Showing posts with label about man. Show all posts
Showing posts with label about man. Show all posts

Monday, 16 April 2012

Hubungan tanpa nama

Assalamualaikum,

Dia kadang-kadang pelik dengan situasi sekarang. Apa yang sebenarnya sedang berlaku dan apa yang sebenarnya dia perlu buat. Mungkin bukan masalah serius. Mungkin. Bila tiba-tiba terlintas di fikiran, dia, dalam kata tidak, tetap mahukan jawapan. Apa sebenarnya ini? Bolehkah dia gelar ini adalah hubungan? Namun, hubungan yang bagaimana? Kenalan? Kawan biasa?

bergaduh [source : mymilktoof]
Kenalan? Mereka lebih dari kenal. Dia kenal pihak lagi satu, cukup untuk mengenali selepas hampir 6 tahun berkenalan. Begitu juga pihak di sana. Bagaimana kalau kawan biasa? Dia cuba takrifkan kawan biasa. Kawan yang kadang-kadang sahaja bertanya khabar. Kawan biasa tak kisah jika lama tidak berhubung. Kawan biasa, bila bergaduh, memang tak kisah untuk berbaik balik atau tidak. Kawan biasa tak mudah sensitif atau berkecil hati. Kawan biasa juga sukar 'membaca' kawannya. Jadi, dia simpulkan, dia dan pihak lagi satu, bukan kawan biasa. 

Thursday, 12 April 2012

Lelaki sukakan perempuan yang kejam

Assalamualaikum,

Sesetengah perempuan tertanya-tanya, perempuan yang macam mana lelaki suka. Yang selalu mengambil berat? Yang seksi berpakaian? Yang manis senyuman dan lentik lenggoknya berjalan? Pandai flirting? Yang suka main tarik tali? (pfffttt, soalan-soalan macam ni biasanya akan bersepah kat formspring Mr K ▬ vomit) Eh, macam mana aku tahu semua ni? Two facts. I'm a woman and I read a lot. But I just don't bother.

Aku tak pernah ada minat yang serius tentang ini. Maksud aku, kenapa aku perlu care tentang jenis perempuan apa yang lelaki suka? Kalau tahu sekali pun, nak buat apa? Nak tukar diri sendiri, jadi macam jenis-jenis tu? Satu hari, seorang teman membuka cerita perihal lelaki, yang mereka sebenarnya sukakan perempuan yang kejam. Pelik juga awalnya bila aku dengar sepotong ayat itu. 

[source]