Thursday, 15 March 2012

Rawatan tradisional di hospital

Assalamualaikum, 

Pernah dengar psl rawatan tradisional kt hospital? Dlm apa yg bakal aku ceritakan kt sini, skop hospital itu dirujuk kepada hospital kerajaan (tanpa ada apa-apa kaitan politik). Dulu, pernah la dengar psl wujudnya rawatan tradisional ni kt hospital2 kerajaan. Cuma, xde la nak kisah sgt.. Smpi lah, mak aku sendiri yg terima rawatan di Unit Rawatan Tradisional & Komplementari di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Mak tu, x berapa sihat. Lepas berbulan-bulan (mungkin jugak 2 thn) terima rawatan fisioterapi, once every 2 weeks, mak decide utk stop fisio. Dia nk cuba akupuntur - lepas di-recommend oleh pakar kt HSNZ. Out of 10 session yg mak kne attend, 2 dah abis. 

masuk je kt sini rasa nusantara sgt
Setiap sesi, lebih kurang dlm setengah jam. Sesetengah pesakit mungkin akn ada 'after-treatment-effect', contohnya mengantuk. Well, mak aku dpt effect tu. 30 mins atau sejam lepas rawatan, dia akan mengantuk sgt2. So nasihat aku, kalo pegi buat rawatan, pastikan berteman. Bukan apa, bahaya pulak nak drive. 
Journey dari rumah ke HSNZ makan masa lebih kurg 2 jam. Cukup jauh untuk pergi ulang-alik ke hospital utk rawatan setiap hari - menurut staff di unit tu, rawatan akupuntur ni lebih efektif kalo jarak selang masa antara rawatan adalah dekat. So, mak aku mintak utk buat rawatan tu, once weekly. Cuma sbb mggu ni cuti sekolah, dpt lah dia pegi buat 2 kali, utk mempercepatkan tempoh abes kesemua 10 sesi treatment tu. 


Selain akupuntur, ade jugak rawatan urutan tradisional melayu utk pesakit2 yg memerlukan. Ade jugak rawatan utk ibu2 yg baru lepas bersalin. Dorg panggil 'amalan perubatan tradisional melayu dalam penjagaan ibu selepas bersalin'. Jadi, x payah nk berbidan-bidan kampung sgt la kan. Info paling penting, bukan semua hospital ada unit rawatan tradisional ni. Antara hospital yg sediakan perkhidmatan sedemikian selain HSNZ ialah Hospital Putrajaya, Hospital Umum Sarawak, Hospital Kepala Batas (Pulau Pinang) dan Hospital Sultan Ismail (Johor Bahru). 

FJ : Aku rasa, mungkin unit ni perlu dibuka pada hujung minggu, atas dasar tuntutan kekerapan rawatan yg membantu kepada kesan positif utk pesakit. Utk gantian cuti staff, kasi la dorg cuti mana2 hari yg sesuai dlm weekdays. 

No comments:

Post a Comment

Have something to say? ;)