Saturday, 9 June 2012

Tips untuk dapatkan kempen dari Nuffnang : Korang ada baca ke?

Assalamualaikum,

[sumber]
Sudah lama sebenarnya aku blogging. Tapi, aku kurang peka dengan fungsi Nuffnang kepada bloggers, atau lebih tepat jika aku katakan, fungsi Nuffnang dalam membantu aku, selaku seorang blogger menjana pendapatan. Sebelum aku teruskan, aku nak ketengahkan dua soalan.

Berapa ramai antara kita yang akan rujuk manual sebelum mulakan sesuatu perkara/tugasan?
Berapa ramai antara kita yang akan rujuk kembali manual, setelah sekian lama melakukan perkara/tugasan itu?
Ok, kenapa aku tanya macam tu? Jeng jeng jeng. Sebabnya; baru saja kejap tadi aku tengok balik 'manual' yang Nuffnang bagi untuk membantu bloggers pikat hati advertisers. 

Antara tips mudah yang Nuffnang bagi;
  1. Sentiasa update blog surveys anda. Dengan cara ini, akan memudahkan advertisers mengesan minat blogging anda.
  2. Pastikan unit-unit iklan anda berada pada kedudukan yang sebetulnya. Skyscraper unit menjadi item paling atas di sidebar, Leaderboard unit menjadi perkara pertama yang dilihat pembaca sewaktu melawat blog anda dan Large Rectangle unit berada betul-betul selepas entry anda yang terbaru.
  3. Semkian banyak ads unit yang anda letak di blog anda (ketiga-tiga unit), semakin tinggi peluang untuk anda mendapat kempen dari advertisers.
  4. Advertisers mengutamakan ahli Glitterati Nuffnang dalam mengagihkan kempen, selaku ahli Nuffnang yang setia. :)
Bila aku semak balik blog aku, aku dah buat mistakes besar selama ini. Awal-awal daftar dengan Nuffnang dulu bukan tak baca benda ni semua. Tapi, bila dah lama-lama, lupa dan tidak dititikberatkan. Selama ni, aku buat kisah tak kisah dengan Nuffnang ads unit ni. Pasang 2 unit je. Tu pun, yang Skyscraper unit aku letak nun jauh di bawah sidebar. Leaderboard unit pula tak pasang langsung. Patutlah Nuffnang segan-segan nak bagi aku kempen. Heeee~~ 

Jadi, tunggu apa lagi. Kemas kini aturan ads unit dan blog survey korang sekarang! 

FJ : Banyak tips berguna dari bloggers handalan yang lain. Ce google, ce google. 

8 comments:

  1. visit blog aku kalau nak tahu cara cepat buat duit online dan bayaran dalam dollar lagi lumayan dari churp2.. =)

    ReplyDelete
  2. good tips! I forgot to update my bio, no wonder nothing comes to me. Thanks. :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas tip ini. Baru teringat yg saya pun dah lama tak kemaskini bahagian survey tu.

    ReplyDelete
  4. @Evelyn G. you're welcome :)

    @oktant sama2.. thanks follow kt g+ :)

    ReplyDelete
  5. dah lama buat tp nuff masih x pandang he2

    ReplyDelete
  6. @Beckhrooy cuba update blog survey.. kat part interest tu, letak mcm2 benda yg boleh tarik advertisers :)

    ReplyDelete
  7. Dah follow semua tu tak naik2 gak mcm mana.. tu maksud nya blog anda tak ada org dtg waaaaaaaaaa....

    ReplyDelete
  8. @Mah@Mahu errr... err... jangan nanges ye.. err.. jgn nanges kt cni.. :P

    ReplyDelete

Have something to say? ;)