Tuesday 10 July 2012

Hidup untuk belajar

Assalamualaikum, 

Dah lama rasanya tak bercerita pasal diri sendiri. Banyak bagi tumpuan untuk bangunkan penulisan dalam blog, yg lebih kepada maklumat dari pengalaman dan apa yang orang mahu baca. Denaihati pernah bagi nasihat, kalau tulis blog, jangan asyik nak syok sendiri je.. hehe. Bila dah lama tak syok sendiri, sesekali buat, takpe kot. :P 

Dalam masa 13 bulan lepas abis belajar (baca: menganggur), banyak perkara juga aku belajar. Orang boleh cakap, yang aku ni tengah duduk melepak kat rumah, goyang tulang, sebab aku tak berkerja. Istilah 'berkerja', bagi kebanyakan orang hanya diaplikasikan untuk orang yang dibayar bila buat sesuatu. Kalau macam suri rumah tu, tak berkerja lah, sebab tak dibayar kan. Ok, berbalik kepada perkara yang aku belajar. Pertamanya, aku belajar bersabar. 13 bulan, aku tunggu dipanggil untuk lapor diri. Sabar menunggu kerja. Banyak kali juga aku kalah dengan negativity. Kalah sebab tak mampu nak menunggu. Jadi, aku kuatkan semangat. Sabar dengan cakap-cakap jiran, saudara mara dan orang kampung - 'belajar kat luar negara pun tak dapat kerja?'. Sabar dengan tekanan. Kebanyakan orang ingat, bila tak kerja, hidup senang, takde tekanan. Enough said. 

Thursday 5 July 2012

Solat di mana-mana sahaja?

Assalamualaikum,

Waktu belajar di UK dulu, aku banyak belajar dan dalam masa yang sama praktikkan apa yang aku belajar tentang solat. Maksud aku, bukan tentang asas solat. Tapi, bagaimana untuk jadikan solat itu nampak lebih praktikal, lebih mudah. Solat itu wajib. Semua orang tahu fakta ini. Tapi, tak semua orang yang mahu realisasikan kewajipan tu. Sesetengah orang jadikan perkara kecil sebagai alasan mudah untuk tidak menunaikan solat. Alasan seperti; tiada tempat proper, pakaian kotor, berseluar pendek sangat tak masuk akal untuk melarikan diri dari mengerjakan solat.


Di serata pelosok muka bumi, ada terlalu banyak kemudahan untuk solat. Macam yang denaihati pernah tulis tentang bilik solat muslim di Suvarnabhumi Airport, Bangkok . Mungkin tak semua airport di dunia ada bilik solat untuk muslim. Akan tetapi, masih terdapat chapel atau all faith prayer room yang boleh digunakan untuk solat. Itu cerita di airport. Kalau dalam kapal terbang pun, sebenarnya kita boleh bersolat. Tak tahu bila masuk waktu bukan alasan. Boleh tanya cabin crews tentang maklumat sebegitu. 

Aku sangat suka travels. Disebabkan kekangan surau atau masjid di UK, banyak kali juga aku solat di kaki lima bangunan, dalam kenderaan yang sedang bergerak dan di parking lot. Yang penting, tahu arah kiblat, dan tahu bila masuk waktu. Sila jangan bagi alasan macam budak umur 8 tahun mengelak solat. Teknologi kan ada. Kalau boleh guna teknologi untuk kerja dan belajar, kenapa tak, untuk ibadat?

Aku kongsikan bersama di sini, gambar-gambar jemaah solat jumaat di universiti aku dulu. Universiti kami tiada masjid. Yang ada, hanya prayer rooms yang hanya boleh memuatkan bilangan jemaah yang terhad dalam satu-satu masa. Dan, prayer rooms tersebut tak mampu menampung jemaah lelaki untuk solat jumaat, apalagi menampung keseluruhan jemaah ketika solat di pagi hari raya. Jadi, committee persatuan islam universiti akan usahakan tempat-tempat solat jumaat (dan solat hari raya setiap tahun) dengan bantuan pihak persatuan pelajar universiti. Biasanya, dewan besar akan digunakan. Namun, bila ada keperluan lain untuk dewan tersebut, jemaah perlu cari tempat lain untuk menunaikan solat. 



Bila dah tak ada tempat lain yang available, maka mereka akan bersolat di padang universiti. Aku suka lihat moment sebegini. Aku bangga dan kagum dengan apa yang mereka pamerkan pada masyarakat bukan islam. Teringin juga nak tahu, apa yang mereka fikir bila lihat gerakan-gerakan berdisiplin dalam solat. :)

FJ : Sumber gambar, dari facebook seorang kawan. Taken at the PATS field, University of Surrey, UK. Thanks a zillion wan syzwan! He's a great photographer!

Sunday 1 July 2012

Bila yang muda menegur yang lebih tua

Assalamualaikum,


Kejadian berlaku di depan pondok pengawal, SMS DUNGUN pagi semalam. Lebih kurang pukul 10.15 pagi. Saya, adik dan mak tengah bergegas mengejar masa. Kami sepatutnya berada di Kuala Terengganu sebelum pukul 12 tengah hari. Adik perempuan saya baru nak masuk rumah sewa, sebab dapat kerja di sana. Dia janji dengan tuan rumah, nak ambil kunci pukul 12 tengah hari. Dalam perjalanan, adik lelaki yang belajar di SMS Dungun minta kami singgah sebentar. Asalnya si adik lelaki sepatutnya menunggu kami di pintu masuk sekolah pada pukul 10. Disebabkan dia tiada di situ waktu kami tiba, jadi adik perempuan saya minta kebenaran pengawal keselamatan sekolah untuk masuk berjumpa dengan dia. Kata pengawal perempuan tu, pukul 11 pagi, barulah pelawat dibenarkan masuk. Saya tak kisah pasal pukul 11. Kami boleh tunggu. Tapi, yang saya kisah, cara pengawal tu bercakap. Kasar, marah-marah dan semestinya raut wajah tak dihiasi senyuman. Lagipun ini bukan kali pertama pengawal tu bersikap demikian. Dah acap kali. 

Saya : Assalamualaikum makcik. Saya mintak maaf ye. Saya nak tegur sikit. Saya rasa, tak elok makcik cakap kasar-kasar mcm tu. Tadi adik saya tanya elok-elok, patutnya makcik jawab la elok-elok. Tak perlu rasanya terjerit-jerit dengan muka nak marah. 

Mak guard : Eh awk ni. Pandai-pandai pulak cakap macam tu. Bila masanya saya marah??

Saya : Ni bukan kali pertama makcik cakap kasar-kasar macam ni. Kalau saya datang lawat adik saya sebelum ni pun, makcik cakap macam tu. Dengan mak saya pun, macam tu. Tak pernah makcik cakap elok-elok. Cuba makcik cakap baik-baik, senyum. Haa.. tengok abang ni haa, dia senyum je. Cakap pun baik-baik.. 

Abang guard : *senyum-senyum*

Mak guard : Awk jangan pandai-pandai nak mengajar saya. Tu antara saya dengan tuhan.

antara feedback di facebook peribadi