Assalamualaikum,
Semalam, 19/11/2011 adalah hari aku attend kenduri kawin paling banyak so far - 4. Sebelum ni, paling byk pon aku pernah attend dalam 1 hari yg sama ialah 2. Salah 2 (bkn salah 1) kenduri tu, terdiri dari kalangan jiran-jiran aku. Satu jiran depan rumah, satu jiran sebelah rumah. Yg lg 2, kat area lain, tp xde la jauh sgt. Pukul 8.30 pg, mak dah ajak aku pegi rumah org depan ni. Nak tolong apa yg boleh katenya. Aku ikut je lah. Xde byk keje yg dah pon yg tinggal. Cuma dorang nk goreng ayam dgn buat rojak buah. So, aku tolong la potong buah2 tu dgn beberapa org makcik yg lain. Sambil potong, makcik2 tu sembang kemain lagi. Dah aku je yg xde geng nk sembang, so aku buat je la keje aku, sambil sekali sekala buah2 tu aku ngap jugak masuk dalam mulut.
|
aku sgt jakun tgk bekas telur ni.. haha..
tp akak tu x letak telur dlm tu, dia letak 2 mini puddings |
Lebih kurg pukul 11 pagi, keje2 potong buah selesai. Lepas dijamu dgn karipap dan air teh O' yg sedap, aku dgn mak melangkah masuk ke dalam rumah, nak tengok pengantin. Pengantin baru lepas bersiap utk majlis akad nikah. Akak ni mmg creative lah. Seme gubahan hantaran dia buat sendiri. Pelamin, hiasan rumah, meja makan beradap, gifts, termasuk utk candy treats, dia usahakan sendiri! Kagum seh. Pelamin dia simple sgt, tp very nice. Lepas check out sane sini ala2 paparazzi, aku gesa mak utk balik rumah. Kami pulak yg perlu bersiap - nak pegi kenduri2 yg bersusun kadnya di rumah. Ade 7 kesemuanya, so terpaksa la dibahagikan kepada 2 team; team ayah dan team mak :P
Pukul 12 tgh hr, aku dgn mak gerak ke kenduri yg pertama, yg terletak paling jauh berbanding yg lg 3. Jemputan berkoyan-koyan tengah makan waktu aku smpi. X kurang jugak yg memenuhi ruang2 rumah pengantin. Lepas makan sket, jumpa pengantin, kami langsung ke wedding ke-2 pulak. Buat benda yg same. Makan sket, jumpa mak pengantin (kali ni x jumpa pengantin sbb dia tgh solat) then balik rumah. Waktu ni, perut aku dah mula bagi hint rasa x selesa - ruang udara x banyak dah. Disebabkan kami tggl kt kawasan perumahan, jalan menuju ke rumah kami mmg jamned teruk. Kwsn perumahan, jalan lebar mana la sgt. Dah la tu, elok plak ade kereta blok depan laman nk masuk parkir. Terbakar mak aku membebel. Dah nk buat mcm mana, kan. Adat lah kalo tempat sempit macam tu. Aku, tanpa buang masa, keluar dari kereta dan terus menuju ke arah kereta berkenaan sambil sinsing lengan baju. Ketuk2 tingkap kereta itu ala2 org dtg nk tarik kereta dan mintak budak kt dalam tu alihkan sket kereta dia. Chare, kan?
|
tengok! dpt 3.. cute, kan? |
Dah elok parkir kereta, aku dgn mak berlenggang, eh tipu x berlenggang sbb aku pegang hadiah, menapak ke rumah mak cik depan rumah kami. Jumpa pengantin lagi sekali - kali ni dia dah dalam persalinan bersanding, bersalam-salaman then baru g makan. Walopon perut x berapa nk ada ruang, aku tetap jugak makan. Hidangan yg tersedia sgt menarik2 aku utk ambil pinggan dan makan. Yg paling masyuk, siap ade air tebu! Ye, cni area kampung, tp aku duk kwsn perumahan. Ssh nk faham? Xpe, xyah faham pon. Mesti lah tambah lagi secawan kan. Rare kot kat kampung aku ni kalo kenduri org kasi minum air tebu. Mmg kaw air tebu dia. Manis dan pekat nya susah utk aku gambarkan dgn kata2.
Balik rumah, dah dekat pukul 1.15 pm. Pukul 2 nak gerak ikut rombongan lelaki jiran sebelah rumah pulak, ke kemaman. Sejam perjalanan dari rumah kami. Kemain lagi ayah, mak dan aku rushing nk bersiap. Mandi, smyg, borak. Ye, borak pon kne rushing sbb nk update team masing2 psl kenduri2 yg dah di-attend - x nyempat2, mcm x boleh nk tggu borak dlm kereta nnti. Tepat pukul 2 (kali ni tibe2 punctual pulak), berduyun-duyun kereta yg nk ikut rombongan mula serang rumah jiran sebelah. Jalan jadi makin sesak. Kereta ayah aku pulak yg x bleh kuwa dr parking. Ye lah, dgn kereta rombongan nk ke kemaman, kereta2 rombongan lelaki utk jiran depan rumah yg baru sampai, kereta2 jemputan nk pegi kenduri, kereta2 org awam yg nk lalu-lalang.. Lepas ayah aku dan sorg pakcik bertungkus lumus jadi polis trafik, reda la sket. Bleh la kami keluarkan kereta. Tambah dengan jamned kt area pembinaan jambatan baru kemaman, rombongan jiran aku selamat smpi kt rmh pengantin perempuan pukul 3.45 pm.
Si pengantin lelaki pulak belum bersiap. Kne pulak tggu dia bersiap dlu. Bunga telur utk hantaran pon belum disiapkan. So, lepas siap dah semua yg patut, baru la gerak selo-selo (read : slow) ke rumah pengantin perempuan. Masuk rumah pengantin, prung prang tgk pengantin bersanding, prung prang makan sket (kali ni makan bubur pulut hitam je sket), prung prang borak sepam dua.. Then, kami gerak balik. Masa tu dah pukul 4.30 pm. Ayah dah sound awal2 td, dia nk tgk bola semi-final pukul 5. Maksalahnya mmg x sempat la nk tgk dari pukul 5 kann..
Hari aku semalam berakhir dgn kesaratan perut dan kemalasan berganda sampai aku x keluar bilik langsung malam tu.
FJ : Hari ni, 20/11/2011 pasti lagi ramai org kawin. Tarikh cantik la katekan. Aku da x heran dah dgn tarikh cantik ke hape. 11/11/2011 hari tu dah bawak bala kt aku.