Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Thursday, 5 July 2012

Solat di mana-mana sahaja?

Assalamualaikum,

Waktu belajar di UK dulu, aku banyak belajar dan dalam masa yang sama praktikkan apa yang aku belajar tentang solat. Maksud aku, bukan tentang asas solat. Tapi, bagaimana untuk jadikan solat itu nampak lebih praktikal, lebih mudah. Solat itu wajib. Semua orang tahu fakta ini. Tapi, tak semua orang yang mahu realisasikan kewajipan tu. Sesetengah orang jadikan perkara kecil sebagai alasan mudah untuk tidak menunaikan solat. Alasan seperti; tiada tempat proper, pakaian kotor, berseluar pendek sangat tak masuk akal untuk melarikan diri dari mengerjakan solat.


Di serata pelosok muka bumi, ada terlalu banyak kemudahan untuk solat. Macam yang denaihati pernah tulis tentang bilik solat muslim di Suvarnabhumi Airport, Bangkok . Mungkin tak semua airport di dunia ada bilik solat untuk muslim. Akan tetapi, masih terdapat chapel atau all faith prayer room yang boleh digunakan untuk solat. Itu cerita di airport. Kalau dalam kapal terbang pun, sebenarnya kita boleh bersolat. Tak tahu bila masuk waktu bukan alasan. Boleh tanya cabin crews tentang maklumat sebegitu. 

Aku sangat suka travels. Disebabkan kekangan surau atau masjid di UK, banyak kali juga aku solat di kaki lima bangunan, dalam kenderaan yang sedang bergerak dan di parking lot. Yang penting, tahu arah kiblat, dan tahu bila masuk waktu. Sila jangan bagi alasan macam budak umur 8 tahun mengelak solat. Teknologi kan ada. Kalau boleh guna teknologi untuk kerja dan belajar, kenapa tak, untuk ibadat?

Aku kongsikan bersama di sini, gambar-gambar jemaah solat jumaat di universiti aku dulu. Universiti kami tiada masjid. Yang ada, hanya prayer rooms yang hanya boleh memuatkan bilangan jemaah yang terhad dalam satu-satu masa. Dan, prayer rooms tersebut tak mampu menampung jemaah lelaki untuk solat jumaat, apalagi menampung keseluruhan jemaah ketika solat di pagi hari raya. Jadi, committee persatuan islam universiti akan usahakan tempat-tempat solat jumaat (dan solat hari raya setiap tahun) dengan bantuan pihak persatuan pelajar universiti. Biasanya, dewan besar akan digunakan. Namun, bila ada keperluan lain untuk dewan tersebut, jemaah perlu cari tempat lain untuk menunaikan solat. 



Bila dah tak ada tempat lain yang available, maka mereka akan bersolat di padang universiti. Aku suka lihat moment sebegini. Aku bangga dan kagum dengan apa yang mereka pamerkan pada masyarakat bukan islam. Teringin juga nak tahu, apa yang mereka fikir bila lihat gerakan-gerakan berdisiplin dalam solat. :)

FJ : Sumber gambar, dari facebook seorang kawan. Taken at the PATS field, University of Surrey, UK. Thanks a zillion wan syzwan! He's a great photographer!

Sunday, 1 July 2012

Bila yang muda menegur yang lebih tua

Assalamualaikum,


Kejadian berlaku di depan pondok pengawal, SMS DUNGUN pagi semalam. Lebih kurang pukul 10.15 pagi. Saya, adik dan mak tengah bergegas mengejar masa. Kami sepatutnya berada di Kuala Terengganu sebelum pukul 12 tengah hari. Adik perempuan saya baru nak masuk rumah sewa, sebab dapat kerja di sana. Dia janji dengan tuan rumah, nak ambil kunci pukul 12 tengah hari. Dalam perjalanan, adik lelaki yang belajar di SMS Dungun minta kami singgah sebentar. Asalnya si adik lelaki sepatutnya menunggu kami di pintu masuk sekolah pada pukul 10. Disebabkan dia tiada di situ waktu kami tiba, jadi adik perempuan saya minta kebenaran pengawal keselamatan sekolah untuk masuk berjumpa dengan dia. Kata pengawal perempuan tu, pukul 11 pagi, barulah pelawat dibenarkan masuk. Saya tak kisah pasal pukul 11. Kami boleh tunggu. Tapi, yang saya kisah, cara pengawal tu bercakap. Kasar, marah-marah dan semestinya raut wajah tak dihiasi senyuman. Lagipun ini bukan kali pertama pengawal tu bersikap demikian. Dah acap kali. 

Saya : Assalamualaikum makcik. Saya mintak maaf ye. Saya nak tegur sikit. Saya rasa, tak elok makcik cakap kasar-kasar mcm tu. Tadi adik saya tanya elok-elok, patutnya makcik jawab la elok-elok. Tak perlu rasanya terjerit-jerit dengan muka nak marah. 

Mak guard : Eh awk ni. Pandai-pandai pulak cakap macam tu. Bila masanya saya marah??

Saya : Ni bukan kali pertama makcik cakap kasar-kasar macam ni. Kalau saya datang lawat adik saya sebelum ni pun, makcik cakap macam tu. Dengan mak saya pun, macam tu. Tak pernah makcik cakap elok-elok. Cuba makcik cakap baik-baik, senyum. Haa.. tengok abang ni haa, dia senyum je. Cakap pun baik-baik.. 

Abang guard : *senyum-senyum*

Mak guard : Awk jangan pandai-pandai nak mengajar saya. Tu antara saya dengan tuhan.

antara feedback di facebook peribadi

Monday, 1 August 2011

Welcome again, ya Ramadhan

Assalamualaikum,

[source]
Ramadhan is here again. Alhamdulillah, praise to the Almighty Allah for this opportunity, meeting the holy month again in my life. Most of the time, Meleis (read : Malays) people remind each other about the preparation to celebrate this fasting month. They talk about the foodstuffs, iftar, more (read : more-ray) sahur or sometimes about preparing the stomach from eating and drinking. Well, I don't blame them. But I've got few things to add:
  1. Drink a lot of water at night.
  2. Be wise in choosing your dishes - waste no more.
  3. Train yourself with good habits so you'll have the habits with you for the next 11 months after Ramadhan, not the other way around. 
  4. Ramadhan brings happiness, peace and prosperity for those who really appreciate it. 

Happy fasting to all muslims :)


FJ : It's not just about fasting as in not eating and drinking.. But it's FAST-en-ING your soul..

Friday, 13 May 2011

Juvana - surat Aim untuk mak

Assalamualaikum,

Korang follow x drama juvana? Aku x sure drama ni disiarkan kat tv berapa, pukul berapa. Tapi, bile aku start tengok episod 1, aku rasa, ceritanya menarik. Apa? Korang x layan drama melayu? Puhliss! Episod terbaru, episod 3, berkisar tentang minggu pilihan raya kt sekolah. Setiap calon, kena bagi ucapan kt perhimpunan pagi. Tapi, instead of bagi ucapan, salah sorang calon tu, baca surat ni; which aku rs tersentuh gile bile dengar. 
Mak, 
Bila mak nak datang sini? Aim rindukan mak.
Hari ni Aim tengok budak kena paksa makan makanan atas lantai.
Ada hari yang Aim tak boleh tidur. 
Nak tidur je, ada budak yang kena pukul 
Dia jerit mintak tolong, tapi takde siapa yg berani tolong.
Apa salah budak tu, mak?
Mak, 
Aim tak nak duduk sini lagi. 
Tiap-tiap hari, Aim doakan mak datang selamatkan Aim. 
Tapi mak tak pernah datang. Tolong Aim mak.
Cakap dengan dorang, Aim tak buat salah. Aim budak baik. Aim anak mak.
Kalau mak tolong Aim keluar, Aim sumpah takkan sakitkan hati mak lagi. 
Aim sumpah tak nak buat jahat lagi. 
Cakap kat dorang, Aim budak baik. Cakap kat dorang, Aim anak mak. 

Kalo nak taw ape sebenarnya yg jadi, korg tgk la sendiri drama tu. Kalo seme aku nk cite, bek aku karang novel, kan?

FJ : The letter is sounded so pure and innocent. 

Wednesday, 2 February 2011

It's about living (1)

source : icanread

I know what wrongs did I do in my past
But I don't wish to live in regret
Then I'll walk straight ahead
On the new road
So when I'll meet a junction
I wouldn't turn into the wrong corner

FJ : U didn't turn back in time, u just need to turn yourself.

Tuesday, 30 November 2010

Letakkan malu pd tempatnya. Malu pon nak hak dia jugak!

Tak malu;

  • untuk berpakaian seksi, terbuka sana sini, dan berparty sakan 
  • maki-maki dalam LRT sbb tengah marah sgt dgn boipren
  • pinjam duit dgn org, pastu buat2 lupa utk bayar balik
Tapi, malu;
  • nak tanya rakan sekelas, pendapat berkaitan study/research
  • bg sedekah kt org yg mengemis di tepi jalan
  • nak lintas jalan sambil pimpin tangan nenek sendiri yg dah tua
malu lah kt monyet ni kalo xnk malu kt org lain pon..

Korang seme pernah jumpa contoh macam ni? Bertaburan kot, kan? Contoh yg aku bg ni, sgt common. Bahkan aku yakin, korang dah jumpa byk lagi contoh2 yg gempak dan memberangsangkan. Aku pon x berapa faham attitude mcm ni. Malu tak kena pada tempat dia. Buat ape lah nak malu kalo dah terang2 taw mende tu baik atau membawa kebaikan? Bukan kt org lain pon, kat diri sendiri jugak kan? Mcm yg lintas jalan tu. Dah pakai cantik2, mekap lawa2 or smart2, pimpin tangan nenek lintas jalan, kt seberang jalan sana ade mamat hensem @ awek cun sedang memerhati. Tak ke market naik tu? Kot time tu tgh single ke, xde ke ade can nk tak-single lg?  (tak ade la plak aku ckp kne niat atau berharap mcm tu.. ni contoh je -.-)

Bayangkan kalo 'malu' tu boleh berkata2 dan berperasaan. Aku rs, dia dah menangis meraung dah. Kesian kt diri dia diperlakukan mcm tu oleh manusia. Agaknya, kalo dalam contoh tak malu mcm yg no 2 tu, 'malu' dah maki dia balik kot. Huh! Ouh ya, aku pnah tgk video kt utube psl sorg minah ni x benti2 maki boipren dia (dorg the on the phone, n ntah sape yg record n upload) dalam LRT. Duh, malu kot. Seme org pandang. 

Ni baru ckp pasal malu kat orang lain. Belum sentuh lagi pasal malu pada diri sendiri atau pada pencipta. Bila sifat perasaan malu, akan hilang jugak byk lg sifat2 +ve yg lain. Kalo dah makin berkurang, makin berkurang. Lame2 tinggal byk sifat -ve je la, kan? Agak tidak sihat kalo mcm tu. 

Yg buat menda2 yg bukan2 mcm ni, biasanya mmg bukan budak2. Mmg biasanya, org2 dah besar, dah dewasa, yg org kate, dah matang pemikirannya yang berkelakuan mcm ni. Alah, biasa mende2 pelik mmg datang dr org yg dah matang pemikiran, tp x appreciate kematangan tu. Setuju? Tak setuju pon xpe. Hehe.. 

FJ : Entri ini adalah salah satu drpd plan tak-mo-biar-blog-terbiar FJ. So, it's a scheduled entry. Ok la kan, dr biar je blog sepi dalam 1-1 ms, atau blog tlalu byk entri dlm hari yg same. 


Sunday, 21 November 2010

Kes buang bayi di Malaysia, apa kesudahannya?

Aku masih ingat, beberapa minggu yang lepas, perbualan antara aku dengan seorang rakan tentang tindakan kerajaan menubuhkan rumah perlindungan khas untuk bayi-bayi yang tak dikehendaki (dalam kes buang bayi). Kalau tak silap aku, rumah perlindungan khas (OrphanCare) ini dah mula beroperasi sejak Mei lepas. Rakan aku tak bersetuju langsung dengan langkah tersebut. Aku hairan kenapa dia mesti tak bersetuju. Tak ada rasa kasihankah dia? Katanya, penubuhan pusat sedemikian akan menggalakkan lagi kes buang bayi di Malaysia. Aku tak setuju langsung dengan pendapat dia. Kami berdebat. Walau apa pun, aku berdiri utuh atas alasan aku sendiri. 
  • Jika rumah/pusat sedemikian tak ditubuhkan, akan berkurangkah kes buang bayi di Malaysia? 
  • Aku sama sekali tidak menggalakkan perbuatan buang bayi. Tetapi, tidak adil aku rasakan jika ibubapa bayi yang bersalah, bayi itu pula yang menerima hukuman (mati sia-sia)
  • Sekurang-kurangnya, dengan adanya pusat perlindungan tersebut, bayi yang tak dikehendaki tu, ada peluang untuk terus hidup. Bayi tu tak bersalah, oke!

Dalam youthsays.com, ada satu poll yang sangat menarik perhatian aku. Tentang kewajaran murid sekolah yang telah mengandung bersekolah. Aku andaikan, mengandung yang di maksudkan, mengandung tanpa nikah. Lebih 70% yang bersetuju (wajar) dan sebahagian dari jumlah itu menyarankan mereka di tempatkan di sekolah khas. Namun, yang menarik perhatian aku, sebilangan yang tidak bersetuju, dan ada juga yang langsung tidak peduli! 

Poll dari youthsays.com
Aku pasti, 100% yang mengambil bahagian dalam poll tu, rakyat Malaysia. Betapa masih ada sebilangan yang hanya mementingkan diri dan tak berusaha meletakkan diri dalam situasi orang lain. Memang la, nak cakap "padan muka! sape suro ko menggatal? pastu dah mengandung, terkedek2 nak mintak tolong orang lain!" Aku nak tanya sikit la. Kalau kau yang buat salah, kau tak terkedek-kedek nak minta orang lain maafkan ke? Kau tak rasa menyesal ke? Kau tak rasa nak diterima sekali lagi ke? Aku berani bertaruh, kau akan merayu-rayu minta bos kau jangan buang kau dari kerja kalau hari tu, kau lewat datang pejabat, dan polisi syarikat menggariskan, mana-mana pekerja yang datang lewat, akan terus dibuang kerja! 

gambar hiasan


Di UK, fenomenanya lain. Walau pun institusi perkahwinan dah lama runtuh di sini, namun masyarakatnya tak menghina golongan yang ber-anak tanpa perkahwainan. Di Malaysia, lain kisahnya. Sebab itu, wujudnya kes buang bayi. Wanita atau gadis yang mengandung tanpa suami mendapat malu, cacian, herdikan dan pandangan jijik dari masyarakat. Apa yang membezakan kedua-dua situasi ini? Agama dan cara pemikiran. Masyarakat Malaysia umumnya berpegang kuat pada agama dalam konteks ber-anak tanpa kahwin (dalam konteks lain, boleh cakap ada yang buat tak endah pun!). Dan, idea seorang wanita mengandung tanpa suami memang ditentang keras oleh masyarakat Malaysia, terutamanya dikalangan melayu. Kat UK, tak ada siapa pun yang peduli untuk bertanya mana-mana ibu muda yang menolak stroller baby, "kamu dah berkahwin?" Itu cerita lain. *tarik nafas dalam*

Namun, dengan penubuhan pusat perlindungan ini sama sekali tidak bererti, usaha membanteras perbuatan yang menyebabkan lahirnya bayi luar nikah dihentikan terus. Susah aku nak berbincara tentang ini. Semua perkara yang terjadi, salah dan betulnya semua berbalik kepada diri sendiri. Kalau cikgu dalam kelas berhempas pulas mengajar, bagi bermacam bentuk soalan latihan, adakan kuiz, buat tuisyen, tapi murid acuh tak acuh je seriusnya dalam belajar, semuanya sia-sia, kan?

FJ : Aku kesian sangat dengan bayi-bayi yang kena buang. Mak aku selalu cakap, "kalau tak nak sangat, tinggal kat depan rumah aku tu haa..." tiap kali kami lihat paparan tentang kes buang bayi di kaca tv. 

Sunday, 7 November 2010

Turn back in time. How bad do you wish for it?

Selamat datang November. Seperti baru sahaja aku mengusun atur barang-barang di dalam bilik ini, selepas pulang dari bercuti di Malaysia. Rupanya sudah 5 6 7 hari dalam November. Seakan pantas rentetan peristiwa dalam hidup aku berlalu. Namun, masih panjang untuk aku tempuh, dengan izin-Nya. 


Ramai yang berbicara tentang masa lalu; bagaimana mereka sesal akan masa kini mereka dan berharap dapat memutar waktu ke masa lalu dan perbaiki semuanya. "Kalaulah dapat aku putarkan masa.." Tidak aku tolak bahawa tanggapan sedemikian pernah juga singgah di benak. Ingin perbaiki kelemahan dan perbetul kesalahan, atau paling tidak, untuk tidak melakukan kesalahan itu. Konon hidup akan lebih sempurna dengan pembaik-pulihan itu. Norma manusia, sesal selalu datang bila ada yang tidak kena pada pertimbangan akal sendiri.

Sejauh mana kita akan menjadi kita yang hari ini jika kita kembali ke masa lalu, ubah cacat dan hitam corak hidup yang dulu? Aku tidak mampu memberikan jawapan pada kamu semua. Bagi aku, kemungkinan besar aku tidak menjadi seperti diri aku sekarang jika aku tak memanjat gunung berliku dan redah lurah berduri dalam masa lalu. Dalam usia awal 20-an, aku akui, telah banyak yang aku tempuh dalam hidup. Aku pernah berdiri teguh, terjatuh dan merangkak semula untuk bangun. Payah dan peritnya tidak semua orang faham. Mereka mampu pandang dan berkata mereka faham. Cuma, 'rasa' faham itu tidak sama. Pasti, antara kamu juga ada yang pernah merasainya. 

Hidup tak semuanya manis, senang dan lancar perjalanannya. Ada kala hujan dan panas. Ada waktu turun dan naik. Mungkin waktu duka itu perit, waktu kecewa itu pedih untuk ditanggung. Susah sehingga nafas pun tersekat-sekat dan otak tidak mampu berfikir dengan betul. Makan tidak menentu, diri sendiri pun tak terurus. Namun, turun-naik itu yang mencorak dan memberi motivasi untuk bangkit semula. Perasaan apabila berjaya bangkit itu lain, sungguh! Manisnya tak dapat didefinisi. Mungkin jika bukan kerana kecewa, duka dan susah di masa lalu, hari ini tidak seindah ini. Bagaimana pula jika perit dan pedih itu ditanggung sekarang? Allah itu Maha Adil. Hari esok kamu, akan Dia kurniakan sebaik-baik kegembiraan setelah kamu sabar dan gigih 'bertarung'. 

Jadi, masih mahu kembali ke masa lalu dan ubah semuanya? Jika kamu ajukan soalan ini kepada aku, "tidak.." :)



Sunday, 17 October 2010

Realiti sekumpulan insan beragama

Assalamualaikum. 

Pertamanya, saya nekad menulis entri ini bukan untuk menghina. Cuma inginkan kepastian. Inginkan kefahaman. Sejauh mana nama agama dan akhirat yang kamu 'jual' selama ini, menjadikan kamu insan yang betul-betul mempraktikkan agama kamu. Selain itu, entri ini antara lain adalah hasil luahan rasa kesal saya kepada sekumpulan manusia yang kerap dilabel pejuang agama. Sila baca dan fahamkan kecelaruan saya. Kemudian, kamu boleh label saya 'jahil', 'bebas' dan bermacam label lagi yang biasa kamu lontarkan kepada orang-orang seperti saya. 

Saya sedar, saya bukan orang yang layak untuk memperkatakan tentang agama. Ilmu agama saya memang cetek kalau nak dibandingkan dengan ilmu kamu. Saya tak tahu kitab apa yang perlu saya baca berkaitan fiqah. Saya tak boleh nak quote mana-mana kitab tentang aqidah. Akan tetapi, saya layak untuk dilayan dan dihormati seperti orang lain. Saya berhak untuk diterima jemputan. Saya berhak meluahkan rasa kesal saya. Saya berhak dihormati seperti saya menghormati orang lain. Siapa kamu untuk ambil semua hak itu dari saya? 

Satu soalan umum saya untuk kamu. Apa definisi kamu tentang islam? Ratusan ribu kali saya dengar, lihat dan baca di mana-mana, "Islam is the way of life". Jadi, di mana 'way of life' kamu bila kamu seakan memaksa orang lain hanya mengikut telunjuk kamu. Kamu 'arahkan' mereka menghadiri 'aktiviti' kamu, menolak semua alasan yang mereka berikan termasuklah alasan punya masalah keluarga. Kamu letakkan keluarga mereka seakan tidak penting, seakan masalahnya tidak perlu diselesaikan kerana 'perkongsian agama' kamu adalah laluan pantas ke akhirat. Kamu hadiri kuliah agama di saat-saat akhir dan membatalkan terus janji kamu untuk menghadiri jemputan rakan, sedang kamu telah membuat janji pada awal waktu. Di mana 'way of life' kamu bila kamu memandang remeh soal kebersihan diri dan persekitaran kamu, bahkan kamu tergamak untuk solat dalam keadaan selekeh sedang kamu mampu untuk berada dalam keadaan yang lebih baik?

Mungkin pada kamu, islam adalah cara hidup bila kamu mempolitikkan agama. Bila kamu berebut-rebut mencari pengikut untuk gerakan agama kamu. Bila kamu tidak bergaul dengan orang yang tidak sama 'level' dengan kamu. Bukankah itu cara hidup manusia, lebih-lebih lagi manusia zaman sekarang? 

Mengimbas kembali kenangan 4 tahun lalu, sewaktu pertama kali saya jejakkan kaki ke UK. Waktu itu saya dan 7 rakan yang lain dalam perjalanan ke university. Kami dimaklumkan, akan ada senior yang akan membantu dan menjemput kami dari perhentian bas. Syukur pada Allah. Ada senior yang baik hati. Sesampainya di Surrey, kami turunkan bagasi-bagasi kami dari bas dan menunggu dengan sabar kehadiran senior. Beberapa minit menanti, datang sebuah lori mengangkut barang. Di dalamnya seorang lelaki dan seorang perempuan. Senior kami! Mereka bantu mengangkat bagasi ke dalam lori, dan membawa kami berulang-alik (2 orang setiap trip) dari perhentian bas ke tesco. Masih ingat siapa mereka dan budi mereka. Hanya orang-orang biasa, yang bukan dari golongan yang nampak tebal agamanya, tapi cukup ikhlas dan baik hati menolong kami. 

Setahun selepas itu, setelah masuk tahun ke-2, semestinya waktu itu tiba giliran saya dan rakan-rakan yang lain pula yang akan menerima junior. Mengingatkan susah payah waktu junior kami dulu, dari airport, bermalam di MSD, kemudian naik bas ke surrey dan naik lori ke university, kami putuskan untuk menjemput junior kami di airport. Saya masih ingat. Kami bertiga. Saya, sara dan basyeer. Niat kami hanya untuk membantu, memudahkan perjalanan sukar junior kami. Itu sahaja. Tiada apa yang terselindung. Tidak pula berharap mereka terhutang budi. 

Tapi, bukan itu yang berlaku pada tahun-tahun selepasnya (di mana, saya sudah tidak melibatkan diri dengan menjemput junior). Bukan untuk kemudahan. Bukan untuk bantuan semata. Bukan. Bukan! Apa saja niat kamu, saya pasti, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agamanya, kamu juga sedia maklum, niat tidak menghalalkan cara.

Saya luahkan apa yang saya lihat, alami dan dengar. Saya tidak mereka-reka cerita. Bahkan saya yakin, bukan semua dari golongan yang tinggi pengetahuan agamanya seperti yang saya ceritakan. Namun, kamu tidak berhak menyalahkan saya dengan luahan sebegini, kerana ini yang saya terima, ini yang berlaku dan ini yang antara kamu lakukan. Saya terkilan. 

Wednesday, 13 October 2010

Time limit


Would you do everything in your power at the 11th hour when you know you're no longer here at the 12th?

Thursday, 25 March 2010

Info : Pengurusan Jenazah

Hari ni (24 mac 2010), saya mahu luangkan seberapa banyak masa yang saya mampu untuk kongsikan perihal pengurusan jenazah yang saya dapat dari Kursus Pengurusan Jenazah yang saya hadiri baru2 ini. Boleh dikatakan, semua orang maklum, hukum menguruskan jenazah bagi muslim adalah fardhu kifayah, di mana, cukup atau memadai jika dalam satu-satu komuniti, ada pihak yang menguruskan, maka insyaAllah, ahli komuniti lain terlepas dari tanggungan di akhirat berkenaan hal berkaitan. Namun, adakah semua orang tahu, hukum mengetahui bagaimana untuk menguruskan jenazah adalah fardhu ain - kalau tidak dilakukan, bukan sahaja berdosa, malah boleh memberi impak pada status keimanan seseorang muslim. Jadi, masih mahu fikir 2 kali untuk baca info ini? :)

Perkataan 'mati' disebut sebanyak 148 kali di dalam al-Quran dalam pelbagai bentuk. Antaranya di dalam;
  1. Surah al-An'am : 61 - sedikit huraian kandungan; Malaikat maut tidak akan tersilap orang sewaktu mencabut nyawa, tidak akan terlewat atau tercepat sedikit masa sekali pun. Dalam satu hadith yang diriwayatkan, menceritakan perihal malaikat memalingkan mukanya sewaktu mencabut nyawa Rasulullah kerana tidak sanggup menatapi wajah sakit baginda ketika nyawanya dicabut. (boleh rujuk disini utk kisah lanjut)
  2. Surah Qaf : 19 - sedikit berkenaan kandungan; Rasa kematian itu akan datang dengan kebenaran
  3. Surah al-Waqi'ah : 60 - terjemahan : "Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan."
  4. Surah al-Mulk : 2 - terjemahan : "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu - siapakah di antara kamu yang lebih balik amalnya; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
  5. Surah al-Maidah : 31 - sedikit huraian kandungan; Ayat ini membawa kita kembali kepada sejarah kematian manusia pertama di muka bumi ini (peristiwa pergaduhan anak Adam a.s, Qabil dan Habil), di mana Allah mengajar bagaimana untuk Qabil mengebumikan mayat saudaranya. Peristiwa ini juga mengajar kita, bahawa hinanya pembunuhan itu disisi Allah, sehingga Allah menurunkan gagak sebagai panduan. 
Cukuplah itu sahaja petikan2 yang saya letak di sini. Saya percaya, jika saya teruskan, anda yang membaca akan hilang fokus dan minat pada perenggan seterusnya (berdasarkan andaian, people tends to be bored when their reading something that doesn't cross their interests). 

Pengurusan jenazah merangkumi aspek2 seperti memandikan, mengkafankan, solat ke atas jenazah dan mengebumikan jenazah. 

Memandikan jenazah
Adalah penting untuk melantik seorang ketua untuk pengendalian utama sewaktu memandikan jenazah, dan ketua itu akan melantik penolong2 untuk membantu beliau. Sebelum jenazah dimandikan, hendaklah diletakkan kain yang sedikit tebal dan bercorak (elakkan kain berwarna putih) di atas jenazah untuk menutup aurat dan kemaluan si mati (bagi lelaki cukup sekadar menutupi bahagian dari pusat ke lutut, dan wanita dari dada ke lutut). Orang yang bertanggungjawab memandikan jenazah dinasihatkan untuk memakai sarung tangan. Seorang pembantu akan memegang hos air untuk memudahkan proses pemandian.
  • Jiruskan air kapur barus (untuk menghilangkan bau)
  • Istinjak - angkat sedikit badan mayat, sebelah tangan picit perut (dengan kadar yang berpatutan, tidak terlalu kuat) jenazah untuk mengeluarkan najis2 di dalam perut jenazah, dan sebelah tangan lagi digunakan untuk memeriksa bahagian bawah badan jenazah (memastikan najis betul2 keluar). Ulang beberapa kali sehingga diyakini tiada lagi najis di dalam perut jenazah. Kemudian, bersihkan tangan dengan sabun.
  • Gunakan cotton buds untuk bersihkan rongga2 luar (hidung, telinga, mulut) - boleh juga menggunakan berus gigi untuk bersihkan bahagian depan gigi jenazah. Cotton buds juga digunakan untuk membersihkan kuku kaki dan tangan.
  • Niat mandi jenazah, angkat sedikit kepala jenazah (bagi mengelakkan kemasukan air ke dalam rongga badan), mandikan jenazah dari kepala (minta pembantu alirkan air) ke kaki. Ulang 3 kali.
  • Kemudian, pusingkan sedikit jenazah ke kiri, dan mandikan anggota kanan dan belakang jenazah hingga kaki. Ulang 3 kali.
  • Ulang langkah yang sama sebanyak 3 kali untuk anggota kiri jenazah.
  • Sabunkan (boleh guna apa2 jua jenis sabun) jenazah, dan bilas seperti cara mandian tadi.
  • Jiruskan air kapur barus dan air mawar, wudukkan dan lap anggota jenazah.
Setelah dimandikan, tutup jenazah dengan kain yang bersih (biasanya orang guna kain batik lepas). Adalah penting untuk kita menjaga adab ketika memandikan dan mengkafankan jenazah i.e tutup aurat dan kemaluan jenazah, tutup keaiban jenazah - seperti tutup diri kita bila mana kita malu orang lain melihat kemaluan dan keaiban kita, seperti itu juga kita perlu lakukan untuk si mati.

Mengkafankan jenazah
Saya tidak mempunyai info bergambar yang lengkap untuk menunjukkan langkah2 yang betul bagi mengkafankan jenazah. Namun begitu, saya akan cuba untuk menyampaikan info ini sebaik mungkin supaya jelas langkah2 tersebut kepada anda yang membaca. 
Untuk makluman semua, kain kafan akan diukur berdasarkan saiz badan jenazah. Tali2 pengikat (5 tali, dan biasanya tali ini dikoyakkan dari kain kafan tersebut), diletakkan terlebih dahulu sebelum lapisan kain kafan diletakkan. Sesetengah pengendali meletakkan kapas bantal (beserta renjisan air mawar) pada lapisan paling atas, sebelum diletakkan jenazah di atas lapisan2 kain tersebut. Kapas bantal juga digunakan untuk menutup rongga2 pada badan jenazah.
  • Jenazah lelaki biasanya dikafankan dengan 3 lapisan kain, lapisan pertama cukup untuk menutup pusat hingga lutut (aurat lelaki), lapisan ke-2 sekurang-kurangnya menutup kepala hingga pusat, dan lapisan ke-3 adalah lapisan luar, untuk menutup keseluruhan badan jenazah.
  • Bagi jenazah wanita pula, biasanya digunakan 5 lapisan kain, lapisan pertama cukup untuk menutup pusat hingga kaki, lapisan ke-2, kepala hingga pusat, lapisan ke-3 menutup kepala hingga pinggang, lapisan ke-4 menutup kepala hingga dada (khimar - boleh juga dipakaikan telekung untuk menggantikan lapisan ini), dan lapisan ke-5, iaitu lapisan luar untuk menutup keseluruhan badan jenazah. 
Konsep asal mengkafankan jenazah adalah membaluti jenazah dengan kain. Tidak ada kaedah atau cara yang spesifik untuk tujuan ini. Namun, jenazah hendaklah dikafankan dengan kemas. Selesai semua balutan, proses akhir adalah mengikat jenazah dengan tali pengikat tadi. Ikatan hendaklah jatuh pada bahagian kiri jenazah dan tidak menggunakan ikatan mati. Rasional perbuatan ini adalah sewaktu pengebumian jenazah nanti.

Solat Jenazah
Menurut Imam Syafie', terdapat 4 rukun solat jenazah:
  1. Niat
  2. Takbir sebanyak 4 kali
  3. Salam
  4. Tertib
Kedudukan imam sewaktu mengimamkan jenazah adalah berbeza mengikut jantina jenazah;
  • jenazah lelaki : imam akan berada selari dengan bahagian kepala jenazah
  • jenazah wanita : imam akan berada di bahagian pinggang jenazah.
Mengebumikan jenazah.
Konsep asal pengebumian jenazah adalah; ludang yang digali hendaklah cukup dalam, sekurang-kurangkan kubur tersebut tidak mampu untuk digali semula oleh binatang-binatang buas. Biasanya, lubang kubur digali sedalam 7 kaki. Liang juga digali untuk menempatkan jenazah - lubang lain di dalam lubang kubur tersebut. Jenazah akan diletakkan menghadap qiblat. Setelah jenazah berada dalam keadaan yang stabil, tali pengikat tadi akan ditarik (rasional untuk tidak ikat mati dan ikatan jatuh pada bahagian kiri jenazah), dan kubur akan dikambus dengan tanah. Sunat untuk meninggikan tebing kubur setinggi sejengkal tangan. 

Saya rasa, itu saja info yang saya boleh kongsikan untuk waktu ini. Selain info2 di atas, masih ada info lain yang berkaitan dengan topik ini. Namun, untuk waktu ini, cukup untuk apa yang ada sahaja. InsyaAllah, saya akan cuba kongsikan maklumat lain di waktu yang lain. 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati, maka putuslah amalnya kecuali 3 perkara; sedekah jariah (berterusan), ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.".

Amin. 

p/s: Saya bukanlah seorang yang mahir dalam ilmu agama, sekadar berkongsi info. Jika terdapat kesalahan dalam artikel saya ini, sila betulkan.

Wednesday, 26 August 2009

Cerita Ramadhan

26th August 2009
Salam Ramadhan al-mubarak utk semua. Pertamanya, maaf di atas segala salah dan silap aku pada kalian semua sepanjang perkenalan kita. Keduanya, keadaan skrg x mengizinkan aku utk bercerita pnjg mengenai perkara yg berlegar di sekitar aku. Ketiganya, pada kali ini, aku sgt2 ingin memperkatakan tentang solat jemaah. Yelah, aku tahu aku siapa. Bukan kaki masjid, bukan kaki surau, jemaah pun, jarang sekali. Namun, ramadhan membuka pintu hati aku ke masjid. Alhamdulillah, aku masih sempat merasai nikmat berterawih bersama jemaah-jemaah lain. Ade beberapa perkara yg aku kesalkan dalam keghairahan umat islam mengerjakan terawih. 
Aku terkilan bila ada di antara jemaah yg tidak mementingkan kelurusan saf. Jemaah tak merapatkan saf. Jemaah tak mengisi kekosongan saf hadapan. Jemaah pilih bulu, tak mahu bersebelahan dengan jemaah yg pekak, bisu. 
Pernah terkeluar sekali dari mulut aku "Nasib la dalam bulan puasa ni tak ada syaitan.. Kalau ada, tak boleh nk dibayangkan berapa ekor yg duk menghasut jemaah dalam solat." Serius, aku sedih. Dah ditegur, di jawab balik. Iyalah, kita ni masih muda, jarang ke masjid pulak. Sabarlah... 
Harapnya perkara sebegini tak berlaku di masjid2 yg mana jemaahnya lebih educated. Malu lah, kalau setakat educated dalam pelajaran saje, tp bab2 paling ringan dalam solat berjemaah pn fail. No more words from me.. Fullstop.

Wednesday, 5 August 2009

al-fatihah

5 August 2009

Pagi smalam, aku dengan semangatnye, naik bas g dungun, since mak aku x bagi aku drive keta ayah aku, tidak juga keta dia. P dungun nk jumpe kawan rapat 1 skolah dlu, haini. Dia bwk aku balik rumah dia. Lame btol x jejak rumah dia. Jumpe family dia yg slalu happening dan pening. Syok2 duk borak, aku dikejutkan dgn berita kematian ayah sedara belah mak aku (kire adik-beradik mak aku laa). Nak kate terkejut, ade la sket. Siyes ckp, aku xde rs ape2. Maybe sbb aku x rapat ngan dia. So, p town dungun ngan moto, beli brg sket. Then, aku mintak haini hantar aku kat rumah nenek aku (x jauh la dr town tu). X sempat nk bergambar pon ngan haini, nk borak panjang berekar-ekar pon x sempat. 
Mase aku sampai, org x ramai lg. Parents aku pon x sampai lg. Tgh mintak pelepasan kot kat sekolah. Jenazah still kat kemaman. Pkol 3.30 ptg, br jenazah smpi. Tp, dah siap mandi-kapan seme. Tggl nk solat jenazah je.
Bile aku tgk jenazah, aku jd sebak (x bleh nk tgk muka pon, sbb da tutup seme dah). Bkn sebak sbb aku sedih dia dah xde. Tp, sebak sbb aku rs, mati tu dekat sgt ngan kita.
Ye la, arwah baru umo 40 tahun. Nenek aku yg menjangkau 70 tahun pon, alhamdulillah, ade lagi. Aku x taw sbb arwah meninggal. Yg aku taw, nenek kate dia dah lame sakit, tp dia x bitaw org psl keadaan dia tu, termasuk kat nenek sendiri (mak dia). Ape2 pon, aku doakan dia ditempatkan di kalangan org2 yg diredhai Allah, dan diringankan azab kubur. Al-fatihah.

Sunday, 26 July 2009

Bila marah..

Bila perasaan marah menguasai diri, lebih baik kita diam. Diam untuk beberapa minit, ambil masa untuk tenteramkan diri kita. Menjawab, atau menghamburkan kemarahan, tak memberi apa-apa pulangan baik untuk kita. Buat hati makin panas adalah. Lagipun, bila marah-marah, akan keluar segala perkara tidak elok dari mulut kita. Lebih baik senyap, tenangkan diri sendiri. Orang lain tak sakit hati, kita pun tak dapat dosa. Renung-renungkan, dan selamat beramal! (haha, tiru ayat ustaz dalam hot.fm)

Friday, 26 June 2009

Flashing

Salam. Hari ni, 25 Jun 20009. Tibe2 aku teringat 1 quote ni dr sorg ustaz..

Kalo nk kawin, sbb takut x bleh tahan nafsu, nmpk sgt lemah. Nafsu yg kecik pon x mampu nk lawan, nnti bile dah kawin, timbul dugaan yg lebih besar dari tu, mampu ke nak hadapi?
Sama2 kita renungkan.. 

Sunday, 22 March 2009

Hidup Dengan Penuh Syukur

Aku insafi diri bile aku tgk keadaan dia. Siapa? Meh kita start ngan mukaddimah. Aku taw ade student dpt 20A SPM tahun ni. Aku taw dia dr kelantan. Tp, aku x taw hidup dia mcm mane. Bile aku taw, Masya-Allah, aku rs beruntungye aku. Btol2 beruntung, jauh skali keadaan aku lebih jauh selesanya, walopon aku kurang dr org lain disini. Dia (Nik Nur Madihah), lebih dr kurang! Aku kagum dgn hidup dia, usaha dia, kejayaan dia. Bg sesiapa yg nak taw ape yg aku mksdkn, bleh rujuk kat sini. Ni seme, cebisan2 berita yg aku search dr arkib utusan online. Mungkin ade lebih byk cerita lain lagi, so bleh cube new search. :) Ok, ape yg aku kagumkn? Ni utk org2 yg malas klik link yg aku bg tu. Dia seorang anak nelayan, tggl dlm sebuah rumah yg uzur, dgn sewa RM90 sebulan (tu pun, mak ayah dia x mampu nk bayar, n sewa rumah dorg tertunggak selama setahun) bersama mak, ayah n 3 org lagi adik2 nya. Dia x pergi tuisyen sbb x mampu. Dia slalu puasa sbb xde duit nk beli makanan. Ade jugak aku terfikir, dlm zaman skrg ni, ade lg org hidup mcm ni? Tp, dia berjaya dgn sgt cemerlang dlm SPM dia. Oh, mungkin ade org ckp, alaa.. SPM je. Tp, cube korg pk balik, ms korg SPM dlu, mampu ke nk dpt 20A? Mampu? Kalo ade 12 subjek pon, dah tercungap.. ni lagi laa 20? Student2 cemerlang SPM sblom ni, mungkin la x heran sgt, sbb kehidupan paling kurg pon sederhana, yg senang tu x yah ckp la. Lepas dia diumumkn sbg salah sorg best student, berpusu2 org dtg nk bg bantuan. Nk hantar pegi haji la, nk bg tajaan further study kat oversea la, bg duit, bg laptop, nk buatkan rumah, nk bayarkan tunggakan sewa rumah, etc.. Ok, aku x ckp tu seme x bgs. Bgs. Tp, kenapa sebelum ni xde pon org nk tlg byrkan sewa rumah dia? Alhamdulillah, Nur Madihah sorg tabah, mampu utk bersusah payah belajar walopon hidup dia susah. Mcm mane plak dgn org2 lain, yg bijak, tp sbb xde duit, terpaksa berhenti sekolah, kne keje, utk bantu mak ayah cari duit? Kalo org2 tu dpt bantuan yg same, mungkin dia pon boleh berjaya mcm Madihah jugak. Ade x pihak2 yg sedar tentang ni? Herrrrmmm, maybe I'm too emotional about this. Cume aku rs, kita semua perlu sedar, kalo kita rasa kita susah, ade org lain yg lebih susah dr kita. Malu lah kat diri sendiri..

Saturday, 14 March 2009

Stand My Ground

Alhamdulillah~ Kenyang. StickingOutTongue Mau x, byk seyh makan td. Lg 1, bersyukur sgt, sbb dah melalui minggu yg byk kerja. Soo, kita enjoy~ (enjoy luu,, exam x lame dah). Dlm mggu ni, mcm2 hal yg menggemparkn ramai pihak terjadi. Di sini, bknnye aku nk hurai satu persatu isu tu, (ade yg personal, ade yg x bape personal) sbb x penting pon utk org yg x taw tu taw. Cume, kita amek pengajaran dr kisah2 tersebut. [You're grumbling about me? Wei, kalo aku nk cite, aku dah cite lame dah. Ni blog aku, suke hati aku la kan, nk ckp ape pon. Bkn gune duit org lain.Pirate Aku amek mase org lain? Sape suro bace?? Nah, amek engkau.] Pertama, aku ni bukannye baik sgt, nk ckp lebai jauh skali la. Tp, pd fikiran rasional aku, kalo org Islam sendiri pon nk kutuk2 perli2 fitrah agama sendiri, ade lg ke org lain yg nk hormat agama kita ni? Secondly; you've got a problem with someone, you face it by yourself. Be a good and gentle person, not talking at their back!LipsareSealed Third; analyse something from every aspect before you make it a go. Fourth; act like the one you're supposed to be, not the other way around. Fifth; think about other people feelings too, before you're about to say something. Sixth; don't take too much food if you don't feel like finishing it. Grin Seventh; get back to work!!! Sick

Thursday, 19 February 2009

ALLY on Cinta

I just wanna share this something, in a way or another, may happen to us, the old days or later. Please READ and THINK positively. We human didn't thankful enough for what we had and things we achieved in lives...

CINTA TIDAK HARUS BERBENTUK BUNGA
Aku mencintai suamiku kerana sifatnya yang semulajadi dan aku begitu menyukai perasaan hangat yang muncul di hati ketika bersandar di bahunya yang bidang.Tiga tahun dalam alam perkenalan, dan dua tahun dalam alam perkahwinan, harus aku akui bahawa aku mulai rasa bosan dan lelah dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar2 sensitif serta berperasaan halus. Aku merindui saat-saat romantis seperti seorang anak yang menginginkan belaian. Tetapi semua itu tidak lagi aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari apa yang aku harapkan dulu. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah memusnahkan semua harapan tentang kehidupan cinta yang ideal.
Suatu hari, aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk bercerai.
“Mengapa?”, dia bertanya dengan terkejut.
“Aku lelah, kamu tidak pernah memberikan cinta yang aku inginkan”
Dia terdiam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan aku semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang dapat aku harapkan darinya?
Dan akhirnya dia bertanya, “Apa yang dapat aku lakukan untuk mengubah fikiranmu?”.
Aku menatap matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan, “Aku ada satu pertanyaan, jika kau dapat menemui jawapannya, aku akan mengubah fikiranku: Seandainya, aku menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika kau memanjat gunung itu, kau akan mati. Apakah kau akan melakukannya untukku?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Aku akan memberikan jawapannya esok.”
Hatiku langsung gundah mendengar reaksinya. Keesokan paginya, suamiku tiada di rumah, dan aku menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebuah gelas yang berisi susu hangat yang bertulis…
“Sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan aku untuk menjelaskan alasannya.”
Kalimat pertama ini menghancurkan hatiku. Aku lantas terus membacanya.
“Sayang, kau biasa menggunakan komputer dan selalu menghadapi masalah kerosakan program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Aku harus memberikan jari-jariku supaya dapat membantumu dan memperbaiki programnya.”
“Kau selalu lupa membawa kunci rumah ketika keluar rumah, dan aku harus memberikan kakiku supaya dapat menendang pintu, dan membukakan pintu untukmu ketika pulang.”
“Kamu suka jalan2 ke luar kota tetapi selalu sesat di tempat-tempat baru kamu kunjungi, Aku harus menunggu di rumah agar dapat memberikan mataku untuk mengarahkan jalan untukmu.”
“Kamu selalu kelelahan pada waktu ‘teman baikmu’ datang setiap bulan, dan aku harus memberikan tanganku untuk memicit kakimu yang kebas.”
“Kamu seorang yg suka diam di rumah, dan aku selalu khuatir kamu akan menjadi ‘aneh’. Dan aku harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkanmu di rumah atau meminjamkan lidahku untuk menceritakan hal-hal lucu yang aku alami.”
“Kamu selalu menatap komputermu, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan matamu, aku harus menjaga mataku agar ketika kita tua nanti, aku masih dapat menolong memotong kukumu dan mencabuti ubanmu.”
“Tanganku akan memegang tanganmu, membimbingmu menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna2 bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu”.
“Tetapi sayangku, aku tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, aku tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematianku.”
“Sayangku, aku tahu, di luar sana ada banyak orang yang mampu mencintaimu lebih dari aku mencintaimu.”
“Untuk itu sayangku, jika semua yang telah kuberikan dengan tanganku, kakiku, mataku, tidak cukup bagimu. Aku tidak dapat menahan dirimu mencari tangan, kaki, dan mata lain yang dapat membahagiakanmu.”
Air mataku jatuh di atas tulisannya dan membuat tintanya menjadi kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk membaca selanjutnya…
“Dan sekarang, sayangku, kamu telah selesai membaca jawapanku. Jika kau berpuas hati dengan semua jawaban ini, dan tetap menginginkanku untuk tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, aku sekarang sedang berdiri di luar pintu menunggu jawapanmu.”
“Jika kamu tidak puas, sayangku, biarkan aku masuk untuk mengambil barang-barangku, dan aku tidak akan menyusahkan hidupmu. Percayalah, kebahagiaanku adalah apabila kau bahagia.”.
Aku segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah keliru sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaanku.
Oh, kini baru aku tahu, tidak ada orang lain yang pernah mencintaiku lebih dari dia mencintaiku. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasakan pasangan kita tidak dapat memberikan cinta dalam bentuk yang kita inginkan, maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam bentuk lain yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya.
Seringkali yang kita perlukan adalah memahami bentuk cinta dari pasangan kita, dan bukan mengharapkan bentuk tertentu kerana cinta tidak selalu harus berbentuk “bunga”.

posted by : anisz2009 on CINTA SAMBAL BELACAN, ALLY tv3

Tuesday, 17 February 2009

Moving again

Peergghh~ Penat yg amat hari ni. Sirius black!Undecided Mula2, pagi td ade test. Xyah ckp psl test la, tgk tajuk pon taw nk ckp psl ape kan. Then, ade gap 2 jam, bersihkan bilik. Aku pindah masuk bilik lain hari ni. Alhamdulillah, dalam uni. Lepas tu, ade lecture, ngan lab. Pastu, balik bilik lama, amek barang2 penting yg nk diguna pakai dlm masa terdekat ni. 2 trip gak weh. Trip ke-2 lepas keje, pkol 7. Sorg2, mane bleh nk bwk bnyk2. Yg ade ni pon, mcm x caye je, mampu dibawak dlm 2 trip je. Agak banyak~ Tp, yg kat bilik sana tu, byk dia berganda2 lagi.Crying Tu, nnti2 laa.. Smpi bilik dah pkol 9. Badan melekit2, bilik bersepah2 dgn brg2 yg x dikemas lg. Keraskn diri berkemas, pastu mandi. Sampai la skrg ni, dah 12.01 tgh mlm. Nk tdo! Nk tdo! Esok dah kne start study utk test jumaat ni. Projek utk matlab pon, dah bleh start buat sket2. Haiyoo~ ms x busy dulu, rindu hidup busy. Skrg ni, pegang seme benda pon x kne. Manusia, x pernah bersyukur, kan? Insafi diri, maafkan diri sendiri, kemudian maafkan orang lainSmile sebelum tdo. Insya-Allah, lena kita dalam berkat-Nya. Amin.

Monday, 16 February 2009

My 22nd year of life

Salam and greetings to everyone. It's been awhile since the last time I talked about myself. Today, I am 22 years and 3 days year old. Paan said "you've been through so many tough things in your life for a person at young ages". I do agree with him and in the same time I believe, Allah wants me to go through all these so I can learn how's life gonna be in the future, and how He makes me strong. Alhamdulillah..
So, for this year, unexpectedly, I had 2 birthday celebrations. Great, isn't it? The first one, was held at Chancellor's Bar, on my birthday itself, 12 feb. "Perrghh,, bukan main, celebrate birthday kat Chancellor's tu..." That was what Pian used to say. The occasion wasn't only meant for me; it was also for Pian (sort of farewell). He was leaving for Malaysia. The second one? Today, at Sir and Madam Restaurant. The restaurant owner was sooo nice! She tied up a balloon at my chair, and she put some birthday banners near our table. Somehow, I feel like I was a kid! Ngehs2. Everyone was about to finish the dishes, and she came up with the mini-pudding birthday gift with a candle for me. Yo! I was so ashamed. Haha.
I got so many expensive stuffs for this birthday. I guess, when you're getting older, the birthday gift value is getting expensive, maybe? It might not applied to everyone, but it did to me! Alhamdulillah.. * A Puma handbag, a Dorothy Perkins jeans, Britney Spears perfume, Fossil watch.. Thanks, thanks, and thanks again. Nway, better stop here. I have a test tomorrow. Pray for me~



* My mom had once told me this : Allah will fulfill (answer) our prayer (doa) in three ways:
He gives what we ask him for at the very moment we pray for that; He replaces it with something better at other time in our lives; or He'll reward us with something that we can't ever imagine at the akhirat.