jadi, kalo ade perubahan warna kulit dlm masa seminggu ni aku blom perasan lah. Dan personally, perubahan ni mungkin berbeza mengikut individu. Lg satu, scrub ni boleh kurangkan masalah jerawat pada bdn - Ye, kdg2 stress dgn benda ni dan xtaw xnak bg dia tumbuh mcm mane, kan?

Body scrub (dgn collagen) ini boleh didapati dalam pelbagai bau (kalo x silap ade 10 jenis). Yg aku suka; kunyit, halia dan susu. Well, depends on individu lah kann.. Sebotol bersaiz 120ml berharga RM12. Aku dpt RM10 je. Keke. Still, aku rasa agak mahal. Tp bf aku kate xpe mahal sket pon asalkan berbaloi. Mmg senang dia ckp sbb dia nk bakal bini dia cantik, tp dia x kuwa duit. Ok, mengarut.

posted from Bloggeroid

Friday 1 March 2013

Iklan Jawatan Kosong di Kuala Terengganu

Assalamualaikum,

Jawatan : TM Promoter
Lokasi : Mydin Mall Kuala Terengganu
Waktu kerja : 3.00 pm hingga 10.45 pm
Kelayakan akademik : Diploma dalam mana-mana bidang.
Status kerja : Sepenuh masa / separuh masa.

Sila hubungi En. Saufi (013-9333350) untuk urusan interview dan maklumat lanjut.