Monday, 30 August 2010

Masak apa hari ni?

Tiap-tiap hari pon, macam ni lah.. Pening fikir nak masak ape untuk juadah berbuka puasa. Makin nak habis, towards penghujung puasa, makin malas nak masak. Bukan malas sangat, tapi dah tak tahu nak masak apa sebenarnya. Kalau korang ade idea best-best, bawak-bawaklah kongsi T_T

Sunday, 29 August 2010

Perisa

Buka Puasa Pertama Bersama Tok

Dah lebih separuh bulan Ramadhan berlalu. Namun, baru semalam kitorang sekeluarga berkesempatan berbuka puasa kat rumah tok - orang terengganu panggil nenek, tok. Mak dengan aku dah siap-siap masak kat rumah. Biasalah, mak tak nak susahkan tok. Tahu-tahu je lah orang tua, dengar saja anak cucu nak balik kampung, habis lah semua lauk, segala jenis kuih nak dimasaknya. Semua jenis periuk, pinggan mangkuk yang selama ni 'buat tunjuk' pun, dibawa keluar dari almari, nak diguna waktu makan bersama. Selalunya, macam tu lah. Alah, tok nenek korang semua pun macam tu. Ye idak? Cuma, kali ni, mak kata, biar kita lah pulak bersusah untuk tok. Tak ada salahnya pun, kan? Aku ikut je. 

Waktu berbuka kat rumah tok, lauk yang dihidang atas meja, macamlah gaya kat gerai di bazar ramadhan. Penuh! Gaya macam nak jual, bukan nak dibuat makan. Aku memang menggeleng je tengok. Mahu tak, ada jugak yang masuk tong sampah nanti, kes tak habis. Mak senyum je. Aku faham dah maksud senyum mak tu. Mak nak sampaikan kat aku, "Tak apa lah sekali sekala banyak pun. Membazir sikit apa salahnya.." Macam tu lah maksud senyuman mak tu. Sebab apa? Kat rumah, sempena bulan Ramadhan ni, aku memang menentang keras pembaziran. Bukan tu saja, kualiti masakan pun, aku jaga - ada gaya food inspector, tak?

"Mak, tak elok lah letak ajinomoto banyak-banyak, nanti botak kepala tu. Tu satu hal, nanti ada penyakit lain pulak, kan susah."

"Hari ni tak payah buat kuih banyak-banyak. Buat cukup-cukup nak makan je. Kalau nak hantar jiran, boleh la buat lebih sikit. Membazir nanti."

"Hah, santan kita letak tak payah banyak sangat. Santan tu pekat. Masak gulai cair sikit pun, apa salahnya."

"Gula tu, kurang lah sikit. Nak merasa ibu jari kaki kena potong ke?"

Macam tu lah dialog aku. Boleh dikatakan setiap hari macam tu. Sakarstik. Mak dah faham sangat. Kadang-kadang, bertekak manja jugak dengan mak kat dapur. Mak cakap, aku kedekut. Aku buat pekak. Baiklah jadi kedekut dari dapat penyakit free je. OK apa, aku cakap semua tu. Makan adik aku yang bongsu tu pun, aku suruh dia control. Mahu tak, umur baru 12, tapi, badan macam orang dah 20 tahun kawin! Mak kata, aku tak sayang adik aku, sebab tu tak bagi dia makan banyak-banyak. Aku jawab, "Sebab sayanglah tak bagi dia makan banyak-banyak sangat. Mak nak ke, anak mak, muda lagi dah banyak penyakit? Nanti nak belajar pun susah." 

Aku banyak menjawab, kan? Semua tu, untuk kebaikan dorang jugak. Ayah dengan mak bukan sihat sangat. Dah aku ada kat rumah ni, aku jaga la apa yang patut. Bukan nak derhaka.... (_ _)

Tok super happy dapat buka puasa ramai-ramai. Biasanya, bertiga atau berempat je. Aku layankan je lah. Malam tu, kitorang berterawih di Masjid Biru. Pertama kali berterawih kat situ. Imam malam tu, dengarnya orang Arab. Patutlah lain sikit style terawih dan bacaan doa dia. Takpe lah. Janji namanya terawih. Minggu depan, adik-adik balik. Tok suruh buka puasa dengan dia lagi sekali, bawa budak-budak yang baru balik tu. Aku jawab, "tengoklah dulu," tak reti nak berjanji. Nanti kalau tak jadi, tak ke merajuk orang tua tu?

Thursday, 26 August 2010

Hari khamis dengan cuaca yang pelbagai

Cuaca hari ni memang panas. Tak macam semalam. Ke, perasaan aku je? Entah. Yang aku taw, memang panas. Semua orang tengah tidur. Maklum, bulan puasa dan penat balik dari sekolah. Macam ni lah hari-hari berkerja. Oleh sebab tak tahan sangat dengan lekitan-lekitan peluh, aku mandi. Hah? Baca macam kotor + geli? Ye lah, aku orang kampung, memang cakap macam ni. Lagi pulak, macam la bila berpeluh ko tak rasa melekit. (-.-)" Dah mandi pun, masih rasa macam tadi lagi. 

Lebih kurang 20 minit sebelumnya, aku buat aktiviti yang paling malas sekali aku nak buat bila aku kat rumah; lipat baju. Yang lain, korang nama lah, dari basuh baju membawak ke sidai baju dan angkat jemuran aku buat, kemas rumah, basuh pinggan, macam-macam lah, semua aku rajin - aku buatlah maksudnya. Tapi, 2 perkara yang aku tak berapa rajin (alias malas); lipat baju dengan gosok baju. Peliknya, tiap kali aku buat aktiviti sedemikian, pelbagai benda akan datang kat fikiran aku. Bukan cerita hantulah! Maksud aku, otak aku aktif waktu tu. Fikir nak update blog lah, fikir isu semasa lah, macam mana nak tolong kawan lah.. Betul! Aku sendiri cukup heran dengan perangai aku yang satu ni. 

Adakah disebabkan masa tu, hanya tangan-tangan sahaja yang tengah buat pergerakan, maka otak aku yang tengah bersenang lenang berehat pon turut sama nak 'bergerak'? Mungkin. Sebelum-sebelum ni, macam mana ek? Pernah tak masa duk khusyuk gosok baju tiba-tiba idea mencurah datang nak blogging? Tak ingat. Ke, sebab tempat atau lokasi aku gosok dan lipat baju tu? Nota ringkas: selalunya, aku lipat baju atas iron board.

Blog dah jadi dunia aku sejak seminggu yang lepas (kalau tak silap). Dan untuk mengatakan yang aku benar-benar ketagih dengan blog, aku sendiri kurang pasti. Facebook lenyap seketika. Kebarangkalian untuk mengisi masa dengan melayari mukabuka jatuh pada nilai 0. Jadi, ke sini lah aku setiap masa. Ada ketikanya, masa-masa kosong yang dibuat-buat itu aku gunakan untuk merayau-rayau di bandar blog-blog manusia lain. Oh, ya! Ada satu blog menarik yang aku nak kongsikan bersama anda. Apa kata aku bagi sedikit intro.

© zackzukhairi (cume tambah frame je)

Baru satu malam satu hari berkenalan, seakan-akan dah jatuh hati dengan blog ni. Istimewanya blog ni terletak pada lakaran-larakan comel seperti yang korang lihat. Kreatif, kan? Aku memang tak mampulah nak punya daya kreativiti seumpamanya. Mampu baca dan gelak je lah. Kalaulah aku sekreatif ni, aku dah jadi kartunis terkenal macam Dato' Lat tu kot. Hihihi..

Sedang asyik berblog, kedengaran orang memberi salam di muka pintu. Hurmm. Jemputan majlis kahwin. Dan ini bukan yang pertama. Yang lawaknya, aku boleh pulak nak masuk dapur buat air. Apa yang pelik? Bulan puasa lah woi! Memang aku lupa terus, ni bulan puasa. Maklumlah, tuan punya badan tak puasa. Ye lah, dah terbiasa, kalau orang datang, buat air terus. Kali ni, silap perhitungan pulak. Mak seronok melayan mak cik yang datang. Aku ni pulak, tadah je telinga dengar perbualan dorang. Menginjak ke pukul 5, langit mendung. Nak hujan! Tengah hari tadi bukan main panas lagi. Kuasa tuhan, kan? 

Foot note : So, ni kira macam aku kena angkut iron board mak aku pegi UK, ke macam mana?

Google New Feature: Call People From All Around The World!

Checking mailbox at my google account (gmail) is usual. What unusual is; there's something new at the google chat (gtalk) menu column. Call Phone button!


Just like skype & yahoo messenger, you now able to make phone calls from gmail. As for year 2010, calls to US and Canada are free! I have to admit, google takes too long to come out with this. 


Teaching Profession.. It's tough you know!

I wonder why I always get the idea about something (especially posting things up in my blog) while preparing my parents outfits to work i.e ironing their clothes. Was it the surrounding or the emptiness while doing the job? I myself, do not have the exact answer. Okay, let's speak out about the topic for today! 



I may say, it was the baju kurung that gave me the thought about this: teaching is surely tough. You and most other people also know, being a teacher, I mean a truly teacher is not an easy work to be done. Well, you go to school, teach some stuffs based on the syllabus, get more days off than others, done your work by half day and do some extra co-curriculum work, then you're done. WRONG. Ok, another say, role of a teacher is not all about teaching, it's an educational work, where you educate your students in every aspects, for example attitude, discipline, etc. I say : YES, but there are more. 

Spending about 3 months in British educational area changes a lil bit (at least) my perception of being a teacher. Over there, I met groups of students with different attitudes and abilities. One thing I remembered the most, was these girls. They like to talk about make up during the lessons. They didn't even bother if the teacher or me myself, was around - kept talking about the new foundation they have tried or new lipstick they got from their sister. "This is rare." So I thought back then. I haven't met such students before - not in my teaching career, which I had back in Malaysia (even though it was just temporary) or while I'm still a student ( I mean, never did or met such situation). 
Conclusion made: students care about their looks way more than their studies. 
Back in school or while in matriculation (college), we girls (I'm included sometimes) always stalked our teacher/lecturer - esp the ladies. Boys (at least those who were in my class) also did this. So, what did we stalk about? Their looks! We really do! What colour did the teacher wear, what type of outfit it was, did it match with her tudung, and so on.. Some girls even can notice if the teacher wore new baju or got a brand new pair of shoes! Sad, isn't it? But still, up until today, I can't really figure out about the new things around people (--)" So this is what happen in Malaysia education cultural. 
Conclusion made: students care about their educators looks way more than their studies.
Have you notice yet? Students (esp girls) don't have all the focus on the lessons anyway. This is not the real fact - yet can be one. Then, what's the point? 
  1. Know your surroundings before you start teaching.
  2. Be presentable. Your students will always 'keep an eye' on you! In my personal view, a presentable educator lights up the students' mood.

Foot note : I wonder if I'll become just like my mother, wondering which baju should I wear tomorrow..

Wednesday, 25 August 2010

bLaCk|wHiTE c0n+eST



I was tagged by Che Yah (not sure masef how many times in my blogging world she did this) to do this sort of black|WHITE contest. This one cud be it, huh? So, I tot. Here it is, the edited version from the author :P

Sembelih Punya Cerita

Macam-macam hal yang berlaku sejak kebelakangan ini. Kisah letupan rumah yang mempertaruhkan nyawa anak, cerita simbahan asid, pelbagai kisah berkenaan buang bayi dan perihal bapa menyembelih anak. Hairan. Apa agaknya yang si penyembelih fikir sedang dia mengambil pisau dan mengagak urat mana yang harus dia potong di leher anaknya? Teringat perihal kisah sejak islam kah? Dia ingat, dia nabi Ibrahim yang terima wahyu dari Allah - si bapa mendakwa dia mendengar suara dari langit? Kemudian, bertindak mengelar leher sendiri? Oh, begitu macam-macam!

Teaser : Oh, mungkin rumah dia tak cukup bekalan ayam (-.-)"

Tuesday, 24 August 2010

The Cute Blue Birdy

Ok, Twitter is growing so fast, really. It's really convenient for those who doesn't like blogging but in the same time, would like to tell the what's happening around his life. *Does it really so?* As for me, twitter could be a super mini blog with mega impact! Just refer to ariel and luna maya case :P

It's not about the famous application I'd like to talk about here - because I'm pretty sure, this topic kind of out-dated. It's the buttons/icons which amazed me! Haha. I was browsing others blog for ideas on updating my new blog look - sorry guys, it's about the template all over again. And here it comes the cute lil blue birdy.. 



Kawaaiiii :P For those who'd like to download the icons, please visit this site here. You may also find few more outstanding high quality icons! 

I'll try to put on these icons here some day!

Resipi 1

Ramadhan dan musim perayaan sangat sinonim dengan resipi pelbagai juadah dan kuih-muih, terutamanya juadah berbuka puasa. Tidak ketinggalan, di musim seperti ini, resipi kek dan biskut raya juga meningkat popularitinya. Sudah beberapa saya bercadang untuk menulis entri ini. Namun, berikutan masa yang tidak sesuai dan kesibukan menukar template baru blog, saya tangguhkan dulu perkongsian ini.

Kek Coklat Kukus Sangat Simple

Bahan-bahan:

  • 2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak mazola
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu cair (evaporated milk)
  • 2 cawan tepung kek (biasanya guna tepung bluekey)
  • 1 1/2 cawan serbuk coklat/koko
  • esen vanila

Cara-cara:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Masukkan gula kastor, minyak mazola dan telur ke dalam mangkuk adunan. Putar kesemua bahan-bahan sehingga sebati.
  3. Masukkan esen vanila dan susu cair ke dalam adunan dan putar hingga sebati.
  4. Ayakkan tepung kek bersama serbuk coklat ke dalam adunan. Gaul/putar sehingga adunan menjadi sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam bekas/loyang dan kukus selama 2 jam.
Siap! :) 
Maaf kerana tak dapat sediakan gambar. Selamat mencuba!

Monday, 23 August 2010

The New Look.. Again!

Heee.. at last! I've been thinking to change the blog template since few weeks back. Thank Allah, I manage to do it today :) - a few things have been added to the original template yet I still do not feel satisfy with it *sigh*. So, this is the first attempt;


I kinda like this one, so I downloaded the template file to my lappy (who knows I might want to revert to this one, kan?) As a result of penyakit-gatal-tangan-nak-browse-for-other-template, I've came across with an interesting template design. So, I change the template to this one. It looks better to me after some slight modification;


I'll add more features whenever the bulb in me turns on the light!

Saturday, 21 August 2010

rasa hilang

*sighh*

I miss my fb, really..

Friday, 20 August 2010

another post today

Oke, since I'm not in fb anymore, my blog is everything I have now, to reveal or share anything I want. Plus, it's been set for private (for now). While I was blog-hopping, I met this. It's kinda interesting u know.

credit to ella

I'd rather be your besfriend forever, than to be your ex-girlfriend in the future
Sweet, kan? Period.

Kawin-ness

Ermm... the other day I've mentioned about me attending weddings, right? I dun have the copies of laina's wedding pics. At fuad's, I've snapped some pics. Xde brides pics pon, hahaha..


my date of the night... Mr Basyeer..? heee

Mr WanSyzwan & Mr Ramzi




Miss Mokmok?? -_-"









Thursday, 19 August 2010

Da terputus ngn dunia luar 50%

Wednesday, 18 August 2010

Seminggu dalam Ramadhan

Rasa mcm nk type sumthing today. Byk sgt perkara yg nak di share sebenarnye. Cume, x reti nk diadaptasi dalam bentuk tulisan.Well, angah is coming home this weekend. Feeling so excited about it. Sbb mcm bosan jek duk rumah mcm ni. Xde aktiviti seronok, n xde org nk borak. Mak ayah, balik skolah je wat hal masing2 i.e tdo or g kedai. My youngest brother x abes2 lagi ngan additional classes dia. He's going to sit for UPSR this year. Kalo ade ms nak borak pon, time masak utk buka puasa ngan mak, or time lepas buka puasa. Oh, yes! Talking about puasa, today is the 8th day in Ramadhan. I have less than 4 weeks (approx) left before I leave for UK (again). This time, it will be the last one. Haiissshh, leaving malaysia time musim raya. Ok lah tu kan, syukur alhamdulillah, sempat gak raya kt malaysia tahun ni :)

Wednesday, 4 August 2010

ogostiga

simpan semua sorg2..

-the end-

Sunday, 1 August 2010

another weekend..

Next location? Johor! Jeng jeng jeng.. Wonder nape x amek gmbr ms pegi sane.. huk2.. Journey almost 9 hours - bapak lame gile duk dalam keta. Pasir Gudang menyaksikan kejadian tangisan-luar-dugaan my sister, Angah. Terkejut beruk dia tgk kitorg terpacak kat depan pintu rumah dia, smpi menanges. Terharu la tu.. Mane taknye, the night before, kitorg ade webcam ngan dia. When she asked, bile nk g lawat dia, seme org wat bodo, bg 1001 alasan. Jauh la, xde mase la, etc. Tup2 esok ptgnye kami dah kat depan rumah dia. As her osmets ramai yg balik kampung. So, kami seme dgn slumber je buat rumah tu, mcm rumah kami sendiri. Hahahaa.. 

me and my sister, Ciana


The day after, we ols bertolak balik dlm pkol 12 tgh hari, pas kuwa makan, jalan2 n hantar angah balik. Tp, we didn't take the same route, mcm route dr Trg-JB. Kitorg lalu melaka plak, sbb mak nk lawat sorg lagi adik yg blajar kt situ. *adoi.. adik beradik bersepah2 di selatan semenanjung (_ _)* Ni lagi sorg. Mase my mom and I masuk bilik dia, dia tgh tdo. Mak kejutkan dia bgn. Terkejut besar gk budak tu, terus peluk mak n nanges. She might think she was dreaming kot.. Hahaha. Mane taknye, bgn tdo, tibe2 mak ade kt sebelah. Tragis x? Aku yg jadi penonton mase tu, ala2 tgk Jejak Kasih, program tv3 dlu tu pon ade. Adoi.. Spent 2 hours or so there, then gerak balik kt Trg. Nak sampai rumah jauh lagi kot, weh! Hahaha..

So, that's it for last weekend. Next weekend?

*errk.. keje aku time weekend, jalan2 ek? hahaha*