Wednesday, 26 August 2009

Cerita Ramadhan

26th August 2009
Salam Ramadhan al-mubarak utk semua. Pertamanya, maaf di atas segala salah dan silap aku pada kalian semua sepanjang perkenalan kita. Keduanya, keadaan skrg x mengizinkan aku utk bercerita pnjg mengenai perkara yg berlegar di sekitar aku. Ketiganya, pada kali ini, aku sgt2 ingin memperkatakan tentang solat jemaah. Yelah, aku tahu aku siapa. Bukan kaki masjid, bukan kaki surau, jemaah pun, jarang sekali. Namun, ramadhan membuka pintu hati aku ke masjid. Alhamdulillah, aku masih sempat merasai nikmat berterawih bersama jemaah-jemaah lain. Ade beberapa perkara yg aku kesalkan dalam keghairahan umat islam mengerjakan terawih. 
Aku terkilan bila ada di antara jemaah yg tidak mementingkan kelurusan saf. Jemaah tak merapatkan saf. Jemaah tak mengisi kekosongan saf hadapan. Jemaah pilih bulu, tak mahu bersebelahan dengan jemaah yg pekak, bisu. 
Pernah terkeluar sekali dari mulut aku "Nasib la dalam bulan puasa ni tak ada syaitan.. Kalau ada, tak boleh nk dibayangkan berapa ekor yg duk menghasut jemaah dalam solat." Serius, aku sedih. Dah ditegur, di jawab balik. Iyalah, kita ni masih muda, jarang ke masjid pulak. Sabarlah... 
Harapnya perkara sebegini tak berlaku di masjid2 yg mana jemaahnya lebih educated. Malu lah, kalau setakat educated dalam pelajaran saje, tp bab2 paling ringan dalam solat berjemaah pn fail. No more words from me.. Fullstop.
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)