Showing posts with label wonder. Show all posts
Showing posts with label wonder. Show all posts

Thursday, 1 August 2013

Perkongsian Ramadhan : Perasan tak?

Sekadar untuk tatapan hari ini....

PERASAN TAK?

PERASAN TAK ??PERASAN TAK?...
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya..

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam ..
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta 
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan 
3. Mimpi 
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorang :
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus ..
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur 
3. Jodoh 
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

FJ : sekadar berkongsi emel yang aku terima hari ini. 

Monday, 15 October 2012

People inspire people


Hello readers.

I miss blogging big time. As I stopped updating things, it’s hard to start all over again. It’s harder to stay on track, I think. Whatever the case, my blog has become a part of me, and I wouldn’t pull myself out of it. I’ve been reading this fantastic book called ‘The Chicken Soup for The Soul: Think Positive’ since I started my career about 3 months back. The idea was, hopefully the book can help me to stay motivated in doing what I have to do – teaching. Well, it did help many times. The book came with 101 incredible and inspirational stories, told or written by people from their real life experiences. 

Everybody has problems. The problems would’ve come in so much difference than others. But these people had set their eyes to look at the problems from different perspectives. Honestly I think, that made them different from me.  They could see the rainbow after the rain. They were handling the problem positively with calm mind.  It’s fascinating, right? How people could inspire another people without having to know each other. Take a look at the book and read one of the stories. You would absolutely fall in love with it. :)

FJ : Happy Monday. Work, and smile gracefully. 

Tuesday, 14 August 2012

Tentang hati

Assalamualaikum,

Sudah lebih 2 tahun barangkali. Entah. Mungkin betul, sudah lebih 2 tahun. Dedaun pintu hati tertutup kemas. Rapat. Sedang kuncinya pula dilempar entah ke mana. Usai sela masa yang tidak pernah ditetapkan bila limitnya, tiba-tiba ada rasa aneh dalam hati.

Hati kata, dirinya tidak mahu lagi dikurung sendiri.
Hati kata, dirinya ingin teman.
Hati bersuara, sudah banyak kali rasa sunyi menjengah.
Hati bersuara, dia sudah sedia untuk memberi.
Hati minta akan keterbukaan.
Hati minta kunci dedaunnya dicari kembali.

[sumber]
Mungkin, ini rahmat-Nya. Rahmat di bulan mulia, Ramadhan. Kurnia Tuhan buat hati yang sekian lama menolak dan menyepi. Aku percaya yang hati sudah semakin matang. Hati banyak sudah, belajar tentang kedewasaan. Wahai hati, tenanglah. 

FJ : Moga Yang Maha Pengasih tunjukkan jalan.

Wednesday, 27 June 2012

Kebersihan air di Malaysia : apa pendapat anda?

Assalamualaikum, 

penapis air ni, yang kami guna di rumah
Apakah ini?
  • Filter air Waterlife dari jenama CNI
  • Filter pertama daripada 7 filter yang ada (6 lagi filter ada dalam penutup)
  • Filter asal warnanya putih bersih, sama seperti warna putih bekas penutup di sebelah filter ini
  • Gambar menunjukkan pertukaran warna filter selepas 8 hari air ditapis.
Persoalannya bukan tentang jenis atau jenama penapis air yang digunakan, tapi tahap kebersihannya. :) 


FJ : Korang guna penapis air tak kat rumah?

Wednesday, 20 June 2012

Perlu atau tidak mekap tebal?

Assalamualaikum,

[sumber]
Selalu sangat kan, kita tengok perempuan-perempuan yang bermekap (make up) tebal? Mereka mungkin ada alasan mereka sendiri kenapa nak mekap macam tu. Sesetengah perempuan tak suka mekap terlalu tebal. Cukup sekadar oles apa yang patut untuk tambahkan seri wajah, tapi dalam masa yang sama tidak 'menyorokkan' keaslian wajah kurniaan tuhan. 

Ada juga jenis yang tak bermekap sebab si kekasih hati kononnya tak suka dengan perempuan yang bermekap tebal. Lebih teruk, yang langsung tak pakai apa-apa di wajah, walau day cream sekali pun, semata-mata untuk penuhi kehendak boyfriend. Serius aku tak buat cerita. Aku baca pasal cerita ni kat timeline twitter. *haih* Nak komen banyak pun, tak ada gunanya. Itu semua terserah kepada individu.

Walau bagaimanapun, personally, aku berpendapat, penting untuk kita jaga penampilan diri. Tak kira lelaki atau perempuan. Bukan orang perempuan je kena nampak cantik setiap masa. *ehem* Aku bukan jenis yang fashionable atau pun trendy. Jadi, seperti rendahnya diri ini, begitu rendah jugalah pengetahuan fashion aku. Makanya, aku nak berikan tumpuan tentang penampilan wajah. Mungkin tak menyeluruh (oleh sebab aku juga bukan pakar di bidang ini), cukuplah sekadar apa yang aku tahu dan amalkan.

Saturday, 9 June 2012

Mana semua kisah kembara?

Assalamualaikum,

Selama beberapa tahun tinggal di luar Malaysia, banyak tempat yang sempat aku lawat. France (Paris, Colmar, Strassbourg, Freiburg, Besancon), Brussels, Amsterdam, Spain (Granada-Malaga-Cordoba, Barcelona), dan bermacam-macam tempat lagi dalam United Kingdom. Cuma, bila aku check balik entri-entri lama, hanya ada beberapa entri yang bercerita pasal aktiviti travels aku. Lantas aku tertanya-tanya;

Kenapa lah aku tak update pasal semua trips aku kat sini, hah?????

Makanya, untuk saki-baki masa yang mungkin tinggal ini, aku rasa nak buat misi kemaskini cerita-cerita pengembaraan aku. Seperti mana aku kongsi resipi-resipi masakan di blog ni (siap ada tab khas lagi tuh), akan aku cuba buat hal yang sama untuk kisah travels aku. Mohon diri ini tabah dan konsisten. Doakan! 

FJ : Saja nak tanya, kenapa mug dalam berisi air kosong pon semut sibuk nak lepak, ya? 

Wednesday, 6 June 2012

Sempena musim kawin : Perlu atau tidak invite ex?

Assalamualaikum,

[sumber]
Musim cuti sekolah kt Malaysia ni, sinonim sgt dgn musim org kawin. X kira la cuti bulan 3, bulan 6 atau bulan 11. Aku yakin sgt, saki-baki lagi 3-4 hari cuti sekolah ni pon, masih ada org yg nak buat kenduri kawin. Makanya, masih ada lagi weddings yg perlu dihadiri untuk memenuhi tanggungjawab sosial kpd masyarakat. Kalo kat area tmpt aku tinggal ni, bila nama je cuti sekolah, dah xde term weekdays-weekend. Boleh kata setiap hari pon ade wedding. Kalau tak bernasib baik, dlm satu hari, smpi ade 4 wedding invitations. Good luck aku ucapkan utk perut korg.

Bagi pihak pengantin dan keluarga, aku rasa dua-dua pihak sibuk dalam mengendalikan urusan jemputan. Nak jemput siapa, bajet berapa ramai jemputan, etc. Ofkos lah kalo jemputan utk kawan2, dibuat sendiri oleh pengantins. Persoalan yg aku nk timbulkan di sini ialah, perlu atau tidak korg jemput ex(s) ke wedding korg? - nyata di sini, soalan ini ditujukan kpd pengantin yg ade ex(s) la kan. 

Hasil survey aku di twitter mendapati, ada sesetengah org jemput ex(s) dan sesetengahnya tak. Bagi aku personally, mungkin pengantin tu sendiri kne tgk dulu mcm mane hubungan mereka dgn ex(s) mereka skrg dan turut mengambil kira perasaan bakal pasangan sebelum melayangkan jemputan kpd bekas kekasih masing-masing. Maksud aku, kalo skrg masing-masing masih berhubung, dan xde apa2 masalah, ok la kalo nk jemput. Tapi, dibuatnya bakal pasangan si pengantin x suka @ x selesa @ x gemor @ apa2 shj perasaan kurg senang timbul terhadap si bekas kekasih, maka x perlu la dia dijemput. 

Tuesday, 17 April 2012

Wahai mahasiswa yang suka berdemo..

Assalamualaikum, 

demonstrasi [source]
Sejak kebelakangan ini, banyak benar berita-berita perihal mahasiswa berdemonstrasi. Demonstrasi pelbagai, yang menuntut bermacam hak dan untuk kepentingan bermacam pihak! Secara peribadi, aku rasa kesal dengan terjadinya demonstrasi-demonstrasi ini. Bukan kerana perjuangan atau tuntutan mereka, tetapi kerana cara yang digunakan. Sudah pula, kebanyakan demonstrasi-demonstrasi ini berupa demonstrasi jalanan. Yang melibatkan pihak berkuasa untuk dileraikan. Yang jadi tontotan orang awam di sekeliling persekitaran. 

Mahasiswa-mahasiswi harapan nusa bangsa ini sedang sibuk berdemo menengakkan sesuatu yang dikatakan hak mereka. 
Mahasiswa-mahasiswi kebanggaan ayah bonda sedang bersungguh-sungguh melaung slogan maki hina di jalanan. 
Mahasiswa-mahasiswi tonggak negara sedang berpimpin tangan, berganding bahu mempamerkan kecetekan akal mereka kepada umum.

Saturday, 25 February 2012

#Timeline : Gadis dan Kurung

Kome bagi tahu aku, zmn skrg, berapa ramai gadis2 yg memartabatkan baju kurung? Gadis2 skrg pakai baju kurung pegi kenduri je der, lain2 tmpt mmg baju kurung tu sepaling low kelas punye pakaianlah. Lepas tu, ada hati nk strike ana rafali bila dia buat baju kurung jd stage outfit dia. Kahkahkah.

Wednesday, 22 February 2012

Relationship : siapa pilih siapa?

Assalamualaikum,

gambar hiasan [sumber gambar]

Pernah tak kamu-kamu semua terfikir, dalam satu-satu hubungan, 'kuasa' memilih tu ada pada tangan siapa?  Maksud aku, jika seseorang itu mempunyai lebih dari satu pilihan dan calon pasangan tu pon sama, ada lebih dari satu pilihan, siapa yang sepatutnya ambil langkah pertama untuk buat pilihan? Sama ada si lelaki yang pilih, dan jika pilihannya bukanlah perempuan berkenaan, maka kemudian perempuan itu pula yang membuat pilihan, setelah menolak (atau ditolak sebenarnya) lelaki tadi. Ya, aku rasa aku dah cuba susun ayat terbaik untuk convey maksud pertanyaan aku tadi. 

Sepanjang pengetahuan dan pengalaman aku, minda kebanyakan orang dalam masyarakat kita telah disogok dengan idea 'lelaki yang memilih perempuan', terutamanya di kalangan masyarakat melayu - dan aku rasa (lagi sekali, aku rasa,) idea yang sama tertanam dalam otak wanita-wanita di asia. Kita sekarang sedang mempersoalkan isu ni dalam konsep perhubungan, bukan cari kerja, bukan pilihan raya atau hal-hal lain. 

Thursday, 16 February 2012

Bintang

Assalamualaikum,

sumber gambar
Aku dongakkan wajah menatap langit
Pada malam-malam yang lalu

Aku cari bintang yang lain sinarnya di kalangan bintang berjuta
Bintang yang sinarnya hanya untuk aku
Sinarnya yang hanya untuk tatapan mataku
Mungkin pandanganku kelam
Kerana bintang-bintang itu semua, bersinar sama rencah sinarannya

Aku cari bintang yang berkedip tika malam pekat hitamnya
Bintang yang tiba-tiba mahu keluar dari malu soroknya
Yang kerdipnya mungkin dapat ku pandang sekilas cuma
Mungkin penglihatanku kabur
Kerana bintang yang satu itu tidak juga muncul

Lantas ku hentikan kemelilauan mata
Aku tundukkan dongakan

Sayup-sayup aku dengar satu suara yang entah dari mana 
"Mengapa melihat bintang hanya pada waktu malam?"
Kataku, "kerana bintang di siang hari itu, terlalu terik sirnanya"


FJ : Aku bukan penulis puisi yang puitis. Tapi ini, beri aku inspirasi.

Sunday, 17 July 2011

Kotak besar dengan keranda

Assalamualaikum,

*ehem* Biasalah, pagi2. Suara kne tune dulu. Dah lebih sebulan - atau lebih tepat dah lebih 7 minggu - saya jadi penganggur terhormat. Dalam bulan pertama pengangguran saya, saya sempat ke sana-sini dengan adik saya. Sekarang, tak de dah. Kalao ade sekali pon, dalam lingkungan kawasan berjejari 40km dari rumah. Itu sahaja. Tapi, bukan kerjaya tanam anggur yang nk diceritakan kat sini. 

***

Saya tengah rushing waktu tu. Ada hal penting yang perlu saya selesaikan dengan segera. Malangnya saya telah tersesat. Entah macam mana, dalam pada masa saya tengah pening tengok lakaran ringkas jalan di kertas kuning itu tadi, tiba-tiba saya sampai di sini. Suasana kawasan ini agak berlainan. Mungkin kerana jalannya menuju ke balik bukit sana. Mungkin kerana di kiri kanan jalan ada terlalu banyak pokok pisang. Atau mungkin kerana ini kali pertama saya sampai di sini. 

Ada sesuatu yang buat saya lalai tentang tujuan asal saya merentasi jalan ini. Tempat ini terlalu hijau. Kelekaan saya menyebabkan saya brek mengejut bila mendapati saya terlanggar sesuatu atau seseorang. Saya keluar dari tempat pemandu. Saya dapati, kereta saya dah 'tercium' satu kotak besar yang entah macam mana boleh tersadai di tengah-tengah jalan. Pelik dengan saiz dan rupa kotak tersebut, saya beranikan diri menyisip intai isi di dalamnya. 

"Ya Allah! Ada orang!" Saya tak dapat berfikir dengan tenang. Sekejap saya rasa saya hanya perlu tinggalkan kotak itu di situ dan cabut lari. Namun, ada juga rasa bersalah dalam diri saya. Mungkin orang dalam kotak tu mati kerana saya. Lalu, dengan kudrat yang ada, saya muatkan kotak tu ke dalam kereta. Entah apa yang menghasut saya supaya berani berbuat demikian, saya sendiri tak pasti. Yang saya tahu, saya perlu kebumikan mayat tersebut selayaknya. Saya padamkan ingatan saya tentang tujuan asal saya ke daerah itu. Kereta yang dipandu terus laju menuju ke rumah. 

Setibanya di rumah, saya keluarkan kotak besar itu. Saya takut untuk mencerikan hal sebenar kepada mak dan ayah. Takut dimarahi kerana kecuaian saya. Kotak besar itu saya letakkan di tepi garaj kereta. Dalam rancangan saya, petang nanti saya akan bawa kotak tersebut ke rumah pak imam kampung. Malangnya, hujan lebat turun mencurah-curah. Kereta pula tak ada. Mungkin adik yang guna ke pasar malam. Saya matikan niat ke rumah pak imam.

Keesokan harinya, disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja, saya terlupa tentang kotak besar itu. Setibanya di rumah, kata emak ada seorang perempuan datang ke rumah mencari saya. Katanya ada hal penting. Bila emak ke bilik mencari saya - mak fikir saya sudah pulang - tiba-tiba perempuan itu menghilang. Saya tidak mengesyaki apa-apa. Mungkin kawan sekolah. Timbunan kerja yang terlalu banyak buat saya terus lupa tentang kotak itu dan niat asal saya. Berhari-hari saya biarkan kotak itu di situ. Selama itu juga, kata ayah ada seorang perempuan yang datang setiap hari ingin menemui saya. Menurut emak, itu adalah perempuan yang sama yang datang pada hari pertama dulu. Aneh dengan apa yang baru saya ketahui, saya putuskan untuk tidak ke tempat kerja hari berikutnya. 

Saya nantikan kedatangan wanita itu. Dia datang tepat seperti waktu biasanya dia ke rumah mencari saya. Bila saya tanyakan apa yang dia mahu, dia halakan tangannya ke garaj kereta. Terperanjat besar saya bila mendapati ada sebuah keranda di situ. Entah dari mana datangnya, bila masa ia berada di situ, saya tidak pasti. Seperti selalunya, wanita tadi menghilangkan diri. Rasa takut datang menyelinap dalam diri saya. Lantas saya ceritakan semuanya kepada mak dan ayah dalam tangisan kuat saya. Perihal kotak itu, dan niat saya yang tertunggak. Ternyata, mak dan ayah terkejut besar dengan apa yang mereka dengar. 

***

Seram sejuk badan bila saya ceritakan semula ini semua di sini. Ya, ia mimpi. Mimpi itu terputus di situ. Saya sendiri tidak pasti apa kesudahan mimpi itu. Yang saya tahu, mimpi ini datang lepas saya sambung tidur, usai sahur.

FJ : siyes.. mimpi ni menakutkan aku

Thursday, 7 July 2011

It's okay not to be perfect..

Assalamualaikum,

Hari ni, seme benda yg aku buat x kena. Kalo org tgk, mmg kena.. Kena gelak. Pagi td basuh baju, tibe2 letrik xde. Bile dah siap lunch br teringat baju terendam lg dlm washing machine. Lipat baju, susun elok2, kucing buat hal duk main aci-kejar, p langgar menara baju aku. Masak kat dapur, dah gaya mcm org nk berperang. Ketung-ketang ketung-ketang. Naseb la xde lauk yg termasin. Dah. Utk entry ni, aku bkn nk cite psl tu seme. Aku nak share 1 cite; pasal adik aku. Aku try sedaya boleh utk igt story line nye secara details. 

***

It happen about 2 years ago. Ms tu, Angah baru masuk politeknik kalo x silap aku. Still tinggal dlm hostel. One day, sorg member Angah (aku namekan dia Minah) masuk bilik Angah. Angah ckp, dia pelik dgn kelakuan budak tu. Xtaw ape yg Minah cari dlm bilik dia. But one thing for sure, Minah asyik duk pandang locker Angah yg terbukak sket pintunya. Lepas dorg borak2, Minah left the room. Then, Angah g bilik mandi. Angah made mistake bile dia x kunci locker dia. Sebaik masuk je dlm bilik, Angah tgk pintu locker dia terbuka luas. To make things worse, hp dia hilang! Matanya melilau keliling bilik, mencari hp yg mungkin dia salah letak di mana2. Tiada. Angah mmg dah x syak org lain lagi selain Minah. 

Angah run to Minah's room upstairs. Dia masuk bilik tu tanpa ketuk. Logik la, org tgh marah kot. Angah nmpk Minah dalam bilik tu. Minah terperanjat tgk ade org menyergah masuk biliknya. 

"Kau ambek hp aku?" tanya Angah.
"Err.. tak. Mane ade.." tergagap Minah menjawab.

Angah mula menggeledah seluruh bilik. Atas meja study. Tiada. Dalam drawer meja. Tiada. Dalam locker. Same. Minah memerhati gerak geri Angah. Maybe dia cuak. Angah terpandangkan katil. Dia hulurkan tangannya di bawah tilam. Bingo! Air muka Minah berubah.

"Ni ape?" hp dalam genggaman Angah disuakan ke muka Minah. "Kau curi hp aku, kan? Kenapa diam?" Angah masih x puas hati. "Baik kau mengaku. Kalau aku report kt warden, kau kena buang dari poli, tahu!" Angah sedikit mengugut. 

"Bukan aku yang curi.. " perlahan suara Minah. 

Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Minah. Minah tergamam. Angah mmg tgh marah. Rakan sebilik Minah yg baru jejak masuk bilik pon terkejut dgn benda pelik yg br dilihatnya. "Ape dah jadi ni?"

"Kawan kau ni, curi hp aku, pastu x nak mengaku.." datar sedikit suara Angah. "Kau, kalo xde duit, cakap. Pinjam la dgn kwn2. Jangan nak mencuri. Tak baik.." 

"Aku mintak maaf.. Aku xde duit. Nak makan pon ssh.." perlahan suara Minah.

Kawan sebilik Minah mengiakan. Katanya, kadang2 smpi berhari2 Minah x makan nasik. Dia datang dari keluarga susah. Angah melangkah ke biliknya. Dia dapatkan ape yg dia nak, kemudian kembali ke bilik Minah. 

"Nah. Ambik ni. Beli makanan. Aku xnak dengar kau mencuri lagi, faham?" Not RM50 dihulurkan kepada Minah. 

***

Aku mmg x reka cerita ni. Siyes ckp, terselit rase bangga dalam diri aku, kat Angah. Ade ke org dlm dunia ni yg bg penampar kt org yg curi brg dia, then, bagi duit pulak kt pencuri tu? Ya, ade. Tp, berapa kerat? Aku sgt2 berharap, budak pompuan tu, dah x mencuri lg. Aku btol2 harap, dia terbangun dgn tamparan Angah, dan simpati Angah pada dia. Mula2 aku dengar kisah ni dari Angah, aku mmg terkejut besar; berani benar ko pi tampar anak org! Respon susulan dia, buat aku berfikir sendiri. Siyes, aku respect adik aku. 


Kadang2, kita perlukan teguran kasar utk buat kita sedar akan perbuatan kita. Teguran kasar yg dtg dgn simpati. Stakat nk bg pelempang brg sekeping dua, pastu blah dgn mulut x henti memaki hamun, mmg 2-2 pihak x dapat ape2. Semua org buat silap. Tapi, x semua org sedia utk tegur kesilapan org lain. Aku tahu, kdg2, org akan letakkan maruah lebih tggi dari perbuatan diri. Sbb tak nak org mengata dia miskin, tak berduit, jadi budak tu putuskan untuk mencuri. Mungkin dia rs, dia xkan tertangkap. Mungkin. 

FJ : Entri aku pasal Johor tertunggak. Tibe2 idea nk update psl visit ke Johor lesap ditiup angin kipas. Selamat malam semua. Semoga hari esok membawa bahagia untuk kita semua. 10 : 94-95. 

Wednesday, 16 March 2011

Cinta dan najislembu (bullshit)

*Entry auto-and-random post - it's been forward-dated*

Assalamualaikum,

Tiba2 idea nk menulis dtg dgn banyaknye, mcm titisan hujan yg turun lebat menyimbah bumi. Mcm2 benda menerjah neocortex otak aku. Terasa mcm neuron-neuron disitu sgt aktif waktu ni. Aku putuskan utk menulis psl c.i.n.t.a. Jarang topik cinta aku sentuh, kerana aku rasekan ade perkara yg aku x boleh go public. Ye, aku x mcm Cob Nobbler yg selamba potato bukak warung-cinta kt terfaktab. Tp still, aku tabek speedy spring kt dia sbb bukak cerita baeeekk punya.


Aku tafsirkan, dunia 'bercinta' skrg sgt daring, mungkin sejajar dgn perkembangan teknologi dan peredaran fesyen. Awek mesti talks American-Next-Top-Model smbil menggayakn skirt pendek dr topshop dgn blouse nipis dari reiss dan balak mesti talks Top-Gear dan at least drive mitsubishi evolution 9, sambil pakai spek-mate-itam ted baker. Atau adegan dating mengancam siap pakej 'belanje mata' kwn2. Lepas sebulan 2, sbb x tahan dgn mulut awek yg suke maki dan membebel x tentu hala, balak blah smbil tune frekuensi utk detect awek2 lain yg ade possibility utk sangkut. Awek yg ditinggalkan tu pon, xde ambek port. Cinta yg kononnya dibina kukuh dgn janji, "I sumpah xkan tinggalkan you, yayang" berkubur x ber-nisan. Ini, yg aku katekan najislembu.

Selang beberapa minit selepas putus cinta, ketika sdg merayau-lenggang-lenggok ambil angin sambil bawak payung dek tak tertahan dgn panahan cahaya matahari, terserempak pula dgn seseorang yg sgt menarik perhatian. Gaya jalannya, wajahnya, senyumannya, sudah cukup utk menawan hati. Apatah lagi susuk tubuh yg tough. Tinggi pulak tu. Ni boleh mendatangkan cemburu di hati member2. Langkah diatur utk urusan penggodaan. Nah, hasilnya lumayan. Lalu, cinta baru muncul tiba lagi. Semudah itu, lafaz janji cinta agung baru diikat bersama. Ini yg aku katekan najislembu.

Si awek dalam keadaan cemas. Pagi td, bgn lambat. Tergesa2 bersiap, make up dan berdandan lawa2 kemudian bergegas memandu kereta ke destinasi yg telah dijanjikan dgn balak. "B, tunggu bb taw. bb lambat sket, jalan jamned" - text sent. Si balak yg kononnya tgh sabar menunggu awek dtg berdating melepas rindu, reply "ok", dan kemudian menghantar text "muah muah u too" kt awek lain. In yg aku cakap najislembu.

Ok, mungkin contoh2 aku x terlalu difantasikan oleh aku - sbb x jadi kat ko, jd kt org lain. Kita tukar situasi. Selepas 9 bulan bercinta, si pompuan putuskan utk x berhubung lg dgn si lelaki sbb bosan dan rimas dgn sikap lelaki tu. Tiap2 hari duk tanya soalan same je. "U dah makan? U dah balik kelas blom? U x abes keje lagi? U da nak tdo?" Muak dan jelak. Ni pon najislembu jugak. X discuss mende elok2, main taram je. Lantak kau org lah. Kau org punya cerita. Sape suro xnak pk.

Hah, nak yg lagi best? Yg ni, aku x berapa faham sgt. Kenapa mesti nak stay dgn perempuan yg asek maki ko je setiap hari? Kot ye pon ko ade buat silap, tp perlu ke sampai maki2? Kenapa mesti nk terlebih caring, sampai awek kuwa dgn kwn2 dia pon, ko suh dia buat video call - so that ko boleh nmpk sendiri bukti yg awek ko x ckp bohong? Tak rs annoying ke? Awek ko suh buat mcm tu, ko xnak pulak. Kenapa mesti pukul2 pompuan tu dpn org ramai (even blakang org ramai pon, aku still x bleh terima)? Pastu si pompuan tu plak, dah jantan pukul-lanyak ko mcm tu, masih lg nk ber-in-a-relationship status dgn dia? Najislembu la wei! Otak aku x bleh nk cerna seme ni. 

Pnah aku dgr sblom ni, tntg org yg putus asa dgn cinta. Bukan putus asa utk perbaiki hubungan, tp putus asa utk mencari atau menunggu cinta baru. Nonsense. Tu yg aku ckp dlu. Sbb ape? Obviously sbb aku x rs dan x alami keadaan tu. Sama mcm atheist yg x yakin dgn wujudnya tuhan. Sbb mereka x 'nampak' tuhan tu sendiri, jadi mereka tak percaya. Skrg, aku cuba selami ape yg mereka2 itu rase. Mungkinlah kerana perkara najislembu yg pernah terjadi dlm hidup, buat mereka rs putus asa? Ye, najislembu byk sgt kat atas jalan, macam mana nk lalu? Nak elak pon kne cukup berhati-hati, kalo lari laju2, nanti takut tergelincir pulak. Penghabisannya, ambek alternatif lain atau lalu jalan lain yg xde najislembu. Namun, najislembu ade dimana2. Kesudahannnya? Patah balik?

even if u hug me, things still won't turn out fine
Nota : 
Dulu, pernah beberapa kali kwn2 tegur aku; tentang ekspressi aku. Kata mereka, aku nmpk garang, ssh nk senyum, kasar dan sewaktu dgnnya. Waktu tu, ade jugak terkesan kt hati aku utk aku buang sifat2 yg dilontar-rejam oleh kwn2. Lagi 1, sorg ckp sbb ekspressi aku yg mcm tu, lelaki takut nk dekat dgn aku. Hakhak. Skrg, aku fikir, elok juga kalo aku masih ade sifat2 mcm tu. Boleh aku jadikan self-defense, kan? (haha) Nway, aku x emo pon dgn entri ni. Sila kawal intonasi anda. Okthanksbye.

FJ : "I'll do the same thing if you're here. I wish you're here" Is it present-tense?

Wednesday, 9 March 2011

"Hubungan kita biasa-biasa saja"

Assalamulaikum,

Aku xtaw ape yg aku perlu tulis utk entri aku. Tp, lepas aku baca blog Zara, aku rasa, aku boleh tulis sesuatu yg ada kaitan dgn entri terbaru dari Zara, "Apa hubungan kita sebenarnya?". To be honest, dah lama aku x baca blog Zara. Jadi, aku agak terperanjat bile tgk dia dah tukar template baru. Ringkas dan nyaman. Tu first impression aku bila tgk template dia. Ouh, nway, aku bukan nk bercerita psl template blog Zara. Tp, psl entri dia. Meh aku quote sket kt cni. 
Pernahkah di antara kamu melalui situasi sebegini? Rasa suka yang mendalam kepada seseorang tapi ternyata, kasih sayang yang kamu berikan sebenarnya adalah biasa sahaja bagi pihak dia. Kamu memberikan terlampau banyak, dan akhirnya kamu sendiri yang rugi. Pihak dia? Merasai kemenangan mutlak yang dia banggakan sehingga hidung menyentuh langit ketujuh.
Dari perenggan kt atas ni, aku jangka kamu semua maklum, apa yg bakal aku tulis seterusnya. Kalo nk dptkan gambaran yg lg jelas, sila baca entri penuh dari Zara. Aku pnah lalui situasi mcm ni. Tak perlu aku bercerita pnjg. Cukup aku nyatakan mcm tu je. Biasanya, bila terjadi situasi mcm ni, pihak perempuan yg slalu akan tertanya2. Pihak laki mungkin tak rs apa2, tak mahu fikir, atau bagi mereka, xde apa yg perlu difikirkan. Bila pihak perempuan tanya, si lelaki akan mendakwa perempuan tersebut gelabah, x sabar2, x memahami, dsb. Paling tidak, mereka akan jawab, 

"kita kawan la.. macam mana lagi.."
"saya belum fikir lagi pasal tu.. macam ni je kan ok?"


Kawan aku pnah ceritakn 1 situasi yg hampir sama; terjadi kepada kakak kesayangannya. Si kakak dan lelaki tu dah berhubungan selama 4 tahun. Selama 4 tahun tu, si kakak xtaw apa status hubungan dorg. Smpi 1 ms, ade sorg lelaki lain masuk meminang si kakak. Si kakak tu tanyalah kt si lelaki yg dah berkawan dgn dia selama 4 tahun tu. "Awak anggap saya siapa? Awak rasa, awak nak kawin dgn saya x? Ade lelaki lain yg nak meminang saya." Si lelaki tu, tanpa fikir apa2, terus jawab, "saya minta maaf kalau saya dah bazirkan masa awak selama ni.. saya x rasa saya akan kawin dgn awk." Jawapan mudah, kan? 

Aku x pasti apa yg jadi. Taw2 je, si kakak terima pinangan lelaki ke-2 td. Aku rs, mungkin dia patah hati dan dia rs menerima pinangan lelaki lain mungkin akan buat dia bahagia - dia mungkin fikir lelaki ke-2 tu boleh bahagiakn dia, dari dia teruskan hidup sorg diri dan mengenang nasib. Keputusan yg dia ambik, mungkin bagus dan bijak, atau mungkin jugak bijak tapi x bagus. Biasalah, setiap keputusan yg kita buat, kita kne bersedia utk tanggung risikonya. Aku kdg2 x faham, kenapa benda2 mcm ni perlu tjadi. Kamu semua, ada jawapannya? 

Friday, 4 March 2011

Mentaliti atau 'mental'? Ke, men-teliti? -.-

Assalamualaikum, 

Selamat masuk bulan mac. Aku percaya, org2 yg lahir dlm bulan mac, x sabar2 lg dah nk tggu tibanya birthday dorg dan dpt birthday wishes, kan? Ape2 pon, kali ni, aku nk bercerita tntg perubahan. Boleh la nk ckp psl perubahan sikap. Tapi, bagi aku, lebih kpd mentaliti. Aku rs, dlm abad ke-21 ni, berjuta kali dah org mempersoalkan tentang mentaliti, cerita mcm2 tentang mentaliti masyarakat alaf baru yg blom nk pnah berubah, lagi2 kt malaysia. Isu tntg mentaliti rakyat malaysia yg dikatakan x seiring dgn perkembangan pesat fizikal dan ekonomi negara. 

Personally, bg aku, soal mentaliti ni, satu yg x senang utk diwar2kn dlm 1 topik secara meluas. Kalo nk ambek dlm skop yg kecik je, boleh. Mcm ape yg aku nk buat hari ni. Sebelum aku masuk lg dalam tntg fahaman aku berkenaan mentaliti, aku x bawak ajaran sesat eh, jgn mcm2 plak korg! aku nk kemukakan beberapa soklan. Apa yg korg fikir bila ade org evaluate dan kritik hasil keje korg? Apa yg korg buat bile nmpk org buang sampah, tp x masuk btol2 dlm tong sampah? Apa yg korg fikir/rasa bila org lain x terima idea korg?

Soal mentaliti ni, berkait dgn cara penerimaan kita tntg sesuatu yg kita lihat atau alami. So, indirectly, mentaliti jugak berkait dgn cara kita respon terhadap situasi tertentu. Mmg x dapat dinafikan, mentaliti ada kaitannya dgn kebijaksanaan. Bear in mind, kalo kamu bijak, tak bermakna mentaliti kamu bagus! Sbb ape? Sbb mentaliti tak berkait secara langsung dgn intelektual. Senang cite, korg bijak-pandai-dpt-first-class-degree sbb korg tekun, rajin blajar dan kuat berusaha. Tp, korg x boleh study utk capai mentaliti yg bagus. Faham dah?


Berbalik kpd soalan aku td, ape jwpn korg? Kalo org evaluate dan kritik hasil keje korg, korg rs nk lempang2 x org tu? Rs mcm org tu x patut ckp mcm tu? Rs mcm ape yg korg buat tu mmg dah sah2 je btolnye. Kalo dah rs bgs sgt, buat ape pulak pegi suh org evaluate hasil keje tu? Kt sini, dah boleh nmpk sket, cara korg berfikir. Kalo korg sorg yg positive, ade tahap pemikiran kelas atasan, korg akan ambek kritikan tu sbg cabaran. Tolong lah jgn fikir, bile org lain evaluate hasil keje korg, "hah, nk cari salah aku la tu.. habis la.." Aku nk tny, so what kalo ape yg korg buat tu salah? At least, kalo org tegur, korg taw benda tu salah kan? It's part of learning in life. Buat salah, org btolkan, barulah blajar namenye.

Berapa ramai antara kita yg akn tlg kutip balik sampah yg org lain buang (tp x btol2 masuk dlm tong sampah), dan masukkan balik dlm tong sampah. Oh, no no. Aku patut rephrase balik ayat aku. Berapa ramai antara kita, masukkan balik sampah yg kita baling, (tp x masuk dlm tong sampah) dlm tong sampah? Aku mintak maaf, ayat aku x berapa cun. T.T Tu pon, aku rs, tong sampah tu dah mcm patut bersyukur plak, kalo kita btol2 niat nk baling masuk tong sampah, iya dak? Kena elok, saje nk main baling2 je, kebetulan pulak ade tong sampah kat situ. Ni benda kecik. Sgt kecik, nk banding kpd isu berkaitan mentaliti yg lain. Tp, dari benda kecik la jadi besar, kan?


Pd pendapat aku, aku x berapa gemar sgt buat keje dlm kumpulan. Aku tends to rs serabut, dan mudah hilang fokus. Walopon mcm tu, aku x bleh nk deny the fact that group work datangkan byk benefits utk aku dan group members tu sendiri. Bila sebut tntg group work, mesti ade discussion dan debate kan? Kalo korg happen to involve dgn discussion, n korg kne utarakan pendapat korg, then lepas baik punya idea kuwa dr mulut korg, tiba2 ahli diskusi x terima idea tu. Hampa? Marah? Korg melawan? Atau plg senang, cabut terus dr meja rundingan? Then, bila org lain bg idea mereka, korg terus tolak bulat2 idea dorg?

Kdg, benda2 yg kecik yg akan beri impak yg besar dlm hidup kita. 3 contoh simple yg aku bg sgt berkait dgn apa yg kita setiap individu buat tiap2 hari. Name lah yg tgh keje, yg still blajar, situasi mcm tu akn dtg jugak once in a while. Aku suke tinggalkan persoalan bile aku buat entri berbentuk diskusi. Kalo org evaluate dan bagi negative judgement, ko bleh la nk marah2, bengang2. Tp, kalo tuhan yg bagi 'negative judgement'?

FJ : Ape pasal nk bengang2 sgt, nanti mentaliti ke mane, 'mental' yg dtg~ Aku bincang topic ni berdasarkan pemerhatian dan opinion aku. Xde reference kat mane2 academic materials pon.


Monday, 28 February 2011

Kenapa kamu anti dengan artis/drama korea?

Assalamualaikum,

Ehem. *clear throat* Aku ade perasan lame dah pasal ni; sesetengah org (kebanyakkannya lelaki kot) anti sangat dgn drama atau artis korea. Aku sgt2 tak faham kenapa. Ye, dengan terbukanya aku ngaku aku suka tengok drama korea (tapi aku lagi suka tengok variety show dorg). Kedua, walopon aku x pnah jumpa skalipon dgn mereka2 (artis korea) tu, tp aku nk jugak tulis psl dorg. Ni seme adalah tekaan aku je ye. Tapi, aku rs, tekaan aku ni ade relevant dan ketepatannya.

IU
Adakah the fact yg kebanyakan artis korea ni jambu2 dan cute yg buat kamu benci kt mereka sekaligus anti terus dgn mereka? Kalo korg perasan, kebanyakan artis korea ni comel2. Kulit pulak kaler milky dan licin. Adakah dorg slalu mandi susu? Make up lawa, tak make up pon lawa. Kalo yg tergolong dlm kategori 'idol' tu, muda remaja lagi semuanya. Yg still sekolah pon ade. Comey-lote org kelantan ckp. Haha. 

song jong-ki
Aku slalu dengar dan baca pasal org ckp, "lelaki korea (dorg refer kt artis2nye kot) kebanyakannya gay". Haha. Lawak. Dah kalo dorg gay skalipon, kenapa? Dorg bukan islam kot. Lantak lah. Korg yg melayu tu, islam lagi, gay, x rs mcm 'naluri gay' korg tu bercanggah dgn agama ke? Sebelum nk malukan org lain, malu lah dgn diri sendiri dlu. T.T Psl isu artis laki korea gay tu, mula2 dlu, aku pon igt mcm tu. Tp, lepas aku byk tgk variety shows dorg, baru aku faham. Kt korea, dah jadi culture bg dorg, utk laki jadi rapat. Mksd aku, kalo ko tgk laki peluk laki smbil jalan2, atau jalan pegang tgn sama2 sendiri, tu biasa. Kalo budaya kt msia, budak pompuan je bese buat mcm tu. Tp, budaya korea, seme org pon mcm tu. Kalo dorg buat parody utk mane2 movie, siap ade kiss scene lg btwn boy members. Bg dorg, mende tu dah biasa. Dorg pggl budaya tu, skinship. Ada faham? Ko tgk sudah, jgn nk ikut2 pulak. Tu lah, mak ayah x bg tgk tv, takut nnti terpengaruh, ko nak tgk jugak. Dah bg tgk, ko ikut pulak. *geleng kepala*

"Eleh, pelakon korea tu, dlm drama je mcm tu, kat luwa x pon. Nampak je tough dlm drama, kat luwa mane ade.." Derhhh~ Meh aku tny ko. Pelakon melayu/omputih yg ko sanjung2 sgt tu, luwa drama same ke mcm dlm drama? Kate pon berlakon. Kang kalo aku ckp bengong, ko marah pulak. Adoi~ Secara jujurnya, aku ckp, even kalo dorg tu seme perangai teruk pon, aku xdenye nak kesah. Xde ape2 efek kt aku pon. Kalo adik aku perangai teruk ke, ade jugak aku kesah. Nak jugak aku kasi pelempang secukup rase nanti. Utk golongan artis2 ni, aku cume tgk ape yg aku nak tgk. Tu aku la. Korg? Sukaaaa hatiii~~

B to the I to the BANGBANG... bigbang
Hoho, boy group feveret aku, bigbang dah buat comeback! Eksaited kemain lg. Naseb aku x start placement lg minggu ni. Kalo x, aku rs keje2 observation ngn report aku dah ke laut dah semenye gara2 bigbang ni. Bg aku la.. lagu2 kpop lagi best dr lagu2 pop dr us. Catchy. Kalo lagu dr bigbang, dengar lain mcm sket bestnye. Haha. Bleh plak mcm tu. Lagi 1 benda aku nk ketengahkan. Awek2 korea (bile aku sebut term ni, aku maksudkan artis pompuan korea) bile dorg wat show, mmg lah dressing bagai. Pakai fishnet stoking lah, pakai suwa pendek (yg mane mksd aku, sgt pendek), pakai mini skirt la. Tp, bile dorg off-stage je, awek2 korea tu cover taw peha dorg yg terdedah tu. Ni yg buat aku tak faham. Aku tak faham, sbb ape dorg yg mcm tu, cover2 peha dorg, tp yg melayu, dlm ic tulis islam tu, relaaxxx saja pi mane2 pakai mini-skirt, suwa pendek. X kire lah yg pakai tu, awek lu orang atau kome2 yg pompuan tu sendiri. 

Malas dah aku nk merepek panjang2 kt sini. Idea nk tulis essay sudah mari. Buh-byee..

FJ : Ye, aku taw, aku byk sgt tgk korean show, smpi bleh faham dah budaya org2 korea ni. Ntah bile nk pegi sendiri ke sane.. *haih*

disclaimer : semua gambar aku ambek dr google sajoo

Sunday, 30 January 2011

7 Wonders of the World dan kemusnahannya

Salam, 

Malam masih muda, baru pukul 8 malam. Tapi, rasa dah macam pukul 12 tengah malam. Jadi, aku putuskan untuk mencoret sedikit di sini. Aku still ingat lagi, pertama kali aku dengar tentang '7 perkara ajaib di dunia'. Waktu tu, aku darjah 3. Cikgu bercerita tentang taman tergantung Babylon (Hanging Gardens of Babylon). Cara cikgu describe tentang taman tu, buat aku fikir macam cikgu pernah pergi sana je. Budak-budak lagi kot masa tu. Umur pun, dalam peringkat nak capai 'pangkat' mumaiyyiz. Bila dah besar sikit, baru la aku tahu keadaan sebenarnya. Korang tahu tak? Kalau tak tahu, sila google. Kehkeh. 

Merujuk kepada senarai The 7 Wonders of Ancient World, hanya ada 1 sahaja monument/wonder yang masih kekal hingga sekarang, iaitu The Pyramid of Giza. Yang lain, semuanya dah musnah. Kebanyakannya disebabkan oleh bencana alam. Ada 1 monument yang dimusnahkan oleh manusia. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, mari kita recall balik apa benda lagi 6 wonders tu - in case kalau korang tak tahu ingat.

Temple of Artemis
Hanging Gardens of Babylon
Statue of Zues
Lighthouse of Alexandria
Colossus of Rhodes
Mausoleum of Halicarnassus

Tengok nama kebanyakan monument ni pon dah boleh spot directly; most of them berkait dengan ketuhanan pada zaman mereka. Jadi, tak hairan lah kan kalau kesemuanya sudah tak ada lagi pada masa kini :)

foundation of the Temple of Artemis site
Pembinaan Temple of Artemis mengambil masa selama 120 tahun untuk siap sepenuhnya pada 550SM. Hampir seluruh pelusuk temple ini diperbuat daripada marmar. Kalau kita rujuk kepada lokasi pula, monument ini terletak di Turkey. Pada 356SM, temple ini musnah akibat kebakaran. Orang yang bertanggungjawab menyebabkan kebakaran itu, Herostratus dipercayai memang sengaja membakar temple tersebut. Sebab? Dia mahu dikenali oleh semua orang sebagai orang yang membakar temple tersebut. Dia sengaja commit crime tu untuk dapatkan publisiti dan fame. Disebabkan perbuatan tersebut, istilah Herostratic fame diperkenalkan untuk describe perlakuan yang seumpamanya - commit crime sebab mahu dikenali. Temple of Artemis dibina semula selepas kematian Alexander the Great pada 323SM dan dimusnahkan sekali lagi oleh puak Goth pada tahun 268. Ia dibina semula dan dimusnahkan sekali lagi.  

Hanging Gardens of Babylon dibina sekitar 600SM pada era pemerintahan King Nebuchadnezzar II. Taman ini dikatakan dibina oleh raja Babylon pada waktu itu khas untuk isterinya yang merindui persekitaran taman di negara asalnya, Persia. Taman ini musnah selepas beberapa kejadian gempa bumi sekitar abad ke-2 sebelum Masihi. Berikutan kurangnya fakta tentang taman ini, ia menimbulkan kontroversi tentang kesahihan kewujudannya.

Phidias adalah orang yang bertanggungjawab membina Statue of Zues di Olympia. Ia dibina pada 432SM more-less untuk penghargaan kepada tuhan Greek, Zues. Kemusnahan statue ini dikatakan mempunyai 2 kemungkinan. Namun, kedua-dua punca kemusnahan adalah kebakaran

Qaitbay Citadel, menggantikan rumah api Alexandria - google image
Terletak di pulau Pharos, the Lighthouse of Alexandria dikatakan menjadi bangunan buatan manusia tertinggi di dunia berabad-abad lamanya. Ketinggiannya mencecah 120-140m dan siap dibina pada tahun 267SM selepas 67 tahun dalam proses pembinaan. Rumah api ini musnah selepas 2 siri gempa bumi yang berlaku pada tahun 1303 dan 1323. Sekitar 1480, rumah api ini dimusnahkan dan bangunan lain dibina pada tapak asalnya. Saki-baki batuan yang tinggal dari runtuhan rumah api Alexandria digunakan dalam pembinaan bangunan baru tersebut. 

Satu lagi lambang ketuhanan Greek ialah Colossus of Rhodes, yang terletak di kota Rhodes. Proses pembinaannya mengambil masa selama 12 tahun dan siap sepenuhnya pada tahun ke-280SM. Pada 226SM, gempa bumi yang dahsyat melanda kota Rhodes yang memusnahkan sebahagian besar kota tersebut termasuklah pelabuhan Rhodes, bangunan komersial dan juga statue Colossus. Runtuhan dari statue itu terbiar sehingga 800 tahun sebelum dibeli oleh seorang Jewish. 

Mausoleum adalah sebuah makam yang dibina di kota Halicarnasus berhampiran Bodrum, Turkey (present day). Makam ini dibina sekitar tahun 350SM. Aku tak dapat cari fakta yang tepat tentang kemusnahan makan ini. Apa yang dapat aku kumpulkan, pendapat tentang kemusnahannya akibat banjir yang melanda kota Halicarnasus. Struktur bangunan baru untuk makam ini kemudiaannya dibina semula dan musnah semula dalam siri gempa bumi pada kurun ke-15. 

Kalau kita tengok balik, punca kemusnahan monumen-monumen dalam era ancient world, kebanyakkannya adalah bencana alam. Jelas dan terang Dia tunjukkan pada umat manusia, kemurkaan-Nya. Pada yang tak nampak dalam terang, mungkin mereka beranggapan kemusnahan monument itu sebagai 'big loss' dalam dunia kini. Dalam era Islam berkembang, banyak binaan-binaan Islam yang unik dan gah. Antaranya; Alhambra dan Medinat Azzahra. Sayangnya, Medinat Azzahra dah dimusnahkan. Personally, bagi aku, Alhambra cukup unik. Perasaan kagum yang teramat waktu aku jejakkan kaki ke situ. Alhambra ada rahsianya yang tersendiri dan seni binanya menarik perhatian ramai pengunjung, termasuk dari kalangan bukan muslim. 

self potrait at Alhambra
sumber: wikipedia
Ni untuk maklumat tambahan. Pada 7 Julai 2007, selepas mengambil kira segala aspek, 'New Seven Wonders of the World' diumumkan. 7 pemenang  daripada 177 monument yg dipertandingkan itu ialah; Taj Mahal (Agra, India), Machu Picchu (Cuzco Region, Peru), Great Wall of China (China), Colosseum (Rome, Italy), Chichen Itza (Yucatan, Mexico), Christ of Redeemer (Rio de Janeiro, Brazil) dan Petra (Ma'an Governorate, Jordan). Sebagai tanda penghargaan, satu-satunya monument yang masih kekal wujud dari '7 Wonders of Ancient World' iaitu Great Pyramid of Giza dianugerahkan sebagai 'honorary site'. 

*SM - sebelum masihi 

FJ : Setiap perkara yang terjadi, termasuklah yang tidak melibatkan diri kita secara langsung sebenarnya memberi impak pada diri kita sendiri. Yang tinggal hanyalah kemahuan untuk kita sedar tentang hakikat itu.

Saturday, 11 December 2010

katanya, ini puisi cinta


ke kiri ku buntu
ke huntan ku hilang
ke timur ku kosong
aku terus bosan dan tertekan
seperti waktu yang terus saja
meninggalkan aku
jauh ke dasar kerak bumi
yang belum pernah diterokai

mana ku rindu?
jiwaku biru menunggu cintaku
umpama si buta yang melihat syurga
umpama lampu yang berbunyi hitam
lalu menunggu aku terus

kini malam tiba lagi
kerna ditinggalkan cahaya matahari
dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
seperti mahu saja aku mengejar
gunung yang besarnya tidak terdakap
seperti itu jugalah rindu aku pada ....

kini harus aku terus menunggu
atau hilang sahaja di lautan yang luas?

saya tulis puisi ini untuk awak faham; lebih dari suka, hampir pada sayang..

Aku memang tak reti nak tulis puisi atau jadi puitis. Oke, aku cuba. Baca dan komen ye!

hampir tengah malam
aku lapar tak tahan
lalu ku rebus air
rendam megi 3 minit

lantaran perut penuh berisi
aku tidak sedar lagi 
ke mana mimpi bawa ku pergi
kerna aku nyenyak
seperti badak kekenyangan

FJ : (^^)v

Thursday, 2 December 2010

Kejutan besar buat saya. Macam tak percaya!!


"Awak, saya dah on the way nak pergi rumah awak ni."

Itu ayat pertama yang aku dengar lepas aku tekan butang jawab panggilan. Tak ada salam, mahupun hello. Aku terkejut. Aku pandang balik skrin telefon bimbit. Betul, memang tak salah orang. 

"Rumah saya? Mana ada orang kat rumah sekarang. Family saya balik kampung. Awak datang Terengganu dengan siapa?"

"Bila pulak saya cakap saya datang Terengganu. Saya baru keluar airport ni. Heathrow. On the way nak pergi rumah awak."

Aku tergamam. Terkejut besar. Hah? Dia kat sini? UK? Biar betul! 

"Jangan main-main boleh tak? Saya kat sekolah ni. Nak borak-borak, saya balik nanti saya boleh call awak balik. Eh, tak mahal ke, awak call ni?"

"Eh awak ni. Saya tak main-main la. Buat apa nak call mahal-mahal, kalau saja nak prank awak? Saya betul-betul ni. Saya boleh suruh driver cab ni cakap dengan awak kalau awak tak percaya."

Aku tarik nafas dalam. Mungkin dia memang betul-betul tak bohong. Jadi, kalau dia tak bohong, maknanya dia memang ada kat UK. Hah? Apa dia buat kat sini? Tiba-tiba saja? 

"Hello? Hello? Wan? Awak dengar tak ni? Saya tak ada book mana-mana hotel pun lagi. Tapi, kalau awak tak suka saya tumpang rumah awak sekejap, bagitahu la kat mana hotel yang murah-murah sikit. Saya check in."

"Eh, tak. Tak. Bukan macam tu. Sekarang memang tak ada orang kat rumah. Semua orang keluar. Macam ni, saya call landlord, bagitahu awak datang dan nak naik atas. Nanti awak sampai, awak jumpa dia. Ok? Da masuk rumah, awak text saya."

Aku hubungi tuan rumah. Nasib baik dia ada. Aku terangkan serba sedikit kepada landlord tentang kehadiran dia. Aku minta landlord tunjukkan dia, bilik aku supaya dia boleh berehat. Masih dalam terkejut, aku melangkah ke mathematics department. Entah bilik mana yang aku kena masuk pun, aku tak pasti. Tahu-tahu, seorang pelajar menegur aku, dan bertanya tidakkah aku sepatutnya bersama mereka untuk sesi sekarang. Fikiran aku memang bukan di dalam bilik darjah. Kadang-kadang, guru mata pelajaran panggil pun, aku tak dengar. 

Beberapa kali, aku pandang sekilas ke dinding, mencari jam. Baru 10 minit. Lambatlah pulak masa berjalan hari ni. Tadi, aku ingat, dia maksudkan rumah di Terengganu. Tapi, kalau rumah tu pun, buat apa dia nak datang, kalau aku tak ada? Tak logik jugak. Eh, dia da sampai kot? Agak-agak, landlord bagi masuk tak? Memang berangan habis. Budak-budak tarik lengan baju nak tanya soalan pun, aku tak perasan. Loceng waktu makan tengah hari berbunyi nyaring. Aku kemaskan barang-barang, dan terus keluar dari bilik darjah. Tangan mencari telefon bimbit di dalam beg. Jumpa. Aku baca text message yang terpapar di skrin telefon bimbit.

Saya da masuk rumah awak. Awak berapa lama lagi kat sekolah?

Dia da masuk rumah. Aku terus buat panggilan ke telefon bimbitku yang lagi satu. Yang memang biasanya aku tinggalkan di rumah. "Nasib baik aku tinggal hari ni. Tadi dah fikir macam nak bawak sekali." Panggilan tak bersahut. Aku dial sekali lagi. 

"Hello."

"Awak. Saya ni."

"Ye. Saya tahu." Aku macam dapat rasa yang dia senyum bila dia cakap macam tu. Ya lah, siapa lagi yang nak call kalau bukan aku, kan?

"Awak rehat-rehat dulu. Nak makan, makan la apa-apa yang ada kat dapur tu. Lagi 2 jam baru habis waktu sekolah. Nanti saya balik terus. Saya dah beritahu housemates saya yang awak ada kat rumah. Tak ada la nanti dorang terkejut nampak awak. Sebab, memang biasanya, dorang sampai rumah lagi awal dari saya."

"Erm, ok. Saya tak lapar. Cuma, mengantuk. Nak tidur. Awak balik nanti, awak kejutkan saya."

"Ok."

Panggilan diputuskan. Aku masih tak percaya, dia di sini. Berapa lama agaknya dia kat sini, ya? Tengah aku memikirkan tentang rasa tak percaya aku, aku perasan yang sekumpulan pelajar melemparkan pandangan aneh terhadap aku. Aku balas pandang mereka, dan lemparkan segaris senyuman. Tiba-tiba kaki aku tersepak sesuatu yang sangat besar, dan aku jatuh terguling-guling. 

*********

Aku terpinga-pinga sebentar. Apa yang dah jadi? Tangan aku cuba mencapai telefon bimbit di atas meja kecil tepi katil. Dah pukul berapa ni? Aku perhatikan jam di telefon bimbit dengan mata separuh terbuka. Oh.. Baru 3.30 pagi. Tidur balik lah.. 

FJ : Hahaa.. ada yang tertipu tak? :P Ini adalah mimpi semata. Tapi, bukan version asal, ada tokok tambah sket, supaya ade kronologi dan logik dalam jalan cerita. Cerita asal, xde part yg aku btaw landlord tu. Orang tu, masuk sendiri je. Dan, murid-murid kat skolah tu, ckp melayu dengan aku, ok? Padahal, skolah tu, seme omputih dan kat UK lagi. Haha.. Ala, biasa la tu.. mimpi memang tak logik, kan? Heeeeee... So, dia tu, siapa? Jeng jeng jeng...