Semalam, adik I buat kek - Oreo cake. Teringin sangat katanya lepas tengok iklan ice cream cake dari Baskin Robin tu. Cuma, versi yang adik I buat ni, bukan ice cream cake.
Jom tengok apa bahan-bahan yang adik I guna untuk buat kek ni;
1 cawan butter
1 cawan fresh milk
2 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung serba guna
2 biji telur putih
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula
8 keping Oreo cookies
secubit garam
(untuk fresh milk tu, adik I guna Dutchlady saja)
inilah hasil kek yang my sister buat |
Cara-cara untuk buat Oreo Cake ni senang saja;
- Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana tinggi. Sediakan baking tin.
- Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam.
- Asingkan filling dari biskut Oreo. Kisar biskut Oreo tadi sehingga hancur.
- Pukul butter sehingga kembang dalam 3-5 minit dalam sebiji mangkuk 'mixer' besar. Tambahkan esen vanila dan fresh milk. Pukul sehingga bahan-bahan ini sebati dengan adunan.
- Tambahkan bahan kering (bahan ayak + biskut Oreo kisar) sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati - jangan terlalu lama.
- Masukkan gula ke dalam mangkuk. Pukul dengan kelajuan rendah selama 30 saat.
- Tukarkan mixer ke kelajuan sederhana dan pukul adunan selama 2 minit.
- Tambah telur putih. Pukul adunan untuk 2 minit lagi.
- Tuangkan adunan ke dalam baking tin. Bakar selama 25-30 minit.
Senang, kan? :)
Untuk buat Oreo Buttercream filling, bahan-bahan yang diperlukan ialah;
1 cawan butter
1 sudu besar esen vanila
2 sudu gula
4 sudu besar susu segar (sejuk)
3 keping biskut Oreo
Apa yang my sister buat;
- Hancurkan biskut Oreo menggunakan tangan (tak perlu kisar).
- Pukul butter sehingga kembang.
- Masukkan esen vanilla dan gula sedikit demi sedkit. Pukul adunan selama 3 minit.
- Tambahkan susu segar (1 sudu pada satu-satu masa) sambil memukul adunan.
- Apabila adunan sudah kembang, gaul-dan-balikkan biskut Oreo (hancur) ke dalam adunan bersama fillings Oreo dari bahan kek.
Untuk frosting, adik I buat frosting biasa je, guna fresh cream dan sedikit gula. Kalau taknak letak gula pun, tak apa. Kurangkan gula untuk elakkan penyakit, kan? :) Selamat mencuba!
FJ : Dah lama rasanya tak share recipe. Oleh sebab diri sendiri tak berapa rajin nak baking, makanya share recipe hasil kerja adik sahaja.
Personal comment tentang kek : Sedap, tapi kalau makan banyak, akan rasa muak. Mungkin sebab Oreo yang digunakan berperisa blueberry ice cream atau mungkin juga sebab frosting dan filling yg terlalu tebal.
FJ : Dah lama rasanya tak share recipe. Oleh sebab diri sendiri tak berapa rajin nak baking, makanya share recipe hasil kerja adik sahaja.
Personal comment tentang kek : Sedap, tapi kalau makan banyak, akan rasa muak. Mungkin sebab Oreo yang digunakan berperisa blueberry ice cream atau mungkin juga sebab frosting dan filling yg terlalu tebal.
No comments:
Post a Comment
Have something to say? ;)