Saturday 27 August 2011

Kuih raya edisi khas *khas = malas*

Assalamualaikum,

first attempt kuih raya

FJ : They're cute and look yummy.. But they don't taste good.. Hahahaha

Thursday 25 August 2011

Aktiviti Sosial & Sosoal #1

Assalamualaikum,

Lokasi : Di sebuah majlis berbuka puasa kurang sosial tapi byk sosoal.. 

Setibanya di majlis, aku sbg gadis melayu yg penuh tatatertib dan sopan tolong mak menyusun juadah2 berbuka yg kami bawa. Ouh, majlis ni ala2 pot-luck (setiap hadirin bwk juadah masing2 dan share dgn org lain). Lepas tu, aku berjalan lenggang menuju ke sekelompok wanita2 yg tak aku kenali sdg bancuh air. Ye lah,  kena la jugak beramah mesra sket kan, walopon dalam hati x eklas. Tak jauh dr aku, kelihatan mak aku sedang rancak berbual sakan dgn 2-3 org wanita lain yg juga tak aku kenali. Ayah pula sudah mula buka cerita ke-2. 

Puan A : Eh, Puan B dah sampai. Anak2 mana?
Puan B : Ada dengan suami kat sinun tu ha.. 
Puan A : (setelah melihat aku dgn raut wajah kurang pasti..) Eh, ni org rumah (wife) siapa? 

Ya, aku faham soalan tu ditujukan kepada aku. Dan.. aku agak tercengang dgn soalan yg aku kira agak tak munasabah itu.

Aku : Errr... Saya belum jadi org rumah siapa2 lagi. Saya anak Puan Nizan.
Puan A, B, C & D : *gelak berjemaah*
Puan A : Takde, tanya tadi sbb ingatkan org rumah staff lelaki yg kami tak kenal.. 
Aku : Ouh.. bukan2.. =.= 

FJ : "Ouh, sy isteri ##########, cikgu lelaki yg tgh duduk kt sana tu.." Ada org suh aku jwb mcm ni, bila aku kongsikan kisah tragis ini dgn dia. 


Monday 22 August 2011

Beribu Sesalan


Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku terseu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi

Kisah janji dimungkiri
dimungkiri

Sia-siaku mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku retak hariku
Luka jiwaku dihiris pilu

Sia-siaku mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku retak hatiku 
Luka jiwaku dihiris pilu

Beribu sesalan..



FJ : Never realise this song is soo great. With great singers too :)

Saturday 20 August 2011

Kisah 20 August 2011

Assalamualaikum,

Dah genap 11 minggu aku balik. Rasa rindu pulak nk return to UK. Kt UK, byk benda yg berbeza - in terms of situation. X mcm kat cni. Kat sane, aku rase aku lagi rapat dgn org lain berbanding bila aku dah balik. Mmg la jaraknya jauh, tapi masing2 saling berhubungan. X kire sibuk mana pon. Mungkin btol org ckp, jauh di mata, dekat di hati. Dah jauh beribu2 batu, baru nk ingat selalu. Bila dekat, ada mcm xde je....

Mlm td, b4 tdo, tibe2 aku teringat psl tarikh 20 August 2011. Tarikh passport aku expire. Dah genap usianya 5 tahun. Terus aku bukak drawer, ambek passport. Selak helaian2 passport dan tgk cop2 yg terpampang melekat kt muka surat passport aku tu. Betul, aku x boleh putar balik masa. Aku x boleh balik ke masa lalu. Bukan aku nk hidup dalam masa lalu. Cuma, kadang2 mengenang masa lampau mampu buat kita gembira dan tersenyum, kan? Setiap cop yg ada dalam passport aku, aku boleh ingat kenangan2 sewaktu di tempat2 tu. Dengan siapa aku pergi, apa yg sedih, apa yg happy.. Semuanya terlayar balik depan mata aku, mcm aku tgh tgk skrin layar. 

Bila tgk balik passport, aku jadi sedih. Rasa mcm dgn matinya passport aku tu, mcm kenangan2 yg ada kt situ pon mati jugak. Ya, aku tahu aku merepek. Suka hati aku la nk merepek ke, ape ke. Maybe sbb aku sedih bila fikir, lepas ni, aku da x bleh nk 'terbang' ke sana sini lagi. Unless aku buat passport baru la kan. Tapi, nk buat passport baru, busuk2 nak kne ade RM300. Utk seorang penganggur mcm aku ni, RM300 tu, sgt sgtlah tinggi nilainya. Lagipon, org menganggur, mana ade duit nk g makan angin, kan? Mimpi la ko wan... 

[source]
InsyaAllah, jika diizinkan-Nya, suatu hari nanti aku nk buat jugak passport baru. Aku akan teruskan kesukaan aku utk meneroka tmpt org. Tgk keindahan ciptaan Allah. Yg paling penting, aku nak tunaikan hajat nenek aku :) 

FJ : Life is too precious for you to upset with something. It's too short for you to regret things you've done.  

Tuesday 16 August 2011

Buat kamu yang datang pada masa depan (4)

Assalamualaikum,

[source]

FJ : Is it really gonna be okay?

Monday 15 August 2011

#mondayblues not for me - as for now

Assalamualaikum wbt, 

[source]
FJ : Yes, you'll wake up from your sleep and find that it's not weekend anymore. It's monday! :P

Sunday 14 August 2011

Lee Chong Wei, jangan putus harap! Yonex #BWFWorldChampionship 2011

Assalamualaikum,

Baru sahaja tamat perlawanan akhir perseorangan lelaki Yonex BWF World Championship 2011. Ternyata, usaha gigih pemain perseorangan lelaki terunggul badminton malaysia, Dato' #leechongwei masih belum mampu menundukkan Lin Dan, sekaligus merangkul gelaran Juara Dunia utk tahun ini. Malaysia hanya mampu berpuas hati dengan gelaran Naib Johan. #leechongwei menang set pertama dgn mata 22-20, namun tewas pada set kedua dan ketiga dgn mata 14-21 dan 21-23. Kejohanan kali ini merupakan percubaan kali ke-6 oleh Lee Chong Wei dalam usaha meraih gelaran juara dunia. Apa-apa pun, syabas aku ucapkan kepada Lee Chong Wei kerana bermati-matian bertarung sebentar tadi. Mungkin bukan rezeki kita. Mungkin, Johan perseorangan lelaki badminton Olympic 2012 milik kita. Siapa tahu? Aku sgt2 berharap aku dapat tgk Olympic London 2012.

Aku tertinggal saat-saat awal permainan Lin Dan dan Chong Wei pada set pertama. Ada perkara yg perlu di uruskan. Aku mula mengikutui perlawanan sengit antara mereka pada saat akhir set pertama, yg menyaksikan kemenangan berpihak kepada Chong Wei. Pada awal set kedua, Chong Wei seakan-akan hilang fokus dan konsistensi. Mungkin dia masih terbawa-bawa dengan kekalahan set pertama. Apa yg nyata, Lin Dan dan Chong Wei masing2 sudah masak dgn rentak perlawanan pihak lawan. Namun, mereka kerap melakukan kesilapan demi kesilapan yg sama, terutamanya di bahagian jaring. Entah la, aku tak faham kenapa. Pertengahan set kedua, Chong Wei bangkin sedikit. Tapi, Lin Dan tak beri peluang yg lama untuk Chong Wei. Ada suatu ketika dalam set kedua, Chong Wei pandai menggunakan peluang utuk mendapatkan mata bila Lin Dan cuba mempertikaikan bola masuk-keluar dgn penjaga garisan. Namun, set kedua berakhir dengan kemenangan berpihak kpd Lin Dan.

Pada awal set ketiga, Chong Wei kelihatan tenang dan konsisten. Kemungkinan besar, kekalahan dalam set kedua tadi sedikit sebanyak menyedarkan Chong Wei tentang apa yg harus dia lakukan utk mendapatkan title #worldchampion utk kejohanan unggul ini. Keadaan semakin getir bila mana menghampiri mata akhir set ketiga. Penyokong-penyokong dari kedua-dua negara juga cemas menantikan milik siapakah mata akhir set penentuan. Aku kira, Chong Wei mampu utk tamatkan permainan dgn mata akhir berpihak padanya ketika kutipan mata 20-19. Mungkin belum masanya, utk Lee Chong Wei memegang title juara dunia. Lin Dan menjuarai kejohanan dgn 23-21. Jelas, Lin Dan berpuas hati dgn pencapaiannya sekali lagi di kejohanan dunia ini. 

Utk Dato' #leechongwei, kami penyokong badminton Malaysia (terutamanya #LCW sendiri), akan terus memberikan semangat dan sokongan dari belakang. Kami harapkan agar Chong Wei tak patah semangat atau putus harap dgn kekalahan tipis ini. :)


FJ : National Lottery (England) dan Beras Jati Malaysia Sdn Bhd adalah antara penaja kejohanan ini -.-

Thursday 11 August 2011

Tips: Jahit beads (manik)

Assalamualaikum, 

Disclaimer:
Sebelum apa2 berlaku (just in case), nak btaw dlu awal2 ye. I'm not a beads-master nor a sewing teacher. Belum pernah pon bukak bengkel menjahit dan x pernah ade seorang pon anak murid. So, tips yg bakal saya bagi ni, mungkin x sehebat kaedah yg pernah anda2 semua belajar sebelum ni. I just wanna share my thoughts and knowledge here. Mana tahu, mungkin ada yg berguna, kan?

At last, alhamdulillah, dah siap (x siap lagi sebenanrnya, tp dah x sabar2 sgt nk type entry ni, terus declare dah siap) jugak akhirnya jahitan manik kt baju kurung hari tu. Here's the last result. 

inspired by Edisi Khas Ramadhan Nona, Ogos 2010 edition

Xde la cantek sgt kan. Tapi, boleh la.. Oke. I did this all by myself. Sbb tu, ade yg herot sket. :P Sekiranya uols boboi dan gegel berminat nk jahit beads mcm ni kalo baju memasing (kalo kat baju boboi, mak xtaw la kat baju ape boboi nak jahit -.-), first skali uols kne ade symmetry line (baca: garis tengah pembahagi) kt baju. Maklumla.. saya ni, cikgu maths, so guna maths terminology sket eayh. Make sure, gunakan kapur jahitan utk draw the line. 

Then, iron kertas gam (sorry, x sure istilah ni betul ke x dalam jahitan) pada bahagian baju yg nak dijahit manik. Sebab? Utk memudahkan kerja, elakkan baju rosak dan utk pastikan jahitan kuat dan tahan lama.

kertas gam tu, saya lapik balik dgn kain lebihan dari baju dan kelim tepi
Kemudian, uols boleh mulakan jahitan dgn the first bentuk. Saya mulakan dgn menjahit lorekan tepi corak sebelum mula 'mewarna' bhgn dlm corak tu. Sbb manik yg digunakan bersaiz kecik, so setiap selangan jahitan saya letak 2 manik. Kalo agak2 x berapa faham, sila click gmbr pertama n zoom in :)

Utk beginners mcm saya ni, saya nasihatkan, lukis dulu corak 'terung' tu kat kertas keras @ cardboard, potong kertas tu ikut bentuk, terap atas kain dgn menggunakan kapur sebelum start jahit. Bukan apa, ni utk memudahkan kerja kita. Kata beginners kan, xkan nak terus hentam je. Rosak pulak baju nanti. Utk design yg mcm kt atas ni, saya guna 2 size utk corak terung. Yg besar 1, dan yg kecik sket 1. Then, pandai2 la nk rotate few degrees or nak flip them around utk dapatkan susunan yg menarik. 

Mcm yg korg seme tgk dlm gmbr kt atas tu, the design wasn't symmetry at all. Well, yg ni bergantung kpd taste, creativity dan kehendak masing2. Kalo nak buat symmetry pon boleh. Xnak pon xpe. Bagi saya, selain jahitan kat luar, jahitan bhgn dalam pon perlu dititik-beratkan. Mmg la org x nampak jahitan kt dalam tu, tp kemasan yg kat dalam tu yg menentukan manik korang mampu bertahan lama atau mmg x tahan langsung. 

Kalo boleh, elakkan keserabaian benang2. Bawak2 la rajin sket nk memotong dan memintal balik benang tu. Malas nk potong2 benang, nnti byk benang berserabut kt sana sini. Dah pakai baju cantik2, jahit manik vogue2 tiba2, g majlis geren, manik gegel berteraburan depan khalayak ramai akibat benang tersangkut kat rantai. X ke malu dah tu? Hilang lah segala vogi-the-vast tadi kan. 


Lg 1 tips, selepas selang beberapa jahitan, saya nasihatkan supaya uols matikan jahitan (jelujur super halus 2x pon dah ok). Nanti, xde lah kalo benang berpintalan atau suddenly ade jahitan yg terputus, akan affect semua jahitan uols, kan. Ala, precaution steps omputeh kata. 

Rasenye tu je kot tips yg nak dikongsi. Now, let's talk about the cost. Nak siapkan design (mcm dlm gmbr), saya hanya guna 3 paket kecik (rasenye ni stendet size) manik. Setiap 1 berharga RM4. So, RM12 la kan? Igt nak tambah another outer line utk design kt atas yg saya anggarkan akan guna lg 1 paket manik. So, altogether, RM16. Belum masuk cost benang, kapur, cardboard, etc. Honestly, agak mahal jugak (mungkin bg org yg x keje mcm sy ni) cost utk jahit manik ni. Ni belum lg guna manik yg bersize besar ala2 diamond gitu. Buat sendiri dah RM16.. Kalo upah orang nak kne kira cost upah pulak kan. Setahu saya, harga manik di pasaran bergantung pd brand dan kualiti manik tu. Ala, pandai2 lah uols pilih. Pilih la beads yg shiny sket, baru la tahan lama. Xde la nanti 2-3 kali basuh, dah x bergemerlapan dah kilauannya. Membazir u!

Nota : Sila tinggalkan comment kalo dah try, atau ade tips lain jugak yg nk di tambah. 

FJ : Jahit beads mmg glemer benor lah bulan2 puasa ni. Kata nak pakai baju raya yg santek-berkilauan-sampai-buta-mata-orang-yang-pandang! Oh, ni bukan baju raya tahu.. :D

Sunday 7 August 2011

Perbualan dgn mak #2

Assalamualaikum,

Lokasi : Dapur

Mak : Jom kita buat kuih puteri mandi hari ni.
Aku : Boley saje..

***

Mak : K.long ambek nyor (baca: kelapa) tu parut dengan mesin nyor. Nanti nak buat kuih.
Aku : Laa.. anak jantan ada, nak suruh anak pompuan jugak buat benda ni? Amat, meh k.long ajar mcm mane nk mesin.
Amat : Jom. Amat bukan x reti. Tapi, mak yang x bagi buat.
Aku : Hah? (dengan pandangan x percaya)
Mak : Eh, x boleh. X boleh. Anak laki mak ni kecik lagi. Nanti kena tangan, luka. Susah nak menulis kat sekolah nanti.
Aku : Mcm tu pulak? Dah tu, anak pompuan mak ni, nanti nak sarung cincin. Kalau luka kena mesin nyor, nanti tangan x cantik dah. Mak jugak yg nak sgt anak mak ni kawin, kan.. *sakarstik* 
high-5 dgn amat
Amat : Ntah. Betul3.

Mak jeling dgn riak tak puas hati, sambil melayangkan sedas cubitan di lengan kiri aku.

FJ : We combine sarcasm with jokes in our family :)

Friday 5 August 2011

Beads on Kurung

Assalamualaikum,

Since it's fasting month and it's friday (which we at Terengganu got day off), plus my mom is busy with her sewing,  I shall say, it's the best time for me to sew beads on my new kurung :) I must say, this is my second attempt. And the first one was done about a week ago. 


I'll update the progress and the photo off course once it's done! *working hard*

FJ : Kalau rase2 mcm nak buat tempahan, contact sy ye.. keke (ouh, sy mmg tgh cari kerja skrg)

Wednesday 3 August 2011

Tips: How can we save electricity

Assalamualaikum,

Having headache to pay your monthly bills? Water, electricity, home phone + internet, broadband, ASTRO, mobile phone bills?? May these tips help :)


Brought to you by TNBbuzz

FJ : Save your electricity, save your money (heh, mcm tagline #Heroes je -.-)

Monday 1 August 2011

Welcome again, ya Ramadhan

Assalamualaikum,

[source]
Ramadhan is here again. Alhamdulillah, praise to the Almighty Allah for this opportunity, meeting the holy month again in my life. Most of the time, Meleis (read : Malays) people remind each other about the preparation to celebrate this fasting month. They talk about the foodstuffs, iftar, more (read : more-ray) sahur or sometimes about preparing the stomach from eating and drinking. Well, I don't blame them. But I've got few things to add:
  1. Drink a lot of water at night.
  2. Be wise in choosing your dishes - waste no more.
  3. Train yourself with good habits so you'll have the habits with you for the next 11 months after Ramadhan, not the other way around. 
  4. Ramadhan brings happiness, peace and prosperity for those who really appreciate it. 

Happy fasting to all muslims :)


FJ : It's not just about fasting as in not eating and drinking.. But it's FAST-en-ING your soul..