15th December 2009
Aku sepatutnya dalam usaha menyiapkan tugasan 2 untuk modul Mathematics of Weather malam ini. Namun, disebabkan kemalasan terlampau, aku biarkan tugasan itu terbengkalai dahulu untuk sementara waktu. Apa yang aku buat untuk mengisi masa yang terbazir itu? Hehehe.. Aku tonton Awan Dania Siri 2. Malam ini, adalah untuk pertama kalinya aku layan drama ini (sebelum ini, tidak pernah terdetik pun untuk menonton drama bersiri tersebut). Sebab? Abang Munzir. Hahaha. Mahu sangat melihat babak dia di-reject oleh Aida Aris yang digembar-gemburkan dalam facebook. Namun, setelah aku meng-google untuk episod yang tersebut, aku dapati tiada sesiapa pun lagi yang meng-upload-nya, terutamanya di youtube. Oleh itu, aku putuskan untuk mulakan dengan episod pertama. Sedar tak sedar, sampai sekarang, dah 6 episod aku layan. Hebat? Ya, sudah tentu. Baiklah, aku mahu teruskan tontonan.
p/s: sometimes, we need someone to talk to and need a shoulder to cry on
cite tue sgt best...tp dah lame tk tgk sbb pnt bekerja..huhuhuhu...
u hav any prob???yeah,we need some1 to talk..need a shoulder to cry on....
p/s:rindu mase zmn kte dlu2
huhu.. xde la.. bese la stress sket2