Assalamualaikum,
Semua orang suka melancong. Siapa yang tak suka terokai tempat baru, jumpa ramai kenalan baru, hirup udara berbeza, kenali budaya masyarakat/bangsa lain dan merasa pelbagai jenis makanan yang belum pernah ditemui? Lagi best kalau dapat stay lama sedikit dan pelajari bahasa tempatan. Bukan apa, mudah untuk tujuan komunikasi.
[sumber] |
Bila sebut saja tentang percutian, travels mahupun honeymoon, dah semestinya perlukan modal dalam bentuk wang. Oleh hal yang demikian, perancangan yang teliti perlu dibuat supaya kita dapat menikmati percutian seoptimum mungkin, dalam masa yang sama, tidak membazirkan wang - dalam erti kata lain, semua kos yang diperuntukkan masih under budget. Kalau ikutkan, kebanyakan trip yang aku pergi dengan kawan-kawan, aku yang jadi planner. Makanya, boleh lah aku share serba sedikit tips berkaitan rancangan percutian secara amnya.
1. Pilih jenis percutian yang dikehendaki dan tujuannya
Sebelum menentukan berapa kos yang ingin diperuntukkan, penting untuk kita pilih jenis percutian yang diingini. Nak backpack di Australia? Honeymoon di Sabah? Shopping di Orchard Road? Leisure trip around Europe? Road trip di Amerika Syarikat? Trip fotografi di Atlantic Forest South-East Reserves? Setiap trip, perlu ada tujuan. Lainlah, kalau anda merupakan anak hartawan ternama dunia yang saja-saja nak buang duit.
2. Tentukan range bajet anda
Sebab apa aku letak range? Ada ketikanya dalam trip kita, berlaku perkara-perkara diluar perancangan - penting jika anda tahu yang anda adalah lousy planner. Jadi, amat penting untuk kita sediakan contigency plan, yang mana, duit adalah salah satu elemen di dalamnya.
3. Pilih tempat yang sesuai dengan bajet dan tujuan percutian.
Bila dah ada range bajet, barulah boleh pilih tempat yang sesuai. Jika bajet berbulan madu pun dah ciput, takkan nak pilih Mauritius pulak, ye dak? Lagi satu, kalau dah tahu nak berbulan madu, takkan nak pergi panjat Gunung Kinabalu. Haaa, nampak tak apa kaitan point 1 dan 2? :)
4. Early booking
Katakanlah trip anda memerlukan anda untuk tempah flight tickets, tempah hotel, tempah transport (kereta, tiket bas, day tickets, etc), silalah tempah awal-awal! Tempahan awal memudahkan anda untuk buat perancangan seterusnya, jimatkan masa sewaktu dalam percutian, dan paling penting, jimat duit.
5. Buat research
[sumber] |
Secara jujurnya, aku katakan, kalau nak jimat banyak duit dan dalam masa yang sama mengoptimumkan percutian, anda mesti rajin buat research. Kaji lah sikit pasal tempat-tempat menarik di sekitar kawasan yang anda hendak tuju, aktiviti menarik yang bole dibuat, jenis-jenis pengangkutan yang ada, tempat-tempat penginapan yang bertepatan dengan bajet dan tempat-tempat makan yang sesuai serta memenuhi citarasa anda. Masukkan semuanya dalam itinerary. Kalau ada saudara atau sahabat yang sedia untuk tumpangkan, boleh cut cost untuk penginapan. :P Sekarang kan internet ada dimana-mana. Manfaatkan teknologi sebaiknya.
6. Potongan harga?
Sesetengah tempat yang anda akan tuju, mungkin memberikan potongan harga untuk tujuan promosi. Jika anda seorang pelajar, sertai aktiviti yang membolehkan anda mendapatkan potongan harga melalui students ID anda. Jika anda bercuti bersama keluarga, semak jika anda boleh dapatkan potongan harga (atau boleh dapat secara percuma) untuk anak-anak. Menurut pengalaman aku, di sesetengah tempat/negara yang aku pergi, ada yang bagi potongan harga untuk group train tickets, group theme park tickets, student visitors dan tempat makan. (Nanti, kalau rajin, aku cuba buat satu entry untuk contoh-contoh tempat yang bagi discounts secara lebih terperinci)
7. Sediakan cash secukupnya
Jangan bawa cash dalam jumlah yang terlalu banyak. Kalau boleh withdraw duit sewaktu melancong/bercuti, itu lebih baik. Jika melibatkan currency exchange, tukar awal-awal untuk jumlah yang diperlukan sahaja dan selebihnya boleh guna credit cards - lebih menguntungkan kalau exchange dengan money changer dari bank-bank.
8. Cuba patuhi perancangan anda
Stick to your plan. Aku ulang, stick to your plan! Melainkan, anda terpaksa ubah perancangan disaat-saat akhir atas sebab kritikal. Penat-penat rancang, takkan tiba-tiba tak nak ikut, kan? Kegagalan anda mengikut perancangan boleh menyebabkan peningkatan kos yang tinggi.
9. Bawa barang-barang dan dokumen yang diperlukan.
Kalau ke luar negara, mestilah perlukan passport. Tak ada passport, macam mana nak fly? :) Semak juga jika anda mungkin perlu memohon visa pelancong. Bawa pakaian yang mencukupi. Lebih baik jika anda mampu meminimumkan barang yang dibawa. Bila pergi melancong, mesti nak bawa balik souvenirs, kan? Akan tetapi, jangan lupa untuk bawa kamera/video kamera bersama!
10. Relaks
Merancang trip sendiri memang memeningkan. Anda perlu bersabar dan relaks. Jangan push too hard. Ambil masa untuk buat kajian. Untuk trip berkumpulan, apa kata ajak satu atau dua rakan lain lagi untuk sama-sama buat planning. Boleh bahagikan tugas. Jika perlu, biar ada selang masa sewaktu merancang. Bukan apa, bila dah penat merancang, nanti semasa melancong, anda pula yang tidak seronok.
Itu sahaja dari aku. Semuanya berdasarkan pengalaman peribadi. Jika tips yang aku berikan tak sesuai, janganlah ikut. Hehe. Ada banyak juga blogs atau travelblogs yang berikan tips percutian yang bagus. Rajin-rajinlah buat research sikit. Selamat merancang!
FJ : Rindu nak jalan-jalan dengan kawan-kawan.
Post a Comment
Have something to say? ;)