Assalamualaikum,
Semalam, aku temankan adik perempuan aku untuk temuduga kerja dia yang pertama. Sesi temuduga itu diadakan di Ri-yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Secara jujurnya aku cakap, lawatan ini merupakan lawatan pertama aku ke Pulau Duyong. Tak sangka pula yang Ri-yaz Heritage sebenarnya cantik dan luas kawasannya.
Lobi - Ri-yaz Heritage Marina Resort &Spa |
Salah satu perkara yang menarik tentang resort ini ialah, Ri-yaz Heritage merupakan penganjur kepada pertandingan kapal layar antarabangsa terkenal, Monsoon Cup sejak tahun 2005. Jadi, kalau pengunjung berhajat untuk melihat sendiri pertandingan berprestij ini sambil merehatkan badan, Ri-yaz Heritage adalah sebuah lokasi pelancongan yang sesuai.
Aku memilih untuk membuang masa (menunggu adik ditemuduga) di ruang lobi resort ini. Seronok juga sebenarnya duduk di lobi, sebab tiupan angin dari laut sangat menyamankan. Walau pun bahang mahatari panas terik, tak terasa cuaca panasnya. Kalau lama sangat duduk, boleh tertidur! Tak hairanlah kenapa lobinya diletakkan di tepi laut.
Monsoon Lounge, berhadapan dengan lobi |
Oleh sebab aku belum pernah menginap di sini, maka amat terbatas sekali review yang aku boleh buat tentang resort ini. Yang ketara pada pandangan mata aku, pihak pengurusan resort ini sangat-sangat mementingkan kesederhaan kepada staff-staff mereka. Maksud aku, dari segi penampilan mereka. Nampak sangat yang pihak pengurusan tidak terlalu cerewet. Front Office staff berpakaian sopan. Tiada kelihat seorang staff pun yang berpakaian keterlaluan. Lagi satu yang aku suka tentang pakaian mereka, mereka mementingkan ciri-ciri ketimuran. Ada staff yang memakai baju ala songket dan sesetengah staff memakai plain kemeja dengan sedikit motif batik. Mereka juga ramah dan tak mengada-ngada (tak ada lah yang datang halau aku, walaupun aku bukan tetamu di sana).
Walau bagaimana pun, aku berpandangan bahawa, agak kurang sopan jika aku merayau-rayau ke sana sini dalam kawasan resort sambail mengambil gambar, sedangkan aku bukanlah tetamu di Ri-yaz Heritage. Oleh itu, tak banyak gambar yang dapat aku kongsikan di sini. Gambar chalet-chalet, lagi lah aku tak ambil.
FJ : Kalau lawati laman web Ri-yaz Heritage, ada pelbagai promosi untuk pengunjung. :) Nak idea pelancongan lain? Jom tengok sini.
Post a Comment
Have something to say? ;)