Sunday, 31 October 2010

Something new on facebook and i like it!!

Ok, have you guys notice the new thing in facebook? I'm not sure myself if this is a new feature or I'm the late noticer. Orait, let see what it's about.

see the 'see friendship' link?
Instead of 'see wall to wall', you'll have 'see the friendship'! Click 'see friendship', and you'll see how awesome it is! I mean, you can read all the wall posts between you two, the photos, the comments and things both of you like! While browsing the photos, I realized how much I miss all those moments. 

Saturday, 30 October 2010

Bridge or Compact? Make a wise decision!


Sudah banyak hari saya memikirkan soal ini. Awal-awal dulu, pernah juga sampai tak lena tidur dibuatnya. Malam semalam, sekali lagi tidur saya diganggu. Oh ya, sebelum anda semua membuat andaian yang bukan-bukan, ini semua gara-gara kamera. Rancangan asalnya, saya berhajat untuk membeli dslr camera. Minat dengan model canon 550D, 500D atau 450D. Bersungguh-sungguh baca reveiw dari bermacam-macam website dan tanya pendapat kawan-kawan terutamanya pengguna dslr. Dslr perlukan modal yang besar, takkan nak beli macam tu je, kan. Nasihat 2 orang rakan tentang dslr buat saya tukar fikiran. Kata mereka, kalau minat terhadap fotografi sangat-sangat mendalam, belilah dslr. Kalau suam-suam kuku, baik tak payah. Nanti akan menyesal kemudian hari.

Modal yang dilabur banyak
Kehendak nak tukar lens - perlukan modal lagi
Agak berat (weight wise)

Saya sendiri tak pasti sejauh mana minat saya terhadap fotografi. Yang pasti, tak adalah sampai nak dijadikan sumber pendapatan. Jadi, saya beralih kepada model lain. Tumpuan saya masih pada canon. Saya tertarik dengan model Powershot sx30 is. Model ini tergolong dalam kategori bridge camera. Mempunyai function dan body shape yang hampir sama dengan dslr, tetapi tidak ada feature interchangeable lenses - lens tak boleh tukar-tukar. 

Canon PowerShot SX30 IS
Seorang kawan ada recommend-kan beberapa model yang lain, compact dan bridge camera. Antaranya, Samsung nx100, Panasonic Lumix lx5, Canon Powershot s95, dan Canon Powershot G12. Ada juga yang recommend Canon Ixus 1000 HS. Semalam, saya pergi JESSOPS. Tengok-tengok dan cuba-cuba model camera yang kawan-kawan cadangkan, dan sx30 is yang dah menawan hati. Kamera ni, agak berat juga 601g. Kelebihan ketara model ini terletak pada kebolehannnya untuk optical zoom - 35x optical zoom dengan 4.5 stops lens stabilizer, plus 4x digital zoom. Kualiti gambar juga memuaskan. Range untuk focal length sx30 jugak agak besar. Menarik, kan? Jatuh hati pandang pertama. Ececeh~ Tapi, bila tengok balik other features, sx30 is taklah menyerlah sangat dan tak jugak ketinggalan sangat. Model baru la katakan.

Panasonic Lumix LX5
Saya sebenarnya tidak biasa dengan camera Panasonic. Tak pernah cuba-cuba pakai pun sebelum ini. Tapi, function Lumix lx5 taklah serumit yang saya sangkakan. Ok, biar saya maklumkan awal-awal disini. Saya bukannya pandai sangat pasal kamera atau fotografi. Saya tak boleh nak recommend mana-mana kamera yang bagus untuk sesiapa. Cuma, saya dapati Lumix lx5 agak menarik juga dengan 10.1 megapixels CCD sensor. Lebih ringan (233g) berbanding Canon sx30 is. Mungkin zoom function nya x sehebat Canon sx30 is, namun model ni punya up until 12800 pixels ISO sensitivity! - sangat bagus untuk low light surrounding. Boleh letak external flash juga kalau mahu. Video output dia pun agak cun juga - 1080i (boleh buat HD movie you!). 


Samsung NX100
Samsung nx100 (_ _). Terus terang saya katakan, waktu rakan saya tunjukkan montage tentang nx100, air liur agak meleleh juga. Terliur dibuatnya nak beli camera secanggih ini. Model ini dilengkapi filtering function - jadi kamu tak perlu untuk susah payah filter gambar (editing) lepas snap. Boleh filter siap-siap sebelum ambil gambar, dan boleh tengok hasilnya terus di kamera anda. nx100 ada 3 jenis lenses - 2 standard (18-55mm & 20-50mm) dan 1 tele (50-200mm). Kawan saya cakap, ada yang 20-50mm tu pun dah cukup. Tapi saya yakin, di kemudian hari, mesti nak beli lenses yang lain jugak, kan? ISO sensitivity? 6400 is quite enough for your low light moment. Dari segi berat? 340g without lens. Semua features atas kertas memanglah menggiurkan. Bila saya pegang dan cuba-cuba, agak terkial-kial juga. Tak berapa faham kamera Samsung, kot. Setakat yang saya sempat cuba, kualiti gambar dari nx100 amat memuaskan. 

Canon Powershot S95
Di JESSOPS, saya tak berpeluang untuk 'bermesra' dengan s95. Dia tengah 'tidur' (takde bateri). So I didn't have the opportunity to play around with this baby. Obviously, camera ini compact in size (can fit your pocket) dan ringan - 193g. Focal length range s95 x jauh beza dengan G12. Dari segi ISO sensitivity, saya beranggapan, pemilik atau pengguna kedua-dua G12 dan s95 boleh 'berkarya' dengan lebih kreatif dengan flexibility ISO yang ada, dari AUTO ke 3200 pixels. Entah kenapa, saya tak berminat dengan model ini.



Canon PowerShot G12
Ouh, ouh, bila saya tengok video kat atas tu, saya macam tertarik juga dengan G12. By the way, G12 is a great camera, and when I asked everyone about this baby, macam semua orang suka dan highly recommended. G12 ada range yang sangat besar untuk recording image size. Ouh, this entry is taking forever! 

Saya tahu, saya dah banyak melalut. Entah betul, entah tak apa yang saya inform ni, kan? Jadi, untuk pembaca yang mahukan bukti yang lebih kukuh, dan specifications yang lebih meluas tentang 3 camera canon yang saya perkatakan di sini, boleh rujuk gambar di bawah. Saya sedia maklum, tulisan dalam gambar tu kecik je, dan ia hanyalah sebahagian kecil dari snapshot keseluruhan page. Jadi, apa kata anda semua click the picture to enlarge :)


So far, I've narrowed down my choices. It's definitely going to be Canon :P Either the sx30 or G12. Bila mana saya tanya sesiapa pun, mereka akan jawab "G12! G12!". Should I choose G12? I'm dying to buy the camera. Help me out guys!


Cuti-cuti Cinta - Movie Trailer



Someone told me to watch the trailer of this movie. Kinda funny. Definitely will check out the movie. Yuhoooo!

Tell me goodbye by BigBang

I love this song from bigbang. It got soul you know. I mean, you can feel the sadness even though you don't really understand the language (Japanese in this case). Enjoy!




Letting you go… (here’s somebody…)
Letting you go… (here’s somebody…)
Yo I got this, yeah
Still thinking about this thing alot
You got me shaken up
(Please tell me there’s a way)
And it got my head just spinnin’ round round round round
(Please tell me there’s a way)
Don’t wanna take a fall
It’s best to break it up
It’s gonna be better for you, move on
(Please tell me there’s a way)
Uh huh we break it break it
Or thought we make it make it
And now we cover it up
Girl I swear kimi no koto wo ichibyou demo
Kanashi masenai yakusoku
Mamoru tame ni wa mo obore shita
Erabu michi wa nai kara
Baby aishita bundake kizutsukete shimau
And I’ve got nothing, nothing to say
Tell me goodbye, tell me goodbye
Dakishimeta te wo
Tell me goodbye, tell me goodbye
Hanasou
Boku wo wasureru koto ni jiyuu ni naru nara Baby
Tell me goodbye, tell me goodbye
Girl you know kimi ga egao wo naku shitaku hodo
Boku wa jibun mo semeru yo
Nego sameru kotoba mo hikari sae mo
Nanimokamo miushinau
Baby kono kuchibiru ga hanareta shunkan ni
I’ll never find better, better than you
Tell me goodbye, tell me goodbye
Dakishimetate wo
Tell me goodbye, tell me goodbye
Hanasou
Soba ni iru koto dake ga yasashisa janai to Baby
Tell me goodbye, tell me goodbye
Yo and it’s so, so
Sad it just ain’t happening
Wish it could be better
Sorry to be scrapping
But I just can’t let ya
Shouldn’t be less than happy
I said look at me
I couldn’t live with myself seeing you lacking
The things you deserve
Baby you was a part ?
Must believe that it hurts
That lead this world
I feel the aching through my body
It just takes a bigger part of me
To be let you go
I wish that one soul
Kimi no koe setsunaku fade away… Away-ay-ay-ay
Kaze ni kakikesarete yuku stay… Stay-ay-ay-ay
Kore ijou wa I can’t take it, sono namida don’t cry for me
Kimi no tame never look back again
Tell me goodbye, tell me goodbye
Dakishimeta te wo
Tell me goodbye, tell me goodbye
Hanasou
Soba ni iru koto dake ga yasashisa janai to Baby
Tell me goodbye, tell me goodbye
Tell me goodbye

Friday, 29 October 2010

Pasar jual bf, ade? | Entri lawak di malam hari.


Hahaha. Ini bukan entri pathetic, oke! Tadi, di TWITTER, aku dan adik-adik final year ada berdiskusi tentang bf - boi-friend, boyfriend, buayafriend, atau apa-apa saja yang kamu panggil. Seorang suruh aku cari, seorang suruh aku relax. Aku jawab;
kalau bf tu ada jual kat pasar, kak wan beli dah
Saja-saja aku melawak dengan mereka. Suasana agak riuh di timeline twitter aku, sebab tweet aku. Bermacam tweet balas yang aku dapat dari adik-adik final year. Kata mereka, kalau ada pasar sedemikian, dah ramai yang beratur untuk beli. Ada juga yang kata, boleh pilih-pilih dan bawa balik saja. Macam teddy bear, luah aku dalam hati. Lalu aku bayangkan kewujudan pasar itu. Tak berapa jelas untuk aku gambarkan kat sini. Ada deretan lelaki-lelaki berpakaian sopan dan kemas, berdiri gaya macho atau duduk di kerusi-kerusi yang ada di pasar itu. Mungkin ada sedikit kesamaan macam scene dalam filem P. Ramlee, 3 Abdul, tolak cara pakaian mereka :P Mungkin juga seperti pasar-pasar biasa. Cuma, pasar ini, tak perlukan meja dan barang jualan lain. Cuma, tak make sense la pulak, peniaga-peniaga tu jual diri sendiri, kan? Oke, cut this one out

Scene dari filem P Ramlee, 3 Abdul

Aku faham, kalian ada cara imaginasi kalian sendiri. Bayangkan pula, kalau pasar itu adalah 'pasar batu', maksud aku shopping mall. Ada butik yang jual bf. Bila ada sale? Hahahaha.. Kalau di Malaysia, mega sale, UK pula, waktu boxing day. Aku agak, kalau lah betul-betul ada, bf-bf ini akan mempersiapkan diri mereka sebaiknya untuk tunggu mega sale dan boxing day. Jaga muka, appearance, etc. Mana tak. Waktu macam ni la kedai-kedai biasanya habiskan stok. Kalau tak laku, mahu kena gelak dek bf lain yang dah disambar? Aku kira, kain baju di kedai, kalau mereka boleh gelak kat kain baju yang tak terjual, dah lama retailer shops bingit dengan bunyi gelak ngeri mereka. Tahap imaginasi aku kronik malam ini. Sangat menakutkan.

Maaf. Tak berniat untuk memperkotak-tinkankatikkan sesiapa. Sekadar entri menghiburkan diri dan rakan-rakan pembaca serta pelawat. Tidak berniat untuk offense sesiapa, apa pula menghina opposite gender. Jika ada yang tersinggung, sekali lagi maaf dari aku. 

*********

Musim luruh datang lagi. Seingat aku, ini adalah musim luruh ke-5 aku di sini. Tiada lagi musim luruh untuk aku selepas ini. Pada aku, musim luruh circulate perkara atau kejadian yang sama dalam hidup aku. Permulaan semester baru, scenery yang cantik walaupun ada waktu gloomy dan windy; daun kekuningan luruh, pokok-pokok mula botak tak berdaun, dan banyaknya burung yang berterbangan. Dan ada satu lagi perkara yang sama berlaku bila tiba musim luruh. Tak perlu aku beritahu di sini. Terlalu peribadi. Dah kat atas tu, melawak, sekarang serius semacam kenapa? 

Siang tadi, sempat ke Kingston. Melaksanakan niat yang dah 4-5 hari aku simpan. Sambil-sambil itu, sempat juga ambil gambar autumn scenery from Kingston Bridge. Cantik. 




FJ : Jika ditakdirkan akan ada musim luruh sekali lagi untuk aku, aku harap semua kesamaan itu tiada lagi. Atau sekurang-kurangnya yang satu itu. Happy autumn everyone. :)

Group$More is giving out discounts for students!!

Calling all students in Malaysia!!

This is exciting really. Group$More is giving out more than RM390,000.00 worth of cashback tokens for students to do exciting things every week! This is on top of the discounts they giving out, up to 90% which you get once you've become the member. What's the catch?
  • Full day ice skating at Pyramid Ice only for RM4* 
  • Hair make over at Peek-a-boo for RM16*
  • Archery with your friends at Stars Archery for RM6*
  • 6pcs of cupcakes at Cupcake Chic for RM11.50*
and so many more lining up this week for the whole year! Now, why da you have to wait more, again? Check out the stuffs and how to get the token (++dicsounts) here! Have fun!! 

*price after your student savings

Thursday, 28 October 2010

Silent words



Ladybird 1 : Would you grow old with me?
Ladybird 2 : Sure, my love.

FJ : I have no idea how ladybirds look like when they're old.

Teaser : Should I call the other one Menbird? :P

Modal 2 hari setengah tak berhasil | IRIS (Kdrama)

Sangat dikuasai oleh emosi sekarang. Hurmm. Dah 2 hari setengah aku laburkan masa aku, sampai sanggup untuk tidur lambat, semata-mata sebab nak habiskan tengok drama IRIS (Kdrama) cepat-cepat. Mula-mula tengok, dah suka sebab cerita tu tak macam drama korea yang pernah aku layan sebelum ni. Background dia tentang high intelligence agency. Genre drama ni kiranya part romantic part action lah. Ada similarities dengan 1 american action tv series, Alias. 



Bila syok melayan drama ni, ada pasang niat jugak nak tulis review. Story line dia menarik, dan barisan pelakon yang dipilih pun tak mengecewakan dari segi mutu lakonan mereka. Akan tetapi, ending dia sangat mengecewakan bagi aku, dan aku boleh jamin 90% audiences lain pun setuju dengan aku. Another 10% tu, mungkin dorang takde perasaan kot. Oleh sebab ending drama ini sedemikian, aku putuskan untuk tak tulis review. Buat apa nak review panjang2 (maklumlah, kan drama) sampai kena ingat balik synopsis tapi berakhir dengan kesedihan. Aku tak berapa faham kenapa ending drama ni mesti macam tu. Untuk korang yang mungkin berminat nak baca synopsis drama ni, sila lah ke wiki drama. (Even so, I believe they didn't provide the full synpsis) Aku sediakan link je. Korang tengok lah. Putting the ending aside, I'd like to give 4.5 stars (over 5) for this drama. 


According to some resources, the sequel for this drama, IRIS 2, is scheduled to air in October 2011. The main stars, Kim Tae-hee, Kim So-yeon including Lee Byung -hun who was shot at the end of the first series will return. I wonder, how IRIS 2 will be all about and how those two main characters end up. Malas berharap. *emosi lagi* 


Tuesday, 26 October 2010

Ini Entri Peribadi | Jalan2 dengan kawan2!


Dua hari yang lepas, Ili dan Aliff turun London. Berjalan sakan jugak kitorang. Tengah hari itu, kami gather kat London Waterloo Station. Lepas contact Eddi, kami gerak ke destinasi pertama, yang tak berapa jauh dairi Waterloo. Mula-mula ke Covent Garden, sebab Ili ada appointment di Apple Store Covent Garden. Appoinment pukul 1. Kami yang terlebih punctual, sampai awal la plak. Maka, merewanglah kami di sekitar Covent Garden Market. Ade cookies stall yang jual the best cookies (kata Aliff) kat situ. Oleh sebab Aliff sungguh2 recommend, kami beli lah.


Ben Box from Ben's Cookies


Pukul 12.15 tengah hari, kami start jalan di sekitar kawasan Covent Garden tu untuk cari Apple Store. Tak nak lah nanti terlambat, kan? Jumpa! Dah alang2, takkan nak tunggu Ili je masuk dan kami tunggu di luar store, kan? Haha. Aku ni bukanlah peminat Apple. Satu gajet keluaran Apple pon aku tak ada. Jangan nak sebut Macbook Pro atau Ipad, Ipod paling cikai tu pon aku tak ada. Pun begitu, dah banyak jugak Apple Store yang aku masuk kat UK ni. Saja melihat2, kadang2 temankan kawan2. Apple store kat Covent Garden adalah store yang paling best yang pernah aku masuk! Ada upload sekeping gambar dalam store tu kat facebook, dan sorang kawan aku komen dia ckp "ye ke tu apple store? mcm library je!". Come on. Buat apa nak tipu. Ni cerita betul, bai. Siap ada workshop lagi kat situ. Dorang buat demo untuk Apple dummies, jawab semua kemusykilan yang bersarang di benak kita tentang product Apple. Memang terbaik! Staff2 kat situ pun bukan main friendly dan tekun buat kerja. Siapa la yang tak enjoy, kalau tiap hari asyik kerja dengan ipad, ipod dan macbook! 


 Ili

 ni gambar yang dikatakan macam dalam library tu

the 'library' staffs.. haha

Dah settle semua hal (termasuk Aliff yang tanpa diduga dapat iphone baru to replace iphone dia yang rosak wifi function), kami gerak ke Paddington. Kenapa? Untuk makan! Makan free pulak tu. Restoran Satay House ada buat open restoran. Semua pelanggan dapat makan free~ Yuhuuu! Disebabkan masing2 lapar, jadi tak ada siapa pun yang bother untuk angkat camera dan snap gambar while dining. Maaf diatas kelaparan kami. :)

Kami kemudian ke Soho, (Lomo + photography) Lomography Gallery Store. Ili punya pasal lah ni. Kami turutkan saja. Mula-mula ingat kedai tu boring gile. Rupanya, best! Siapa sangka, kan? Penggemar Lomography mesti dah biasa dengan kedai ni. Aku tak berapa minat dengan Lomo. Kata Ili, Lomo beri lebih banyak kepuasan berbanding dslr. Mungkin benar. Hasil photography dari Lomo memang memberansangkan!


@ Soho, Lomography Gallery 

Aliff with one of the Lomo.. Pink you! 

the wall of lomography

Dari Lomo, kami ke Hard Rock Cafe pula. Aku ngan Ili tak ikut pun. Aliff dengan Eddi je yang pergi. Ili ajak aku 'shooting' kat park. Memang takde kerja! Ili kata, ni autumn terakhir dia. Betul. Untuk aku jugak. Autumn terakhir. Macam sedih je, kan? Jadi, aku layankan saja lah Ili nak ber-posing di situ.

autumn Lomo


Dalam hujan renyai, kami bertolak balik ke rumah masing-masing. Happy. Dah lame tak menggila. Bila jumpa Eddi, Aliff & Ili, ada peluang menggila. Hope to do it again some other time guys! :)

FJ : Kalau kat UK, Apple Store terus akan ganti product baru on the spot bila kita bawa product Apple yang dah rosak ke mana-mana store mereka. X perlu bawak resit ke ape. Cuma bawa product yang rosak tu sebagai bukti. Macam kes Aliff, iphone dia dah out of warranty kot, still dpt new replacement. Best, kan? Kalau kat Malaysia macam tu jugak ke? Hurrmm.. 

Monday, 25 October 2010

Contest Mortar Board : The Beauty in Ugly

The Beauty In Ugly menawarkan hadiah yang lumayan untuk Contest Mortar Board barunya! Jadi, saya dengan berbesar hati dan harapan ingin menyertai contest tersebut.



Walaupun saya dah hampir 4 bulan graduate, tapi itu tidak bermakna saya sudah terlewat untuk menyertai contest ini. Kenapa ye? Sebab temanya ialah graduasi. Jadi, saya sertakan di sini 1 gambar pada hari graduasi saya. (Mungkin gambar ni bukan yang terbaik, tapi saya sangat sukakan expression kami - we did silly things a lot!)

see.. the silliness is coming! 

Tag : Daoz, Danial

FJ: Graduation Day was another sweet day in the history my life. The day has passed, but the memories remain. :)

Sunday, 24 October 2010

Saturday, 23 October 2010

Hilang fokus


Saya perlu siapkan kerja tertangguh. Tak banyak. Cuma masih belum mula. Semacam ada halangan, bukan? Betul. Fikiran tidak berpusat sekarang. Dengan sakit perut, dengan bermacam benda lain yang menerjah. Benda. Bukan orang. Perlu tidur sekejap untuk hilangkan gejala ini? Mungkin juga. Sekarang waktu maghrib. Tak elok tidur. Baiklah, fikirkan alternatif lain. Makan, mungkin? 

Ada entri yang tertangguh. Cik Yah minta saya masuk pertandingan pasal graduasi. Akan dipertimbangkan nanti. *mengeluh* Tidak pasti apa yang dikeluhkan. Maaf, entri kali ini terlalu personal. Tidak patut, bukan? 

FJ : Ambil masa untuk tukar mood dulu. Saya tak suka bila saya macam ni. -.- Pergi dapur, masak megi. 

Thursday, 21 October 2010

Buat kamu yang datang pada masa depan



For you my dear..




FJ : gelabah x? 'my dear' pon xde.. hahahaaa

Wednesday, 20 October 2010

langit yang cerah, warne biru dengan awan kepul2

 Saya sangat sangat suka ambil gambar. Gambar apa sahaja. Beberapa hari lepas, saya ada snap 2 keping gambar. Kalau kamu tengok gambar kat bawah ni, mesti kamu tak percaya, waktu tu adalah dalam musim luruh. Sebab? Autumn is usually surrounded with gloominess. That's why. :)



FJ : dah lama teringin nak bali dslr, tapi modal tak cukup lah -.-

The Body Shop New Range and Campaign


this poster is taken from body shop UK website*


The Body Shop has currently launching it's new product range, Dreams Unlimited. As in UK, the range comes in 3 product, Dreams Unlimited Eau De Parfum (30ml & 50ml), Dreams Unlimited Body Lotion (200ml) and Dreams Unlimited Body Wash (200ml). In Malaysia, I'm not sure if the range comes in full product. But, you can get the parfum in store for RM115. The parfum features notes of citrus, green chilli, white flowers and cedarwood. For those who likes clean, soft, fruit and flowery smells, this could be your new favourite perfume! :)

CAMPAIGN : STOP SEX TRAFFICKING OF CHILDREN & YOUNG PEOPLE

Bodyshop is running a campaign to stop sex trafficking of children and young people (the very similar campaign of 'Hentikan Perdagangan Orang' in Malaysia). They need people all over the world to at least sign the petition in their website. You might want to do even more i.e writing blog post, tweeting, publishing on facebook or even join the campaign physically.


Bodyshop Malaysia


Bodyshop UK


Well, you guys can see the different in the signature numbers isn't it? So, why wait? You can also view the campaign progress report card. 

*offers may vary according to country

Ucapan untuk rakan-rakan

Assalamualaikum.

Untuk kawan-kawan yang sedang bergelut dengan peperiksaan akhir semester, selamat berjaya saya ucapkan. Lipat gandakan usaha anda, ok? 

Untuk adik saya yang juga sedang bergelumang dengan nota-nota dalam persediaan menempuh peperiksaan, selamat berjaya juga. Semester depan dah nak internship. Buat yang terbaik!

Untuk rakan-rakan yang baru beberapa minggu memulakan semester baru, semoga semangat yang tumbuh di awal semester ini akan kekal segar hingga ke akhir semester nanti. Rajin-rajinkan diri ke kuliah, sesi tutorial dan sesi makmal! 

Untuk kawan-kawan yang baru sahaja bergraduasi, setinggi-tinggi tahniah dari saya untuk kamu semua. Saya pasti sebilangan besar antara kamu sudah pun berkerjaya. Dunia kerjaya semestinya punya beza besar dengan dunia belajar. Saya doakan kamu tabah dan kuat mengharungi liku-liku alam pekerjaan dan komited dengan tugas kamu. Buat yang masih mencari, jangan putus asa! Pintu rezeki ada di mana-mana, cuma tinggal berapa banyak usaha yang kita keluarkan untuk ke pintu itu. 



Untuk rakan-rakan yang sudah berumah tangga, saya semestinya amat kagum dengan kamu. Bukan senang bagi saya untuk membuat sedemikian besar keputusan dalam hidup. Kamu melangkah ke satu lagi tangga dalam hidup kamu. Mak saya selalu cakap, dalam hidup berkeluarga, aspek timbang rasa sangat penting. Dan itu jugalah pesan saya buat kamu. 

Semoga kamu SEMUA punya hari-hari mendatang yang ceria! :)


Tuesday, 19 October 2010

ChurpChurp for twitterer!



Malam ni, active sungguh blogging. Aisshh.. Ni pon dah entri ke berapa dah. Biasalah tu, time mood mari, apa2 pon jalan. Tadi tengah syok berblog-jogging, jumpe entri pasal ChurpChurp. Interesting juge. Jadi, saya terus men-join-kan diri sebab tu earning RM0.00 tuh.

ChurpChurp ni, fungsi dia lebih kurang sama dengan twitter - mini blog. Tapi, yang menariknya, Churpers bleh earn duit dari tweets dorang. Churpers akan menuit (men-tweet) tentang update terbaru dr ChurpChrup influencers. Kire macam kita iklankan apa2 bagi pihak influencers melalui ChurpChurp, then ChurpChurp akan reward kita. Lebih kurang gitu lah adik-kakok sekalian. Jgn risau, bukan sembarangan iklan dan ChurpChurp x gunakan auto-tweet format. Churpes yg monitor semua assignments dr ChurpChurp manually. For more info, boleh lawati FAQ ChurpChurp. :)

BERITA MENARIK UNTUK JOB SEEKERS!!!!!!



ChurpChurp skrg tgh cari org yg berminat nk berkerja dengannya. Announcement ni baru lagi kt ChurpChurp Blog, bertarikh 17 October 2010 - smalam. Antara criteria yg digariskan oleh ChurpChurp macam kt bwh ni,





Advertising Operations
  • Hardworking and attentive to details
  • Proficiency in English (written and spoken) is a must, proficiency in Bahasa Malaysia (written and spoken) is an advantage
  • Pleasant personality
  • Experience in organizing events is an advantage
  • Fresh graduates are encouraged to apply
  • Applicants should be Malaysian citizens or hold relevant resident status


Jadi kpd anda yg berminat, cepat-cepat apply dan anta CV! Application anda bleh dihantar terus ke  career@churpchurp.com



My Raya Moments

I know. I know. I've wrote about raya before. But this one, just a simple entry for my participation in a contest. :P You guys can read about it further here and maybe you want to join the contest too. Good luck!

Out of all family photos from my raya collection, I like this one the best! 
everyone looks happy and not stiff 


My sister tried to do something funny but i wasn't ready for it.
So she just snapped the photo and laughed at me (after looking at this picture) and told me,
"along buruk!" haha

I love this moment. It was a day before raya, where all the family
members were busy doing the preparations.

FJ : My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , ViruspaduLittleKidsPhotography Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150) and Denaihati (RM200)

Blog Contest Lagi!!

Calling all die-hard-fan-blog-contest participants!

Blog sorang akak ni (Mama Zharfan), ade buat lucky draw. So, kalo anda semua berminat, sila lah ke blog beliau, dan buat ape yg patut. Good luck!



FJ: Danial, aku taw ko suke ni :P

Monday, 18 October 2010

Cinta kamu dan dia : bagaimana akhirnya?

Aku sedia maklum. Ada masa, entri-entri aku berbau sakarstik dan ada waktunya larut dalam kepekatan emosi yang tinggi. Bukan membabi buta menembak sesiapa, cuma sedikit luahan rasa yang mampu aku terbitkan dari jutaan rasa yang lain. Aku baca blog zara, tentang kisah cinta kawan baiknya. Memang agak tak masuk akal, seorang mak letakkan harga hantaran RM20k untuk anaknya yang hanya berkelulusan SPM dan berkerja sebagai operator kilang. Susah membesarkan anak katanya. Agaknya, membesarkan anak perempuan saja yang susah, besarkan anak lelaki senang macam minum air paip. Bila si lelaki minta tangguhkan dulu majlis perkahwinan lantaran mahu usahakan jumlah wang hantaran, si mak perempuan dengan tanpa rasa belas menaikkan 'harga anaknya' ke RM30k. Selepas berfikir panjang, lantas si lelaki nekad, memutuskan perhubungan cintanya yang dijalin bertahun-tahun dengan si perempuan. (Sila baca blog zara untuk rentetan penuh) 

Aku pasti, ramai antara kalian yang menjalinkan hubungan cinta dalam jangka masa yang panjang. Kemudian, hubungan yang terjalin itu putus tanpa apa-apa ikatan. Sayang, bukan? Pernah juga aku dengar di kalangan rakan-rakanku sendiri, dengan bangga berkata, "Kami dah 6 tahun bercinta." Aku tidak pernah meletakkan kepercayaan pada usia hubungan; makin lama kamu bercinta, makin kukuh hubungan yang dibina lantas membawa kepada pengakhiran yang bahagia. Namun, aku tak membantah sama sekali jika kalian berpendapat sebaliknya dengan aku. Terserah. Cuma satu soalan ringkas dari aku, "Apa perlu untuk bercinta sebegitu lama?" 



Pernah aku persoalkan diri aku sendiri; dalam hubungan cinta, apa yang mengambus terus rasa jemu? Apa pula faktor kekal-selamanya? Aku temui jawapannya dalam satu buku yang aku baca. Kata penulis, dalam setiap hubungan, mahu atau tidak jemu pasti bertandang. Sama ada hubungan itu cuma cinta biasa remaja atau hubungan sah ikatan antara suami dan isteri. Namun, ada beza besar akan keduanya. Hubungan cinta tanpa ikatan yang bertahun terjalin biasanya putus atas dasar jemu. "Saya sudah ada pengganti awak", "Saya perlu tumpukan perhatian pada pelajaran", "Kita sudah tidak sehaluan lagi", adalah maksud lain bagi satu perkataan mudah iaitu jemu. Begitu juga dalam alam rumah tangga. Jemu akan datang bertandang bila menginjak usia lima atau enam tahun perkahwinan. Lantas, perlukah diputuskan ikatan sah itu setelah beratus peratus usaha dilontar untuk mencari titik bahagia pada permulaannya enam tahun dahulu? Ini bezanya dengan cinta biasa. Kata penulis lagi, alam rumah tangga ada faktor 'tanggungjawab' yang mengikat pasangan untuk terus bersama. Lebih-lebih lagi jika tika itu sudah tidak hanya berdua. Dalam masa yang sama, 'tanggungjawab' itu akan menyuburkan semula kebun cinta yang layu suatu masa dahulu. Aku kagum dengan olahan beliau.

Mungkin tidak semua antara kalian yang memikirkan tentang keseriusan dalam berhubungan. Tapi, pernahkah kalian terfikir ketidak-seriusan kalian adalah pembaziran? Harta berjuta sekalipun takkan mahu dibazirkan untuk hubungan sia-sia? Atau pernah terfikirkah kalian, bahawa kalian telah menutup ruang dan masa kalian untuk 'berjumpa' dengan pasangan yang jauh lebih baik dari pasangan 'olok-olok' sekarang?

Aku tidak hanya tinggalkan persoalan. Aku telah memberikan jawapannya dalam diam. :)

Sunday, 17 October 2010

Realiti sekumpulan insan beragama

Assalamualaikum. 

Pertamanya, saya nekad menulis entri ini bukan untuk menghina. Cuma inginkan kepastian. Inginkan kefahaman. Sejauh mana nama agama dan akhirat yang kamu 'jual' selama ini, menjadikan kamu insan yang betul-betul mempraktikkan agama kamu. Selain itu, entri ini antara lain adalah hasil luahan rasa kesal saya kepada sekumpulan manusia yang kerap dilabel pejuang agama. Sila baca dan fahamkan kecelaruan saya. Kemudian, kamu boleh label saya 'jahil', 'bebas' dan bermacam label lagi yang biasa kamu lontarkan kepada orang-orang seperti saya. 

Saya sedar, saya bukan orang yang layak untuk memperkatakan tentang agama. Ilmu agama saya memang cetek kalau nak dibandingkan dengan ilmu kamu. Saya tak tahu kitab apa yang perlu saya baca berkaitan fiqah. Saya tak boleh nak quote mana-mana kitab tentang aqidah. Akan tetapi, saya layak untuk dilayan dan dihormati seperti orang lain. Saya berhak untuk diterima jemputan. Saya berhak meluahkan rasa kesal saya. Saya berhak dihormati seperti saya menghormati orang lain. Siapa kamu untuk ambil semua hak itu dari saya? 

Satu soalan umum saya untuk kamu. Apa definisi kamu tentang islam? Ratusan ribu kali saya dengar, lihat dan baca di mana-mana, "Islam is the way of life". Jadi, di mana 'way of life' kamu bila kamu seakan memaksa orang lain hanya mengikut telunjuk kamu. Kamu 'arahkan' mereka menghadiri 'aktiviti' kamu, menolak semua alasan yang mereka berikan termasuklah alasan punya masalah keluarga. Kamu letakkan keluarga mereka seakan tidak penting, seakan masalahnya tidak perlu diselesaikan kerana 'perkongsian agama' kamu adalah laluan pantas ke akhirat. Kamu hadiri kuliah agama di saat-saat akhir dan membatalkan terus janji kamu untuk menghadiri jemputan rakan, sedang kamu telah membuat janji pada awal waktu. Di mana 'way of life' kamu bila kamu memandang remeh soal kebersihan diri dan persekitaran kamu, bahkan kamu tergamak untuk solat dalam keadaan selekeh sedang kamu mampu untuk berada dalam keadaan yang lebih baik?

Mungkin pada kamu, islam adalah cara hidup bila kamu mempolitikkan agama. Bila kamu berebut-rebut mencari pengikut untuk gerakan agama kamu. Bila kamu tidak bergaul dengan orang yang tidak sama 'level' dengan kamu. Bukankah itu cara hidup manusia, lebih-lebih lagi manusia zaman sekarang? 

Mengimbas kembali kenangan 4 tahun lalu, sewaktu pertama kali saya jejakkan kaki ke UK. Waktu itu saya dan 7 rakan yang lain dalam perjalanan ke university. Kami dimaklumkan, akan ada senior yang akan membantu dan menjemput kami dari perhentian bas. Syukur pada Allah. Ada senior yang baik hati. Sesampainya di Surrey, kami turunkan bagasi-bagasi kami dari bas dan menunggu dengan sabar kehadiran senior. Beberapa minit menanti, datang sebuah lori mengangkut barang. Di dalamnya seorang lelaki dan seorang perempuan. Senior kami! Mereka bantu mengangkat bagasi ke dalam lori, dan membawa kami berulang-alik (2 orang setiap trip) dari perhentian bas ke tesco. Masih ingat siapa mereka dan budi mereka. Hanya orang-orang biasa, yang bukan dari golongan yang nampak tebal agamanya, tapi cukup ikhlas dan baik hati menolong kami. 

Setahun selepas itu, setelah masuk tahun ke-2, semestinya waktu itu tiba giliran saya dan rakan-rakan yang lain pula yang akan menerima junior. Mengingatkan susah payah waktu junior kami dulu, dari airport, bermalam di MSD, kemudian naik bas ke surrey dan naik lori ke university, kami putuskan untuk menjemput junior kami di airport. Saya masih ingat. Kami bertiga. Saya, sara dan basyeer. Niat kami hanya untuk membantu, memudahkan perjalanan sukar junior kami. Itu sahaja. Tiada apa yang terselindung. Tidak pula berharap mereka terhutang budi. 

Tapi, bukan itu yang berlaku pada tahun-tahun selepasnya (di mana, saya sudah tidak melibatkan diri dengan menjemput junior). Bukan untuk kemudahan. Bukan untuk bantuan semata. Bukan. Bukan! Apa saja niat kamu, saya pasti, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agamanya, kamu juga sedia maklum, niat tidak menghalalkan cara.

Saya luahkan apa yang saya lihat, alami dan dengar. Saya tidak mereka-reka cerita. Bahkan saya yakin, bukan semua dari golongan yang tinggi pengetahuan agamanya seperti yang saya ceritakan. Namun, kamu tidak berhak menyalahkan saya dengan luahan sebegini, kerana ini yang saya terima, ini yang berlaku dan ini yang antara kamu lakukan. Saya terkilan.