Assalamualaikum,
4 tahun yang lepas, Dato' Lee Chong Wei tewas di tangan musuh tradisi beliau, Lin Dan di perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olympics Beijing 2008. LCW hanya mampu membawa pulang pingat perak. Kekalahan LCW jelas bukan sahaja dirasai oleh beliau, malah oleh seluruh rakyat Malaysia. Untuk perlawanan kali ini, harapan yang besar disandarkan pada pemain badminton tersohor Malaysia untuk membawa pulang pingat emas di perlawanan akhir perseorangan lelaki Olympics London 2012 menentang Lin Dan (China).
Lee Chong Wei dan Lin Dan masing-masing bermula dengan tenang dan berhati-hati dalam set pertama. Set pertama berakhir dengan keputusan memihak kepada LCW 21-15. Dalam set kedua, Lin Dan berjaya meninggalkan LCW jauh dibelakang ketika pertengahan permainan dan set berakhir dengan 10-21, kemenangan di pihak Lin Dan. Dalam set penentuan (rubber set), kedua-dua pemain saling mengejar mata. Kesilapan kecil mereka memberi mata percuma buat pihak lawan. Set tamat dengan LCW 19 - 21 Lin Dan.
Lee Chong Wei looked very upset with the results. We can see your tears coming down. You did your best to fight for gold medal. Anyhow, regardless the colour, you're still bringing in the medal for Malaysia, LCW! And that IS a big gift for us Malaysian. Thank you dato' Lee Chong Wei. May we have another badminton athlete as powerful as you in the future to continue your legacy.
FJ : He must have suffered emotionally. He even tweeted "I'm sorry" after the game finished.
No comments:
Post a Comment
Have something to say? ;)