Saturday, 30 October 2010

Bridge or Compact? Make a wise decision!


Sudah banyak hari saya memikirkan soal ini. Awal-awal dulu, pernah juga sampai tak lena tidur dibuatnya. Malam semalam, sekali lagi tidur saya diganggu. Oh ya, sebelum anda semua membuat andaian yang bukan-bukan, ini semua gara-gara kamera. Rancangan asalnya, saya berhajat untuk membeli dslr camera. Minat dengan model canon 550D, 500D atau 450D. Bersungguh-sungguh baca reveiw dari bermacam-macam website dan tanya pendapat kawan-kawan terutamanya pengguna dslr. Dslr perlukan modal yang besar, takkan nak beli macam tu je, kan. Nasihat 2 orang rakan tentang dslr buat saya tukar fikiran. Kata mereka, kalau minat terhadap fotografi sangat-sangat mendalam, belilah dslr. Kalau suam-suam kuku, baik tak payah. Nanti akan menyesal kemudian hari.

Modal yang dilabur banyak
Kehendak nak tukar lens - perlukan modal lagi
Agak berat (weight wise)

Saya sendiri tak pasti sejauh mana minat saya terhadap fotografi. Yang pasti, tak adalah sampai nak dijadikan sumber pendapatan. Jadi, saya beralih kepada model lain. Tumpuan saya masih pada canon. Saya tertarik dengan model Powershot sx30 is. Model ini tergolong dalam kategori bridge camera. Mempunyai function dan body shape yang hampir sama dengan dslr, tetapi tidak ada feature interchangeable lenses - lens tak boleh tukar-tukar. 

Canon PowerShot SX30 IS
Seorang kawan ada recommend-kan beberapa model yang lain, compact dan bridge camera. Antaranya, Samsung nx100, Panasonic Lumix lx5, Canon Powershot s95, dan Canon Powershot G12. Ada juga yang recommend Canon Ixus 1000 HS. Semalam, saya pergi JESSOPS. Tengok-tengok dan cuba-cuba model camera yang kawan-kawan cadangkan, dan sx30 is yang dah menawan hati. Kamera ni, agak berat juga 601g. Kelebihan ketara model ini terletak pada kebolehannnya untuk optical zoom - 35x optical zoom dengan 4.5 stops lens stabilizer, plus 4x digital zoom. Kualiti gambar juga memuaskan. Range untuk focal length sx30 jugak agak besar. Menarik, kan? Jatuh hati pandang pertama. Ececeh~ Tapi, bila tengok balik other features, sx30 is taklah menyerlah sangat dan tak jugak ketinggalan sangat. Model baru la katakan.

Panasonic Lumix LX5
Saya sebenarnya tidak biasa dengan camera Panasonic. Tak pernah cuba-cuba pakai pun sebelum ini. Tapi, function Lumix lx5 taklah serumit yang saya sangkakan. Ok, biar saya maklumkan awal-awal disini. Saya bukannya pandai sangat pasal kamera atau fotografi. Saya tak boleh nak recommend mana-mana kamera yang bagus untuk sesiapa. Cuma, saya dapati Lumix lx5 agak menarik juga dengan 10.1 megapixels CCD sensor. Lebih ringan (233g) berbanding Canon sx30 is. Mungkin zoom function nya x sehebat Canon sx30 is, namun model ni punya up until 12800 pixels ISO sensitivity! - sangat bagus untuk low light surrounding. Boleh letak external flash juga kalau mahu. Video output dia pun agak cun juga - 1080i (boleh buat HD movie you!). 


Samsung NX100
Samsung nx100 (_ _). Terus terang saya katakan, waktu rakan saya tunjukkan montage tentang nx100, air liur agak meleleh juga. Terliur dibuatnya nak beli camera secanggih ini. Model ini dilengkapi filtering function - jadi kamu tak perlu untuk susah payah filter gambar (editing) lepas snap. Boleh filter siap-siap sebelum ambil gambar, dan boleh tengok hasilnya terus di kamera anda. nx100 ada 3 jenis lenses - 2 standard (18-55mm & 20-50mm) dan 1 tele (50-200mm). Kawan saya cakap, ada yang 20-50mm tu pun dah cukup. Tapi saya yakin, di kemudian hari, mesti nak beli lenses yang lain jugak, kan? ISO sensitivity? 6400 is quite enough for your low light moment. Dari segi berat? 340g without lens. Semua features atas kertas memanglah menggiurkan. Bila saya pegang dan cuba-cuba, agak terkial-kial juga. Tak berapa faham kamera Samsung, kot. Setakat yang saya sempat cuba, kualiti gambar dari nx100 amat memuaskan. 

Canon Powershot S95
Di JESSOPS, saya tak berpeluang untuk 'bermesra' dengan s95. Dia tengah 'tidur' (takde bateri). So I didn't have the opportunity to play around with this baby. Obviously, camera ini compact in size (can fit your pocket) dan ringan - 193g. Focal length range s95 x jauh beza dengan G12. Dari segi ISO sensitivity, saya beranggapan, pemilik atau pengguna kedua-dua G12 dan s95 boleh 'berkarya' dengan lebih kreatif dengan flexibility ISO yang ada, dari AUTO ke 3200 pixels. Entah kenapa, saya tak berminat dengan model ini.



Canon PowerShot G12
Ouh, ouh, bila saya tengok video kat atas tu, saya macam tertarik juga dengan G12. By the way, G12 is a great camera, and when I asked everyone about this baby, macam semua orang suka dan highly recommended. G12 ada range yang sangat besar untuk recording image size. Ouh, this entry is taking forever! 

Saya tahu, saya dah banyak melalut. Entah betul, entah tak apa yang saya inform ni, kan? Jadi, untuk pembaca yang mahukan bukti yang lebih kukuh, dan specifications yang lebih meluas tentang 3 camera canon yang saya perkatakan di sini, boleh rujuk gambar di bawah. Saya sedia maklum, tulisan dalam gambar tu kecik je, dan ia hanyalah sebahagian kecil dari snapshot keseluruhan page. Jadi, apa kata anda semua click the picture to enlarge :)


So far, I've narrowed down my choices. It's definitely going to be Canon :P Either the sx30 or G12. Bila mana saya tanya sesiapa pun, mereka akan jawab "G12! G12!". Should I choose G12? I'm dying to buy the camera. Help me out guys!


No comments:

Post a Comment

Have something to say? ;)