Saturday, 29 June 2013

Apps : Period Tracker untuk si gadis pelupa!

Assalamualaikum,

Ada di antara gadis2 di luar sana yang kurang peka dengan kitaran haid (period cycle) mereka. Tu yang jadi kes mengandung tanpa sedar. *Maaf ya, aku bukan nak menggalakkan ape2.* Tak ada salahnya kalau kamu yg jenis tak peka pada period cycle kamu, untuk muat turun apps Period Tracker dalam hp kamu. Boleh search di Play Store. Senang je pon.

Period cycle setiap gadis/wanita tak semestinya sama bagi semua individu. Secara amnya, period cycle yg normal adalah 28 hari. Apps Period Tracker ini boleh membantu untuk kamu kenal pasti berapa hari period cycle masing2. Apps ini kemudiannya secara automatik membuat pengiraan bilangan hari untuk ke kitaran seterusnya dan waktu subur kamu.





Jangan lupa untuk tap di button 'period just started' setiap kali kamu mulakan period cycle baru (hari pertama)! Untuk wanita yg telah berkahwin, siapa tahu apps ini dpt membantu kamu merancang kehamilan.

FJ : jom kongsi pendapat psl apps ni!

posted from Bloggeroid

Persiapan #1 : guest list

Assalamualaikum,

Kalau bakal2 pengantin lain, dah lame mula buat persiapan, bila kira temph yg ada x pnjg. Tp aku boleh selamba dek je relax2 dan terus berkerja gigih. Sbb hr tu ade sorg member tny psl persiapan, so aku baru perasan yg aku ni masih menyempoikan diri. Oleh hal yg demikian, aku decide utk start dgn senarai tetamu utk tujuan bajet makanan dan jgk bajet kad jemputan.

Dlm keluarga aku, ni kira kali pertamalah kami buat kenduri - aku anak sulung. Makanya, ramai di kalangan kenalan2 keluarga yg tertunggu2 nk dtg. Eceh. Pd pendapat aku, guest list aku mesti ada beberapa kelompok.
1. Jemputan mak dan ayah (vip, kwn2 dan rakan sekerja)
2. Jemputan mak dan ayah (sedara mara & jiran tetangga)
3. Jemputan aku (kwn2 sekolah, kwn2 U, kwn2 sekerja)
4. Jemputan adik I (bos, kwn2 sekerja, dll)
5. Jemputan adik II & III (kwn2 yg tggl dkt2 rmh)

Yg kelompok 4 dan 5 x ramai sgt sbb yg perlukan tumpuan utama ialah kelompok 1, 2 & 3.

Kelompok 1 & 2 aku kena adakan discussion dgn mak ayah. Sbb aku x berapa kenal kwn2 dia dan sedara mara kami T_T yg selalu jumpa tu, boleh la aku listkan terus awl2.

Mlm ni aku dah boleh start buat senarai yg bhgn aku dgn adik2. Nak tggu bila lg kan?

FJ : kena selongkar almari cr jotterbook. X perlu bazir2 beli jotterbook baru pon. Alahhh.. guna Note II pomboleyyyy
posted from Bloggeroid

Friday, 28 June 2013

Teringat zaman belajar dulu

Assalamualaikum,

Masuk kali ni dah kira banyak kali jugak aku jaga exam. Dalam dewan exam, mmg mcm2 ragam boleh nmpk. Yg mengantuk, yg sungguh2 menjawab, yg sibuk menjeling kiri kanan, yg tdo pon ade. Biasalah. Namanya pon pelajar. Kebolehterimaan mereka berbeza.

Hari ni, tiba2 aku teringatkan zaman belajar aku dulu. I was one of these students. Struggling with notes and assignments days and nights. Dlm dewan exam pon bertungkus lumus curahkan ape yg sempat aku igt dalam kertas jawapan. Begitu pon, keputusan lgsg x boleh dibanggakan. Dan aku terfikirkan satu benda. Kalau dulu, aku lebih fokus, lebih berusaha dgn kuat, aku yg skrg mingkin bukan begini. Tak pulak aku rasa tak bersyukur. Bukan. Cuma, ade sedikit rasa sesal dalam hati aku. Ade persoalan yg telah terlambat dtg utk aku betulkan. Yelah, kenapa dulu aku tak lebih bersungguh2? Kenapa aku x rebut peluang dpn mata utk banggakan mak ayah?

Mungkin kerana aku x nampak semua ini akan dtg pd aku. Dan, bila mana aku pulak yg mendidik, aku rasa pelajar2 aku pon mcm aku dulu. Belum nmpk masa depan yg dianggap jauh. Sayang sungguh. Betul, takdir sudah Allah tentukan. Bukan mahu melawan takdir, cuma nasib diri manusia boleh berubah jika usahanya lebih dari yg lain. Mungkin ini yg aku kena 'nampakkan' pd pelajar2 aku.

FJ : bukan kaunselor je yg boleh bagi semangat kt org lain.

posted from Bloggeroid

Monday, 10 June 2013

Cek dari nuffnang akhirnya di tangan :)

Assalamualaikum,

Cek dari nuffnang dah sampai! Alhamdulillah.. kalo nk banding dengan blogger lain, mmg la yg I dpt seciput je. Tapi, excited amat sbb ni adalah first cash out. Tengah2 terdesak, ade jugak duit masuk sket. Rezeki orang kata.. kan? Ntah bila nak pegi bank. Jangan sampai lupa terus nk cash-kan sudah lah.. Nak dapat bukan main susah orang kata..


FJ : balik kampung weeknd ni nak bbank in.. kalau tiap2 bulan masuk, kan best

Friday, 7 June 2013

Hanya aku - lagu tema drama Teduhan Kasih

Bersama janji kau
Sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku di huni sepi rasa kasihmu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku...

Siyes korg kena tgk drama Teduhan Kasih ni.. best.. dan hero dia.. macho semacam.. haha

posted from Bloggeroid

Tuesday, 4 June 2013

I'm enganged! - DYI baju dan hantaran

Assalamualaikum,

Actually entry ni dah siap ditaip di bloggeroid. Due to slow internet connection, bloggeroid x dpt publish the entry. Paling menyedihkan bila, bloggeroid x save pon dalam draft. So, I have to type this all over again. *sigh*

Alhamdulillah, majlis yang dirancang dalam masa yang singkat berjalan dengan penuh sederhana dan baik. Persiapan utk majlis aku ni mmg dibuat last minute. Sebulan sebelum majlis baru mula buat persiapan. Aku dan keluarga dah bersetuju utk buat majlis sederhana. Jemputan pun dari keluarga rapat dan jiran-jiran. Ada lah jugak aku jemput kawan-kawan yang tinggal dekat2 rumah. Xde tempah kanopi, katering, pelamin bagai pon. Baju pun x tempah. Semua pon DIY, cuma perlukan org utk mekap sbb x reti nak buat sendiri. Simple, tp dah cukup utk aku dan keluarga. Pihak lelaki pon xde masalah. Ada sesetengah org, mungkin x suka majlis simple mcm ni. Bagi aku, bertunang je pon, x perlu nak berhabis sgt. Yg penting, nikah nanti. Kan?

1. Baju

Lebih kurang 5 minggu sebelum majlis, encik fiancee ajak pergi kedai kain, nak beli kain utk buat hantaran tunang katanya. Kitorg decide utk beli kain sedondon warna putih. Nanti boleh pakai terus utk akad nikah. Beli kain pon kat temerloh je - dekat dengan tmpt aku kerja. Xdenye pegi jakel bagai. Kain pun murah je, RM 12.50 semeter. Waktu ni, belum decide pon nak theme color yg mane. Sbb encik fiancee kate warna biru cantik, so, kami beli kain warna biru utk buat baju tunang. Mak aku pandai menjahit. Mak tolong jahitkan baju, aku buat sendiri beading dan jahit border lace.

Close up lengan baju yg dalam proses - malu nak tunjuk baju penuh
Kos baju

Kain RM 12.90 x 4 meter = RM 51.60
Border lace RM 22.00 x 2 meter = RM 44.00
Pearls RM 2.50 x 8 = RM 20.00
Total = RM 115.60

baju siap
Katakanlah aku sewa baju utk bertunang, kos sewa dalam RM 150 - 200, tapi aku x boleh simpan baju tu. So, lebih baik kalau buat sendiri. Aku xde lah pergi mana2 kelas jahitan pon utk buat beading, bantai je mana yang rasa sesuai.

2. Hantaran

Coklat hershe

red velvet cake
kain pelikat

Towel
kuih

baju melayu putih - utk akad nikah nnti

Sejadah

Buah-buahan

Candy - Sticky
Struggle btol aku menaip pakai hp ni. Bawak2 bersabar je lah. Dulang hantaran sebenarnya ada 11 dulang. Aku post 10 gmbr je, sbb lg 1 gmbr tu same je dgn gmbr bekas kuih tu. Kuih aku bg 2 jenis. Yg ni kes last minute punya psl. Mula2 nk buat 7 berbalas 9, tp sbb tiba2 pihak lelaki tmbh lg 2 dulang, jd mak aku suruh tmbh jgk lg 2 dulang. Semua ni pun DIY dgn bantuan mak jgk. 2 mggu lagi majlis bertunang, baru aku smpt balik. Sibuk dgn urusan kerja. Sbb tu mak byk tlg. Kalo mak aku x tlg, x tahulah. X smpt agaknya aku nk buat sorg2.

Sebenarnya malu nak tunjuk scene2 waktu majlis berlangsung. Buat entry ni pon sekadar nak share sket pasal hantaran dengan baju. Sebab, skrg ni, ramai suka DIY. Jimat dari segi kos dan lebih memuaskan hati.