Sunday, 11 August 2013

Keputusan Perlawanan Akhir Malaysia vs China Wang Lao Ji BWF World Badminton Championship 2013

Ok, malas nak type panjang2, aku pergi straight forward je ke keputusan perlawanan badminton men single antara Lee Chong Wei (Malaysia) vs Lin Dan (China). Set pertama: 21-16, set kedua: 13-21, set ketiga: 17-20

Aku x sempat tgk set pertama. Tapi dr apa yg diulas oleh makcik2 pengulas, set pertama dikuasai oleh Lee Chong Wei. Dalam set kedua, permulaan set dikuasai oleh Lin Dan dgn 5 mata. Half way through, Chong Wei ditinggalkan jauh 1-11 oleh Lin Dan. Lepas tu, baru lah nampak usaha2 utk Chong Wei mengatasi Lin Dan. Set berakhir dgn mata berpihak pada Lin Dan. Mmg dah biasa mcm ni pon aku rasa corak game dorang. Maksud aku mmg stendet dorg akan main smpi rubber game - set ketiga.

Dalam rubber set, kedua-dua Lin Dan dan Chong Wei bermain secara tradisi. Masing2 kejar mengejar mata dengan skills masing2. Cuma, pada aku, dalam set ni pergerakan Chong Wei agak perlahan. Lin Dan pulak banyak mempamerkan riak kecewa setiap kali serangan yg dibuat tidak berjaya. Pada mata ke 16-19, Chong Wei mengalami kekejangan otot. Permainan diteruskan dan Chong Wei berjaya mendapatkan mata ke-17.

Game berakhir dgn kemenangan berpihak kepada Lin Dan kerana Chong Wei x dpt utk teruskan permainan. Kesian jgk wei aku tgk chong wei. Dan aku bajet, masyarakat kat luar akan mengutuk dan buat mcm2 spekulasi psl kekejangan otot Chong wei. Apa2 pon, tahniah diucapkan kpd Lin Dan. Utk Chong Wei, kami tetap bersamamu!!!!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Have something to say? ;)