Showing posts with label lifestyle. Show all posts
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

Tuesday, 4 June 2013

I'm enganged! - DYI baju dan hantaran

Assalamualaikum,

Actually entry ni dah siap ditaip di bloggeroid. Due to slow internet connection, bloggeroid x dpt publish the entry. Paling menyedihkan bila, bloggeroid x save pon dalam draft. So, I have to type this all over again. *sigh*

Alhamdulillah, majlis yang dirancang dalam masa yang singkat berjalan dengan penuh sederhana dan baik. Persiapan utk majlis aku ni mmg dibuat last minute. Sebulan sebelum majlis baru mula buat persiapan. Aku dan keluarga dah bersetuju utk buat majlis sederhana. Jemputan pun dari keluarga rapat dan jiran-jiran. Ada lah jugak aku jemput kawan-kawan yang tinggal dekat2 rumah. Xde tempah kanopi, katering, pelamin bagai pon. Baju pun x tempah. Semua pon DIY, cuma perlukan org utk mekap sbb x reti nak buat sendiri. Simple, tp dah cukup utk aku dan keluarga. Pihak lelaki pon xde masalah. Ada sesetengah org, mungkin x suka majlis simple mcm ni. Bagi aku, bertunang je pon, x perlu nak berhabis sgt. Yg penting, nikah nanti. Kan?

1. Baju

Lebih kurang 5 minggu sebelum majlis, encik fiancee ajak pergi kedai kain, nak beli kain utk buat hantaran tunang katanya. Kitorg decide utk beli kain sedondon warna putih. Nanti boleh pakai terus utk akad nikah. Beli kain pon kat temerloh je - dekat dengan tmpt aku kerja. Xdenye pegi jakel bagai. Kain pun murah je, RM 12.50 semeter. Waktu ni, belum decide pon nak theme color yg mane. Sbb encik fiancee kate warna biru cantik, so, kami beli kain warna biru utk buat baju tunang. Mak aku pandai menjahit. Mak tolong jahitkan baju, aku buat sendiri beading dan jahit border lace.

Close up lengan baju yg dalam proses - malu nak tunjuk baju penuh
Kos baju

Kain RM 12.90 x 4 meter = RM 51.60
Border lace RM 22.00 x 2 meter = RM 44.00
Pearls RM 2.50 x 8 = RM 20.00
Total = RM 115.60

baju siap
Katakanlah aku sewa baju utk bertunang, kos sewa dalam RM 150 - 200, tapi aku x boleh simpan baju tu. So, lebih baik kalau buat sendiri. Aku xde lah pergi mana2 kelas jahitan pon utk buat beading, bantai je mana yang rasa sesuai.

2. Hantaran

Coklat hershe

red velvet cake
kain pelikat

Towel
kuih

baju melayu putih - utk akad nikah nnti

Sejadah

Buah-buahan

Candy - Sticky
Struggle btol aku menaip pakai hp ni. Bawak2 bersabar je lah. Dulang hantaran sebenarnya ada 11 dulang. Aku post 10 gmbr je, sbb lg 1 gmbr tu same je dgn gmbr bekas kuih tu. Kuih aku bg 2 jenis. Yg ni kes last minute punya psl. Mula2 nk buat 7 berbalas 9, tp sbb tiba2 pihak lelaki tmbh lg 2 dulang, jd mak aku suruh tmbh jgk lg 2 dulang. Semua ni pun DIY dgn bantuan mak jgk. 2 mggu lagi majlis bertunang, baru aku smpt balik. Sibuk dgn urusan kerja. Sbb tu mak byk tlg. Kalo mak aku x tlg, x tahulah. X smpt agaknya aku nk buat sorg2.

Sebenarnya malu nak tunjuk scene2 waktu majlis berlangsung. Buat entry ni pon sekadar nak share sket pasal hantaran dengan baju. Sebab, skrg ni, ramai suka DIY. Jimat dari segi kos dan lebih memuaskan hati.



Tuesday, 29 January 2013

Snapseed apps

hasil dari snapseed editing
Assalamualaikum and good day,

Tengah tercari2 apps photography untuk memenuhkan quota storage smart phone power anda? Atau mungkin jugak nk cuba apps utk photography yg lain, yg lebih terkini seperti hp anda juga. Mari nak cerita.

Pernah dengar psl snapseed? Kalo photoscape, ramai org dah familiar sgt aku rasa. Ok, snapseed ni macam ala2 photoscape tp mobile version. Apps yg aku rasa photoscape user patut ada dlm hp mereka. Almaklum, zaman la ni, seme org pon pakai hp up-to-market.


Nape aku ckp ala2 photoscape? Sbb apps ini sgtlah user-friendly.. serupa photoscape jugok. Senang nk edit gambar. Boleh donlod kt play store kalo nk try ke-friendly-an nya. Stakat yg aku guna selama seminggu ni (ehem.. baru jgk dgn apps ni etceli.. ye la.. kita kan jakun), blom ade sbb lg utk aku remove snapseed dr apps list aku. Dari segi kualiti gambar slps edit, aku suka. Bagus dan memuaskn hati. Melainkan engko nk edit gambo yg rosak dgn capture kualiti yg caca merba, aku nasihatkan x perlulah guna snapseed. Baik pigi on pc, edit kt photoshop.




Apps ni juga ada sediakan tutorial cara2 nk edit gambar ikut keperluan sanubari users tersendiri. Boleh try jgk dgn sample photo yg dia bagi. Xde masalah. Kalo x suke, bleh uninstall.. Antara function dan filters yg ada ialah selective adjust, vintage, black and white, tilt view, crop, drama, center focus, frames, selain basic editing mcm white balance dgn brightness.Aku rekemen apps ni sbb ade sesetengah org x suka sgt dgn instagr.am sbb mcm x bleh nk berkarya kan. Seme dah auto setting. Haaa.. kalo nk feel lebih editing gambar guna hp, mungkin snapseed boleh lepaskan gian korg.
Apa kata engkorg cuba dulu, pastu btaw aku pulak pendapat korg psl apps ini.


FJ : fes taim buat review apps kt hp. Berdebo jugak. Ye la.. kita jakun wakkk





Monday, 27 August 2012

Bila orang lain kawin.. dan bila engkau kawin


Assalamualaikum,


Tibanya Syawal tiap2 tahun datang skali dengan pakej musim kawin. Perkara mcm ni dah jadi budaya pon kat Malaysia. Kalo dulu2, lepas seminggu masuk bulan Syawal baru ada jemputan kawin, skrg tak lagi. 2 Syawal pon org dah sibuk nak buat kenduri. Kesibukan umat Malaysia berhari raya ditambah pula dengan bermajlis kawin menyumbang kepada kesesakan trafik yg teruk – ceh, mcm info trafik dah. Utk kali ni aku bukan nk membicarakan psl trafik. Tu keje polis trafik. Walopon topic yg aku bawa nix de kaitan pon dgn keje aku, tp aku nk tulis jgk.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, bersepah-sepah pengguna facebook buat jemputan kawin through facebook event. Aku tak ckp salah dan tak cakap betul. Suka hati masing2. Kalo rasa praktikal utk buat mcm tu dan jemput semua friends dlm facebook pon, buatlah. Kalo rasa tak praktikal sbb org pon bukan nk rsvp sgt, maka tak perlu buat. Aku sendiri pon, tak berapa rajin actually nk rsvp facebook event. Lagi2 kalo yg jemput tu, org yg aku sekadar kenal kat facebook je, yg add pastu tak pernah2 nak bersapa – stok2 stalker lah org muda kate. Suka utk aku bersetuju bahawa kebanyakan korg pon mcm aku. Ke, korg pegi jugak wedding ‘unfriendly friends’ dlm facebook tu? Kalo korg pegi pon, tak layak aku nk ckp ape2.

[sumber]
Aku ada beberapa org kawan yg spesis akan sentiasa memenuhi jemputan weddings. Siyes. Apa yg mendorong mereka ni buat mcm tu, aku tak pasti. Yg aku dapat kata kat sini, aku puji sikap dorg. Bila kawan2 kawin, tak kiralah kawan sekolah ke, kawan 1 universiti ke, kawan 1 kampung ke, kawan rapat mahupon yg tak berapa rapat, mereka2 ni akn hadir meraikan pengantin. Bagus mcm tu. Org2 mcm ni, bg aku, sgt mementingkan tanggungjawab sosial. Korg pon spesis mcm ni? Bagus sgt dah tu. Cuma nasihat aku, ikhlaskan lah hati tu attend wedding kawan utk rai pengantin.

Jangan pulak nnti, time korg kawin dan org lain x dpt attend majlis korg, kecoh duk ungkit sana-sini. Ada lah tu sebabnya kenapa mereka x dapat datang. Ada lah perkara2 yg tak dapat mereka elakkan yg ditakdirkan tuhan berlaku pada hari korg kawin. Kena igt, org lain x sama mcm kita. Kalo kita ni jenis yg xde byk tanggungjawab, senang nak pegi sana-sini, org lain x semestinya mcm kita jugak. Kalo sesetengah jemputan x dpt hadir, masih ada lagi jemputan yg lain hadir, kan? Takkanlah smpi xde sorg pon hadir. Tu dah kira lain mcm bila xde sorg pon hadir. Kahkah.

FJ : Dah abes cuti raya, umat Malaysia mulalah feeling monday blues.. Ya, takde org pon yang ceria di pagi isnin T_T

Thursday, 5 July 2012

Solat di mana-mana sahaja?

Assalamualaikum,

Waktu belajar di UK dulu, aku banyak belajar dan dalam masa yang sama praktikkan apa yang aku belajar tentang solat. Maksud aku, bukan tentang asas solat. Tapi, bagaimana untuk jadikan solat itu nampak lebih praktikal, lebih mudah. Solat itu wajib. Semua orang tahu fakta ini. Tapi, tak semua orang yang mahu realisasikan kewajipan tu. Sesetengah orang jadikan perkara kecil sebagai alasan mudah untuk tidak menunaikan solat. Alasan seperti; tiada tempat proper, pakaian kotor, berseluar pendek sangat tak masuk akal untuk melarikan diri dari mengerjakan solat.


Di serata pelosok muka bumi, ada terlalu banyak kemudahan untuk solat. Macam yang denaihati pernah tulis tentang bilik solat muslim di Suvarnabhumi Airport, Bangkok . Mungkin tak semua airport di dunia ada bilik solat untuk muslim. Akan tetapi, masih terdapat chapel atau all faith prayer room yang boleh digunakan untuk solat. Itu cerita di airport. Kalau dalam kapal terbang pun, sebenarnya kita boleh bersolat. Tak tahu bila masuk waktu bukan alasan. Boleh tanya cabin crews tentang maklumat sebegitu. 

Aku sangat suka travels. Disebabkan kekangan surau atau masjid di UK, banyak kali juga aku solat di kaki lima bangunan, dalam kenderaan yang sedang bergerak dan di parking lot. Yang penting, tahu arah kiblat, dan tahu bila masuk waktu. Sila jangan bagi alasan macam budak umur 8 tahun mengelak solat. Teknologi kan ada. Kalau boleh guna teknologi untuk kerja dan belajar, kenapa tak, untuk ibadat?

Aku kongsikan bersama di sini, gambar-gambar jemaah solat jumaat di universiti aku dulu. Universiti kami tiada masjid. Yang ada, hanya prayer rooms yang hanya boleh memuatkan bilangan jemaah yang terhad dalam satu-satu masa. Dan, prayer rooms tersebut tak mampu menampung jemaah lelaki untuk solat jumaat, apalagi menampung keseluruhan jemaah ketika solat di pagi hari raya. Jadi, committee persatuan islam universiti akan usahakan tempat-tempat solat jumaat (dan solat hari raya setiap tahun) dengan bantuan pihak persatuan pelajar universiti. Biasanya, dewan besar akan digunakan. Namun, bila ada keperluan lain untuk dewan tersebut, jemaah perlu cari tempat lain untuk menunaikan solat. 



Bila dah tak ada tempat lain yang available, maka mereka akan bersolat di padang universiti. Aku suka lihat moment sebegini. Aku bangga dan kagum dengan apa yang mereka pamerkan pada masyarakat bukan islam. Teringin juga nak tahu, apa yang mereka fikir bila lihat gerakan-gerakan berdisiplin dalam solat. :)

FJ : Sumber gambar, dari facebook seorang kawan. Taken at the PATS field, University of Surrey, UK. Thanks a zillion wan syzwan! He's a great photographer!

Saturday, 14 April 2012

Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, selepas 10 tahun

Assalamualaikum,

boleh nampak air terjun di puncak bukit dari kejauhan
Kali terakhir aku ke sini lebih kurang 10 tahun lepas. Ye, dah lama. Tu pon, pegi sbb ikut trip sekolah. Netballers dgn girl basketballers trip. Diiring 2 cikgu perempuan, seorang coach basketball (lelaki) dan seorang pembantu coach. Dari rumah, perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit. Keadaan jalan boleh dikatakan baik. Cuma, suka utk aku ingatkan, berhati-hati dgn 'jerangkap samar' sewaktu drive. :P Kamu semua taknak tayar kereta cantik kamu di saluti dgn sisa kumbahan lembu. 



Tuesday, 13 March 2012

Soy Collagen punya pasal

Note : KLIK SINI jika berminat dengan produk untuk mencantikkan kulit dan dalam masa yang sama meningkatkan kecerdasan minda

Assalamualaikum,

Lebih kurang sebulan yg lepas, waktu dlm perjalanan nak pegi ke mana ntah, aku dgn mak ade dengar iklan psl IZ Pure Collagen kt radio. Mak khusyuk benar dengan kempen2 menusuk jiwa psl produk tu, sampai mak sarankan aku utk start consume collagen jugak, supaya bila aku dah smpi 40-an nnti, takde lah muka berkedut mcm dia skrg. Selama ni, tak ada la aku pasang niat nak consume collagen, smpi la terbukak jugak hati aku ni kat produk2 collagen ni lepas aku buat research sket. Disebabkan produk collagen yg bermutu tinggi di pasaran - stok kalo telan produk tu, kulit terus tegang smpi semut pon boleh melompat-lompat atas pipi - adalah sgt mahal, makanya aku mula dengan produk yg menepati kedudukan kewangan aku skrg. 

mungkin produk ni patut tukar tagline

Friday, 6 January 2012

the New Year of 2012

Assalamulaikum, 

Dah 6 hari dalam tahun baru, dan ini adalah entri aku yg pertama untuk tahun ini. Oh ya. Selamat Tahun Baru 2012 kepada yg menyambutnya. Kalau org lain sibuk kemas kini azam utk tahun baru, aku x sibuk utk itu. Bagi aku, tahun baru x bermakna azam baru. Sbb apa? Cuba bagitahu aku, apa gunanya kita nak kena update azam baru setiap kali tiba tahun baru? Walhal, azam tahun lepas, 2 tahun lepas, 3 tahun lepas pon masih ada yang blom dilaksanakan. Lagi parah, azam tahun lepas dah la x buat, x ingat pon ape-ke-mende azam tu. See? How many of us taking new year resolutions seriously. Betul, azam ni akan jadi pembakar semangat utk kita maju. Cuma yg aku x faham, kenapa mesti dibuat bermulanya tahun baru? 


New Year 2012 Fireworks Trondheim
source

Wednesday, 14 September 2011

Anak dara berseni

Assalamualaikum,

"Org zaman dulu kalo nk cari anak dara utk dipinang, dorg tgk cara anak dara tu buat keje dari depan rumah (laman) sampai la ke belakang rumah.."

Tu yg mak gua ckp pagi td, waktu kami bersantai2 smbil buat ape yg patut. Yg pasti, mmg la sepotong ayat tu, bukan dtg out of nowhere. Ada la scenario yg menjerumus kepada dialog tu. Waktu tu, gua tgh sidai kain, manakala mak gua bersenam-senaman membakar lemak sampah. 

Gua : Mak, ade kawan k.long ni cite, mak dia ckp yg dia xde seni sidai kain. Mak dia kate lg, kalo nk sidai kain, sidai la suwa dgn suwa je, baju dgn baju je.. Jgn campur2.. 
Mak : Btol la tu kate mak dia. Kalo mak sidai kain pon, mak akan sidai kain yg besar2 dlu, then baru yg kecik2.. Xde la sidai tuala, kain batik, suwa, pastu tibe2 setoet ade suwa dalam. Pastu, sambung balik dgn kain batik. X ke huduh tu..
Gua : Ye la.. Mmg la k.long x buat gitu.. Mak ni.. *sambil dalam otak duk pk, nak kne rombak ke susunan sidaian ni? rasa mcm da xde yg x kena dgn seni sidaian gua*

gua igt, sbb tu la kot, dia ni wat underware-showcase.. seni punye pasal
[picture from a famous blogger's fb]
Lepas tu la mak gua kasi dialog nun di atas sana. Gua mane boley dgn mak gua. Mesti nk argue punye. Gua ckp, "tu dlu mak.." Dan mak gua sgt pantang kalo gua rasa nk menang dgn dia. Dia counter gua balik. "Dlu ke, skrg ke, kalo benda yg baik tu, kita ikut salah ke?" Then gua malas da nk bazirkan air liur. Gua diam. Diam gua x bermaksud gua setuju. Bila gua ckp dlu lain.. Gua maksudkan org yg nak meminang tu. Dah kalo skrg ni xde dah anak dara yg berseni luwa ke dalam, ke luwa rumah balik, xkan la smpi mak bapak tu (org yg meminang) xnak pinang sape2 utk anak jantan dia, kan? Ade jumpe anak dara yg nk sidai kain di zaman skrg ni pon da ckop baik. Nak demand yg berseni-seni bagai pulak? Gua bukan la nk ckp gua ni moden ke hape. Gua org kampung je pon. Cume gua ckp berlandaskan realiti. 

Tu blom lagi nk cari anak dara yg pandai buat kuih tradisional. Jgn ckp nk buat, name kuih pon x taw. Yg lu org taw, macaroons, strawberry mille-fueille, choc mousse, vanilla puff, etc. Mane lu org nak kenal lompat tikam, kuih karas, tepung bungkus? Gua pon, takat kenal je la, nak buatnye x mahir pon. Tu baru sentuh pasal 2 isu. Belum sebut lg pasal memasak, memotong, menjahit, menyulam, mengait, mengemas, melipat baju, etc. Gua pon x rela nk kupas byk2, sbb ye la kan, gua bukannya pakar. Kehkeh.

FJ : Mak gua selalu ckp gua ni kedekut dgn brg2 gua. 'Heh, mak jgn x taw, kedekut tu pon seni tahu.. Seni jimat cermat.'

Saturday, 30 July 2011

Doa : bukan hanya untuk kita..

Assalamualaikum,

Pernah dengar tentang doa untuk org lain (yg tidak diketahui oleh org tersebut) adalah lebih dahulu diterima? Aku ingat2 lupa tentang ni. So, aku cari sket;
Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).
Jadi, apa tunggu lagi? :)


FJ : Tak akan putus-putus.. 

Tuesday, 3 May 2011

Vlog matluthfi: bukan semua cantik subjektif

Assalamualaikum,

Aku sebenarnye bukanlah suke sgt dgn Vlog. Lebih prefer bace blog kot, dr tgk vlog. Sbb, kdg2, dr segi penyampaian, sesetengah vlogger tu over sket. Tu bg aku la. Ade org, prefer vlog, sbb x payah nk susah2 bace blog, kan? Well, that's personal preference. :) Cuma aku nk btaw, aku suke vlog dari matluthfi. Korg semua pon mesti dah biasa sgt tgk video2 dia, kn? Blambak kot org share kt fb. Why matluthfi? Sbb dlm setiap vlog dia, ade mesej tersendiri. Bukan vlog kosong, yg stakat nk tayang kepoyo-an, brg berjenama milik peribadi mahupon gaya fesyen yg pelik2.

Smalam aku ade tgk 1 video ni dr matluthfi; bukan semua cantik subjektif. Mmg org slalu ckp, 'beauty is in the eye of beholder'. Tp, matluthfi nk btaw, yg cantik tu sendiri sbenarnya ade guideline dia. Well, aku stuju dgn dia :) Satu lg aku tertarik dgn ape yg dia ckp, 'dan agak malanglah kpd org yg disukai ramai semata-mata hanya kerana kecantikannya'. Org slalu ckp cantik dalaman tu lagi penting dr cantik luaran. Maksudnya, org ramai kononnya selalu mengetengahkan idea, kecantikan peribadi lebih dipandang tinggi dr kecantikan fizikal. Persoalannya, kalo fizikal pon dah x cantik, mcm mane org nk approach utk menyelami kecantikan peribadi seseorang? Cantik x semestinya hidung nk kena mancung, pipi sentiasa merah dgn blusher atau rambut nk spike je semedang. Kemas pon cantik, kan? Xkan sbb syok sendiri, 'peribadi aku mmg dah cun melecun', smpi x nak jaga ke-cun-an fizikal? Aku sgt2 hairan dan x faham bile ade sesetengah pihak yg ckp, "tak baik berhias.." padahal, org tu pakai lip gloss dgn eye liner je pon =.= Sbb ape aku x faham? Sbb, bg aku, pihak2 tersebut mcm menghalang org lain cuba nk jadi cantik. Bukan Allah sukakan kecantikan ke? 


Malas la nk komen lebih2 isu ni skrg. Nanti ade pulak yg sentap, kang. Oh ye. Ade lg 1 video matluthfi yg aku suke. Video psl kebersihan. Kalo korg tgk youtube account dia, mesti ade video tu. Aku igt la kan, matluthfi ni patut jadi ambassador in promoting positive values within young people/professional, lah! :D

FJ : FJ buat Vlog? Mmg x la wei~ Haha. ^^

Wednesday, 16 March 2011

Cinta dan najislembu (bullshit)

*Entry auto-and-random post - it's been forward-dated*

Assalamualaikum,

Tiba2 idea nk menulis dtg dgn banyaknye, mcm titisan hujan yg turun lebat menyimbah bumi. Mcm2 benda menerjah neocortex otak aku. Terasa mcm neuron-neuron disitu sgt aktif waktu ni. Aku putuskan utk menulis psl c.i.n.t.a. Jarang topik cinta aku sentuh, kerana aku rasekan ade perkara yg aku x boleh go public. Ye, aku x mcm Cob Nobbler yg selamba potato bukak warung-cinta kt terfaktab. Tp still, aku tabek speedy spring kt dia sbb bukak cerita baeeekk punya.


Aku tafsirkan, dunia 'bercinta' skrg sgt daring, mungkin sejajar dgn perkembangan teknologi dan peredaran fesyen. Awek mesti talks American-Next-Top-Model smbil menggayakn skirt pendek dr topshop dgn blouse nipis dari reiss dan balak mesti talks Top-Gear dan at least drive mitsubishi evolution 9, sambil pakai spek-mate-itam ted baker. Atau adegan dating mengancam siap pakej 'belanje mata' kwn2. Lepas sebulan 2, sbb x tahan dgn mulut awek yg suke maki dan membebel x tentu hala, balak blah smbil tune frekuensi utk detect awek2 lain yg ade possibility utk sangkut. Awek yg ditinggalkan tu pon, xde ambek port. Cinta yg kononnya dibina kukuh dgn janji, "I sumpah xkan tinggalkan you, yayang" berkubur x ber-nisan. Ini, yg aku katekan najislembu.

Selang beberapa minit selepas putus cinta, ketika sdg merayau-lenggang-lenggok ambil angin sambil bawak payung dek tak tertahan dgn panahan cahaya matahari, terserempak pula dgn seseorang yg sgt menarik perhatian. Gaya jalannya, wajahnya, senyumannya, sudah cukup utk menawan hati. Apatah lagi susuk tubuh yg tough. Tinggi pulak tu. Ni boleh mendatangkan cemburu di hati member2. Langkah diatur utk urusan penggodaan. Nah, hasilnya lumayan. Lalu, cinta baru muncul tiba lagi. Semudah itu, lafaz janji cinta agung baru diikat bersama. Ini yg aku katekan najislembu.

Si awek dalam keadaan cemas. Pagi td, bgn lambat. Tergesa2 bersiap, make up dan berdandan lawa2 kemudian bergegas memandu kereta ke destinasi yg telah dijanjikan dgn balak. "B, tunggu bb taw. bb lambat sket, jalan jamned" - text sent. Si balak yg kononnya tgh sabar menunggu awek dtg berdating melepas rindu, reply "ok", dan kemudian menghantar text "muah muah u too" kt awek lain. In yg aku cakap najislembu.

Ok, mungkin contoh2 aku x terlalu difantasikan oleh aku - sbb x jadi kat ko, jd kt org lain. Kita tukar situasi. Selepas 9 bulan bercinta, si pompuan putuskan utk x berhubung lg dgn si lelaki sbb bosan dan rimas dgn sikap lelaki tu. Tiap2 hari duk tanya soalan same je. "U dah makan? U dah balik kelas blom? U x abes keje lagi? U da nak tdo?" Muak dan jelak. Ni pon najislembu jugak. X discuss mende elok2, main taram je. Lantak kau org lah. Kau org punya cerita. Sape suro xnak pk.

Hah, nak yg lagi best? Yg ni, aku x berapa faham sgt. Kenapa mesti nak stay dgn perempuan yg asek maki ko je setiap hari? Kot ye pon ko ade buat silap, tp perlu ke sampai maki2? Kenapa mesti nk terlebih caring, sampai awek kuwa dgn kwn2 dia pon, ko suh dia buat video call - so that ko boleh nmpk sendiri bukti yg awek ko x ckp bohong? Tak rs annoying ke? Awek ko suh buat mcm tu, ko xnak pulak. Kenapa mesti pukul2 pompuan tu dpn org ramai (even blakang org ramai pon, aku still x bleh terima)? Pastu si pompuan tu plak, dah jantan pukul-lanyak ko mcm tu, masih lg nk ber-in-a-relationship status dgn dia? Najislembu la wei! Otak aku x bleh nk cerna seme ni. 

Pnah aku dgr sblom ni, tntg org yg putus asa dgn cinta. Bukan putus asa utk perbaiki hubungan, tp putus asa utk mencari atau menunggu cinta baru. Nonsense. Tu yg aku ckp dlu. Sbb ape? Obviously sbb aku x rs dan x alami keadaan tu. Sama mcm atheist yg x yakin dgn wujudnya tuhan. Sbb mereka x 'nampak' tuhan tu sendiri, jadi mereka tak percaya. Skrg, aku cuba selami ape yg mereka2 itu rase. Mungkinlah kerana perkara najislembu yg pernah terjadi dlm hidup, buat mereka rs putus asa? Ye, najislembu byk sgt kat atas jalan, macam mana nk lalu? Nak elak pon kne cukup berhati-hati, kalo lari laju2, nanti takut tergelincir pulak. Penghabisannya, ambek alternatif lain atau lalu jalan lain yg xde najislembu. Namun, najislembu ade dimana2. Kesudahannnya? Patah balik?

even if u hug me, things still won't turn out fine
Nota : 
Dulu, pernah beberapa kali kwn2 tegur aku; tentang ekspressi aku. Kata mereka, aku nmpk garang, ssh nk senyum, kasar dan sewaktu dgnnya. Waktu tu, ade jugak terkesan kt hati aku utk aku buang sifat2 yg dilontar-rejam oleh kwn2. Lagi 1, sorg ckp sbb ekspressi aku yg mcm tu, lelaki takut nk dekat dgn aku. Hakhak. Skrg, aku fikir, elok juga kalo aku masih ade sifat2 mcm tu. Boleh aku jadikan self-defense, kan? (haha) Nway, aku x emo pon dgn entri ni. Sila kawal intonasi anda. Okthanksbye.

FJ : "I'll do the same thing if you're here. I wish you're here" Is it present-tense?

Sunday, 20 February 2011

Projek POP : Bantulah mereka yang memerlukan, dan anda jugak tak berkurang

Assalamulaikum, 

Pernah korang dengar atau jumpa sorang budak yg x pernah makan KFC seumur dia hidup? Atau x pernah pergi sekolah walaupun umur dah 14 tahun? Tak pernah? -.- Ok, pernah kena cuit bahu depan mesin ATM lepas keluarkan duit sbb org nak mintak derma buat rumah anak yatim? Then korg cabut gitu je sbb fikir, 'Ni mesti keje nk menipu duit aku je'. 

Aku pasti, antara korg seme pon, bukannye seme tergolong dikalangan org2 yg kaya, walopon setiap mggu pegi dating kt TGI Friday, pakai blackberry dan drive Skyline. Aku faham, korg g TGI tu, lepak kejap je, then gerak pegi warung, order pisang goreng, blackberry tu, pinjam tunang kakak punya dan Skyline tu sepupu ko yg pegi outstation ke Perth suro ko jaga. Aku faham seme tu. Cume, ye lah, dah kire beruntung la tu, walopon Skyline pinjam, minyak mao tarok wooo, baru kereta bleh gerak. 

beza tak?
Kat sini, aku nak buka peluang utk korg yg berminat dan sedar diri tu untung berlebih2 dari org lain, smpi kasut GUCCI pon ade 5 pasang, utk membantu org lain yg sgt5 memerlukan. Dorg x perlu kasut GUCCI mahupon handbeg LV korg tu, dorg x heran pon dgn iPad korg tu, dorg cume nk dptkan makanan, pakaian dan tmpt tinggal yg proper je. Macam mane korg nk bantu? Sorg kawan aku yg skrg ade kt msia (kajang to be specific) dgn baik hati nak ajak volunteers utk join projek dia; bantu org yg memerlukan. Dia namakan projek tu, Projek POP. Aku pon x pasti lah, knape dia bg name mcm tu. Kt bwh ni serba sedikit tntg projek tu yg aku petik dr fb dia. 

Mission :
  • To give support to whose most needed
  • To give exposures to volunteers and donors
Things you might want to give out/donate:
  • apparals (cloths, shoes, bags)
  • money
  • house utilities - cookware, tableware, racks, pillows, beds, mattresses
  • foods
  • your energy (volunteering in the event)
Utk keterangan lanjut tentang tempat derma, mcm mane nk derma duit, bila dan kat mane event ni akan dijalankan, anda2 semua boleh tgk kt facebook event dia, atau kat facebook notes dia. 


Zakat pendapatan

Aku bukanlah alim pon. Tapi, mak ayah aku x pernah miss ingatkan kami sekeluarga pasal zakat pendapatan. Korg taw ke pendapatan korg tu, sebahagian daripadanya adalah milik org yg memerlukan utk dizakatkan? Korg syok2 cash out duit nuffnang, duit churpchurp la.. dapat cheque smpi RM400-500, korg x sedar tu adalah one part of korg punya pendapatan? Tak termasuk lagi kalo aku sebut pasal simpanan ke, saham (ASB, ASN, ASW) ke, yg tiap2 tahun dpt dividen, gaji lagi utk org yg dah keje. "Oih, kalo kire seme mcm tu, seme nak kne bayar zakat, makan pasir la aku!" Mesti ade punya yg cetek akal dan kedekut harta fikir mcm tu (aku mmg maksudkan ape yg aku ckp). Xde lah smpi mcm tu skali. Kejam sgt islam tu, kalo smpi mcm tu. Ada cara dia utk kira berapa byk daripada semenye tu utk dizakatkan, dan zakat tu dikira lepas semua tanggungan korang ditolak - byr rumah ke, kereta ke.. Rujuk la pejabat zakat berdekatan utk maklumat lanjut. 

Kalo malas sgt nk berzakat cara ni, derma pon salah 1 cara berzakat. So, apa kata donate something utk event kwn aku tu? :P

FJ : Bantu apa yg korg mampu. Org lain x perlu taw berapa byk atau berapa sikit. 

Sunday, 6 February 2011

Chinese New Year Celebration at China Town, London

Salam,

Happy New Year to all Chinese, Koreans and other ethics who are celebrating the new year of lunar calendar. My house mate said she's going to China Town. So, I asked if I can go with her. I almost forget that today is the 2nd day of the celebration when I first arrived at China Town, Leicester Square. There's nothing weird seeing sea of crowds at the underground station. Seriously, I thought today was just one of the busy weekends. Walking towards to China Town, I heard very loud sound that I was once very familiar with; the sound of the lion dance. Massive numbers of people were gathered watching the lion dance. They were taking pictures and recording videos. Some chinese were even explaining the dance to their British friends. And it's nice to see parents brought the children out for this kind of family outing; the children learnt about other cultural. 



To be honest, it wasn't my intention to be there to join the celebration. But, seeing those things and hearing the loud sound from the drums really made me miss Malaysia. A lot! I can say that I'm counting down the days I'll return home. Anyway, we bought some stuffs from the oriental supermarket; kicap manis kipas udang, maggi asam laksa, lemon grasses, sweet plums, etc. 

a lion in the restaurant!
"grrrr.. brrrr.. lrrr" Yup, the official sound of hungriness. It sounded louder than the drums. Heh. We managed to find a halal restaurant at China Town. Hooray! It's Rasa Sayang. Well, you know how restaurant filled with people at festival time, don't you? Fortunately, we didn't have to wait long. It's been a while since I had soya-cincau. Heee. Miss Malaysia again. Sob sob. While enjoying the meal, the restaurant has been ambushed by a lion! Yes, it was the lion from the new year festival. It was a cute, white lion with adorable action, I say. It gave a fortune stuff (something like charm - according to chinese belief) to one of the customer. Cutie cutie! We then headed back to Twickenham after filling our stomach up with good foods. :P

******
my collections from vacations, photo shoots, outings and graduation - some of those were not my shot
Since I've been printing photos from my laptop folders, it's better if I have a photo album isn't it? Yes yes. I don't have one. I know I should've bought one long ago. Blame me for losing lots of printed photos - the ones  that have been printed for years. Virginmedia has kindly giving away 100 free prints every month for my household - thanks a zillion Virginmedia! It is such a good opportunity for me to recover or re-print the lost photos. (:


voucher! voucher!
I've learnt my lesson. So, I've bought a very nice photo album with leather cover just for £5 at Jessop. Quite cheap isn't it? I mean, it's a leather cover, guys! The best thing was, I got £5 print voucher! How amazing, is it? Let say every photo is about £0.15 each - the worst case scenario for 6x4 photo size. I can get about 33 printed photos! Plus the free monthly credit, which I got about 25 prints every months and plus registration offers from tesco print (I've been entitled for 50 free prints). ^^ More than enough for me. Lalalalaa~

FJ : Printing photos is the new unofficial project for me now, that I've worked so hard on it. There are many more official placement-related task that haven't been done yet. Teehee T.T

Wednesday, 2 February 2011

It's about living (1)

source : icanread

I know what wrongs did I do in my past
But I don't wish to live in regret
Then I'll walk straight ahead
On the new road
So when I'll meet a junction
I wouldn't turn into the wrong corner

FJ : U didn't turn back in time, u just need to turn yourself.

Tuesday, 18 January 2011

Budak2 zaman aku VS budak2 zaman skrg

Salam, 

Dah pkol 1.30 pagi. Aku nk tdo, tp x bleh. Perut sakit, td makan limau byk sgt sambil layan variety show. Limau murah je, boleh tahan la rasa dia. Tu yg aku bedal byk. Alang2 dah x mahu lelap, update seperenggan dua, chare jugak dak? Sebelum aku masuk terus ke point2 penting aku, aku nk highlight-kan beberapa perkara, supaya korg seme noted dan paham, bila aku sebut istilah 'budak2 zaman aku'. Family aku skrg ni sederhana je. Kaya? Memang x lah! Dulu, masa aku kecik2, agak susah la jugak hidup. Tp, sesusah aku dlu pon, aku yakin, ade org lain yg lagi susah dr aku. Bila aku sebut 'budak2 zaman aku', aku mksdkan budak2 yg lahir lebih kurg era pertengahan ke lewat 80-an, (siap bagi range thn lahir lg tu, punya nk spesifik) yg mane, pengalaman tumbesaran dorg ni, lebih kurg same ngan aku. Pendek kata, ape yg aku alami dan ape yg aku nampak dari aku kecik, sampai la aku sekolah menengah.

Kain lampin & baju cap ayam VS pampers ultra dry (lampin pakai buang yg amat kering gile) & baju mahal
Masa aku kecik dlu, mak ayah aku x mampu nk afford beli pampers. Pendapatan cikgu waktu tu, bape la sgt. So, zaman kecik aku, aku x pernah merasa pakai pampers, ni mak aku yg bgtaw aku. Tiap malam tidur, pakai la kain lampin tu. Bgn pagi esok (kalo mak aku x tersedar tgh2 mlm), baru la mak aku tukar lampin tu. Dah tu, mula la naik ruam2 kat punggung. Eleh, x payah nak ckp, kotor ke ape lah. Mcm ko x pnah kencing je. Aku pon x malu nak cite. Sbb ape? Dah mmg aku dlu ssh, ckp je la ssh. Xkan nk blagak pulak. Lampin tu pulak, bape helai je lampin baru. Kebanyakannya, lampin2 lama, hasil sedekah dari sepupu. Xpon, yg pak su aku punya ms dia kecik dlu (beza umo pak su aku dgn aku lebih kurg 7 thn). Kain baju pon, mcm tu jugak lah. Budak2 zaman skrg? Jauh beza. Nak tgk mcm mane? Kat fesbuk sudah. Berlambak2 parents upload gmbr anak dorg, kan? Tgk la baju brand ape, pampers brand ape, tu blom ckp psl bawak anak p makan kat mane, stroller, brand susu lg. Era adik-adik aku, kalo dpt baju cap Ladybird atau Kikilala tu pon, dah tersohor sgt dh. Skrg? Aku igt, baju Ladybird pon org x pandang dah, kalo baju anak pon beli kat GAP, ZARA, etc. 

tambah la consoles sendiri ikut selera
Main kawin2 VS PS3
Bila dah besar sket, aku masuk tadika, mcm budak2 skrg jugak. Tp, ape yg dorg blajar dan ape yg ade kt tadika tu skrg, aku x taw lah beza dia mcm mane. Abes je tadika, dalam pkol 11 mcm tu, aku balik rumah jalan kaki dgn kwn2. Mak ayah keje. Ms tu, mak aku da mampu la sket2 nk bayar org utk baby sit adik aku. So, ade la org kt rumah bile aku balik. Sambil duk bjalan tu, menyembang ngan kwn2, "Hari ni, kite nak main ape awak?" Kawan aku pon, usul la, main kawin2. Padahal, hak tu la yg duk main tiap hari pon. Kdg, ade jugak la main tenteng, bola, sekolah2, etc. Smpi rumah, campak beg skolah, tukar baju, terus tggu member dtg. Pompuan pon seme, kdg2 je ade budak laki join. Main la kitorg kawin2 dgn hati yg gembira. Mula2 mak ngn ayah kawin, pastu ada anak, mak masak kat dapur, ayah gi kebun, yada yada. Budak2 skrg? Teknologikal abes! Aku agak, kalo ko sebut main kawin2 depan dorg, dorg bantai gelak berirama je. Adik aku yg bongsu, balik skolah asek duk cerita psl games je. Donlod kt internet la. Ambek installer dgn kwn lah. Laptop pon ade laptop sendiri! Ms dia darjah 5, kerajaan terengganu bg mini laptop kat budak2 darjah 5, sebijik sorg. Selain tu, korg name lah, dari computer games, membawak ke PSP, PS3, XBOX, Wii ape yg dorg x taw? Jgn ckp nk tggu smpi rumah, PSP tu dah prep siap2 dah letak dlm beg skolah sbb nanti nak main mase tggu ayah/driver dtg pick up kat tadika. Balik rumah, smbg pulak ngan PS3. Consoles pulak, seme jenis ade. Tu x perlu cite la.  Eh jap, ke PS4 dah kuwa? Aku mane taw sgt mende2 mcm ni. 

Duit belanja skolah hari2 VS elaun bulanan
Masuk skolah rendah, aku blajar kt skolah yg same dgn skolah yg mak ayah aku mengajar. Budak2 skolah tu slalu ckp, konon2 aku ni, senang kalo xde duit. Sbb boleh suke suki je g mintak kat mak ayah aku tang2 tu jugak. Dorg x taw, kalo aku gi mintak duit ngan parents aku kt skolah, silap hari bulan aku makan penampar hari tu. Ye, ayah aku garang. Sbb ape aku ckp mcm tu? Sbb pagi2 ms breakfast kt rumah, ayah aku dah bg aku siap2 duit belanje skolah. Ms tahap 1 (darjah 1-3), aku dapat 70sen sehari. Tahap 2, up sket, singgit. Kalo ayah aku lupa nk bg duit pagi tu, aku mintak kat mak aku, b4 klas start. Takut nk btaw ayah. Kalo duit tu tercicir, mmg aku senyap je lah. Sanggup berlapar atau g ngap sket bekal member dr g jumpe ayah aku dan btaw duit aku tercicir. Ketaq lutut org utara ckp. Budak2 zmn skrg, kebanyakan parents buat pelan sara hidup bulanan utk anak2 dorg. Tiap2 bulan bg duit masuk akaun. Pandai2 ko lah nk settle duit tu mcm mane. Ade baiknye jugak pelan mcm ni. Aku x ckp pon aku x suke. Tp, tgk la mcm mane bdk tu manage duit dia, kan? Tp, part yg aku berbulu sket ialah, elaun tambahan dari abg-kakak. Ade abg-kakak yg dah keje, murah hati nk bg adik2 dorg duit. Bgs tu bgs, sbb murah hati. Tp, adik tu, dah spoil pulak dgn lambakan kemurahan hati org di sekeliling dia. X payah tggu hari raya, tiap2 bulan pon dapat duit 'raya'. 

Walkman VS iPod/ integrated music player
Dlu, aku duk asrama masa skolah menengah. Nak kate aku ni student yg bgs, ikut seme peraturan, x jugak. Nak cakap jahat, mmg x jahat. Nakal jugak la. Skolah aku, ade undang2; x boleh bwk walkman masuk skolah. Tp, aku x bwk walkman pon. Bkn sbb saje xnak bwk, tp sbb xde! Zmn aku tu, walkman yg boleh masuk kaset tu la yg paling hebat, ko tahu? Sape ade walkman dgn kaset Sheila on 7 tu, mmg femes lah dlm hostel. Bila aku masuk form 4, cikgu2 ckp, boleh bwk walkman g hostel. Maka, ramai la kwn2 aku bwk. Aku je yg terkelip2 tgk dorg, kdg2 telan air liur jugak. Nk beli dgn duit blanje yg ayah bg, mmg x ckop ah. Sbb aku nak sgt walkman tu, aku try2 la nego ngn ayah aku. Ms tu, dekat nak exam, tp ade cuti balik kampung. Aku ckp kat ayah aku, "ayah, kalo kite dpt markah bagus exam kali ni, ayah belikan kite walkman eh?" Menggeletar jugak bdn nk tny ayat sebaris tu. Ayah aku ckp, "erm..." smbil smbg bace surat kabar. Bila result kuwa, ayah aku puas hati dgn result aku, so dia kasi aku duit lebih wat beli walkman. Sbb walkman idaman aku tu harga dia mahal sket, aku kne la support sket dgn duit blanje skolah yg ayah aku bg. Dah beli, mmg aku guna seoptima mungkin lah. Nak tayang kt kwn2 pon, seme org dah ade. Ms tu pulak, upgrade sket. Bdk2 start pakai discman. Smpi hari ni, walkman tu ade lg kat rumah, cume dah rosak. Budak2 skolah menengah zaman skrg, dah la elaun bulan2 masuk je (mcm org keje, tiap bulan dpt gaji), nak beli gadjet pon, mak bapak support pakai elaun entertainment pulak. Mane lah nk layan walkman ke, discman ke, malu nnti nk tayang kt kwn2. Mesti la nk ipod ke, sony mp3 player ke.. Koman spanar pon, pakai hp yg ade mp3 player. 

henpon SIEMENS dlu2
Nokia 3310 VS Sony Ericsson Cybershot
Sebut psl henpon, nak pulak aku story psl first henpon aku. Pnjg sket yg ni ye. Tabah la korg bace. First time aku sentuh henpon, seigt aku, ms tu aku form 3 rasenye. Henpon ayah aku, brand SIEMEN. Ayah aku beli yg 2nd hand. Lebih kurg mcm kt atas tu lah, tp len sket. Function mmg x byk. 3G? Heh, G pon xde. Tebal dia x payah ckp lah. Kalo korg gabung 2 ibu jari korg, haaa.. tebal tu lah. Korg genggam henpon tu dalam 2 tangan, baru boleh. * exaggerate* Pastu, ade punat kecik kt atas tu, ala2 arial nk cari coverage. Mmg waktu tu, jakun nk mampos lah. Pegang2 je, x reti nk usha. Kdg2 tlg pick up call. Ms tu, aku reti tekan 2 button je, button hijau ngan merah. Yg len, mmg ke laut. First time aku ade henpon sendiri, waktu tu aku nk masuk matriks (umo aku 18 thn). Lg 2-3 hari nk daftar, ayah aku bwk aku g kedai henpon. Tergezut den. First henpon aku, nokia 3310. Xde la canggih sgt waktu tu pon, bese2 je. Anak2 org berada waktu tu, dah ade la yg pakai nokia 7610. Pastu, yg x bleh blah, masuk je duit elaun matriks2, tukar lagi henpon baru. Tp aku x ek. Hehe. Mls lah nk cite pasal tu. Ouh ya, first henpon aku ni, smpi skrg pon ade lagi dgn aku. Masih elok, x rosak2 pon, cume aku tukar cover dia je (cover lame pon ade je lagi). *peace sign* Bdk2 skrg? Aish.. First time pakai henpon pon, di usia yg muda jambu. Henpon x nak yg cikai pulak. Kurg2 angkat sony cybershot, kan? Adik bongsu aku pon, darjah 4/5 dlu dah ade henpon. Skrg dia form 1. Even dia pakai henpon lame ayah aku pon, tp still, darjah bape baru, dah pakai henpon. Bkn duk hostel pon nk contact mak ayah. Anak2 atau adik2 org lain aku x taw lah. 

X byk point yg aku ketengahkan, tp aku elaborate agak byk, kan? Korg sendiri pon, boleh nmpk cara hidup budak2 zaman skrg mcm mane. Mungkin x notice sgt kot, atau korg x ambek tahu lgsg. Betapa lainnye dgn zaman aku dlu. Nanti, zaman anak2 aku pulak, mcm mane ye? Bdk2 skrg dah reti nak demand. Petik jari kat mak bapak, ckp nk tu. Nak ni. *mengeluh*

FJ : Dah nk dekat pkol 3. Sejam stengah aku duk menaip mende ni. Perut aku dah oke. So, aku nk tdo. Tggu episod retro yg lain pulak ye! Eh, aku buat variety show ke?

Friday, 7 January 2011

Soalan dari kawan, "best ke boxing day tu?" Mari baca!

Salam, 

Boxing day dah 2 minggu lepas. So, apekehal nk buat entri skrg pulak? Xpe, x basi pon.. charee.. Hari tu, aku ade ym ngan sorg kwn. Dia study kt uk jugak. Duk ketchup (catch up) itu, ini, so aku utarakanlah soalan femes season ni, "pegi shopping x boxing day?" memandangkan dia ni pompuan, dan pompuan sgt sinonim dgn shopping lagi2 kalo ade sales. Ni memang soalan biasa lah kalo musim2 krismes. Kalo musim lain, tny soalan ni, sgt rare dan x masuk silibus. Si kawan tu ckp, tak, dan dia tny aku balik, "best ke boxing day tu? brg2 mmg murah ek?". Perghh.. boleh dia x taw best ke x? *mata bulat sbb teruja*

Sila tinjau2 ini. Utk buat mata anda semua bulat seperti saya. 






aku x amek full shot, nnti golongan lelaki teruja pulak tgk yg ni.. -.-

So, x best? Jgn kelentong lah! Kalo Oxford Street kat london tu, time boxing day, nak berjalan pon ssh. Punye la ramai org. Tu belum cerita beratur nk bayar kt cashier lg. Kat Selfridges lagi, laaa.. Smpi boleh buat mood shopping hilang. Tu la yg aku x suke nak pegi sane. Kalo pegi time hari biasa, mane la ade duit setebal buku rujukan biologi SPM nk beli brg2 mahal kt situ. Time boxing day la nk dpt half price sales pon. 

Jgn x taw, ms boxing day la, org duk sibuk cari brg hantaran. Hahaha.. Aku x buat cerita ok? Dan aku pon x cerita berdasarkan pengalaman aku. Aku sembang lepas tgk kwn2 dan sahabat handai duk buat mcm tu. Org nak kawin, tunang, mesti nk cari brg2 branded letak atas dulang, kan? Nak beli time xde sales, kang kne puasa sebulan dan bukak puasa makan roti kering je. So, grab brg2 ms boxing day lah. Handbag harga £120, boleh dpt £60 shj. Perfume harga £45 boleh dpt dgn harga £22 shj. Ape lagi? Cincin? Baju? Jersey? Laptop?Seluar? Spender? Ha.. ape lagi org letak atas dulang? *oke, over sgt dah tu..* 

Kwn2 aku kt msia pon sibuk kirim brg time boxing day, boleh pulak dia yg duk uk x ambek endah psl boxing day?

FJ : 26 dec lalu boxing day terakhir aku kat uk. Lepas ni x bleh nk shopping boxing day dah. Rase cm sedih la pulak.. 

Thursday, 16 December 2010

Trend terkini : majlis tunang dan kawin yang grand?

Salam,

Oleh sebab dah lame sgt tak berblog, hari ni aku nk utarakan 1 topik hangat di kalangan masyarakat melayu zaman kini, iaitu trend majlis tunang dan kawin yang grand. Aku ade baca kt blog theotherkhairul tentang topik 'couple dan tunang adalah haram?', tp x sempat nk bagi feedback psl soalan dari pihak penaja, (sbb dah lame sgt x berblog) dah ade respon balas dari penaja sendiri. Topik aku ni x berkait pon psl soalan tu, cuma mungkin ade sedikit bersamaan dari segi point of view. Sebelum aku ulas lanjut atau tinggalkan persoalan utk kamu, kamu dan kamu semua, ape kate kite rewind balik stock memory kite ke 10 tahun lepas. 

Waktu tu, tahun 2000, dunia baru je melangkah ke zaman Millennium (yg org duk sibuk perkatakan waktu tu). So, seme mende yg nak ala2 millennium gitu. Kalo x silap aku, dlm sekitar tahun ni la, trend buat majlis kawin grand2 bermula. Tahun2 sebelum tu x obvious sgt. Dan majlis kawin zaman mak-ayah kite dlu lg lah serba sederhana dan serba simple. Sekitar thn 2000, segalanya bermula; pertumbuhan industri fotografi pengantin, perkembangan fesyen persalinan pengantin dan bermulanya pakej2 perkahwinan yang gempak. Dgn adanya ini semua, timbullah keinginan majlis kawin grand, dgn kek kawin nak kne vogue, deco2 bilik pengantin mesti ngetop, brg2 hantaran x boleh kurang dr 21 dulang, kad jemputan kawin xnak yg cikai2, duit hantaran xmau sket, pelamin xnak same dgn org lain, org yg bawak hantaran nk kne pakai baju same (kne sedaikan baju utk dorg), sediakn baju utk pengapit, x masuk flower girls lagi, etc.

gambar hiasan

Lantaran kehebatan majlis kawin sebegini, org yg nak btunang pon ikut same. Dah jadi trend pulak zaman skrg, majlis tunang pon dah macam majlis kawin. Siyesly, org skrg btunang nk pon nak grand2. Kne ade hantaran byk2, buat majlis jemput org kampung dtg, siap ade persalinan pulak tu, ade pelamin, siap doorgift lagi. Pendek kate, xde beza pon majlis kawin dgn majlis btunang skrg. Konsep btunang yg sebenarnya dah lari. Kalo ikutkan, dalam Islam, bile lelaki tny, 'awk nak kawin dgn sy x?' dan pompuan tu jwb 'ye', tu dah kire btunang dah. Dan setahu aku, btunang ni x perlu di hebah2kan. Btolkan aku kalo aku salah. Soalan aku yg pertama; perlu ke majlis btunang pon nk grand2 mcm tu? X ke membazir? Blom lg kawin.. Blom lg nk settle perkara2 lepas kawin, kan?

gambar hiasan
Perkembangan pesat 'industri kawin' dari satu tahun ke satu tahun yang lain menyebabkan niat utk satu-satu pasangan itu utk berkawin mcm 'tercemar' sket. Kenapa? Korg mesti ckp, 'suke hati ko je nk ckp mcm tu..', 'ko x pnah kawin pon, x pyh nk memandai'.. and.. whatever.. Org gelabah mmg cepat melatah. Ini hujah aku. 
  1. Seme mende nk yg grand2, dan mahal2 je sbb xnak kalah ngan majlis kawin kawan2.
  2. Kang nnt, kalo buat majlis kecik2 kne kutuk kat org. So, dari kne kutuk, baik x payah kawin dlu, yg lama-kelamaan x jadi kawin lgsg. (Padahal, waktu tu, duit ckop je nk buat majlis yg sederhana)
  3. Belum kawin lagi, dah dibebani hutang majlis kawin yg byk. Jgn nak ckp aku pandai2 buat cerita, tp aku ade knal hamba Allah ni, yg skrg anak dah ade 2 tp hutang kawin pon x abes2 lagi byr. Tu blom masuk hutang belajar mcm ptptn, kan?
  4. ...
Aku ade utarakan isu ini kt fb. Dan ini adalah antara feedback yg aku dpt;

aku suke komen yg ke-3
Skrg tahun 2010 dan majlis btunang yg gilang gemilang jadi ikutan. Agak2 dalam 6-10 tahun akan datang, org nk declacre couple pon buat majlis kot, kan? Aku tak nafikan menda2 mcm ni ade juga bawa kebaikan utk org lain; terutamanya pihak2 yg berada dalam 'industri'. Spa, butik pengantin, pembuat kek, fotographer, mak andam(s) dan pihak catering adalah antara kelompok manusia yg boleh cari rezeki yg agak lumayan dgn adanya kenduri kawin atau majlis btunang yg geren. 

Well, aku x kisah pon kalo korg mampu. Kalo mampu, buatlah. Tidak pon diri ini jeles ke ape. Cume, aku mencari ke-reasonable-an mende2 mcm ni. Ok, fine. Kalo majlis kawin, acceptable lah nak buat grand2 kalo mampu, kawin sekali je kan (insyaAllah) seumur hidup kecuali utk golongan artis. Kalo tak mampu, tak payah la buat. Nanti, azab hutang angpa tanggung kemudian hari tahu dak? Utk org yg nk btunang, personally aku rs x perlu la buat majlis beria2. Bek la simpan duit tu utk majlis kawin nnti, atau yg lebih penting lg, lepas kawin tu. Btunang ni byk dugaan taw x? Sbb tu kalo nk btunang, org2 tua x kasi btunang lame2. Dah taw byk dugaan, kalo x kuat, nnti terputus mcm mane? Padahal dah abes dekat RM10K utk majlis tunang. Aigoo~~~

FJ : Lame btol ambek masa nk siapkan entri ini. Mungkin kerana syok sgt melayan korean variety shows. 

Sunday, 5 December 2010

Keluar dengan Ili, jalan2 di Westfield

Salam,

Aku x igt dah, ni kali ke berapa aku ke westfield. 4, atau 5 mungkin. Smalam, bawa kwn yg konon2nya nk shopping. Lgpon, katenye dia nk jumpa dgn childhood friend dia. Aku ikutkan saje. Tp, sbb dia bgn lambat, aku agak geram juge. Haha. Janji pkol 11, tp pkol 11.15 dia baru bgn. Hampir sejam jugak aku tggu dia di Waterloo Station. Mula2, g isi perut dlu. Layan nandos sepam dua kt bayswater. Then, gerak pegi Westfield. Xde byk sgt mende nk cite.. Ade gmbr je sket nk tunjuk. hªhªhª..

aku suke reflection kt cawan tu.. 

sedaaapppp kot kek ni.. skali skala xpe.. kalo slalu.. aishh.. -.-


ni lah ili.. dgn kwn dia.. suki
Ouh ye. Smalam bodyshop buat sale baek punya. Sgt berbahaya utk diriku. Tapi apekan daya. Tak mampu menahan. Lagipon, lame dah x shopping. Abeslah budget aku bulan ni.. -.-

FJ : Ade ura2 kne pegi westfield lagi lepas ni.. Xde tmpt len dah ke nak gi? Haha. Ape2 pon, westfield best. Indoor. Sejuk2 ni, baik kite pegi tmpt tertutup je, kan?