Wednesday, 27 June 2012

Masalah pendengaran telinga bertambah baik

Assalamualaikum,

Semalam, berpeluang sekali lagi ke Klinik Pakar ENT Venka di Kuala Terengganu. Lawatan kali ni adalah untuk buat rawatan susulan lepas jumpa Doktor Venka kali pertama dulu. Alhamdulillah, masalah pendengaran yang aku hadapi dulu dah bertambah baik. Pemeriksaan dan ujian pendengaran dibuat. Kata doktor Venka, telinga tengah dah 80% pulih dan air ada sikit je lagi. Syukur sangat, ada progress. Doktor bagi ubat dan pesan; 

  • ubat kena habiskan
  • kalau selsema, keluarkan mukus melalui kedua-dua lubang hidung, jangan tutup salah satu lubang.

Tu je lah. Lepas rawat aku, Doktor Venka periksa telinga adik aku pula. Adik aku ada masalah telinga jugak. Selalu mengadu telinga dia sakit dan kadang-kadang berdarah. Masa betul-betul sakit, sampai ke rahang boleh rasa. 

Doktor periksa kedua-dua belah telinga. Dah tengok sendiri dalam telinga dan gunakan otoscopic, dia ambil satu tiub halus yang panjang. Dengan mesin dia yang aku sendiri tak pasti mesin apa, dia sedut keluarkan nanah dan darah dalam telinga adik aku. Lepas siap semuanya, then baru dia terangkan apa sebenarnya yang berlaku.

[Don't forget to check out the new poll -------->]

doktor ada tunjuk gambar yang lebih kurang macam ni kat kami
untuk terangkan situasi

Menurut doktor, telinga luar adik aku bengkak dan bernanah. So, yang dia guna tiub tadi untuk keluarkan nanah dan darah yang ada dalam telinga. Bahagian telinga tengah tak ada masalah. Adik aku cakap, lepas doktor sedut telinga dia, rasa lega sikit. Doktor prescribed beberapa jenis ubat untuk adik aku, termasuk antibiotics dan ubat titis.

Dari apa yang aku baca, pembengkakan tu adalah disebabkan infections oleh bakteria. Namun, kadang-kadang, pembengkakan juga boleh berlaku kalau;
  • ada masalah kulit seperti eczema
  • air masuk ke dalam lubang (canal) telinga, mungkin sebab selalu berenang
  • lubang telinga lembab disebabkan udara atau persekitaran.
Melalui pembacaan aku, maka tak hairanlah kenapa Doktor Venka pesan supaya elakkan air masuk ke dalam telinga - apa yang aku faham, untuk kekalkan infected area sentiasa kering dan mempercepatkan proses penyembuhan. 


Makin banyak yang aku baca pasal infection pada bahagian telinga, aku dapati, swimmers atau scuba divers terdedah kepada risiko untuk dapat infected ears. Jadi, kalau ada antara korang yang suka berenang atau dive, jangan lupa untuk selalu buat pemeriksaan telinga. Jangan tunggu dah jadi teruk baru nak cari pakar. Kalau google infected ears, mesti korang terperanjat, macam mana teruknya keadaan telinga yang kena infection jika tak dapatkan rawatan awal. 

FJ : Moga maklumat ini membantu :)



6 comments:

  1. dr venka ni la dulu buat operation telinga kat aku . .aku ingat lagi dia.. tapi malangnya telinga aku failed. juga 4 kali aku operate .. tak boleh gak.. now ada technologi baru di canada tak payah operAte doctor just cucuk injection ja.. then gegendang tu tumbuh dlm masa 2 bulan ja. tapi kat malaysia tak ada lagi..

    ReplyDelete
  2. dr venka ni la dulu buat operation telinga kat aku . .aku ingat lagi dia.. tapi malangnya telinga aku failed. juga 4 kali aku operate .. tak boleh gak.. now ada technologi baru di canada tak payah operAte doctor just cucuk injection ja.. then gegendang tu tumbuh dlm masa 2 bulan ja. tapi kat malaysia tak ada lagi..

    ReplyDelete
  3. Ic.. good for you then.. walaupun nama doktor pakar, tapi x semestinya dia boleh pulihkan semua org, kan? terima kasih utk share info. mungkin maklumat ni boleh membantu org lain yg ada masalah yg sama. :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Utk kes sy, kena RM80 je.. lain kes.. kos dia berlainan..

      Delete

Have something to say? ;)