Assalamualaikum.
Untuk kawan-kawan yang sedang bergelut dengan peperiksaan akhir semester, selamat berjaya saya ucapkan. Lipat gandakan usaha anda, ok?
Untuk adik saya yang juga sedang bergelumang dengan nota-nota dalam persediaan menempuh peperiksaan, selamat berjaya juga. Semester depan dah nak internship. Buat yang terbaik!
Untuk rakan-rakan yang baru beberapa minggu memulakan semester baru, semoga semangat yang tumbuh di awal semester ini akan kekal segar hingga ke akhir semester nanti. Rajin-rajinkan diri ke kuliah, sesi tutorial dan sesi makmal!
Untuk rakan-rakan yang baru beberapa minggu memulakan semester baru, semoga semangat yang tumbuh di awal semester ini akan kekal segar hingga ke akhir semester nanti. Rajin-rajinkan diri ke kuliah, sesi tutorial dan sesi makmal!
Untuk kawan-kawan yang baru sahaja bergraduasi, setinggi-tinggi tahniah dari saya untuk kamu semua. Saya pasti sebilangan besar antara kamu sudah pun berkerjaya. Dunia kerjaya semestinya punya beza besar dengan dunia belajar. Saya doakan kamu tabah dan kuat mengharungi liku-liku alam pekerjaan dan komited dengan tugas kamu. Buat yang masih mencari, jangan putus asa! Pintu rezeki ada di mana-mana, cuma tinggal berapa banyak usaha yang kita keluarkan untuk ke pintu itu.
Untuk rakan-rakan yang sudah berumah tangga, saya semestinya amat kagum dengan kamu. Bukan senang bagi saya untuk membuat sedemikian besar keputusan dalam hidup. Kamu melangkah ke satu lagi tangga dalam hidup kamu. Mak saya selalu cakap, dalam hidup berkeluarga, aspek timbang rasa sangat penting. Dan itu jugalah pesan saya buat kamu.
Semoga kamu SEMUA punya hari-hari mendatang yang ceria! :)
No comments:
Post a Comment
Have something to say? ;)