Assalamualaikum,
Minta maaf, aku memang fail bab2 nak letak tajuk bila buat entry kat blog. Kadang-kadang, tajuk tak ada kaitan pun dengan isi kandungan. Hukhuk. Orait. Beberapa minggu lepas, aku diminta oleh unit latihan dan pembangunan staff untuk beri kursus kepada staf kolej. Kursus berkaitan asas pembinaan blog. Alhamdulillah, ramai juga yang berminat nak membina blog. Kebanyakan dari peserta memang tidak tahu tentang pembinaan blog - they started from zero. Ada 2-3 orang yang dah biasa dengan blog, especially blogspot. Oleh sebab pada pandangan aku, platform blogspot ni adalah platform yang user-friendly dan mudah untuk dipelajari bagi beginner, jadi aku ajar mereka buat blog masing-masing dengan blogspot.
Kursus yang aku berikan adalah hands-on based. Jadi, kalau aku share slide yang aku buat kat sini pun, slide tu tak berapa lengkap. Buek malu yooo orang nengok.
******
Untuk memberi galakan bagi peserta terus memanfaatkan ilmu yang mereka belajar, aku 'pancing' mereka dengan contest simple. Peserta dikehendaki mempunyai progress dalam blog masing-masing. Peserta juga dikehendaki menulis sebuah entry berunsurkan alam bagi memenuhi kriteria pemilihan sebagai pemenang.
Alhamdulillah, pemenang sudah pun aku pilih. Ni lah dia pemenangnya ----> blog tangan pancing. Hadiah dah pun aku bagi. Hadiah biasa-biasa je, tak seberapa. Bukan percutian ke Pulau Perhentian mahupun Alaska. Dan aku harap bloggers baru ini akan terus sama-sama memeriahkan dunia blogging. Aku ni, tak adalah terror benor pun. Cuma, setakat apa yang aku tahu, aku bantu. InsyaAllah. Berkongsi ilmu, tak jadi kurang pun ilmu tu.
FJ : Orang kat sini duk kecoh pasal declare dengan lhdn. Tahun ni tak kena bayar cukai lagi. Kalau tak daftar lagi, tak pe ke?
No comments:
Post a Comment
Have something to say? ;)