Waktu belajar di UK dulu, aku banyak belajar dan dalam masa yang sama praktikkan apa yang aku belajar tentang solat. Maksud aku, bukan tentang asas solat. Tapi, bagaimana untuk jadikan solat itu nampak lebih praktikal, lebih mudah. Solat itu wajib. Semua orang tahu fakta ini. Tapi, tak semua orang yang mahu realisasikan kewajipan tu. Sesetengah orang jadikan perkara kecil sebagai alasan mudah untuk tidak menunaikan solat. Alasan seperti; tiada tempat proper, pakaian kotor, berseluar pendek sangat tak masuk akal untuk melarikan diri dari mengerjakan solat.
Di serata pelosok muka bumi, ada terlalu banyak kemudahan untuk solat. Macam yang denaihati pernah tulis tentang bilik solat muslim di Suvarnabhumi Airport, Bangkok . Mungkin tak semua airport di dunia ada bilik solat untuk muslim. Akan tetapi, masih terdapat chapel atau all faith prayer room yang boleh digunakan untuk solat. Itu cerita di airport. Kalau dalam kapal terbang pun, sebenarnya kita boleh bersolat. Tak tahu bila masuk waktu bukan alasan. Boleh tanya cabin crews tentang maklumat sebegitu.
Aku sangat suka travels. Disebabkan kekangan surau atau masjid di UK, banyak kali juga aku solat di kaki lima bangunan, dalam kenderaan yang sedang bergerak dan di parking lot. Yang penting, tahu arah kiblat, dan tahu bila masuk waktu. Sila jangan bagi alasan macam budak umur 8 tahun mengelak solat. Teknologi kan ada. Kalau boleh guna teknologi untuk kerja dan belajar, kenapa tak, untuk ibadat?
Aku kongsikan bersama di sini, gambar-gambar jemaah solat jumaat di universiti aku dulu. Universiti kami tiada masjid. Yang ada, hanya prayer rooms yang hanya boleh memuatkan bilangan jemaah yang terhad dalam satu-satu masa. Dan, prayer rooms tersebut tak mampu menampung jemaah lelaki untuk solat jumaat, apalagi menampung keseluruhan jemaah ketika solat di pagi hari raya. Jadi, committee persatuan islam universiti akan usahakan tempat-tempat solat jumaat (dan solat hari raya setiap tahun) dengan bantuan pihak persatuan pelajar universiti. Biasanya, dewan besar akan digunakan. Namun, bila ada keperluan lain untuk dewan tersebut, jemaah perlu cari tempat lain untuk menunaikan solat.
Bila dah tak ada tempat lain yang available, maka mereka akan bersolat di padang universiti. Aku suka lihat moment sebegini. Aku bangga dan kagum dengan apa yang mereka pamerkan pada masyarakat bukan islam. Teringin juga nak tahu, apa yang mereka fikir bila lihat gerakan-gerakan berdisiplin dalam solat. :)
FJ : Sumber gambar, dari facebook seorang kawan. Taken at the PATS field, University of Surrey, UK. Thanks a zillion wan syzwan! He's a great photographer!
Salam. Kami di states dulu pun sama. yg dapat solat jumaat pun kat community hall. x taw lar sya kat UK macam mana sebab belum sempat jelajah sepenuhnya. berkawan dengan black kominiti ramai yang muslim. immigrants pun ramai dr timur tengah. x susah nak solat di mana2. berjaya juga convert bebrapa chapel jadi surau. tp, selepas 9/11, dngr crita semuanya tinggal begitu sj. sayang. trima kasih share.
ReplyDeletethanks for dropping by
ReplyDelete9/11 mmg bagi impak besar, kan? sayangnya tinggal gitu je..
impressed...
ReplyDelete