Saturday, 17 March 2012

Tips : Perkara-perkara kecil yg diremehkan oleh para peniaga

Assalamualaikum,

Aku percaya, di kalangan kita, ramai yang bercita-cita untuk ada perniagaan sendiri. Tak kurang juga yang memang dah punya perniagaan yang diidam-idamkan. Kecil atau besar, belakang cerita. Yang penting, perniagaan itu, mendatangkan keuntungan dan kepuasan. 

Akan tetapi, adakah kita masing-masing sedar akan kepentingan perkara-perkara kecil yang menyumbang kepada perubahan besar dalam perkembangan bisnes? Mungkin juga kita tak cukup prihatin untuk mengenal pasti aspek penting ini. 


Susun atur barang dan perabot

Ya, susun atur perabot dan produk atau bahan niaga penting dalam menarik minat pelanggan. Tak kira apa jenis perniagaan; kedai makan, supermarket, kedai aksesori telefon, toko buku atau butik pengantin, memerlukan susun atur barang yang sesuai di dalam kedai. Tujuannya? Memudahkan pelanggan untuk mencari barang, membuat pemerhatian, memilih dan membayar harga barang. Paling penting, pelanggan rasa selesa dengan persekitarannya. Selain tu juga, susun atur yang kemas juga memudahkan kita sebagai peniaga untuk memberikan khidmat terbaik untuk pelanggan. Lagi satu, jgn lupa mengutamakan keselamatan kita, staff and pelanggan. Jangan syok sendiri je susun perabot sane sini. :P

Wang kecil

Jangan pernah lupa untuk sentiasa sediakan wang kecil di mesin wang kedai anda. Aku belajar dari ayah tentang hal ini. Jangan sekali-kali kenakan constraint kepada pelanggan ketika mereka buat bayaran. Maksudnya? Hurm.. Pernah pergi mana-mana kedai, yang bila anda perlu bayar barang untuk harga RM9.20, kemudian, si cashier tanya, "ada 20sen tak?". Ya, itu maksudnya. Kalau pelanggan hulur note RM10, bagi baki 80 sen. Kalau pelanggan hulur note RM50 sekali pun, pulangkan saja baki RM40.80. Kenapa? Pelanggan akan mudah annoy bila kita minta wang kecil dari mereka. Lagi-lagi kalau mereka perlu bergegas ke tempat lain selepas membuat bayaran. Jika kita sendiri yang jadi customer sekali pun, bila diminta untuk bayar dalam jumlah wang kecil, akan terganggu juga mood kita untuk berbelanja di tempat yang sama lagi. 

Latihan pekerja

Pastikan staff yang kita gaji diberi latihan serba sedikit tentang perniagaan yang kita jalankan. Pekerja perlu tahu tentang skop kerja mereka, produk-produk yang dijual dan cara melayan pelanggan sewajarnya. Penting untuk staff mempunyai pengetahuan tentang produk yang diniagakan supaya tidak berlaku salah faham dalam pemberian maklumat berkaitan produk. Aspek ini juga berkait rapat dengan aspek pertama dan kedua yang telah dibincangkan. Latih pekerja untuk tahu akan susun atur barang dan cekap dalam menguruskan bayaran pelanggan. Sebagai pemilik kedai, jangan lupa sesekali ingatkan pekerja tentang apa yang anda mahu mereka deliver kepada pelanggan. 

Tanda harga

Tanda harga perlu bersesuaian dengan produk/barang niaga dan mestilah sentiasa di kemas kini. Kalau jual barang runcit, biar sampai semua barang bertanda harga. Buku, tak risau sangat, sebab biasanya buku-buku memang dah sedia ada harganya di kulit belakang atau depan. Kedai makan? Di menu anda dan di papan senarai harga di ruangan yang sesuai pada dinding kedai. Jangan sampai pelanggan perlu bertanya untuk mengetahui harga sesuatu barang yang mereka kehendaki. Sesetengah pelanggan mungkin tidak senang untuk bertanya. Sesetengah mereka juga, mungkin tidak akan kembali ke kedai anda lagi kerana kesukaran mereka meramalkan jumlah harga barang ketika berbelanja.

Jika selama ini anda rasa anda tidak menitik beratkan aspek-aspek ini, apa kata kalau cuba tips ini. Mana tahu, hal-hal kecil sebegini memberi impak dalam perniagaan nanti? :)

FJ : Harap membantu serba sedikit. Aku tulis entry ni sbb aku geram dgn layanan yg aku terima dari peniaga, terutamanya peniaga melayu. Kecewa betul dgn cara mereka ni berniaga. Kalau tak nak berniaga, tutup je kedai tu. 

2 comments:

Have something to say? ;)