26th November 2009
Salam Aidiladha untuk semua. Ku kira, waktu ini, waktu terbaik untuk type entry ini? Agak2 kenapa ye? Ye, kerana, kalo kat UK, skrg ni, dah malam (warga lelaki da sibuk bertakbir dari rumah ke rumah - aktiviti biasa bila tiba hari raya), dan kat Malaysia pula dah hampir2 masuk waktu subuh - kiranya dah hari raya lah ni.
Petang tadi, ku berwebcam dan ber-call ngan family kat rumah. Yang perempuannya tgh sibuk kat dapur, sediakan juadah untuk hari raya. Yang lelakinya? Hahaha, xtaw la ke mana. Dorg angkut laptop p dapur, so dapatlah ku lihat kesibukan mereka - haaiihh.. rindu itu semua. Aidilfitri baru2 ini, ku bernaseb baek kerana berpeluang beraya kat rumah, alhamdulillah.. Merasakan bahawa suasana aidilfitri yang dah lama tak ku rasai seumpamanya begitu meriah, ak kangen utk pulang beraya sekali lagi. Apakan daya, ku tak berdaya. Apabila terpaksa beraya kat sini, maka mood raya pon, hanyalah suam-suam kuku shj, tak sesuam air suam.
Tak apalah. Mungkin jika umur panjang, ku masih bisa rasai semua itu sekali lagi, aamin. Kepada pembaca yang budiman, Selamat Hari Raya Aidiladha, ucapan maaf seikhlasnya dari hati..
No comments:
Post a Comment
Have something to say? ;)