Thursday, 7 June 2012

Oreo Cake dengan Oreo Buttercream

Assalamualaikum,

Semalam, adik I buat kek - Oreo cake. Teringin sangat katanya lepas tengok iklan ice cream cake dari Baskin Robin tu. Cuma, versi yang adik I buat ni, bukan ice cream cake. 

Jom tengok apa bahan-bahan yang adik I guna untuk buat kek ni;

1 cawan butter
1 cawan fresh milk
2 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung serba guna
2 biji telur putih
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula
8 keping Oreo cookies
secubit garam
(untuk fresh milk tu, adik I guna Dutchlady saja)

inilah hasil kek yang my sister buat 


Cara-cara untuk buat Oreo Cake ni senang saja;

  1. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana tinggi. Sediakan baking tin.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam.
  3. Asingkan filling dari biskut Oreo. Kisar biskut Oreo tadi sehingga hancur.
  4. Pukul butter sehingga kembang dalam 3-5 minit dalam sebiji mangkuk 'mixer' besar. Tambahkan esen vanila dan fresh milk. Pukul sehingga bahan-bahan ini sebati dengan adunan.
  5. Tambahkan bahan kering (bahan ayak + biskut Oreo kisar) sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati - jangan terlalu lama.
  6. Masukkan gula ke dalam mangkuk. Pukul dengan kelajuan rendah selama 30 saat.
  7. Tukarkan mixer ke kelajuan sederhana dan pukul adunan selama 2 minit.
  8. Tambah telur putih. Pukul adunan untuk 2 minit lagi. 
  9. Tuangkan adunan ke dalam baking tin. Bakar selama 25-30 minit.
Senang, kan? :)

Untuk buat Oreo Buttercream filling, bahan-bahan yang diperlukan ialah;

1 cawan butter
1 sudu besar esen vanila
2 sudu gula
4 sudu besar susu segar (sejuk)
3 keping biskut Oreo

Apa yang my sister buat;
  1. Hancurkan biskut Oreo menggunakan tangan (tak perlu kisar).
  2. Pukul butter sehingga kembang.
  3. Masukkan esen vanilla dan gula sedikit demi sedkit. Pukul adunan selama 3 minit.
  4. Tambahkan susu segar (1 sudu pada satu-satu masa) sambil memukul adunan.
  5. Apabila adunan sudah kembang, gaul-dan-balikkan biskut Oreo (hancur) ke dalam adunan bersama fillings Oreo dari bahan kek. 
Untuk frosting, adik I buat frosting biasa je, guna fresh cream dan sedikit gula. Kalau taknak letak gula pun, tak apa. Kurangkan gula untuk elakkan penyakit, kan? :) Selamat mencuba!

FJ : Dah lama rasanya tak share recipe. Oleh sebab diri sendiri tak berapa rajin nak baking, makanya share recipe hasil kerja adik sahaja.

Personal comment tentang kek : Sedap, tapi kalau makan banyak, akan rasa muak. Mungkin sebab Oreo yang digunakan berperisa blueberry ice cream atau mungkin juga sebab frosting dan filling yg terlalu tebal. 
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)