Showing posts with label soal hati. Show all posts
Showing posts with label soal hati. Show all posts

Tuesday, 8 February 2011

Kepada awan

Salam,


Kepada awan kini ku khabarkan tentang darah jiwa ku yang tidak berwarna.
Kepada awan ku ceritakan tentang kisah kesepian yang kian mencengkam jiwa ku.
Bila keinginan semakin pudar. Tatkala jiwa tidak lagi berkobar.
Ketika harapan semakin samar. Kepada awan ku luah perasaan.


- MAT & MEL - 

Saturday, 13 November 2010

Is it true that loneliness could kill your emotion?

maybe cici need her partner too?
There are time when we need someone to comfort us, to tell us that everything is going to be ok, to lend the ears for listening, to share the happy moments and to 'not only accept, but also give'. I feel sad for not having that someone. I got jealous for nothing when seeing others have another person for them, and they're telling the world that they're happily together. I dun even have the right to feel that way, am I? *smile sadly to myself* But living in this world of mine isn't that bad at all. When there are time I feel like talking about my feelings, I usually rather put it in words than saying it. ( I blogged or wrote) Or, I'll talk to cici. I know she won't talk or even listen to me. But I'm so grateful for the fact that she's there. If she ever could talk, I think she'll tell me how boring the stories she used to listen from me. 

Dear cici, there's nothing I could say to you. Just a very sincere thank you from me.. 

FJ : Part of me says I'm doing great by myself, and the other part says how sad am I to be alone..

Thursday, 28 October 2010

Silent words



Ladybird 1 : Would you grow old with me?
Ladybird 2 : Sure, my love.

FJ : I have no idea how ladybirds look like when they're old.

Teaser : Should I call the other one Menbird? :P

Monday, 18 October 2010

Cinta kamu dan dia : bagaimana akhirnya?

Aku sedia maklum. Ada masa, entri-entri aku berbau sakarstik dan ada waktunya larut dalam kepekatan emosi yang tinggi. Bukan membabi buta menembak sesiapa, cuma sedikit luahan rasa yang mampu aku terbitkan dari jutaan rasa yang lain. Aku baca blog zara, tentang kisah cinta kawan baiknya. Memang agak tak masuk akal, seorang mak letakkan harga hantaran RM20k untuk anaknya yang hanya berkelulusan SPM dan berkerja sebagai operator kilang. Susah membesarkan anak katanya. Agaknya, membesarkan anak perempuan saja yang susah, besarkan anak lelaki senang macam minum air paip. Bila si lelaki minta tangguhkan dulu majlis perkahwinan lantaran mahu usahakan jumlah wang hantaran, si mak perempuan dengan tanpa rasa belas menaikkan 'harga anaknya' ke RM30k. Selepas berfikir panjang, lantas si lelaki nekad, memutuskan perhubungan cintanya yang dijalin bertahun-tahun dengan si perempuan. (Sila baca blog zara untuk rentetan penuh) 

Aku pasti, ramai antara kalian yang menjalinkan hubungan cinta dalam jangka masa yang panjang. Kemudian, hubungan yang terjalin itu putus tanpa apa-apa ikatan. Sayang, bukan? Pernah juga aku dengar di kalangan rakan-rakanku sendiri, dengan bangga berkata, "Kami dah 6 tahun bercinta." Aku tidak pernah meletakkan kepercayaan pada usia hubungan; makin lama kamu bercinta, makin kukuh hubungan yang dibina lantas membawa kepada pengakhiran yang bahagia. Namun, aku tak membantah sama sekali jika kalian berpendapat sebaliknya dengan aku. Terserah. Cuma satu soalan ringkas dari aku, "Apa perlu untuk bercinta sebegitu lama?" 



Pernah aku persoalkan diri aku sendiri; dalam hubungan cinta, apa yang mengambus terus rasa jemu? Apa pula faktor kekal-selamanya? Aku temui jawapannya dalam satu buku yang aku baca. Kata penulis, dalam setiap hubungan, mahu atau tidak jemu pasti bertandang. Sama ada hubungan itu cuma cinta biasa remaja atau hubungan sah ikatan antara suami dan isteri. Namun, ada beza besar akan keduanya. Hubungan cinta tanpa ikatan yang bertahun terjalin biasanya putus atas dasar jemu. "Saya sudah ada pengganti awak", "Saya perlu tumpukan perhatian pada pelajaran", "Kita sudah tidak sehaluan lagi", adalah maksud lain bagi satu perkataan mudah iaitu jemu. Begitu juga dalam alam rumah tangga. Jemu akan datang bertandang bila menginjak usia lima atau enam tahun perkahwinan. Lantas, perlukah diputuskan ikatan sah itu setelah beratus peratus usaha dilontar untuk mencari titik bahagia pada permulaannya enam tahun dahulu? Ini bezanya dengan cinta biasa. Kata penulis lagi, alam rumah tangga ada faktor 'tanggungjawab' yang mengikat pasangan untuk terus bersama. Lebih-lebih lagi jika tika itu sudah tidak hanya berdua. Dalam masa yang sama, 'tanggungjawab' itu akan menyuburkan semula kebun cinta yang layu suatu masa dahulu. Aku kagum dengan olahan beliau.

Mungkin tidak semua antara kalian yang memikirkan tentang keseriusan dalam berhubungan. Tapi, pernahkah kalian terfikir ketidak-seriusan kalian adalah pembaziran? Harta berjuta sekalipun takkan mahu dibazirkan untuk hubungan sia-sia? Atau pernah terfikirkah kalian, bahawa kalian telah menutup ruang dan masa kalian untuk 'berjumpa' dengan pasangan yang jauh lebih baik dari pasangan 'olok-olok' sekarang?

Aku tidak hanya tinggalkan persoalan. Aku telah memberikan jawapannya dalam diam. :)

Monday, 20 September 2010

Bukan

Kalau kamu nakkan yang cantik, itu bukan saya.
Kalau kamu nakkan yang baik, itu bukan saya.
Kalau kamu nakkan yang berbudi bahasa, itu bukan saya.
Kalau kamu nakkan yang sempurna, itu juga bukan saya.

Saya hanya orang biasa yang punya karakter saya sendiri. Dari segi rupa, saya klasifikasikan diri saya biasa sahaja, cukup sifat yang Allah kurniakan. Saya terbiasa dengan hidup berdikari, tapi ada masanya saya juga bergantung pada orang lain. Ada waktu saya berbuat silap, dan saya sedia ditegur atas silap saya. Saya boleh memahami dan saya juga pinta difahami. Ada rasa marah, gembira, sedih, cemburu, teruja dan terkilan. 

Untuk kamu yang anggap saya sebagai kawan atau lebih dari kawan, yang dari masa lalu, masa kini dan masa depan, saya minta maaf atas kekurangan saya. Jika saya bukan yang terbaik untuk kamu jadikan kawan atau teman, kamu ada selautan pilihan untuk dapatkan gantian.

Wednesday, 14 July 2010

to the better or to the worse?

Life is full of question marks. It is too big to be 'is', I think. Should have use 'are' for life. Hurmm.. It's about making decision, not making the right decision. There are always options, and you always have to choose. You may do wrong in half of it, but may the other half full of righteous. I feel kind of sentimental and damn rational right now. Sorry if this is sorta touchy. Damn it is. Things that happen today, yesterday, the day before, weeks before, months before, even years before brought me to this point; I've gone through too much in my short life - not saying that I've suffered cancer, or my home town has been bombed or so, but tough enough for someone like me. And I pray to You, Allah, may the path I've chosen leads me to the better, not to the worse, and may You always guides me and brings me up whenever I'm falling down. 

Saturday, 10 July 2010

few days to go..

entry tertangguh 4 hari..

yup yup.. I saw this post on my sister's wall.. she's counting down days.. mule2 10 hari.. smpi la hr ni.. dah bape hr ntah.. n tggl beberapa hari je lagi.. rs mcm skejap je ms berlalu.. skejap sgt.. mcm nak byk lagi ms bleh x? nk catch up byk perkara dlm ms terdekat ni.. tp ms x ckop.. igt dlm exam je x ckop ms, but in reality pon, mcm tu gak ek? sigh..

Wednesday, 2 June 2010

Remuk

Herrmm.. Macam2 yang nk diluah, tapi x terluah. Mungkin medium ini tak sesuai, tapi kat mane lagi nk dikongsi rs sebal ni? Org slalu ckp, people change with time. True. Tp, x slalu org pk, why people change. Is it really 'time', changes people? Pnah org pk, faktor lain? Pnah org pk, knapa?

Dan pnah ada org salahkan diri sendiri bila jadi sesuatu ke atas org len? Jarang sgt. Maaf. Tak bermaksud menuding pada sesiapa. Cuma ralat. Terasa mcm semuanya sia-sia. Aku pnah kental dalam peperangan ni, tapi sampai satu detik, aku rasa semangat aku luntur, mcm kne bleach.

Good deeds always been forgotten while the bad deeds always been remembered. True. Tp, kalo good deeds tu, 100x lagi baik dr bad deeds, xkn kne ajar 10 kali utk nilai itu semua? Aku taw, maksud aku x sampai. X ape. Cuma mahu meluah, bukan memahamkan.



Sarcasm doesn't define me. I'm just an ordinary people.

Monday, 22 March 2010

Saya rindu.. *haiiihhh*

Hari ni, 21 mac, alhamdulillah, sy x biarkan blog sy lame berdebu. Baru je siap menjayakan Kursus Pengurusan Jenazah. Terima kasih kepada MSS yg berikan kepercayaan penuh utk sy jadi pengarah projek utk event kali ini. Alhamdulillah juge.. semuanya berjalan lancar. Special thanx kpd semua AJK yg bertungkus lumus tlg dan support; am, warey, miji, kak lin, shark, nanot. Terima kasih semua. Update KPJ later la ye.. x pon boleh usha gmbr2 kt fb nanti. Berakhirnya program ni, memberi impak dlm life sy utk sem ni. 

Pertamanya, byk input yg dpt dr program ni. Siyes ckp, org yg available, tp x dtg, rugi besar. Speaker kitorg, ustaz erfino, sempoi saje bagi pengisian, dan beliau suke sgt bergurau *sy juga yg byk terkena*. Thanx ustaz kerana sudi datang. Keduanya, berakhirnya program ni, dah bg hint utk sy slow down dlm committee. Bulan 3 ni, byk sgt penglibatan dalam society dan sy sedia maklum itu semua MEMANG mengganggu gugat pelajaran sy. Tp, amanah dan tanggungjawab x bleh di abaikan, kan? Byk keje2 academic yg tertangguh kne siapkan. Dah la ade lg seminggu je cuti easter. Nk pegi bercuti lagi. Tu lg 1 hal. Elaun x masuk2 lagi~ Adeyh~

Dalam ke-busy-an mengendalikan bermacam event dan tugasan, kerap kali sy tension, dan tiap kali itu juga, sy sgt rindu nk balik malaysia. Apalagi baru2 ni musim cuti sekolah, dan cuti poli, adik2 semua ade di rumah. Jeles teramat bila berwebcam ngan mereka, mereka cerita mak masakkan mereka mcm2. Sy pon nak juge~ (_ _) Sy juga rindu nk jalan2 tepi pantai teluk lipat (kmpg nenek), borak2 ngn nenek. Rindu kawan2 di sanal; yg kejap2 gathering, kejap2 gathering tanpa sy! Lg 1.. sy rindu.. errm.. ermmm.. :D 

p/s: duit xde --> x bleh beli tiket lagi --> mcm mane nk balik mcm ni??

Thursday, 3 December 2009

Kenapa Benci?

Dlu aku pnah kecewa dlm cinta. Smpi aku benci sgt kat dia. Rs mcm xkn boleh maafkan semuanya. Benci teramat. Bersama masa, benci tu hilang. Masa bwk ak jauh tinggalkan rs benci tu kat blakang. Ak maafkan, tanpa ak sendiri sedar. Tp, ak x boleh lupa. Kemudian, ak berfikir sendiri. Kenapa dlu, ak benci, skrg x lg? Ak pelik sendiri. Tp, ak dah jumpe jawapannye. Dlu, ak benci sbb ak kecewa. Ak kecewa, sbb ak syg. Syg sgt. Benci tu hilang, sbb rs kecewa tu dah x terasa, sbb syg tu dah xde...

Friday, 28 August 2009

Ketawa juga satu penipuan

28 August 2009

Ada yang ketawa kerana kelucuan..
Ada yang ketawa kerana rasa gembira, bahagia..
Namun, ada juga yang ketawa untuk sembunyikan kesedihan, kekecewaan, kelukaan..

Wednesday, 26 August 2009

Cerita Ramadhan

26th August 2009
Salam Ramadhan al-mubarak utk semua. Pertamanya, maaf di atas segala salah dan silap aku pada kalian semua sepanjang perkenalan kita. Keduanya, keadaan skrg x mengizinkan aku utk bercerita pnjg mengenai perkara yg berlegar di sekitar aku. Ketiganya, pada kali ini, aku sgt2 ingin memperkatakan tentang solat jemaah. Yelah, aku tahu aku siapa. Bukan kaki masjid, bukan kaki surau, jemaah pun, jarang sekali. Namun, ramadhan membuka pintu hati aku ke masjid. Alhamdulillah, aku masih sempat merasai nikmat berterawih bersama jemaah-jemaah lain. Ade beberapa perkara yg aku kesalkan dalam keghairahan umat islam mengerjakan terawih. 
Aku terkilan bila ada di antara jemaah yg tidak mementingkan kelurusan saf. Jemaah tak merapatkan saf. Jemaah tak mengisi kekosongan saf hadapan. Jemaah pilih bulu, tak mahu bersebelahan dengan jemaah yg pekak, bisu. 
Pernah terkeluar sekali dari mulut aku "Nasib la dalam bulan puasa ni tak ada syaitan.. Kalau ada, tak boleh nk dibayangkan berapa ekor yg duk menghasut jemaah dalam solat." Serius, aku sedih. Dah ditegur, di jawab balik. Iyalah, kita ni masih muda, jarang ke masjid pulak. Sabarlah... 
Harapnya perkara sebegini tak berlaku di masjid2 yg mana jemaahnya lebih educated. Malu lah, kalau setakat educated dalam pelajaran saje, tp bab2 paling ringan dalam solat berjemaah pn fail. No more words from me.. Fullstop.

Wednesday, 6 May 2009

Piss off!

I'll start my first paper this friday. Oh, my! The environment right now doesn't support my mood for the exams. I wish I could get rid of these disgusting people. The mess up kitchen, food stealing, pool-kind shower floor, dirty toilet.. All these stuffs make me wants to throw the temper to their faces! How grown up these PHDs.

Thursday, 25 December 2008

The boring world

My lappy got into trouble since last week. So boring having a life without it. And right now, having a chance to use Kak Ina's laptop, I thought it would be nice if I put something on this blog. I've been thinking of updating about my trip to Barcelona. There again, nothing much I could do with the lappy condition. Gosh, I hate this situation. Miss u my lappy.. and miss YOU much and much more my mister.. :(

Wednesday, 17 December 2008

Hakanai

Alhamdulillah.. I've done with my final exam for this semester.Grin One year ago, I walked out of the exam hall with heavy-hearted, thinking about not letting those stuffs in the exam hall go. It was such miserable feelings that day. Although, I don't wish to go back to that time. I believe, every single things that had happen makes me realize how much world offer me a lifeThumbsUp, a better life, even to you. I learn so much things from my past. Nobody regrets tomorrow, because we don't see the future, not even know how things exactly going to be. Thus, most of us regret the past, because ever since things happen in yesteryears, we always spot the mistakes, made us wish "if I can turn back in time.. I'll definitely change it"..Frown

Tuesday, 25 November 2008

Ketakutan Tak Terduga?

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Berkali2 saya beristighfar dan menyebut nama2 Allah. Berkali2 saya minta dikuatkan hati sebelum saya teruskan pembacaan saya.Frown Tentang apa? Sebelum saya jelaskan, ingin saya mulakan dengan sedikit mukaddimah. Pernah kalian terfikir kenapa al-Quran itu benar dan Bible itu salah? Kita tahu Quran benar kerana Quran adalah kalamullah. Tapi, apa bukti Bible itu salah? Saya juga sependapat dengan sesetengah pihak, bahawa kita perlu tahu makna kalamullah dan juga perlu baca Bible untuk tahu dimana salahnya Bible dan apa bukti dalam Quran yang menyangkal Bible. Akan tetapi, sampai waktu ini, saya belum berdaya untuk buat itu semua. Tak semua orang punya kekuatan untuk lakukan sesuatu yang saya kira agak hebat. Cuma malam ini, terdetik di hati saya untuk mencari sedikit fakta sehingga pencarian saya membawa kepada ketakutan ini. Saya bukan orang yang arif tentang agama, tidak juga tentang sains, jauh sekali untuk sebaris dengan ulama, tidak juga saintis! Semuanya bermula dengan ini;

Forwarded message in friendster : PLANET MARS TELAH MENUKAR ARAH PUTARAN DAN MENYEBABKAN MATAHARI DISANA TEBBIT SEBELAH BARAT JADI DIANGGARKAN SELEPAS MARS GILIRAN BUMI PULA JIKA ITU BERLAKU ITU ADALAH TANDA2 KIAMAT JADI HANTARKAN LAH EMAIL INI JIKA ANDA SEORANG ISLAM YG MEMPERCAYAI HARI KIAMAT MAKA ANDA AKN MENGHANTAR EMAIL INI KEPADA RAKAN2 ANDA SESUNGGUHNYA SESIAPA YANG MMBANTU SESAMA ISLAM MAKA PAHALA LAH HABUANNYA.


Jujur saya katakan, saya tidak suka mem-forward mesej2 sebegini. Jarang sekali saya berbuat demikian. Di awal pagi ini, setelah membaca mesej tersebut, saya cuba mencari apa2 teori, fakta, ataupun kajian untuk mengesahkan sejauh mana pernyataan ini adalah fakta yang betul. Alhamdulillah, kebenaran ditemui. Terima kasih kepada penulis atas pencarian anda yang amat2 membantu saya. Kejadian yang dimaksudkan di atas adalah berkenaan dengan satu fenomena semulajadi, iaitu peredaran songsang (retrograde motion). Info lanjut, sila klik di sini.

Tertarik dengan penerangan penulis, saya teruskan pembacaan ke tajuk seterusnya yang juga berkiatan dengan kiamat. Menarik! Saya teruskan lagi, sehingga menyentuh satu tajuk tauhid tentang kewujudan tuhan (boleh baca di blog tersebut sekiranya berminat). Seorang muslim - bukanlah penulis blog tersebut, (saya katakan dia muslim kerana dia murtad, jika dia beragama lain, dikira murtad ke?) mengisytiharkan dirinya murtad; menurutnya "ragu2 tentang benda yang saya tak nampak" - tuhan. Ragunya kerana tuhan itu tidak dapat dibuktikan dengan logik. Dia juga menyatakan bahawa kita (yang saya tafsirkan sebagai manusia) tidak perlukan agama dan nabi untuk tunjukkan pada kita yang mana betul dan yang mana salah, kerana kita punyai logik.LargeGasp Penulis tidak mengulas lanjut berkenaan topik berkenaan tetapi kembali menulis tentang itu pada entry seterusnya. Ulasan penulis berserta dengan analogi ringkas tentang penerangan+pendapat tentang kewujudan atau ketidakwujudan tuhan amat mencuri perhatian ThumbsUp saya. Alhamdulillah.. secara tidak sedar, ketakutan tadi hilang. Semakin banyak pembacaan saya, saya dapati muncul pula kebimbangan lain. Betapa cetek benar pengetahun saya tentang anutan saya dan tentang Pencipta saya (juga kita semua). Syukur. Sekurang-kurangnya saya sedar.Smile
Akal manusia sangat terbatas untuk memikirkan tentang semua perkara di alam semesta ini, terutamanya berkenaan zat yang kekal abadi, Allah.
Wallahualam.. Saya berterima kasih kepada penulis yang banyak memberi info kepada saya, juga kepada saudara yang menghantar mesej tersebut di friendster, juga yang terutamanya, syukur pada Allah, kerana menggerakkan hati ini, mencari sedikit ilmu.

Sunday, 7 September 2008

Tahun Nomad 2008

Salam kepada semua. Alhamdulillah, hari ke-6 Ramadhan berjaya ditempuhi. Sempena tahun nomad 2008, aku dah pindah lagi utk kesekian kalinye. X taw la bape lame tggl kat sini. Lupe nk mention.. aku skrg menumpang kat bilik Sara. Berapa lame, x taw laa.. tp mcm genap 2 semester jek. Bkn je tahun nomad, tahun ni jugak tahun penuh mencabar utk aku. Semangat kne teguh gile, utk menghadapi hari2 depan. Kalo pudar sket, igt mak ayah, adik2 sudah. Mesti terbakar balik, insyaAllah~ :D Orait~ Ade hal nk buat.. adios!

Tuesday, 2 September 2008

Rasa Macam Nak Balik


Tgk tiket murah mcm ni, rasa mcm nk balik raye je~ huhu. Alangkah bestnye kalo aku ade duit banyak skrg ni. Xde la wat mak riso. Nak balik sangat2. Nak raya ngan family. Xpe2, x yah bazir duit tu. Simpan utk kegunaan mase depan.. Tapi.. NAK BALIKKK!!!

Saturday, 26 July 2008

Tak Sama

Aku xde mood pon nk update blog ari ni. Siyes. Tp tangan gatal gak nk type. So, peduli hape ade mood ke x. Type je la bukan ssh pon. Smalam aku p airport. Anta Sara. Dia dah balik Malaysia. Dalam 3 jam lagi, dia sampai la. Aku dah duk sorg. Xpelah, Sara balik pon utk sebulan je. Sedih? Kalo ye pon, perlu ke aku ckp kat sini? (Ok, now I'm being a bit rude. But who cares?)

Sunday, 13 July 2008

Menunggu Jawapan

Salam kepada semua. Aku usha blog budak2 ni, sorg pon x apdet. Bosan btol ari ni. Nk tggu keputusan dr 'pihak tertinggi' pon, agak lame. Rase mcm tgh tggu keputusan dari mahkamah sama ada kne hukum gantung atau hukum penjara seumur hidup. Entahla.. Nasib semua orang x same. Aku pon sedar, bukan setiap masa, nasib kita baik. Ada kala, kejatuhan yang seseorang alami, akan beri dia semangat untuk berusaha jadi lebih baik dari yang terbaik. Siapa tahu, kan? Nauzubillah. Kepada kawan2 yg bace entri ni, harap korg apdet la blog korg. Ade gak tmpt aku nk merapu, kritik entri korg ke, ape ke. Kepada yg ada klas, fokus kat study korg, ye!