Salam,
Ape mcm tajuk aku bagi? Kasi peluh dingin kau org menitik x? Heh. *mari jadi sakarstik utk entri ini*. In real life, mungkin ade perkara yg setiap dari kite takut nk hadapi atau takut nk buat. Aku bg contoh simple; berenang. X seme org kondifen konfiden nk terjun dlm kwsn takungan air yg dalam, say 10m deep swimming pool. Ramai org yg takut, termasuk aku. Nk terjun, alah, kalo nk masuk pelan2 pon takut, bile fikir the fact yg masing2 x reti berenang dan riso nanti akan lemas. Bg aku, takut seumpama ni x dikategorikan sbg pengecut/coward. Sbb? Versi takut ni, kite boleh overcome. Berenang tu, contoh yg aku bagi je, nak kasi kau org warm up sket. Kau org takut nk masuk swimming pool yg dalam & x reti berenang, then belajar lah. Kau org takut duk sorg2 kt rumah, mintak la org lain temankan. Kau org takut tempat tinggi, belajar la naik tempat tggi sket2. See. Tu maksud aku. Kita boleh overcome. Kot mane2 pon, ade cara nk atasi, kalo btol2 nak.
jangan terjun dr tmpt tggi sudah~ |
Tapi, jenis yg penakut versi pengecut ni, mmg x bleh blah. Benda yg x boleh overcome melainkan kau org sendiri ubah diri - which is ssh nak buat. Sbb ape? Dalam hidup kite ni, ada sesuatu yg lebih susah drpd susah, iaitu berubah. Ye, aku tgh nk tanamkn idea beza takut dan kecut (pengecut) dalam minda kau org nih. Dan aku yakin, kalo aku ulang 41,000 kali pon, kalo kau org xnak paham, mmg xkan paham jugak la sampai ke sudah. Ok, masuk bab pengecut @ coward ni plak, aku percaya mungkin kau org pernah secara tak lgsg terjebak dalam scenario yg melibatkan si coward ni. Bukan la aku ckp kau org si coward tu waloapon boleh jadi jugak mcm tu. Ape yg terang pada mata dan akal fikiran aku, biasanya, senang sgt nk spot org2 yg pengecut ni, lebih2 lagi kalo melibatkan situasi yg competitive.
Si pengecut besenye akan rs x senang duduk bile dia ade competitor. Keje dia, nak sabotaj orang je. X boleh nk tgk org lebih dari dia, x bleh tgk org lain senang walopon org yg senang tu xde pon nak selak kain dia dan x confident dgn diri sendiri. Alah, bile dah x confident dgn diri sendiri la dia p sabotaj org. Katakan kau org kne buat paper work dan hantar kat bos. Then, bos kau org ckp, ade lg sorg makhluk lain yg buat paper work utk projek yg same. Bos kau org akan pilih the best from the two je. Sbb kau org x confident dgn idea dan kebolehan kau org sendiri, dgn senang hati, kau org gi sabotaj paper work makhluk yg lagi 1 tu. Org mcm ni mmg aku label coward. Menang dgn cara mcm tu, kotor kot. Taw x, kotor? Lagi baik kau kalah bermaruah dari kau menang kotor lah. At least, walopon kau org kalah, kau reti nk bersaing dgn adil, kau letak tinggi kepercayaan kt diri kau org sendiri dan kau tak pandang rendah kat org lain. Kalo kau menang dalam fair games, aku cakap, kau layak la angkat hidung kau tinggi2!
seperti gunting bersembunyi di belakang badan |
Dalam bab cintan-cintun pon, golongan pengecut ni ade je di mana-mana. Dari pengecut nk ayat awek/balak atau nk confess sampai la pengecut nk tepek ayat dump kt muka pasangan. Oke, ayat aku kejam bunyinya. Aku x cakap bila kau dah xde perasaan kat pasangan kau org, dump adalah mesti dalam bentuk kejam. Ckp la elok2 dan ckp la hal sebenar. Cuma, personally, aku rs, baik la jadi pengecut nk confess dari jadi 2nd pengecut tu kan? Aku ckp pandangan aku je, kau org punya pandangan lain pon, aku xde kesah. Ahh, kita bukan nak cerita psl tu pon.
Balik kat isu utama. Katakan, kau org bercinta, prum prang prum prang cecah la 2 tahun jugak. Smpi 1 ms tu, perasaan tu kat si dia dah xde. Xtaw lah aku hilang pegi mane. Tertinggal kat dalam LRT mungkin. Then, kau org baik punya jumpe org lain pulak. Ayat barang sebaris dua, dapatlah org baru tu. Pastu, dgn senang hati, kau bgtaw makwe/balak kau "Mak saya suruh saya tumpukan perhatian kat pelajaran dulu, kemudian baru la menggatai bercinta". Heh. Umo dah layak dapat anak, bg ayat mcm tu nak berpisah? Macam budak form 1 bercinta! Pasangan kau org tu pon, bukannye bodoh sgt nak telan kata2 kau tu bujur2. Xpon, cara yg lagi cheap, kau org suro member yg pass-kan berita perpisahan tu kt pasangan kau org. Yg ni, lagi ah coward, atau kita boleh panggil loser? Ni lah aku aku maksudkan tadi, pengecut nk tepek ayat dump kt muka pasangan. X perlu jadi all sakarstik, cume ckp kau org dah xde hati kat dia.
Faham ke x ape yg aku cerita ni?
FJ : X perlu la jadi terlebih berani pulak, sampai buat drama tepi jalan bertajuk 'dia pilih KLCC dowh!', kot ye pon xnak org ckp kau pengecut -_- Ibarat kate sorg blogger ni, "ade otak guna la, jgn simpan kat kepala lutut".
Disclaimer : Byk daring words. Aku sedia maklum. Ouh, ya aku bukan dlm keadaan emosional masa aku tulis entri ni.
No comments:
Post a Comment
Have something to say? ;)