Wednesday, 1 August 2012

Kerja pun ibadat, kalau dibuat dengan betul

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah masuk bulan Ogos. Bulan Ramadhan pun dah masuk hari ke-12. Oh ya, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa dan selamat memperbanyakkan ibadat di bulan Ramadhan. Kejap pulak rasanya bulan Ramadhan tahun ni. Sementelah blogger-blogger lain sibuk update blog dengan kisah-kisah Ramadhan,  kat mana nak buka puasa sedap-sedap, buffet Ramadhan kat hotel mana yang menarik dan harga berpatutan, warung mana nak lepak sementara tunggu sahur waktu weekend, aku pulak masih lagi cuba (sedaya upaya) untuk adapt dengan alam pekerjaan. Orang lain ada yang sempat baca Quran di celah-celah waktu kerja, tapi aku nak betulkan tudung pun dah tak sempat. Tengok, penangan kerja kat aku. Mungkin sebab dah lama sangat dalam mode hibernasi, jadi bila mula kerja, susah nak sesuaikan diri. Apatah lagi dengan tugas-tugas sampingan yang datang secara berlonggok tanpa mengira masa dan ketika. Sampai demam, baq hang! (Serius tak tipu) 

Datangnya bulan Ramadhan bawa banyak kebaikan untuk ramai orang. Nak-nak lagi bila kita sebut tentang gandaan reward kalau buat ibadat. Satu perkara yang aku tak faham, ialah ramai orang akan define 'ibadat' dengan perlakuan-perlakuan seperti solat, baca Quran, bersedekah sahaja. Padahal, konsep ibadat tu sendiri pun meliputi keikhlasan hati tolong orang, buat kerja dengan amanah, pergi dan balik dari kerja pada waktu yang bersesuaian (seperti yang sepatutnya). So, kalau penat sangat berpuasa, pastu tiba-tiba nak habiskan masa dengan tidur di bilik rehat dalam waktu kerja, rasanya tu tak masuk dalam ibadat dah. 

Nak cakap lebih-lebih pun, nanti korang kata 'engko bukan ustazah' kan. Aku sendiri pun masih dalam proses belajar untuk berkerja. Mohon aku tabah. Keke.

FJ : Bulan Ramadhan ada lebih kurang half way to go. Kalau konsisten untuk beribadat dalam puasa, kenapa tak teruskan sampai bulan Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah dan seterusnya? :)
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)