Cuti 2 minggu berlalu begitu saja. Belum sempat rasa nikmat cuti dah kena bawa budak2 kolej main sukan tahunan di Kedah. The good thing was; boleh pergi jalan2 walaupun sekejap je. The not-so-good thing pulak ialah penat. Penat waktu kat sana, handle budak2 jangan cakap la. Tambah pulak dengan penat perjalanan balik. Oh, lupa nak mention. Perjalanan balik hari tu lebih kurang dalam 14 jam setengah. Sangat lama oke. Lagi lama dari naik flight KL-UK (about 13 hours). Syukur semuanya selamat. Dan, sekurang-kurangnya dalam perjalanan yang panjang tu, ada lah jugak berenti rehat untuk makan dan sembahyang.
Sampai kolej hari khamis dalam 10.30 malam. Pagi jumaat pulak dah start packing barang2 dalam rumah untuk pindah. Penat tak hilang lagi, dah tambah penat lain pulak. As for now, 60% barang2 dah siap disusun-atur. Angkut barang bertiga, tapi kemas rumah sorang2. Double tripple penat.
No comments:
Post a Comment
Have something to say? ;)