Assalamualaikum,
*ehem* Biasalah, pagi2. Suara kne tune dulu. Dah lebih sebulan - atau lebih tepat dah lebih 7 minggu - saya jadi penganggur terhormat. Dalam bulan pertama pengangguran saya, saya sempat ke sana-sini dengan adik saya. Sekarang, tak de dah. Kalao ade sekali pon, dalam lingkungan kawasan berjejari 40km dari rumah. Itu sahaja. Tapi, bukan kerjaya tanam anggur yang nk diceritakan kat sini.
***
Saya tengah rushing waktu tu. Ada hal penting yang perlu saya selesaikan dengan segera. Malangnya saya telah tersesat. Entah macam mana, dalam pada masa saya tengah pening tengok lakaran ringkas jalan di kertas kuning itu tadi, tiba-tiba saya sampai di sini. Suasana kawasan ini agak berlainan. Mungkin kerana jalannya menuju ke balik bukit sana. Mungkin kerana di kiri kanan jalan ada terlalu banyak pokok pisang. Atau mungkin kerana ini kali pertama saya sampai di sini.
Ada sesuatu yang buat saya lalai tentang tujuan asal saya merentasi jalan ini. Tempat ini terlalu hijau. Kelekaan saya menyebabkan saya brek mengejut bila mendapati saya terlanggar sesuatu atau seseorang. Saya keluar dari tempat pemandu. Saya dapati, kereta saya dah 'tercium' satu kotak besar yang entah macam mana boleh tersadai di tengah-tengah jalan. Pelik dengan saiz dan rupa kotak tersebut, saya beranikan diri menyisip intai isi di dalamnya.
"Ya Allah! Ada orang!" Saya tak dapat berfikir dengan tenang. Sekejap saya rasa saya hanya perlu tinggalkan kotak itu di situ dan cabut lari. Namun, ada juga rasa bersalah dalam diri saya. Mungkin orang dalam kotak tu mati kerana saya. Lalu, dengan kudrat yang ada, saya muatkan kotak tu ke dalam kereta. Entah apa yang menghasut saya supaya berani berbuat demikian, saya sendiri tak pasti. Yang saya tahu, saya perlu kebumikan mayat tersebut selayaknya. Saya padamkan ingatan saya tentang tujuan asal saya ke daerah itu. Kereta yang dipandu terus laju menuju ke rumah.
Setibanya di rumah, saya keluarkan kotak besar itu. Saya takut untuk mencerikan hal sebenar kepada mak dan ayah. Takut dimarahi kerana kecuaian saya. Kotak besar itu saya letakkan di tepi garaj kereta. Dalam rancangan saya, petang nanti saya akan bawa kotak tersebut ke rumah pak imam kampung. Malangnya, hujan lebat turun mencurah-curah. Kereta pula tak ada. Mungkin adik yang guna ke pasar malam. Saya matikan niat ke rumah pak imam.
Keesokan harinya, disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja, saya terlupa tentang kotak besar itu. Setibanya di rumah, kata emak ada seorang perempuan datang ke rumah mencari saya. Katanya ada hal penting. Bila emak ke bilik mencari saya - mak fikir saya sudah pulang - tiba-tiba perempuan itu menghilang. Saya tidak mengesyaki apa-apa. Mungkin kawan sekolah. Timbunan kerja yang terlalu banyak buat saya terus lupa tentang kotak itu dan niat asal saya. Berhari-hari saya biarkan kotak itu di situ. Selama itu juga, kata ayah ada seorang perempuan yang datang setiap hari ingin menemui saya. Menurut emak, itu adalah perempuan yang sama yang datang pada hari pertama dulu. Aneh dengan apa yang baru saya ketahui, saya putuskan untuk tidak ke tempat kerja hari berikutnya.
Saya nantikan kedatangan wanita itu. Dia datang tepat seperti waktu biasanya dia ke rumah mencari saya. Bila saya tanyakan apa yang dia mahu, dia halakan tangannya ke garaj kereta. Terperanjat besar saya bila mendapati ada sebuah keranda di situ. Entah dari mana datangnya, bila masa ia berada di situ, saya tidak pasti. Seperti selalunya, wanita tadi menghilangkan diri. Rasa takut datang menyelinap dalam diri saya. Lantas saya ceritakan semuanya kepada mak dan ayah dalam tangisan kuat saya. Perihal kotak itu, dan niat saya yang tertunggak. Ternyata, mak dan ayah terkejut besar dengan apa yang mereka dengar.
***
Seram sejuk badan bila saya ceritakan semula ini semua di sini. Ya, ia mimpi. Mimpi itu terputus di situ. Saya sendiri tidak pasti apa kesudahan mimpi itu. Yang saya tahu, mimpi ini datang lepas saya sambung tidur, usai sahur.
FJ : siyes.. mimpi ni menakutkan aku
woo. agak cuak lah. kalau saya msti da peluh2 bangun ke nangis tah.
ReplyDeletejom singgah page saya pula : Antara nafsu dan cinta
huu.. cuak jugak..
ReplyDelete