Monday, 28 April 2014

Pemburuan barang baby bermula..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dengan izin Allah Yang Maha Kaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang kandungan dah masuk minggu ke-26. Setiap perempuan yg diberikan nikmat mengandung punya kelebihan dan kesusahan yang tersendiri. Penyesuaian badan si ibu yang mengandung x sama antara satu sama lain - ni bahasa sopan aku untuk orang2 yang suka mengata dan membanding beza tentang kondisi orang pregnant. Aku dah naik angin nanti, mungkin bahasa sopan aku hilang. Orait. Bukan nak cerita isu tu pon. Nak cerita pasal harga barang baby. Satu perkataan je boleh describe semuanya. MAHAL.

Selalu jugak aku dengar (mostly dari orang2 tua) jangan beli barang baby awal. Takut itu. Takut ini. Ada yang sebut pasal pantanglah. Biasalah. Orang melayu. Percaya pantang lebih dari percaya Tuhan! Aku bukan nak tunjuk pandai atau apa, tapi kalau semua benda nak beli masa dah 8 bulan pregnancy, siapa boleh jamin yang waktu tu sesorang ibu yang tgh mengandung still belum deliver lg? Yang tu satu hal. Satu hal lagi, barang baby quite pricey. Kalau semua benda nak beli last minute, mana nak cekau duit. Jadi, untuk org mcm aku ni, ade duit sikit, aku dan suami beli dulu sikit. Sediakan kelengkapan asas mana yang boleh, mana yang mampu.

Betul la, x bg beli awal2 sbb nnti takut jd apa2, lepas tu sedih bila tgk barang2 baby. Betul. Tak dinafikan. Sebab tu, persediaan mental dan emosi pon penting. Persediaan sekiranya berlaku kehilangan. Sebab bila dah tahu mengandung, si ibu dan ayah akan excited. Tertunggu-tunggu. Dalam hati kena belajar redha. Dari awal2 tempoh kandungan dah kena mula belajar untuk bersedia dari segala segi. Mmg cakap senang. Aku sendiri nak belajar buat pon susah. Setiap hari mohon dalam doa supaya perkara2 buruk x berlaku.

Semalam, kami pergi Mom & Baby Expo kat Zenith Hotel, Kuantan (opposite to East Coast Mall). Boleh tahan jugak ramainya manusia. First time sebenarnya pegi ekspo baby, so dari segi penyertaan dan bilangan booth x boleh nak komen laa. Maybe Mom & Baby Expo kt KL lagi besar dan byk booth kot. Barang2 kt sana x semua pon murah. Kena pandai pilih. Kalau baju2 yang longgok2 tu, boleh ckp murah la. Baby bibs RM2, RM3 dah boleh dapat. Rompers pon macam tu, dalam RM5 sehelai. Kalo stroller, yang aku tgk semalam xde la murah sangat pon. Breast pump atau botol susu (ni utk brand yang bagus mcm Avent, Medela) pon xdenya murah gila. Aku rasa kalo cari kat online shop lagi murah. Botol susu Tommee Tippee yang aku jual lagi murah (ni dah kira sekali dengan postage cost) dari harga yang ditawarkan kt ekspo tu. Sterilisation set pon macam tu. Jadi, nasihat aku, barang2 botol susu, breast pump, milk storage, better survey online dlu. Benda2 mcm ni mahal. Jangan sampai dah beli, then jumpa yg lagi murah nnti menyesal.

Well, kalo nak share blogshop barang baby yg servis bagus dan harga ok sila komen ye. Nnti aku update barang2 tommee tippee dan avent yg ada dalam stok. Kalo xnak tggu lama2, boleh follow my ig 'fathiahjasni' atau like fb 'Blog de efjay'.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Have something to say? ;)